Tuesday, May 31

PINDAH

dengan ini gua memaklumkan, bahawasanya blog gua gua dah alihkan ke;


WWW.BUDAKAMERA.COM

gua pindah bukan sebab gua merajuk dengan blogspot. sumpah bukan. Blogspot ok saja, dia
dah banyak berjasa kat gua. Cuma gua saja nak pembaharuan. Gua dah terangkan dekat blogspot, alhamdulillah dia paham.

lagi satu gua pindah sebab gua saja nak nampak stylo sikit. Maklumlah pakai domain sendiri.
bayar pakai RM tu. dan gua harap ada awek terpikat kat gua sebab gua ada domain sendiri. CAYALAH gua.!!

Friday, May 27

Tension

Gua betul-betul serabut. Banyak betul kerja. Bertimbun-timbun kerja gua. Tapi bertimbun lagi dosa-dosa pemimpin yang tak jalankan tugasnya dengan amanah. Tambah-tambah lagi dosa-dosa menipu orang-orang bawahan, dosa-dosa makan rasuah, gelapkan duit rakyat, tabur fitnah dan sebagainya. Bayangkan lah betapa bertimbunnya dosa-dosa mereka.

Berbalik semula kepada kerja gua yang bertimbun,kalau kerja gua setakat key in data takpa, gua boleh paksa mata paksa otak layan buat satu satu sampai selesai. Tapi kerja-kerja gua perlukan gua memerah otak mencari idea.

Mood betul-betul tak menyerap dalam soul gua. Gua plak kalau serabut, semua benda gua tak boleh buat, tension gua menjadi-jadi. Tengok movie pon tak dapat menghilangkan tension gua. Tapi itu saja hiburan ada dalam rumah gua, jadi gua paksakan diri layan juga drama.

Gua layan satu drama, cuba layan dan layan. Sampai satu adegan, hero tu pon tengah tension dengan kerja. Lepas itu makwe dia yang cun tu ajak dia pergi terapi. pergi spa. Lepas itu dorang keluar dari SPA dengan penuh senyuman. Wah, ini sudah menarik, gua mula dapat satu idea.

Gua pon bersiap-siap. Cergas terus gua mencari tempat gua nak terapi dan treatment. Badan gua pon dah lama tak servis

~

Syok betul oil massage, lega badan gua. Muka gua pon bersih dorang cuci, kepala gua pon dah tenang. Bagus betul buat benda-benda ni untuk hilangkan tension. Gua balik rumah dengan senyum lebar.

Sampai rumah gua lepak sambil hisap rokok. Bila hisap rokok gua minum air nescafe, baru ada kick. Time tu jugak gua belek-belek resit yg gua dpt tadi. Gua tgk RM100++. Cis, macamana gua boleh habiskan ratus-ratus untuk benda tu? 100++ tu kalau gua buat tok makan sebulan pon cukup. Gua dah takde duit ni, gua dah sengkek ni. Aduhhh.. Serabut gua datang balik, tension gua datang balik.. Argggggggggg!!!!

Internet

3 hari internet takda kat rumah. Mati kutu gua. Pecah kepala gua. Rugi bisnes gua yang juta-juta. Lagi bertambah bersepai kepala gua dibuatnya. Gila punya penting internet zaman sekarang ni.

Macamana lah kalau internet takda satu hari nanti. Satu dunia internet takda. Susah la nak bisnes. Dekat mana gua nak publish gambar? Dekat mana gua nak tarik client? Jahanam bisnes gua, jahanam. Mahu tutup bisnes gambar2 gua ni.

Boleh dikatakan 90% client gua datang dari internet. Tak pandai sungguh gua nak tarik client, macam wakil insuran buat tu, macam brader dan akak-akak MLM buat tu, nak sembang lebat-lebat, nak lobi lagi, nak yakinkan lagi, nak up diri lagi, bagi client puas hati dan hire gua. Sumpah gua tak pandai.

Tapi bukan gua saja yang susah kalau internet takda, orang main politik pon susah juga. Macamana dorang nak sebarkan video lucah hasil karya dorang dekat orang ramai yang bangang duduk percaya 100% dengan tipu helah dorang tu. Susah juga dorang nak tarik pengikut-pengikut dan pengundi-pengundi. Silap2 boleh kalah pilihanraya nanti. Gampang punya taktik.

~

Brader beger releks je. Pacak gerai depan 7e, bisnes kompem jalan.

Wednesday, May 25

Blog

Gua nak tanya, blog ini sapa punya?

Huh?? Apa? Kuat sikit, gua tak berapa dengar.

Sapa punya blog yang lu baca ni?

Apa? Gua punya?

Ya, bagus kalau lu tau.

Itu saja yang gua nak lu tau.

~

Drinking Water botol kecil dekat 99Speedmart RM0.50!
Gampang, sepatutnya kerajaan kena naikkan 20sen!

Tuesday, May 24

Sedap


fuh.. sedap betul menikmati pemandangan. lagi sedap bila layan pemandangan sambil hembus asap pekat. Gua nampak stylo bergambar sambil isap rokok. Gua taknak berenti, nanti hilang stylo gua. Nanti tak trendylah gua. Nanti orang tak pandang la gua. Macam perempuan-perempuan yang isap rokok bila lepak mamak, lepak kopitiam, dorang nampak sangat stylo sampai hilang melayunya..

~

Takkan melayu hilang di dunia. Hang Tuah yang kata, tapi dia kemana? Mana kuburnya?

~

Perut gua still nampak buncit. GAMPANG!

Monday, May 23

Buncit.

Berbulu je gua bila tengok gambar gua sarung jersey cycling. Gua nampak ada 'sikit' buncit pada bahagian perut gua. Sumpah gua tak perasan sebelum ni. Sepanjang gua hidup 26 tahun, itu lah pertama kali gua tengok perut gua macam tu. Selalunya perut gua ada petak-petak enam. Sampaikan kalau gua tengah tidur, anak buah gua gunakan perut gua untuk main tic tac toe. Gua biarkan saja, maklumlah, budak2, nak main kat perut bapak dorang takleh, sebab masing-masing dah macam perut Rosmah.

Lagi tambah berbulu gua bila kawan-kawan gua komen. Perghhh, gua punya sakit hati ni sampai rasa nak pergi klinik. Sakit yang teramat sangat. Semua komen nak jatuhkan moral gua. Terasa betul hati gua, rasa macam nak lari bawak diri pergi ke Grand Canyon.

Gua kaji selidik, siasat macamana benda ni boleh jadi. Lama-lama gua dapat jawapan. Sebenarnya ni angkara tiap-tiap minggu gua makan nasi minyak, tambah pulak lauk ayam masak pedas, minyaknya berlendir pekat, kari pon boleh tahan likat. Taknak makan, lapar pulak nnt, dah makan jadi la macam ni. Sepatutnya menu kenduri kawen kena ubah. Takleh sangat makanan yang berminyak ni. Gua bukan suka sangat makanan tu, tapi gua takleh memilih, itu saja yang ada, gua bedal saja.

Itulah alasan gua yang gua rasa sangat kukuh, lagi kukuh dari alasan Najeeb nak naikkan harga minyak.

~

Gua kawen nanti gua nak jamu dengan ikan singgang, putik nangka rebus, dengan budu. Air gua rasa air rebusan akar kayu.

Berat.

Memang la fotografi ni gua punya soul, kamera tu BFF gua (sumpah, ni kali pertama gua guna istilah BFF). Tapi kadang-kadang terasa berat juga kerja gua ni.

Sebelum tu gua nak story, kerja gua bukan setakat hujung minggu. Gua kerja hari-hari, dari malam sampai pagi. Siang gua tidur, malam gua berjaga. Gua ada sebab yang kukuh kenapa gua buat kerja malam. Pertama sekali, siang panas, lagi satu bising. Susah hua nak perahkan otak dan mencari mood untuk buat kerja, berbanding malam yang dingin,tenang dan sunyi.

Bila hujung minggu, gua terpaksa tidur awal, sebab pagi-pagi gua nak bangun nak pergi kerja, tapi agak sukar gua nak kembali kepada waktu tidur yang normal. Selalunya tidur gua hanya 2 3 jam sahaja. Dan kadang-kadang untuk tempoh 48jam, tidur gua hanya 4 5 jam sahaja, dan kadang-kadang juga, gua langsung tak tidur.

Gua kendung kamera gua, kadang-kadang satu dan kadang-kadang gua bawak dua. Kamera gua dan alatan-alatan laen boleh sampai belas-belas kilogram. Bayangkan gua kendong dari pagi sampai la maghrib, kadang sampai isyak, dan kadang-kadang sampai orang bangkit tidur untuk kiamullai. Kerja gua plak bukan setakat mengangkat kamera, gua juga kena berjalan kehulu kehilir. Bayangkan dari pagi sampai malam, berapa jauh gua jalan?

Bahu gua kadang-kadang gua rasa macam dah londeh, urat belikat gua kadang-kadang rasa macam dah tersimpul. Sampai gua rasa nikmat bila tengok kawan-kawan kerja dalam air cond, duduk releks depan PC, kadang-kadang buat kerja, dan selalunya buka FB. Bila dalam situasi macam ni, gua rasa kerja gua ni sangat berat. Lagi berat dari Bob dan Syanie. Tapi taklah seberat dosa-dosa pemimpin yang dah banyak menipu dan menganiaya rakyat.

Tapi, bila gua fikir dalam dalam, bila gua kenangkan semula, mak bapak gua kerja menghadap pokok getah dari satu batang ke satu batang pokok yang gua tak tahu berapa jumlahnya. Yang gua tahu, ladang getah bapak gua ada 10 ekar. Itu baru bab menoreh, belum masuk bab mengutip getah beku. Sekali kutip lebih 100 kilo, kadang sampai juga 200 kilo. Sebulan paling koman 4 5 kali kutip. Dah berapa ratus kilo dekat situ? Mak bapak gua buat kerja ni dah berpuluh-puluh tahun. Dah berapa tan mak bapak kuat angkat getah skrap tu? Tu baru sebut pasal angkat, belum pasal jalan, bayangkan berapa jauh mak bapak gua berjalan pusing-pusing tanah sepuluh ekar? HUH!!

Bila gua dapat fikir dengan cerdik macam tu, baru gua rasa kerja gua ringan. Apalah sgt kerja gua angkat kamera. Apalah sangat kamera yang takat belas belas kilo. Apalah sangat takat menapak satu hari.

~

Gua paling anti nak turun ke G dari tingkat 1 tunggu lif. Gua paling anti malas parking kereta jauh sikit, sebab malas nak berjalan. Gampang!

Saturday, May 21

Ikhlas?

Gua ada story nak 'tong tong' dengan pembaca semua. Story ni taklah good sangat. Tapi gua peduli apa gua nak cerita juga.

Dulu gua pernah berkira-kira nak masuk maktab, takpon sambung KPLI. Gua masa tu semangat nak jadi cikgu. Sebab utama gua nak jadi cikgu sebab gua nak jadi manager bola. Gua nak atur strategi untuk pemain-pemain gua. Gua dah malas mengadap PC main footbal fantasy. Gua nak jadikannya satu realiti dan gua pikir jadi cikgu adalah jalan paling senang nak jadi manager bola.

Tapi bila gua fikir-fikir balik, gua tak ikhlas jadi cikgu. Tambah-tambah lagi gua ni memang tak boleh mengadap budak-budak yang banyak kerenah. Tambah tambah lagi gua ni memang jenis yang tak reti mengajar. Tambah tambah lagi muka gua langsung bukan muka brader2 gomen.

Jadi gua simpan saya niat gua tu. Bagi gua buat kerja tu biarlah ikhlas, bukan sebab ada niat yang tersurat, apa lagi yang tersirat. Ikhlas yang gua maksudkan tu macam U Wei buat cerita Jogho, bukan macam KRU buat cerita Merong Mahawangsa.

Itu saja tazkirah gua pagi ni.

~

Yang mana rebut-rebut tempat nak masuk persatuan tu semua nak kaut duit. Gampang.

Friday, May 20

GAYa gampang

Gua da lambat, berlari-lari gua ke steren LRT. Jam tangan gua yang cun tunjuk pukol 11.35 pm, maknanya kalau ikotkan waktu Malaysia sebenar adalah pukol 11.20pm. Saja gua cepatkan, motivasi diri gua untuk awal, awal dari semua aspek. Tapi berkesankah?

Berbalik kepada story gua, gua beli tiket LRT ke cheras, RM1 saja. Murah, kalau tadi gua start enjin kereta, mau mau dah sedut 3 4 ringgit satu hala. Tu semua Najib punya angkara, Rosmah punya idea, rakyat yang jadi mangsa, gua yang sengsara, lu semua pon sama merana. Gampang betul pasangan laki bini tu.

Berbalik balik kepada story gua yang dah menyimpang tadi, masa tren sampai, gua terus masuk, gua berdiri saja, malas nak duduk. Gerabak tak penuh, tapi tak juga kosong. Boleh tahan juga orang naik tren-tren akhir ni. Balik dari kerja mungkin.

Kat kerusi yang paling dekat dengan gua ada satu geng jantan riuh berborak. Kriteria geng ni jenis macam geng-geng mulut kurang hajar, cakap kuat-kuat bagi satu gerabak dengar. Memang gua berbulu dengan orang macam ni. Gua perhati saja. Tengah diorang sembang-sembang, sorang dari mereka melentokkan kepala ke bahu rakannya, yang juga jantan keparat.

Terkejut gua, tengok pada gaya borak, gaya bahasa, intonasi perbualan, tak nampak pula pondannya. Tiba-tiba yang lentok tadi angkat kepala, nak cium bibir kawan dia. Kawan dia elak, "ish, orang pandang" kata kawan dia. Dia dengan selamba balas, "alah, orang pandang, bukan bg pelempang." Mendidih darah gua. Cis, macam gampang manusia, jangan sampai lu makan gua punya penerajang.

Bila nak sampai Stesen Cheras, dia pon turun skali, sebelum turun dorang salam, cium tangan. Sebijik macam makwe gua salam gua. Sebijik juga macam Najeep salam cium tangan Rosemah. GAYa gampang dorang ni.

~

Harga minyak naik 20sen je, apa ada hal. Gula-gula 4 bijik je.

Thursday, May 19

Jogging.

Bila tengok perut mula buncit gua gelabah. Terus gua tak tentu arah. Kehulu Kehilir gua mundar mandir. Bagi gua ini adalah satu masalah yang besar. Lagi besar dari masalah Khairy Jamaludin yang hampir-hampir kalah dekat Rembau dulu.

Gua nekad petang ni gua nak jogging sampai Tasik Permaisuri. Round tasik dalam lima enam lap baru gua lari balik. Gua sarung seluar pendek dan singlet ala-ala Nur Herman Majid, stokin dan kasut gua yang masih lagi wangi menambahkan semangat gua. Bermula dari bawah rumah gua, gua mulakan rentak larian gua yang macam M Ramacandran.

Joging punya joging taman tasik pon gua tak nampak lagi, yang gua nampak cuma satu gerai tepi jalan, jual nasi kukus ayam dara. Jiwa gua ketar ketar. Gua tahan sabar.

~

Sedap betul nasi kukus tu, ayam dara dia pon dasyat. RM5 je. Dasyat punya nikmat. Gua senyum lebar sambil tahan teksi nak balik.

Wednesday, May 18

Wawasan

Gua ada wawasan. Sumpah! Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Sekian, Terima Kasih.

Monday, May 16

guru

Cikgu Manan penah mengamuk dalam kelas dulu, puncanya satu kelas tak siapkan karangan yang dia bagi. Tapi gua siap, gua sorang je siap. Semua kena balun dengan batang penyapu kat tapak tangan; sekali. Gua bajet gua dah selamat. Cikgu Manan panggil gua, bawa buku dia nak cek. Nah, ada tiga kesalahan ejaan dalam karangan gua, 3 kali gua kena tibai dengan batang penyapu. Baik gua tak payah siapkan kerja sekolah.
~
Cikgu Latipah awal-awal dah sound gua, jangan pergi main sukan lagi. Tapi nak buat macamana, sukan tu soul gua, spirit gua, gua pergi gua. Semua kerja-kerja sekolah gua siapkan, latihan tambahan pon gua buat, untuk beli jiwa dia. tapi buku-buku gua dia camppak ke lantai.
~
Teacher Yanie penah merajuk dengan gua. Gua gunakan ilmu bunga yang ada dalam diri gua, gua bagi kad tanda minta maaf.
~
Ustaz Kudin? Scrotum dan celah kangkang gua ni mainan dia. Sampai melecet dia cubit, sebab gua tak hafal wirid dan surah lazim
~
Sir Syuk rotan gua tiga kali dekat jubo. Dengan rotan paling besar yang ada dalam bilik dia, Sampai lembik lutut gua.Sebab gua kantoi hisap rokok.
~
Ustaz Awie pernah rendam gua dalam kolam busuk sampai pagi. Takat guling guling kat padang sampai muntah dah biasa, takat tekan tubi gua rasa kala kumpul-kumpul dah sampai ratus ratus ribu gua kena.


~

SELAMAT HARI GURU PADA SEMUA CIKGU-CIKGU SAYA SERTA SEMUA CIKGU SELERUH DUNIA. TERIMA KASIH ATAS SEMUA HUKUMAN YANG MENGAJAR SAYA UNTUK JADI MANUSIA.

Saturday, May 14

Tinju vs Gusti

Dulu, gua rasa bangang bila tengok tinju kat tv. Mike Tyson gua anggap bangang,Evender Holyfield pon gua rasa bangang, langsung tak ada skill bertempur. Tumbuk tumbuk tumbuk. Tu saja yang dorang tahu. Bangang; gampang.

Tapi bila dengar nama Ultimate Warrior gua tabik, Hulk Hogan tu idola gua, tambah-tambah bila dia menang dapatkan Elizabeth dari Machoman. Coco Beware pon gua minat, tampak macho dia masuk gelanggang dengan burung kakaktuanya. Memang ramai gua minat. Gua tak tahu mana satu gua nak minat. Semua gua minat. Tito Santana, Legion of Doom, "Hacksaw" Jim Duggan,Jimmy Snuka, Ricky the Dragon, The Rockers dan banyak lagi. Malas gua nak ingat, malas gua taip. Yang gua nak sampaikan dulu gusti gua memang minat. Gusti la best, lagi cerdik pandai dari tinju yang bangang serta lembab.

Tapi lepas gua mimpi keluar mani, lepas kencing gua mula lurus tanpa cabang-cabang besepah, lepas dah tumbuh bulu-bulu di merata badan, gua mula anti pada gusti. Bangang punya rancangan tv. Gua ibaratkan gusti macam program realiti tv. Tinju la best, tinju la baru true. Tumbuk-tumbuh sampai jatuh 'kanyo'. Tinju la orang-orang ijazah sarjana muda tengok. Tak macam gusti, line-line budak tadika saja layan..

~

Gua penah bertekak dengan member wa, kalau Ultimate Warrior lawan Rambo sapa menang?

Thursday, May 12

Nostalgia - Sukan Olimpik.

"Bak sini duit sikit sorang, bio koi kumpul" arah Mamat.
Gua campak 20 sen, atom letak 30 sen, Lan macam gua, 20 sen. Bulah poket kosong. Mamat selalunya duit banyak, 50sen dia derma. Uda? Dia kata dia takda duit. Tapi gua tau, dia selalu mengelat. Dia simpan duit dia, petang nanti dia nak beli ais krim bubur kacang durian dekat Rumah Ann Shapie.

"Lan, aok ngan Bulah pegi cari batang kayu, lurus, jgan beso sangat. Cari la pangjang dua tiga depa." kata Mamat sambil serah parang dekat Lan.

"Koi ngan uda nak cari tilam. Port koi dah ada, jap lagi kumpul kat belakang umah koi" Terang Mamat lagi.

" Meri, aok pergi kedai dengan Atom. Beli paku," arah Mamat. Gua terima arahan Mamat. Gua tahu, kitorang ada projek serius pagi tu. Atom follow bontot gua.

"Paku 2 inci tau!!!" teriak mamat bila gua dah jalan nak dekat 100 tapak. "Yeeeeeeee" sahut gua.

"Duit lebih beli ais pop!!!" Uda jerit, menambah.

15 minit selang, masing-masing dah ada belakang umah Mamat. Mamat ngan uda tengah tunggu atas tilam, banyak. Tak tahu gua mana dorang rembat. Mamat mintak paku dekat gua, lantas bergerak ke 2 batang pokok yang bersebelahan, lebih kurang 2 meter jarak.

Mamat paku pokok tu. Satu satu , dari paras peha ke paras dagu, jarak antara paku lebih kurang seinci, sebaris cantik. Pokok lagi satu pon sama.

Kemudian mamat suruh gua bentang tilam banyak-banyak antara dua pokok tu; kebelakang skit. Gua turut saja. Tak turut maknanya raya nanti gua raya sorang-sorang. Mamat ambil batang kayu yang Lan cari, mamat sangkut antara paku paku.

Pagi tu, kitorang main lompat tinggi. Pagi tu, gua praktikkan gaya Javier Sotomayor masa menang pingat emas Olimpik dekat Barcelona.

~

Konda Kondi? mana ada dekat sukan olimpik bodoh!

Tuesday, May 10

Liverpool

Suarez dengan Carrol kat depan.Sorang pendek, sorang tinggi nak mampos. Sorang kaki tonjol, sorang kaki tanduk. Kalau 2 2 ni dah ngam, bencana!

Gerrard, Meireles, 2 2 ni kreativiti boleh tahan tinggi, biarpon tak pandai melukis, atau design apa2, apatah lagi nak karang syair atau sajak.Cuma dorang passing boleh tahan tepat, macam gua dulu-dulu masa ada lagi gelaran ayam tambatan. 2 2 ni kalau form,jahanam.

Rodriguez, dia punya rembat pon boleh tahan, sama jugak macam gua masa darjah lima. Kuyt, rajin nak mampos, rajinnya dalam padang melebihi rajinnya buka buku masa dia darjah enam dulu. Rajinnya dalam padang melebih2, nak tolong mak bapak dia buat kerja rumah pon tak rajin macam tu. 2 2 ni pon gua labelkan bahaya juga.

Kira Liverpool ni barisan dia memang mengancam. Gua pon tak tahu mana silapnya. Tapi tahun depan mula, team ni gua perlu jaga-jaga.

Tapi tak kira jua, kadang-kadang player world class, wonderkid, tapi macam gampang juga. Dengan team Astana dan Radioshack pon boleh kalah. Belum lagi gua hantar Le Tua atau Terengganu Cycling Team. Entah2 Anuar Manan score tiga.

~

Owen gembira betul, sekali sekala dia mesej kawan-kawan lamanya, "woi, gua minggu depan nak cium piala, lu cium apa? cium bontot king kanny ka?" isi kandung mesej Owen yang buat Gerrard, Carragher dll panas hati.

Mood

Mood gua tak berapa nak on sekarang. Kerja gua berlambak-lambak. Gua terpaksa delay gua punya jelajah ekplorasi budaya. Sudah, nak menaip pon mood gua off. Sebelum gua rembat keyboard ke dinding, baik gua pergi mengaji dulu.. Assalamualaikum..

Thursday, May 5

Nyorok-nyorok

Ntah macamana, nama gua dulu Nina sebut. Gua rasa gua dah nyorok baik punya tempat, kat belakang peket simen kat bawah rumah Tok Penghulu. Mungkin dia dendam kat gua kot. Lepas tu gua ikot saja bontot Nina cari kawan-kawan lain, dalam hati gua mintak-mintak la ade yang datang "sep". Tapi gua kecewa, satu-satu Nina jumpa, Atom, Mamat, Lan, Uda, Kak Teh, Bu, semua keluar dari port nyorok. Cilake, kali ni gua "jadi". Lepas round yang ke berapa belas gua "jadi".

"Tutup mata tu." sound Mamat, budaknya pendek, tapi samsengnya lebih.

"Yelah.." balas gua pendek, seraya pejamkan mata; tangan pon tutup muka. Biar sahih sikit. Biar budak-budak percaya gua tutup mata.

"Kira sampai 10 ek?" pekik gua.

"Kira sampai 100 la." suara Uda sayup-sayup gua dengar.

"Ok. 10, 20, 30, 40, 50, 60, 70 ,80, 90, 100" gua terus cari.

Gua cari port biasa, bawah rumah, takda. Cis, biasa mesti ada punya menyelit kat situ 2 3 orang. Gua cari atas pokok jambu susu, tak ada juga. Selalu mamat la suka panjat-panjat ni. Gua cari lagi. Gua cari kat pokok kekabu, kat busut tu, tak ada juga. Dalam reban ayam pon tak ada. Gua buka pintu jamban, tak ada. Ish ke mana plak budak-budak ni menyorok, selalu tak power macam ni. Sasaran gua Nina dengan Kak Teh dulu. Sebab dalam ramai-ramai, dorang ni kira paling sayur dalam bab-bab menyorok.

Gua cari kat belakang lagi, kat pokok mengkuang. Kot kot kat situ port baru nak menyorok. Takda juga. Cilaka, hati gua makin panas. 20 minit berlalu tanpa gua dapat jumpa sorang pon. Takkan gua 'lengek' kot. Gua jengok dalam rumah Tok Penghulu, mana tau dorang tengah layan TomatoMan. Tak ada.

Cis baru gua terpikir. Gua jalan jauh skit, redah semak-semak. Nah, masing tengah melepak tepi paya kat gelung kat ngan surau. Ada yang main-main air, ada sauk ikan. Gampang. Gua kena kali ni.

Wednesday, May 4

Diskaun

Menggeletis pompuam-pompuan bila nampak diskaun. Biarpon takat-takat 10. 20%. Masing-masing terkinja-kinja beratur dekat mesin ATM. Belum lagi yang nampak diskaun 50%, memang pecah air ketuban masing-masing. Biarpon takat Sale dekat Kompleks Pernas Sogo. Gua geleng-geleng kepala. Paling tidak gua bebel saja kat makwe gua. Sogo tuh, dalam setahun, 351 hari adalah Sale. Tiap-tiap minggu ada sale.

Gua? Setakat 20, 30% bagi gua tak cukup sale. Tak cukup diskaun. 50% pon gua tak pandang sangat. Kalau gua, 70% baru gua bagi istiharkan sebagai sale. Itu pon tak dapat respek dari gua lagi. Kalau betul-betul gua respek, gua puji sepanjang hayat wa, buat diskaun 90%, tak pon 100%. Memang gua masukkan sekali dalam doa gua. Gua doakan sejahtera hidup merea serta murah rezeki kalau dorang buat sale 90, 100 %.

~

Gua tangkap cinta satu jam tu, tapi harga dia gila punya kapitalis. Macam Khairi Jamaludin.

Anak


Ni gambar anak gua..
Anak buah gua..
Anak brader gua..
~
Gambar ni buat gua makin semangat nak bina keluarga.

Gua Tau La Wei!

Abah?
Gila kampung.

Ayah?
Macam gua panggil bapak gua je.

Bapak?
Macam orang jawa je.

Walid?
Arab sangatlah gua ni.

Papa?
Dah biasa sangat dah.

Baba?
Gua suka, tapi abang gua dah sebat dah.

Daddy?
Cool. Nampak rokes skit. Tapi gua rasa macam bandar sangat.

Ayahanda?
Klasik. Kena dengan jiwa gua. Melayu.

~

Benda-benda masa depan memang ada dalam kepala otak gua. Jangan pandang gua sebelah mata. Gua pon ada wawasan. Gua pon pikir masa depan.

~

Adira tetap calon bini no 2.