Thursday, March 31

Bangun

Hari ni, gua bangun pagi-pagi, biarpon badan liat, biarpon mata masih nak tutup rapat, gua kena bangun dengan penuh semangat; sebab hari ni ade kerja nak buat.

Gua nyala rokok Peter Stuyvesant sebatang, gua hembus asap kepul-kepul. Gua capai botol air putih Dutch Lady full cream milk, gua tonggang lahap.

Habis rokok, gua capai tuala, gua balot badan gua yg sasa. Gua baring semula. Tolong kejutkan gua lagi sejam dua.

Wednesday, March 30

Tukar

Gua bosan, gua buka TV plasma 50 inci gua. Terus keluar siaran, ada dua pondan duduk berceloteh macam mak nenek duduk kampung ceruk. Gua layan lagi, rupanya ni rancangan tukar penampilan, Tangkap Muat. Gampang punya rancangan, gampang punya pengacara. Macam bagus sangat kau punya penampilan nak ubah penampilan orang. Baju kau pakai pon macam gampang, siap dengan labuci2 bagai. Sakit plak hati gua yang mula-mula tadi suci murni. Kalau dua pondan tu datang kat gua nak ubah penampilan gua, gua jamu dua dua pondan tu dengan wa punya siku.

Hidung

Gua nak operate hidung gua. Bukan nak bagi mancung, hidung gua dah cukup cantik Allah kasi, tapi gua tak tahan dah bersin, gua letih bersin. Gua bajet dalam dua juta Ringgit Malaysia untuk operasi operate hidung wa.
~
Gua tidur tak puas lagi ni.

Tuesday, March 29

Baca


Memang gua suka membaca. Cuma malas yg slalu datang. Itu yang banyak buku-buku tak terbaca. Satu lagi faktor, gua bosan dengan persekitaran. Persekitaran juga mempengaruhi gua tuk membaca. Bosan dengan darat, gua sarung jeans, baju, ngan gua punya buaya, gua menapak ke bawah, kolam tingkat satu kondo mewah gua, sampai situ terus gua terjun, gua baca buku sampai habis..

LTDL 2

Jutaan terima kasih gua kepada Cycling Asia.


















LTDL 1

Gua kongsi sikit gambar-gambar LTDL dulu. Gua berterima kasih kepada mike, sebab sudi undang gua.










Perjalanan


Perjalanan gua sebenarnya baru saja mula. Jauh lagi gua kena jalan. Lambat lagi gua nak sampai destinasi. Perlahan-lahan gua atur langkah, berhati-hati supaya langkah gua tak sumbang. Gua tak boleh gesa-gesa berlari, gua takut nanti gua tersungkur cium bumi.

Buku


Andrea Hirata - gua teruja baca dia punya cerita. Buatkan gua semangat nak capai cita-cita.

Kembara.


Memang ada satu kepuasaan bila galas beg sandang sarat, sambil jalan-jalan di tempat asing. Kalau gua ada sejuta pon, gua mengembara tetap dengan beg galas macam ni, takkan gua heret beg beroda akedemi fantasia.
~
Gua memang suka mengembara, jelajah mengenal dunia; jelajah untuk laksanakan projek gua yang juga impian gua, satu projek yang takkan habis, "amri daud; sebuah perjalanan kreatif." Mustahil ke impian gua? Takda apa yang mustahil. Adidas pon kata, imposible is nothing.

Tapi mampu ke gua nak jelajah dunia yang luas ni, dengan poket gua yang sempit ni?

Friday, March 25

Hilang 2


ni pandangan mata gua dari balkoni rumah gua. Bila bosan, pemandangan ni la gua tatap. Hari-hari. Pemandangan ni la buat harga sewa rumah gua tinggi.


Dan ni, pemandangan gua sekarang. Bosan! Harga sewa tetap sama. Macam tu la melayu punya meniaga. Dulu kata mahal sebab pemandangan cantik. Skrg pemandangan dah macam gampang, tapi taknak juga turunkan sewa. PUI.. gua dendam lu sarip.

Hilang


ini la pembangunan yang menghalang pemandangan gua. kuala lumpur sekarang dah hilang dari pandangan mata gua. Pandangan mata skrg kian sempit, dan bosan kian menghimpit. cis!
~
Sarip Dol taknak turun harga rumah. PUI

Hadiah

Tiap-tiap tahun,dalam tempoh 5 6 tahun terakhir ni, masa hari keputeraan gua, mesti gua dapat hadiah. Hadiah tu Cik Puan gua yang kasi; Cik Puan Salma. Macam-macam bentuk hadiah gua dapat, biarlah jadi rahsia gua, mls gua nak cerita.

Tapi tahun ni, sehari sebelum hari keputeraan gua, cik puan gua slow talk ngan gua. Dia minta maaf sebab tahun ni dia tak dapat bagi wa hadiah, dia kata lagi dapat gaji nanti dia kasi.

Dengan tenang dan kacak gua jawab, " tak pa, gua tak minta semua tu. Tak perlu hadiah semua. Cukup la gua ada lu. Lu hadiah paling berharga yang gua ada."

Air mata cik puan jatuh berderai-derai.

~

Romantik tak gua? Power tak ayat gua??

klasik


Gua balik kampung tempohari, gua luangkang masa ke kedai mara. Biarpon rambut tak panjang mana, tapi gua rasa nak potong juga bila gua tengok kedai gunting Pak Cik Mail ni buka. Bukan apa, saja nak mengimbau kenangan lama.

Kedai ni buka tahun 1993, masa gua darjah dua. Dulu gua duduk atas papan yang diletakkan dekat atas kerusi ni untuk bagi tinggi. Tapi sekarang dah tak payah. Tu maknanya dah lama masa berlalu. tu maknanya gua dah besar. Tu maknanya gua dah tua. Tapi biarpon umur makin meningkat, gua tetap rasa gua kacak dan bijak.
~
Gua nampak ada orang buat muka menyampah.

Gambar

Dah lama rasa gua tak post gambar kat blog gua.. ni gua hadiahkan satu gambar yang mana gua suka sangat tempat ni..

Blogger

Kadang-kadang gua menung sorang, sambil layan Peter Stuyvesant gua pikir; dalam-dalam gua pikir.
Boleh ke gua labelkan diri gua sebagai blogger?

Thursday, March 24

Revolusi

Gua asal felda; Felda Tanjong Jengka 20. Gua memang dibesarkan di felda, dibesarkan dengan hasil-hasil getah skrap.
~
Kampung gua dah jauh berubah, dari dulu sampai sekarang. Semua perubahan, biarpon tidak ketara dari pembangunan,tapi cara hidup tetap ada kemajuan.

Dulu, masa kecil, belakan elektrik bergantung pada generator Ramli Kambing. Generator Di hidupkan pukol 7 malam,setiap hari, dan ditutup pada jam 12 malam kalau tak silap. Tapi tiap-tiap hari jumaat, lepas solat, atas permintaan ramai, generator dihidupkan bagi membolehkan penduduk-penduduk layan hindustan; dari jam dua sampai lima. Bekalan elektrik betul-betul masuk masa gua umur 6 7 tahun kalau tak silap. Masa tu, jakun gila tengok tv waktu siang hari.

Rumah kawan gua je aku video player. Gila gua punya suka. Kalau boleh hari-hari gua nak layan gusti, hari2 nak layan tarzan versi indonesia, hari-hari nak layan Pendekar Mata Satu.

Masa darjah 4 5, telefon mula dipasang, tapi ayah gua taknak pasang. Gila gua punya kecewa. Tak majulah rumah gua. Tapi takpa, publik phone ada, gua boleh bawa buku 555 yang gua buat buku telefon ke mana2.

Rumah gua siaran TV dapat satu saja, kalau dapat TV1, maknanya TV2 dan TV3 tak dpt, macam tu lah kalau dapat TV2 dan 3. Rumah kawan gua, bapak dia pasang arial tulang ikan bagus punya. Gila canggih, siap ada remote boleh pusing-pusing automatik lagi. Bila siap pasang, gila teruja tengok cerita katun, kapten tsubasa, dragon ball, dll. Semua dekat NTV7

Line telefon memang sah-sah takda, bila balik kampung, handphone memang letak kat tepi dinding saja. Lama-lama, line dah ada, tapi adalah satu dua bar, itupon dekat atas2 bukit. Masa tu gua dengan kawan2 tengah gila chating dalam phone (GPRS), semangat duduk atas bukit, chating ramai2.

Masa rumah member gua pasang MegaTV, gua tak sempat layan sangat, sebab masa tu masa gua habis kat asrama. Tapi lepas zaman kejatuhan MegaTV, dan naiknya Astro, time tu gua ada, gua layan, tapi bukan dekat rumah gua, rumah kawan gua. Memang best layan bola. Tapi yang paling best layan chating dekat TV, bukanlah chating sangat, tapi teruja tengok mesej terpampang kat TV. Line telefon tak berapa nak ada, pegi atas bukit, hantar mesej, pecut balik rumah. Macamtu la gua ngan kawan2 gua buat, punya la semangat.

Motor, lesen. Bila kawan2 yang tua dari gua dapat lesen, merempit datang KL naik COMEL- manja. Motor korea yang macam gampang. Sampai enjin gegar Kat LPT. Nasib baik tak gugur. Nak main snuker sanggup merempit 30 40 km jauh. Biarpon dengan motor tukun. Sebab itu sajalah motor yang ada.

Bila line telefon dah ada sepenuhnya, boleh tengoklah pacik pacik lepak kedai kopi bawa handphone. Bila gua buka hp bapak gua, gua gelak guling2 bila baca mesej kawan2 bapak gua, gila kelakar dorang punya cara, dorang punya bahasa.

Sekarang zaman FB, dah banyak CC buka kat kampung. Orang-orang kampung pon rumah semua ada streamix. Pacik pacik dan makcik2 pon dah ada FB. Berborak pon cerita pasal FB. Kalau takleh g noreh kat ladang, updated terus status kat FB, tak tau nak masak pe, macik2 minta pendapat kawan2 kat FB. Gua senyum sorang2.
~
gua kena ajar mak gua main FB.

Wednesday, March 23

Diari Jurugambar Desa di Amerika.

Sekarang ni gua ada dekat Malaysia, cuti yang gua pon tak tau berapa lama. Bila dah balik sana, gua teruskan diari gua...

Result

Budak-budak dok sibuk ambil result hari ni. Gua cuma duduk tersengeh-sengeh mengimbau kenangan..

~

Dulu, masa dapat result periksa; UPSR, mak janji bagi RM10 tiap satu A yang gua berjaya genggam. Masa tu gua dpt empat biji. Gila bangga gua genggam RM40.

~

Satu ketika masa gua di KL tahun 1997, gua semangat cerita pada sorang sahabat gua; tentang ganjaran gua terima. Sahabat gua tergelak besar. Gua garu garu kepala. Tak cukup hebat ke cerita gua.

"aku dapat 1A mak aku bagi seratus.hahahahaha" katanya dengan hilai tawa.

Gua cengang. Mulut nganga.

~

Kalau mak gua kata 1A rm100, masa darjah enam gua amik SPM terus..

Tuesday, March 22

Bercerita

Dulu masa gua darjah berapa ntah, gua pernah masuk pertandingan bercerita versi mat saleh punya.
~
Gua dapat no-3 tau.

Saturday, March 19

Dewa 19

Pertama-tama kali gua nak bagitahu gua ni ada pendengar universal. semua jenis genre musik gua dengar, dari lagu kejam ganas, sampailah ke lagu jambu leleh untuk dedikasi kepada awek gua.
Dewa 19 pon adalah satu band gua minat. Lagu-lagunya sedap didengar. Tapi makin lama, lagunya lebih bersifat ketuhanan, tapi gua tetap layan. Sebabnya, bg gua lagunya ringan sahaja.

Nak dijadikan cerita, satu hari gua belek akhbar lama. Gua lupa akhbar apa, tapi isi dalam cerita pasal Ahmad Dhani, dan gambar yang Ahmad Dhani yang memakai baju yang menunjukkan simbol mewakili beberapa agama, antara, salib terbalik, bulan bintang, bintang daud, dan ada satu lambang yang gua lupa.(artikel tersebut tidak menceritakan tentang baju ahmad dhani). Gua terpikir, kenapa editor akhbar berkenaan tak perasan tentang baju yang dipakai Ahmad Dhani.

Tak lama selepas tu, gua terdengar cerita dari sahabat gua, tentang Ahmad Dhani keturunan yahudi. Gua terdetik untuk buka youtube, dan gua taip, "AHMAD DHANI YAHUDI". Dan video2 yang keluar amat memeranjatkan gua. Kat sini gua kongsi himpunan video tentang Ahmad Dhani.
Layan semua video dan pikir, apa yang cuba dibuat oleh ahmad dhani. jangan kerana lagunya, kita menerima apa yang cuba dia sampaikan.















Lembab

Gua tak tau internet yang lembab atau fb yang lembab. Tapi yang wa tahu dah dua hari wa tak dpt upload gambar. Kacau wa nak beniaga.
~
ke, gua yang lembab????

Friday, March 18

Miskin.

Ramai mungkin anggap, kata-kata atau ungkapan tersebut datang dari jurugambar-jurugambar miskin daif, jurugambar takda duit, jurugambar tak mampu dan yang seerti dengannya(walhal mereka kaya sebenarnya).Gua pon berbelah bahagi sebenarnya, sebab semuanya penting, kegunaannya memang penting. tapi gua tetap semat dalam hati gua, "jangan sampai kita terlalu bergantung pada gadjet"

Thursday, March 17

Laman

Gua ingat,tak lama lagi, gua nak buka satu laman, himpunkan semua gambar koleksi gua.

Jelajah

Gua kena makin serius. Gua kena makin rajin mencari tempat-tempat indah. Gua Kena habiskan semenanjung sebelum fokus ke luar sana. Gua terlampau pikir untuk ke negara orang, sedangkan tempat sendiri belum habis jelajah. Lagipun, tak tersempat kejar duit, sebab semua makan juta-juta.
~
Gua dengar, kalau nak tengok Kuala Lumpur zaman dahulu kala, pergi ke Laos...

Monday, March 14

Anuar Hadi

Siapa Anuar Hadi???

Seikhlas hati gua cerita, mula-mula gua jumpa vlog anuar hadi ni masa gua sibuk google kisah Anuar Ibrahim. Mula gua ingat mamat ni ahli politik ke hapa, tapi bila gua klik, baru gua tau sapa dia sebenarnya, sorang lelaki melayu duduk depan kamera membebel dan bercerita. Mula-mula memang menyampah pon ada, dengan speaking london takhengat (mungkin sebab gua tak pandai berbahasa mat saleh), bercakap membebel dengan gayanya (gua memang tak pandai beraksi depan kamera). Tapi bila gua tengok habis videonya, gua tak nafikan apa yang dia cakap betul, apa pendapat yang dia bagi semua betul. Jadi bila apa yang disampaikan tu benda bagus untuk difikirkan, baguslah, tak kisahlah disampaikan dalam apa2 cara sekalipon. Jadi kesimpulannya, gua tak boleh tak suka orang sebab dia buat benda yang gua tak suka buat, gua tak boleh buat. Kira gua puji apa yg dia buat. Berani suarakan pendapat dengan cara dia sendiri. Baguslah tu, dari duduk taip blog cerita pasal artis, cerita pasal gosip-gosip, cerita pasal makcik sebelah bawa jantan masuk rumah, cerita pasal jumpa mark zuckerberg di amerika, tapi lupa nak amik gambar bersama (sah-sah menipu), dan semua cerita-cerita takda pekdah.

Hari ni gua tengok, ada pula video orang anti anuar hadi. menyanyi mengutuk sana sini. menyanyi mencarut, mengeji. Bodoh bangang punya kerja. Mentaliti bangang macam tu biasa kita jumpa. Ada saja yang dengki. Paling gua sakit hati, konon macam berani, tapi semua muka tutup. Buat malu orang melayu.

Dan budak-budak bangang tu semua tak fikir, apa yang dibuat semua untungkan anuar hadi. Makin ramai yang kenalnya, makin ramai yang googlenya, makin ramai yang 'like' di FB. Pendek kata, mereka membantu Anuar Hadi mempromosikan vlognya.

Kalau kita tak salah apa-apa, buat apa nak hentikan aoa yang kita buat? Jangan pikirkan sangat mulut orang. Memang tradisi manusia macam tu. Manusia yang bawa mentaliti dan ideologi kampung ceruk zaman tok kadok bangang ke zaman moden alaf baru sakarang.

~

penat gua bebel, gua nak semayang kejap.

Sunday, March 13

Dasyat

Dasyat

Gila punya ngeri gua tengok bah yang menyimbah Jepun. Hanyut semua kapal-kapal. Tenggelam semua rumah; hancur. Ratus-ratus ribu rakyat hilang. Ertinya ratus-ratus ribu hilang nyawa, dibawa arus deras yang ganas. 

Takot gua tengok air yang datang menyerang. Datang dari laut luas terbentang, menyimbah menghempas tanah darat malang. Gigil gua tengok video2 tu semua. Takot gua pikir bumi ni dah tua.

Sebelum ni, masa gua belek-belek gambar sahabat-sahabat gua yang berada di sana, gua cemburu, untung kalian ada di sana, untuk kalian tinggal di sana, boleh bermain salji memutih, boleh menikmati pokok-pokok dengan daun2 kuning, daun2 merah. Tapi gua sebenarnya beruntung gua di Malaysia, takda gempa bumi, takda gunung berapi.

Gua duduk termenung , macam2 gua pikir. Antaranya :

1- macamana la kalau gua ada di sana.
2- macamana la dorang nak set up balik lepas ni.
3- macamana la dorang nak mulakan hdup, selepas semua benda musnah.
4- macamana la keadaan sahabat2 gua di sana. Apek, yufta omata.
5- macamana la keadaan maria ozawa.
6- mana perginya family2 ultraman? di saat rakyat jepun memerlukan bantuan.
7- mana perginya poket doraemon, banyak alatan2 canggih yang berguna bila masa darurat macam ni.
8- mana perginya geng2 suria baja hitam
9- mana perginya gaban dan kereta perisainya
10- mana pergi gadis2 gedik sailormoon
11- mana pergi goku? Masih mencari mutiara yang tujuh?

Gua pening kepala, gua masih tak dpt jawapannya. Gua nak tido!

Friday, March 11

dot com

Gua buta. Gua tak kenal siapa-siapa kalau takda yang kenalkan. gua juga pemalas ya amat untuk singgah di laman-laman orang. bukan sombong, bukan tak berminat, tapi gua bodoh dalam hal-hal ni. Gua bodoh untuk berkomuniti ditambah pula gua sibuk dengan gambar-gambar gua, gua sibuk dengan album album gua yang keluar tiap-tiap bulan sampaikan Dato Siti pon kalah, apatah lagi Syarifah Aini dan Liena Hangat serta Ruhil Amani.

Tapi sejak dua menjak ni, gua rajin klik-klik laman-laman orang. Ntah apa nama, tapi sedap mata mata mandang, sedap bibir menyebut bila laman-lamannya bla bla bla dot com. Gua? dot blogspot dot com. Cis, tak sedap langsung. Gua rasa gua pon patut tukar dot com. Barulah profesional, barulah international, barulah nampak seperti 'good good'.

Nanti gua nak beli. Gua nak beli dua. Nanti gua tanya rakan taulan gua dekat mana nak beli. Kalau di Pertama atau Sungai Wang mahupon Pasar Mini RVAS dan Restoran Amber Shirinbano pasti murah. Tapi buatnya di jual di KLCC atau Pavillion, kopaklah gua, terkoyak poket gua. Tapi gua tak kisah, gua dah ready dengan borang-borang pinjaman MARA mahupon TEKUN.
~
Hari hujan renyai-renyai, layan mimpi pasti best.

Serius.

Nampak macam main-main, tapi yang nyata gua tak main-main. Gua serius. Perkara ini juga serius. Projek ini sememangnya serius. Projek laman digital ini serius, projek kertas berlapis-lapis tebal itu juga serius.

Gua dah mula langkah setapak dua. Memang tiada hasilnya lagi. Kalau tanam padi pon, esok bukan boleh lagi tuai. Kalau tanam pokok getah pon, lusa bukan boleh lagi toreh. Perjalanan berjuta-juta batu, mulanya dengan langkah yang satu. Itulah perumpamaannya. Matlamatnya bukan untung, matlamatnya bukan minta disanjung, tapi matlamat gua adalah kepuasan yang maha agung, kepuasan yang takda penghujung.

Tapi semuanya makan masa, sebab semuanya makan duit. Gua takda duit.
~
Gua harap esok gua jalan-jalan gua dapat jumpa beg isinya ringgit malaysia juta-juta.

Tuesday, March 8

Gundah

Bila kawan-kawan kahwin, wa mula rasa resah. Bila masa kawan-kawan sudah dapat anak, hati wa jadi gelisah. Tapi wa tak perlu rasa gundah, sebab wa sekarang sedang fokus membina kerjaya, sebelum wa tekun membina keluarga.

Kacau

"Bermula dengan baik", kata wa dalam hati bila kepala ni putar-putar ingatkan perjalanan karier wa, perjalanan wa nak cipta nama, perjalanan wa kejar impian.

"Mula-mula nampak baik.." wa kata lagi dalam hati, bila ingat pula masalah-masalah yang datang - satu per satu. Bibir yg tadi mengukir senyum, kembali ke rupa asal. Dahi pula tunjuk kerutan berlapis. Nafas wa hela panjang.

"haishhhhh, kacau...."

Friday, March 4

Tisu

'Penggunaan tisu berlebihan boleh menyebabkan kepupusan pokok dunia'. Gua terbaca semalam, pada dinding atas tempatnya tisu masa tengah tunggu giliran guna jamban di kl sentral.
~
'Geng-geng perempuanlah ni yang jahanamkan pokok-pokok dunia.' gua buat kesimpulan ringkas masa tengah termenung dalam jamban.

Sesal?

Wa tak pernah menyesal tentang apa wa buat, wa tak pernah menyesal tentang apa yang wa pilih, wa tak pernah menyesal tentang jalan yang wa ikut.

Sebab wa percaya semua yang terjadi ada sebabnya, sebab wa percaya apa yang terjadi ada hikmahnya. Biarpon kalau apa yang wa pilih itu silap, jalan yang wa ikut itu salah, tapi itulah sebenarnya pengajaran. Kegagalan tu sebenarnya mengajar wa. Pengalaman itulah sebenarnya cikgu wa. Pengalaman itulah sebenarnya mendewasakan wa, yang mengajar wa menjadi manusia.

Cuma apa yang wa menyesal, wa tak sempat siku ubun-ubun lu dulu.

Wednesday, March 2

Malas

Wa malas cakap banyak..
~
Itu je luahan hati wa pada jam 6.27 pagi ni.

Mereka Mulia.

Wa dah masuk 26. Dah lebih suku abad. Jadi wa dah rasa semakin senior sekarang. Oleh itu wa nak bahasakan diri wa sebagai 'abang' memandangkan dalam diri wa dah ada pride sebagai senior yang angkuh.

Oklah, abang nak mulakan bicara. 26 tahun, abang tetap sama macam dulu. Cuma dalam karier je semakin bagus, sebab abang ada misi dan visi untuk abang capai. Tak macam dulu dah, terkontang kanting, terkapai-kapai macam orang lemas.Yang lain tak banyak beza. Paras rupa pon tak jauh beza, cuma rambut abang dah potong memandangkan abang dah meningkat dewasa. Lagi satu, abang dah rimas dengan pandangan serong masyarakat dekat abang, jadi abang mengalah juga. Abang kalah juga dengan kuasa mulut manusia. Abang tahu semua cerita, Abang tahu dah lama, cuma abang diam saja. Malaslah nak beria, sebab abang pikir abang tak dapat apa-apa. Hari ni abang nak cerita pada adik -adik. Cerita pasal kehidupan remaja yang tidak adil, tentang pandangan manusia yang rasa diri mulia.

Pada suatu pagi, matahari naik tenang tenang di sebelah timur. Cahaya menembusi celah-celah daun daun hijau. Kabus kabus dingin makin menipis. Burung-burung mula keluar dari sarang, beterbangan riang. berkicauan girang. Ayam yang sudah lama berkokok, keluar dari reban mencari cacing untuk dijadikan sarapan. Abang masih lagi di rumah sewa, tidur nyenyak dengan jeans tanpa baju, walhal kelas bermula jam 8.30 pagi............
~
Dari zaman abang belajar, watak antagonis memang serasi dengan pandangan masyarakat pasal abang. Maklumlah,abang ni muka kerut-kerut, ditambah dengan botak menambahkan kekejaman abang. Kelas pon selalu ponteng. Lepak snuker adalah kegemaran abang. Pergi kelas pakai seluar jeans lusuh. Semua tu sintom-sintom masuk neraka. Tak macam mereka yang rambut sikat tepi, baju kemas bergosok dengan seluar slek kain licin. Yang perempuan bertudung litup bawa beg penuh buku-buku. Biarpon mengumpat mengutuk mengeji tu menjadi kegemaran, tapi semua tu mulia, yang penting penampilan kena cantik, kemas dan pointer semua kena tinggi-tinggi. Baru la boleh join geng-geng masuk syurga.

Abang? CGPA pon ngam-ngam, macamana nak orang pandang mulia? Macamana nak buat mereka ajak abang masuk syurga? Mereka semua pointer 3, kompem2 masuk syurga. Abang? Semua yang abang buat jenayah bagi mereka. Kalau tak kena penjara, mesti kena gantung mandatori. Jahat sangat bagi mereka. Mereka? Mereka sangat mulia.

Ada yang benci walhal kenal pon tidak. Ada yang anti walhal muka pon abang tak pernah nampak. Tapi abang sikit pon tak ambil port. Sebab abang tau, dalam ramai yang benci ramai juga yang suka. Maklumlah,abang ni taklah buruk mana, ada juga rupa skit walaupon tak lawa mana. Lagi satu abang ni ketua pasukan lari bawa bola pingpong dalam sudu.

Biarpon abang ni ahli neraka bagi mereka, bila dah meningkat dewasa sekarang; sama macam mereka juga - dewasa, mereka juga datang tersengeh-sengeh pada abang. Abang malas juga nak layan sebenarnya, tapi memandangkan abang nak masuk syurga, abang pon sengeh-sengeh juga. Layankan juga asalkan janganlah mereka ulang perangai lama. Bukan apa, abang kesian juga kat mereka kalau ulang perangai lama, kesian kalau siku abang singgah di hidung, siku abang singgah di dahi.

Malas abang nak ingat, kalau ada yang terasa padan muka. Memang banyak abang nak tulis, tapi abang takot masuk neraka, jadi biar abang je la tau, biar kawan-kawan rumah abang ni je yang dengar luahan hati abang yang kejam.

~

Abang tengah layan megi cup sambil tunggu man u - chelsea main.

Tuesday, March 1

Rumusan tentang perjalanan

Selalunya rumusan dibuat last skali, tapi wa buat rumusan dulu, sebab rumusan pendek. Wa takda masa lagi nak tulis tentang kronologi perjalanan wa. Sibuk betul wa sekarang ni. Terkejar-kejar. Banyak benda nak kena buat, banyak benda nak kena dahulukan. Kronologi, cacatan perjalanan terpaksa wa tolak tepi. Nanti wa usaha curi masa tulis semua.
~
Wa rumuskan satu-satu tentang apa yang mata wa nampak masa perjalanan wa tempohari.

1 - Macau banyak kasino.
2 - Macau bersih, biarpon bangunan buruk mcm chowkit. Tapi di Taipa, bangunan canggggih beb.
3 - Kalau datang pon bajet-bajet, jangan mimpi duduk Hotel ada bintang.
4 - Jalan kat Macau sempit, tapi teratur dan langsung tak jem.
5 - Pengguna jalanraya sangat berdisiplin. Dari besar mcam bas sampai la kecik macam pejalan kaki.
7 - Sangat menghormati pejalan kaki.
8 - Orang Macau tak tau cakap mat saleh. Boleh jumpa 2 3 saja yg boleh cakap. tu pon gagap2. Tak macam wa, lancar berbicara.
9 - Dekat sini, senang gila nak kenal orang melayu. Bila dah keluar sana, byk gila muka macam melayu, tapi ntah orang apa pon tak tau.
10 - Langsung tak nmpk kapcai kat macau n hongkong. skuter besepah.
11 - Semua pakai I phone di HK.
12 - Hongkong tak pernah tak sibuk. tren sentiasa penuh. tak tahu dari mana orang datang, tak tahu ke mana orang nak pergi.
13 - Kalau datang sini, menda paling susah nak buat, makan dan berak.