Friday, June 26

Penat + Letih + Mengantuk

Jam 2.45 pagi, aku hidopkan enjin kereta yus, pedal minyak ku tekan, kereta bergerak dan bermula la perjalanan aku, yus, dan mike ke Ipoh Perak. Mike duduk di sebelah, menemani aku sepanjang perjalanan. Yus ku kerah untuk tidor, petang nanti Yus pandu pulang. Aku dengan mike berborak kosong, tanpa air tongkat ali, kami tahan mata sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan menuju Ipoh. Kereta meluncur membelah kabus pagi buta. Gelap, aku langsung tak nampak apa-apa di depan. Bas ekspress bermaharajalela, memcut melebihi had laju. "Kau ok am??"tanya Mike. "Ok je.."jawabku ringkas.

Sampai Ipoh lebih kurang jam 6.30 pagi. Oleh kerana sesat, pukul 7.30 pagi baru kami sampai di Heritage Hotel. Enjin aku matikan, aku keluar dari kereta, aku tarik napas dalam-dalam. Mengeliat meluruskan pinggang, menghilangkan lenguh belakang badan. Aku capai kotak rokok, keluarkan sebatang, lalu ku nyalakan. Asap keluar berkepul-kepul. Lagi sejam je lagi. Mata makin berat. Nak lelapkan sekejap takut terlajak pula. Kami ambil keputusan, salin baju dan terus naik ke hotel. Tempat salinan dalam kereta sahaja. Tak sempat nak mandi.(sebelum bertolak td da mandi da).

Jam 8.30 tepat, kami memulakan kerja merakam peristiwa-peristiwa yang diamanahkan Kementerian Pengajian Tinggi. Tersengguk-sengguk aku dan yus. Mike menguruskan sagala dokumen-dokumen yang melecehkan. Tepat waktu lunch, kami terus menuju ke kereta. Biarpon kereta parkir di tengah-tengah panas terik matahari, kami tetap mampu melelapkan mata di dalam kereta. 2 jam waktu rehat bagai 2 minit.(waktu semayang jumaat sebenarnya).Sekejap sangat.

Cabaran getir menahan mata bermula kembali. Aku bersabar menunggu jam 5.30petang. Terasa lambat jarum jam bergerak. Aku beberapa kali tersengguk-sengguk. Yus dah menghilang. Ntah kemana dia pergi. Takpa la, mungkin berehat dekat sofa di luar ballroom. Aku berjalan kehulu kehilir megambil gambar candid untuk enghilang rasa mengantuk.. Kaki rasa bagai nak tercabot.Tapi aku tetap gagahkan. Bertahan.

Tepat jam 5.30 petang, majlis selesai, plan asal kami untuk terus memecut pulang, tapi kami dipelawa untuk makan malam di hotel. Jadi kami memutuskan untuk tunggu dan makan malam disini.

Selepas makan malam, lebih kurang pukul 8.30 mlm, kami bergerak pulang. "Yus, kalau tak larat nanti, berhenti la, biar aku drive pulak.Biar aku tidur dulu" kata aku kat Yus. Yus hanya mengangguk.Penat dicampur pula dengan kekenyangan makan nasi lauk ikan berulam petai ditambah pula budu penambah perisa, dan penghawa dingin menyamankan suasana dalam kereta membuatkan mata aku betul-betul berat.Mike pon da terbaring dibelakang.Aku?? Tak sampai seminit kereta memasuki lebuhraya,aku zzzzzzzzZZZzzzzZZzzzz...

Lampu jalan yang terang menyilaukan mata aku. Dengan mata separoh terbuka, aku tgk jam di telefon.Pukul 11 mlm."nak tukar ke Yus??".tanya aku. "tak payah la Am, da sampai KL da."

Alhamdulillah, kami selamat sampai.

Friday, June 19

Sesuap Nasi

Kelmarin, sibuk bertukang, mengecat, menyiapkan partition untuk pameran.PENAT. Semalam, dari pagi sampai petang sibuk mempromosi pakej-pakej sampai ke malam..PENAT.
Hari pon same, sudah ada client yang booking, untuk tahun depan pon ada. Alhamdulillah, rezeki tuhan. Cik Salma ke Bukit Cahaya dengan kawan-kawan dia. Seronok sangat nampak gayanya sampai tak hantar langsung mms kat aku..

Sekarang, aku kat rumah Allod.Jam 2.30am. Mike tgh mandi, Yus pon sama. Kejap lagi perjalanan kami akan bermula ke Ipoh. Ini job kerajaan pertama yang kami cover, harap-harap semua berjalan lancar. Mata berat ni..Aku dengan mike langsung tak lelapkan mata lagi, Yus lelap juga walaupon 30 minit. Acara bermula jam 8.30 pagi esok. Kami masih ada 6 jam untuk sampai ke sana.

Yus langsung tak larat memandu, takpa, dengan kelajuan 70 hingga 80 km/j insyaallah kami akan sampai di sana dengan selamat. Esok, kami akan cover job ni tanpa tidor 24 jam..PENAT

Semoga kami selamat, biar lambat asal selamat..

Thursday, June 11

Hasil

The making of 3 cerita; 1 tema...






kredit:
Nasrul Hakim yang menyunting video ni, Allod, Mike dan lain-lain yang membantu aku

Cerita belakang tabir episod dua

Kumpulan dua memang sempoi, dengan kepenatan ke mengendalikan kerja-kerja kahwin di kulim, ditambahkan shoting hari pertama untuk kumpulan satu, kami gagahkan diri berjuang di hari yang ke dua.. Penat tapi tetap bersemangat kerana hari ini giliran kumpulan aku.

Malam tadi, aku tak sempat siapkan skrip, tersengguk-sengguk di depan laptop. Tapi aku tetap cuba mengakat kelopak mata supaya tidak tertutup, tapi apakan daya, tidur itu indah, aku tewas didalam kedinginan penghawa dingin dan bisikan angin kipas panasonic yang berputar pada tahap satu.

Dan hari ini, tanpa skrip, kami teruskan tugas kami. Kami bergerak ke kedai Speedy Video, Desa Pandan pada jam 9 pagi. Kami mulakan pengambaran disitu. Sebenarnya, separuh dari babak di dalam cerita kami adalah di dalam kedai CD tersebut. Seronok tengok Wiwit dan Nani berlakon. Aku hanya menunggu babak aku tanpa sebarang tekanan. Kerana babak aku pendek sahaja.Bila tiba waktu aku untuk berlakon, tiba-tiba Tuan Pengarah Allod mengcadangkan cadangan yang sangat bernas, watak aku sebagai kawan LUKI dan MIA, yang sebenarnya adalah lelaki normal yang lurus dan tulus ditukarkan kepada lelaki lembut..

Oh tidakkkkkkkkkkkk!!!!!!! Bentak hati aku. Mukhriz Aziz sebagai Pembantu Pengarah menyokong. Aku tak mampu melawan, kuasa minoriti tak mampu melawan kegagahan majoroti. Aku akur. Aku terpaksa melakonkan watak tersebut. Watak yang sangat berat. Watak yag pelakon profesional pon memerlukan masa untuk menghayati, dan mempraktikkan watak tersebut. Dan apa yang mampu aku yang hanya sebagai Direktor The Making, dan hanya berlatih selama seminit untuk melakonkan watak tu?

Aku disabotaj, tapi aku tetap mencuba. Hasilnya memang teruk sampai aku pon tak sanggup nak tengok, tapi sekurang-kurangnya aku berani..

Selesai babak-babak di kedai CD, kami terus ke Taman Melawati. Kali ini pengambaran di hentian bas. Mula-mula aku sangkakan untuk babak ini mudah tetapi, apabila menunggu, lebih 10 bas tidak mahu memberikan kerjasama.. Langit makin gelap, air sekali sekala menitik dari langit. Tapi kami tetap bersabar menunggu..dan akhirnya, sebuah bas berhenti dan kami dapat mengakhiri pengambaran dengan baik..

Banyak pengalaman yang aku dapat. Tak sabar untuk teruskan projek seterusnya..

Tuesday, June 9

Malang Cik Salma

Cik Salma belegar-legar di ruang tamu rumah. Mata sepet Cik Salma liar memandang keliling. Akhirnya, dengan bantuan kepala lutut, Cik Salma menjumpai yang tergantung di dinding rumah.

Cik Salma mencapai kunci itu, dan melangkah menuju ke motosikal di laman rumah.. Kunci diputar, engko ditendang gagah,motor sudah mengaum..

Cik Salma menunggang,membonceng anak sedaranya menuju ke sebuah kedai yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Kedai yang menghubungkan dunia tanpa sempadan; kedai yang membawa dunia di hujung jari.

Cik Salma memecut. Tidaklah terlalu laju. Menunggang sambil menghayati suasana pagi di kampung.Tiba- tiba Cik Salma panik, cemas. Motosikal melelong tanpa kawalan. Entah apa yang cuba dielak Cik Salma. Jaga-jaga Cik Salma, jaga-jaga Cik Salma.

Cik Salma tidak dapat ,mengawal motosikalnya dan terjatuh di bahu jalan.. Badan Cik Salma terhempas ke jalan. Cik Salma cemas, pucat. Orang ramai menolong mengangkat motor Cik Salma..

Cik Salma tak percaya apa yang baru terjadi. Bagaikan bermimpi, tapi lengan dan bahunya teras kebas dan sakit. Cik Salma patah balik ke rumah. Niat untuk ke kedai terpaksa dibatalkan. Sampai dirumah, bahu cik salma bagaikan hendak tercabut. Lengan bagaikan sudah patah. Badan Cik Salma mula panas-panas.

Cik Salma demam. Mungkin terkejut dek kemalangan yang berpunca dari kecuaian sendiri. Bahu dan lengan cik Salma membengkak. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Keesokan hari, dengan suara lemah gemalai, Cik Salma memberanikan diri menceritakan apa yang terjadi kepada kekasihnya, Abang Ramli. Kesian Cik Salma, dimarahi Abg Ramli. Abang Ramli menyuruh Cik Salma pergi x-ray di hospital.

Cik Salma akur, pergi ke hospital. Setelah menunggu hampir 2 jam,nombor yang tercatit pada kertas yang sudah basah dipegang cik Salma terpampang di paparan di dinding. Cik Salma bangun, berjalan longlai memasuki bilik tuan doktor.

Cik Salma dimarahi lagi. Kali ini giliran doktor memarahi Cik Salma. Cik Salma tidak memakai anduh. Bahaya kata tuan doktor. Kesian Cik Salma.Sudah sakit, dimarahi pula.

Hari ini, Cik Salma pulang ke Kuala LUmpur, dengan tangan berbalut, dengan lengan tergantung di bahu. Abang Ramli tak sabar berjumpa Cik Salma. Cik Salma tak boleh cubit Abang Ramli, Cik Salma tak boleh tumbuk lengan Abang Ramli lagi, sebab sekali Abang Ramli jentik lengan tu, gugur lengan ke bumi..

Monday, June 1

Cerita Belakang Tabir Episod 1

Lokasi : Taman Melawati, KL

Tiga Empat kali pegi mensyuarat, berbincang berdebat tentang jalan cerita, satu paket kertas putih A4 habis diconteng2, jalan cerita disusun baik, dari permulaan , klimaks sehingga penghujung telah disusun rapi..Ruang premis Fauziah Nawi (M) Sdn Bhd menjadi tempat kami berdiskusi. Skrip, alatan-alatan pengambaran telah siap sedia,hanya menunggu hari sahaja.

Tiga produksi kecil bergabung tenaga,dan berkerjasama dengan Abang Ajin dan Abg Mokhtar untuk menghasilkan 3 cerita.Dan hari ini, hari yang ditunggu sudah tiba, produksi pertama perlu menghabiskan shot-shot mereka..

Kami berkumpul seawal jam 10 pagi..Awal ke?? Mengikut perjanjian dan kata sepakat semasa mesyuarat, waktu berkumpul adalah jam 7 pagi,tapi seperti biasa, janji melayu. Aku sendiri pon lambat. Maklumlah, penat dengan kerja-kerja aku.

Aku dipertanggungjawabkan sebagai "Director The Making". Maksudnya kerja aku untuk merakam peristiwa-peristiwa di sebalik tabir. Mereka-mereka yang di belakang tabir, seperti Director, asstnd director, lightingman, cameraman, bom man, konti, mack up artis, dan lain-lain, berpeluang muncul dalam The Making cerita tersebut, tapi aku, yang merakam aktiviti dan kerja mereka. Sapa yang merakam aku sedang bekerja? HMM..hanya mengeluh. Ingin juga melihat kelibat sendiri di kaca TV, tapi tugas aku hanya "disebalik di belakang tabir".

Aku enjoy dengan kerja aku, aku suka dengan tugas aku, aku bebas merakam apa yang aku suka, bebas mencari sudut-sudut, asalkan aku tidak muncul di frame kamera yang sedang shot.

Hampir terlupa, aku dalam kumpulan dua, produksi whitesignature Allod, mike, wiwit, aku, Fitri dan Nani.(talent kami dari UIA). Dua kumpulan lagi aku turut membantu kami untuk menghabiskan proses shoting..

Allod dan mike turut berlakon untuk cerita pertama ini. Allod memegang watak lelaki talam dua muka, manakala mike sebagai lelaki jahat(memang layak watak ini untuk mike). Allod mungkin hampa kerana dia impikan untuk membawa watak lelaki terencat akal.. Aku pon tak tahu kenapa, mungkin ada cabaran baginya.

Shoting untuk hari ini berakhir jam 4 petang. Alhamdulillah, cuaca elok, tidak hujan. Tapi agak letih juga bekerja dibawah terik matahari.

Esok giliran kami, aku harapkan semua berjalan lancar. Esok, Director Ahmad Nisfu akan beraksi. Sama-sama kita nantikan..