Sunday, January 23

22 januari 11

22-01-2011

Seperti biasa layanan macam VVIP. Mesti orang kamoung wa tak percaya kalau wa cerita. Mesti mereka cakap " Ah, bedooh betoi aok. Bab-bab sembang lebat seroh le kat aok. Takdenye gitu gaye oghang nok sue ke aok. Bukan sape-sape pon aok tu. Tangan pon bau getoh. Mentang- mentang keje kat bando ingat senang ke nok ngencing koi yang keje kat kampung ni." Lebih kurang macam tu, wa dah tau, wa dah paham. Takkan dorang nak percaya. Wa bangun tidur makanan dah sedia, lauk sedap-sedap. Nak makanan melayu ada, nak makanan mat saleh pon ada. Pilih saja. Siap makan, ada kereta tunggu. Bawa ke tempat kerja. Layanan macam anak raja, tapi kerja tetap bawah terik matahari, tetap berjemur bakar kulit. Ak ubah macam buruh bina kondo, buruh bini apartment, petani tanam padi, bangla buat jalan - sama saja.
~
Pagi jam lapan Pekan Kuah dah meriah, ada pesta. Ramai yang bersepeda. Baju macam-macam warna. Sepeda bersepah sana sini. Motosikal kuasa tinggi gila pon sama, banyak, tak cukup jari wa nak kira. Nak keluarkan kalkulator malu. Apatah lagi buku sifir empat angka. Helikopter terbang pusing-pusing atas kepala - hari ini acara perasmian dan pengenalan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Le Tour de Langkawi. Wa lupa ada berapa pasukan, yang pasti lebih bilanganjari tangan. Yang merasmikan adalah mantan perdana menteri  Tun Dr Mahathir Muhammad.

Jam satu ketika matahari tegak, ada taklimat media dia pusat media. Apa yang bangang wa rasa, pusat media di Bay View Hotel, sedangkan semua media tinggal di Hotel De Veron. Gila leceh. Selesai, sesi bebas, wa mike dan Jimi ( jurugambar akhbar sinar) ke jeti usang berhampiran hotel. Tujuan, saja suka-suka, bergambar kenangan.
~
Game MU malam ni, tapi takda port cantik wa nak landing. Nampak miss game minggu ni. Berba pasti kecewa, Giggs pasti terasa. Wa dah jnji dengan mereka, wa nak tengok semua game. Tapi hari ni, wa mungkir. Maaf ya kalian.
~
Sesi makan malam ringkas dan forum photography ringkas anjuran wa di gerai berhampiran hotel ( jemu lauk hotel) bersama mike, jimi dan Deca, cewek yang juga jurugambar dari Jakarta. Forum berterusan sampai jam satu bulan mengambang.
~
Gila, esok wa nak kerja.

Saturday, January 22

21 januari 11

21-01-2011

Hari ni pagi- pagi wa dah bangun. Pukol 3 pagi waktu bulgaria, pukol 10 pagi waktu malaysia. Air cond terlampau sejuk buat wa bersin-bersin tak ingat sampai wa terjaga, sampai wa bangkit terus mandi, terus turun sarapan. Menu, sosej, sup cendawan, air oren. Gila amerika.
~
Malas pula pergi team traning, panas dekat langkawi lain macam. Wa belum sedia hitamkan muka. Naik bilik, wa sambung tidur sampai pukul dua.
~
Wa ingat mahu perjimba, wa ingat mahu cuci mata dan mandi manda. Dapat pula memo yang pukul 6 kena siap, bas tunggu bawa ke Tanjung Rhu, ada makan malam bersama mantan perdana menteri, Tun Mahathir.
~
Gila lawa tempat ni. Teringin juga datang sendiri lepas ni, tapi wa usha-usha tanya, harga bilikn 800 ringgit malaysia. Gila! Boleh habis duit wa juta-juta dalam bank; Bank Negara. 

Mat Saleh dok sibuk beratur dekat nasi beriani, ada yang beratur nak ambil roti canai, dekat sate ramai juga kerumun. Wa? Apa gila nak ambil semua tu, murah! Sate baru 60 sen secucuk, roti canai batu 80sen sekeping, Nasi beriani tak sampai rm10 sepinggan. Lagi pon semua tak berkhasiat, semua kolestrol tinggi tak ingat. Wa amik semua yg panggang, bakar. Kambing, lembu, ayam, ikan, udang. Semua wa telan. Kambing wa paling suka. Hampir sekor wa telan.
~
Wa sakit kepala kat bilik.

Friday, January 21

20 januari 11

Subuh baru wa dapat lelap mata. Biarpon penat,dengan perjalanan jauh ya amat, tapi duduk layan borak sampai mata segar terbukak.
Sempat juga berkenalan dengan brader nama Eddy burger- brader rocker rambut bawa virago macam Awie yang asal dsri penang dan berkahwin dengan orang kuala perlis kemudian berniaga burger sepuluh tahun dekat tepi maybank di Kuala Perlis, ada anak lima, ada cucu dua, berniaga malam saja. Sekejap saja, wa dah tahu semua. Wa tak tau sapa yang hebat, wa atau dia.
~
Jam 12 tengahari, seperti biasa tatkala matahari naik tegak berdiri, masa tu la wa baru terjaga dari mimpi. Wa bangun, dengan penuh releks dan hensem wa capai tuala dan terus mandi. Jam 1, check out dan cari kedai untuk isi perot kosong, sambil habiskan masa empat lima jam sementara tunggu lapor diri jam lima.
~
Tepat jam lima, kitorang bertiga dah terpacak di jeti. Jam enam feri berlepas dengan lembab, sampai wa rasa bosan gila duduk dalam dengan pasang cerita yang macam gampang. Sejam atas feri, sampai la dekat jeti bandar kuah. Bas dah tunggu kami pihak2 media. Jam lapan, check in kat Hotel De Beron. Hotel yang ok ok saja, selesa la juga, cuma namanya saja bagi wa maam bangang.
~
Gila babi wa punya penat mengendong tiga beg yang wa rasa lagi berat dari badan wa. 

19 januari 11

19-01-2011

Gila. Terlajak wa hari ni. Tapi memang salah wa. Wa mengaku memang salah wa. Wa tertido lepas subuh. Sepatutnya sebelum subuh wa kena bangun. Wa jenguk luar, matahari tegak tinggi. Gegas wa ke bilik mandi.
~
Jam empat petang, kitorang; mike (rakyat amerika yang migrate kat tampin)yang juga jurugambar, dan Lan, jurnalis, penulis pengalaman gila-gila, betolak ke utara dengan Persona; persona kerajaan yang wa rasa mcm duduk dalam kereta volkswagen tua- gegar, goyang semua ada. Nak patah pinggang wa rasa.
~
Jam sebelas tepat kalau tak silap, kitorang sampai kuala perlis. Check in dekat Sea View Hotel, tapi sikit punya celaka, laut, pantai langsung tak nampak. Pandai betul menipu, pandi betul tarik pengunjung dengan nama saja. Apa punya cara beniaga.
-
Wa layan seafood dekat Lynda Tomyam. 85 ringgit malaysia kena cekik.
~
Ada minah muka mcm Tiz Zaqyah, ada juga macam Fazura.

Tuesday, January 18

Drama kota

Baru-baru ni, wa keluar lagi, pergi melawat kota, pergi mencari cerita, pergi mengenal pelbagai budaya; budaya baru, budaya lama, budaya warga-warga kota, budaya remaja-remaja.

~

Wa jalan kaki saja, bukan sebab jimat, gila! Wa bukan suka sangat jimat cermat. Duit wa melimpah ruah, juta-juta. Juta-juta yang macamana? Itu yang wa tak tahu.

~

Tgh wa jalan wa nampak kereta Lancer GT polis, teringat masa wa pergi Dewan Bahasa minggu sudah, depan mata wa tengok kereta polis sebijik macam tu sekat kereta. Fuh, sebijik macam cerita Gerak Khas, kesian juga tenok orang tu kena gari, tapi apa guna wa simpati, ntah2 perompak, ntah2 pembunuh. Siapa tahu.

~

Kepala wa mengimbas lagi pengalaman lama - 2 3 tahun lepas, wa dengan kawan-kawan serumah tengah ralit berlumba, sedang asyik memecut, dekat cyber cafe berhampiran rumah, melayang satu kerusi, gampang! Kacau wa punya race. Cepat-cepat wa keluar, tonton aksi remaja-remaja bodoh bangang yang mabuk bergaduh, habis semua cermin pecah. Seronok juga wa tengok, macam cerita Young and Dangerous.

~

Wa teruskan perjalanan. Sambil jalan, mata wa liar memerhati gelagat manusiA sekeliling. Tiba2 wa tepandang gelagat sepasang remaja. Dari jauh wa nampak mereka di satu sudut. Si lelaki tangan dihayun-hayun macam penceramah, yang perempuan hanya tunduk. Sambil tangan sekali sekala lap pipi. Dar jauh lagi wa dapat dengar suara si lelaki. Kuat. Bodoh, bangang, celaka, balol, sial, perempuan murah, semua wa dengar. Makin lama adegan makin seronok, makin dramatik. Dari maki, sampai la lima jari hinggap di pipi. Terkejut betul wa dibuatnya. Cepat-cepat wa lari, pecut. Wa beli air, wa beli popcrn, wa cari port terbaik,wa duduk bersila
sambil menonton sinetron secara percuma.

~

Sebab tu wa seronok tinggal di kota, banyak drama...

Monday, January 17

Pendapat wa yang bodoh tentang cerita artis yang bangang.

Malu sebenarnya nak cerita pasal artis, nak menaip pasal artis.( selain adira, tiz zaqyah, maya karin, fazura). Wa bukan tak suka artis, suka juga,(seperti mana mereka suka wa..pui) tapi taklah beria mana, taklah obses mana. Tidaklah sampai terlompat2, tidaklah sampai terkinja2. Bukan wa anti dunia hiburan,kalau tidak masakan wa boleh langgan astro macam- macam ada. Biarpon sebab utamanya pasal bola. Hal itu tidak boleh buat apa, sebab itu yang utama, bola la jiwa.

Selesai wa punya mukadimah ringkas. Nak jadi cerita, beberapa hari lepas wa buka suratkabar, ntah wa lupa mukasurat berapa, tapi cerrita pasal Fasha Sandha pakai bikini di Bali. Wa baca penuh minat, bukan apa, "bikini" menarik minat wa. Tambah lagi fasha pon boleh buat wa ak tdo lena.

~

"ibu kesal gambar fasha dimuat naik". Wa geleng kepala. Wa mengeluh, Wa rasa sepatotnya ibu fasha patut kesal anaknya pakai bikini. Dan sepatotnya " ibu kesal fasha berbikini di bali".
Ungkapan itu wa rasa lagi nmpk pandai.

~

Hari ni wa selak lagi suratkabar. Ada lagi cerita pasal ni. Wa baca lagi. Fasha kata, bukan salah kawannya ( yg memuat naik gambar). Salahnya juga. Kerana tidak memberitahu awal- awal supaya tidak memuat naik gambarnya ke dalam laman sesawang.kalau diberitahu awal2 mungkin tak jafi perkara mcm ni. Sekali lagi wa tepuk dahi. Bangang punya fasha. Muka cantik otak hodoh berkarah. Sepatotnya, dia patot menyesal sebab pakai bikini. Klau hanya bergambar dengan
pakaian biasa, pakaian renang biasa, muat naik la dekat mana2 takkan jadi cerita.

~

Wa yang duduk Amerika pon tak pernah pakai bikini.

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 19

Wa bangun tidur dengan semangat membara. Wa melangkah keluar dari rumah dengan bergaya. Destinasi wa ke salah sebuah kompleks membeli belah terkemuka di kota Amerika. Wa sampai dengan senyuman terukir di muka penuh manja. Kemudian wa balik sambil membimbit plastik jernih berisi kotak putih masih dengan senyuman meleret tak ubah macam kera.

Sunday, January 16

Mimpi

Malam tadi wa mimpi, wa mimpi masuk sekolah balik. Mimpi masuk asrama balik. Wa mimpi wa semangat ajak kawan-kawan pegi riadah. Wa mimpi wa belari berebut pecal kat dewan makan. Wa mimpiwa kacau budak semayang kat surau. Wa mimpi makan nasi lemak Ustaz lah. Wa mimpi wa dan kawan-kawan pukul anak Cikgu Saloha sebab maki hamun Unte masa kejut sembahyang Subuh. Wa mimpi wa lempang anak Ustaz Lah sebab ludah kat muka wa. Wa mimpi wa jumpa hantu masa ponteng sembahyang maghrib. Wa mimpi dapat surat dari akak-akak senior. Wa mimpi wa cari rostam. Wa mimpi wa nak pukul Rostam pendek tingkatan 4 sebab lempang wa sebab ada perempuan kirim salam kat wa masa wa tingkatan satu.

~

Betapa wa rindu zaman sekolah.

Saturday, January 15

Rambut Kembang

sakit hati wa datang tiba-tiba bila mata pandang budak rambut kembang.

Friday, January 14

Ibu Negara

Petang tadi, wa lepak kedai mamak dekat pinggir kota dengan sahabat wa - teman serumah. Plan asal nak jogging hilangkan perut. Tapi salji turun nipis-nipis, kacau agenda. Jadi wa lepak saja, melantak apa yang ada sambil borak-borak pasal negara-negara serata dunia.

Wa buka aplikasi World Factbook pada I Pod 5g 250GB keluaran terbaru setakat jam 5 pm, 13 Januari 2011. Wa buka peta dunia, peta benua, peta negara. Wa teka sahabat wa, apa ibu negara, wa sebut satu per satu. Ada tempat yang wa tak tahu langsung, tapi sahabat wa jawab dengan cemerlang. Wa teruja, makin semangat wa teka. Dari eropah, afrika, amerika selatan dan utara, sampai la ke asia tenggara.

"Laos???" soal wa.

"pyongyang"

"kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah"

Sebab tu wa sayang kawan-kawan wa. Sebab tu wa rasa tak mau lagi berumah tangga.

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 18 (hari ni wa terapung)

Wa dah agak, dari panas terik bakar kulit, boleh tukar salji turun tenggelamkan kota. Memang wa dah agak. Naluri wa memang tak pernah tipu wa- dari dulu lagi. Pernah ada tawaran jadi ahli nujum istana, tapi wa tolak mentah-mentah. Alasan wa, wa nak jadi jurugambar popular, wa nak jadi penulis terlaris. Nasib baik alasan wa diterima, kalau tidak bercerai la kepala dari badan.

~

Wa lari pecut ke LRT. Senak perut wa- laju sangat wa lari. Setakat G. Shanti dan Mumtaz Jaafar, senang-senang saja wa pintas. Semua wa potong, semua kat belakang, tgk bontot wa beralun kanan kiri sambil wa terus maju ke depan. Kalau wa lambat, kalau salji turun lebat, semua penerbangan ditunda, jalan ditutup, macamana wa nak ke KLCC?

~

Selesai kerja wa dekat KLCC, wa jenguk kejap Kinokuniya - port kegemaran wa. Wa pegi satu satu bahagian, travel, sastera. Buku yang wa cari takda. Bagus juga, boleh simpan duit. Boleh buat duit muka booking Cik Salma. Bahagian terakhir wa pergi; majalah. Bukan apa, dekat pintu keluar.
Wa kan praktikal punya manusia, semua benda teratur. Ceh! pui. Wa jenguk satu-satu majalah. Ish, cakap dah keluar, takda pula. Wa cari lagi. Kemudian wa perasan ada tiga bersahabat senang layan majalah secara percuma. Yeah. itu yang wa cari. Tapi bukan wa nak beli, sebab nanti wa dapat free. Cuma wa nak tengok isi dalam. Tak sabar nak tengok. Wa ambil satu, dah jadi 4 orang layan majalah secara percuma; sebaris.

Wa buka satu-satu muka. Cermat. Wa tersengih sorang-sorang. " Gila la, gempak la gambar ni.. lawa la " keluar dari mulut salah sorang daripada tiga; disusuli angguk-angguk dan pejian melambung dari rakan-rakannya. Wa jeling. Curi-curi pandang. Dengan tidak semena-mena wa senyum sampai ke telinga, mata wa berkaca-kaca, hidung wa kembang berdiameter seinci dua, wa terapung-apung di udara. Puasnya penat bekerja.




P/S: terima kasih Bos (mr sidi), mike murano, arep, pok mi, faroq, dan yang lain-lain. Terima kasih CYCLING ASIA.

Monday, January 10

Anugerah Juara Lagu vs FA cup.

Semua berkata pasal juara lagu. Sedangkan wa langsung tak tau apa-apa. Sapa masuk pon wa tak tau. Yang wa tau cuma Adira, itu pon sebab wa pujaan hatinya. Radio dengar pon waktu memandu. TV3? memang tak pernah buka sebab banyak saluran lagi menarik dekat kota Amerika ni. Wa katak bawah tempurung ke? Ataupon wa tak sokong industri seni tanah air? Haishhh... Tapi, industri seni mat saleh pon wa tak tahu juga sebenarnya.

~

FA Cup pusingan ketiga pon berlangsung malam ni. Taklah wa pecah kepala nak tengok mana. Apa gila wa nak tengok juara lagu, bola memang sebati dengan jiwa. Abang angkat wa Berba dengan junior wa dulu, chicharito awal-awal lagi suroh wa duduk depan TV, menyokong dan memberi semangat, biarpon kekasih hati wa Adira akan beraksi di pentas keramat.

~

Man Utd sah-sah menang. Juara lagu?? wa rasa Zaiton Sameon dengan Francisca Peter bersaing hebat untuk merebut gelaran.

Friday, January 7

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 17

Sedap wa tidur hari ni, sedar-sedar wa tgk semua basah - baju dekat balkoni basah, jenguh bawah jalan basah, semua basah. Patutlah nyenyak tidur, patut la terbaik wa punya dengkur. Hujan yang jadi faktor.

Tapi wa kena bangun, wa kena besiap-siap. Hari ni ada kerja perlu buat. Biarpon rasa ralat, biar pon liat, wa gagah juga buka mata, jalan ke bilik mandi dengan hidung tersumbat; sejuk.

~

Wa keluar rumah pukul 1 petang, jumpa teman yang juga dari Malaysia, bermula ke Canon cawangan Amerika, hingga ke NZ, pukol 4 pagi baru wa sampai rumah.

~

Penat

Tuesday, January 4

AMmarah

Tadi wa tenang. Tapi tiba2 wa naek berang. Nasib baik tiada parang - kalau tidak sudah wa cantas satu2 kepala - sudah wa tikam bertalu-talu di dada. Wa tak pernah marah macam ni. Tapi kali ni wa betul2 marah. Sampai semua orang wa nak sepak2 macam sampah. Tangan rasa ringan nak hayun, kaki rasa ringan nak balun. Semua benda yang ada di depan mata wa baling, semua benda wa campak ke dinding. Wa amuk. dan terus amuk - TELEFON wa BERBUNYI - wa angkat - "hello sayang, yer, tak buat ape, saya tengah main game tadi, tapi tiba2 terkeluar, tak sempat save".

Sunday, January 2

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 16

Ada masa terluang wa bawa cik salma jalan2. Kesian, tiap2 hari minggu sepanjang tahun terperap di rumah.Wa? hari minggu time wa kerja. Gila, dah lama wa tak luangkan masa Sabtu jalan2 sekitar kota Amerika. Lebih kurang setahun rasanya. Bukannya apa, sekali keluar, duit tu mengalir macam air. Rm200 300 400 500 bukan besar mana, singgah dua tiga kedai, selesai. Tapi wa tak kisah,wa beli benda2 berfaedah,lagi satu wa tak kisah sebab wa berjaya beli Salina, yang sudah lama wa tinggal. Sejak dari sekolah menengah rasanya. Hari ni, wa berjaya memilikinya semula biarpon wa tinggalkan Natrah bgitu saja. Biarlah, Natrah jadi pilihan ke dua. Nak beli dua2, tapi pikirkan sara hidup tinggi kota amerika.Dua2 Rm70. Rm70 untuk buku tebal 500 lebih muka surat taklah mahal mana.