Monday, April 30

Apa saja terlintas pasal #Bersih, gua tuit!

twitter : @amridaud

Dgn hanya cota dipinggang DBKL dah rasa mereka cukup power dan dpt mengecutkan telur peserta #Bersih.

"Ah, xusahlah nak #Bersih sgt, hamba sgt selesa dlm keadaan kotor begini" ujar Laksamana Najib.

Laksamana Najib sebenarnya agak gusar dgn #Bersih ini. Ini kerana makwe2 secantik minah mongo sudah berani turun padang.

Duit komisyen jual kapal selam tu sebenarnya cukup utk beli 1 klb perdana inggeris. Tp mlgnya semua disapu #Bersih rosmah utk beli handbag

Slps perhimpunan #Bersih esok, byklah kondom2 yang akan dijumpai di dataran merdeka.

Pihak TV3 sudah siap sedia menyediakan skrip tntg #Bersihesok.pelakon pon sudah dicasting. Hanya tunggu masa saja untuk shoting.

Pihak polis dan DBKL akan menyediakan jamuan mkn. Para peserta#Bersih yg sdh dicasting tggu time saja nk mkn. Kameraman TV3 ready nk rakam.

Polis, FRU, DBKL tengah berjaga di perhimpuan #Bersih. Alam flora pula standby back up dari belakang.

Alam Flora meluahkan rasa x puas hati. Sepatutnya mereka line up plg dpn bg menentang peserta #Bersih ni. Bkn polis @ FRU. Apatah lg DBKL

Gusar laksamana najib ttg #Bersih ni sampai dia xda mood mengadap Biduanda Rosmah yg sedang terkangkang di atas Katil.

Dengar cerita Selena Gomez pon turun padang bagi memeriahkan lagi perhimpunan #Bersih kali ini.

Laksamana Najib saja yg gusar, Biduanda Rosmah relek saja bermain dildo. Apa nak risau, bomohnya lagi power dari semua peserta #Bersih

"#Bersih ini perkara kecil saja. mereka boleh buat apa? Kuasa di tangan anda" ujar Rosmah sambil menarik Najib ke kamar beradu.

DBKL memasang alat yg keluarkan bunyi utk menyakitkan telinga bg meleraikan peserta #Bersih.bunyi tu ialah suara rosmah menyanyi masa mandi

DBKL berdebar-debar juga sebenarnya nk ngadap #Bersih ni. Maklumlah, sblm ni keja saman parking dan kemudian pg melepak di tasik ttwangsa.

"I risau. #Bersih ni mmpu jthkan i" ujar najib "bodo! nk risau apa, ikut je arahan i, semua ok!" maki rosmah. Najib mnggigil lalu terkucil

org berhimpun antara sbbnya kesian tgk org mcm lu keje gaji 1200,byr kete 500, tolk itu ini ada 300 utk blnja sbln. Jd,lu jgn kutuk#Bersih

Rosmah xgoyang pon #Bersih.Rileks saja sbb dia ni btl power. Lg power dr Benazir Bhutto. Mana xnya, xjd PM pon tp dah blh memerintah negara.

"Sapa nak kaya, pergi belasah orang-orang di dataran. nnt sy bg RM. #Bersih ni btl2 menggugat kredibiliti saya" ujar Laksamana negara

Khairi Jamaludin dilaporkan sedang mengatur strategi bagaimana untuk membuat onar di #Bersih skaligus mengangkat dirinya sbg perwira negara

"lg2 #Bersih, lg2 #Bersih. Muak saya dgr perkataan #Bersih. JD, saya mahu dgr 'kotor' pula.Ya, kotor baru best." kata najib mberi keputusan

"DBKL buat semak saja di #Bersih ni. Takat ada cota buat apa. Kami ada penyapu. Kami yang patut berjuang" luah pekerja Alam Flora.

Dalam keadan sesak-sesak di himpunan #Bersih ni, bagaimana kalau tiba-tiba perut memulas? Ah, mesti cilaka!

kalau #Bersih ada riot esok, lu rasa kerjaan siapa? Lu datang tangan kosong masih berani nak serang abang-abang bersenapang?

kalo tkt tuit kt rmh xguna.@anwaribrahim #Bersih 3.0 Hentikan penipuan! Pastikan praya jujur dan adil! Bertindak utk pertahankan hak kita!

aku cuma nk tahu @anwaribrahim ni tuit kata2 smgt utk #Bersih skrg ni kat mana? kalo takat tuit kat rumah baik tak pyh.

Ah, ralit pula aku bertuit pasal #Bersih ni, sampai terlupa nak tidur.#Anwar dan #Ambiga tgh berdengkur rasanya. #Najib pula sdg resah glsh

Helikopter mula berlumba2 busykan diri pagi2 buta ni. Harap2 mereka terbang dgn tinggi supaya kipasnya x terkena org berhimpun smpn #Bersih

Pilot heli diharap lebih fokus pandang dpn supaya tidak terlanggar bangunan. Jgn ralit sgt usha #Bersih kt bwh. Mereka semua ok ok saja.

Najib bgn awl2 lg. Dia ingin smyg hajat supaya org2 #Bersih terbuka hati utk menyokongnya. tp mlng, najib lupa smyg hajat ada berapa rakaat.

Mengikot congakan, blngn org dtg #Bersih lg ramai dr yg dtg Perarakan Awal Muharram. Mmglah, China dgn India xkan nk join awal muharram.

Mlm ni blh layan telemovie #Bersih dlm buletin utama #TV3.

"Didesa atau dibndraya, kebrsihan hrs la djaga. Udara yg nyamn mnyihatkan bdn, hdp aman&gembira..." Begitulah sdkt ptikan lgu tema #Bersih.

#Facebook adalah medium terbaik utk dptkan liputan sebenarnya keadaan #Bersih. Buletin Utama sbnrnya cuma slot drama swasta.

Dgr cerita #Polis bastard tlh melanggar 2 pserta #Bersih. Amboi amboi amboi, dah jadi seganas askar israel.

Wartawan serba slh skrg. Nk tulis cerita sbnr #Bersih nnt kena buang kerja. Nk tls ikut kehendas bos nnt menipu 1 ngara. Dasyat dosanya.


Kereta polis yg terbalik sbnrnya bkn angkara peserta #Bersih.ia adalah perbuatan shopaholic2 yg berang kerana sogo ttp dkala gaji sdh kluar. 

DBKL lega #Bersih dah habis. Esok boleh kembali kepada rutin biasa, pergi cari kereta parking merata, dan kemudian mengular di tsk ttwangsa. 

tak habis2 dgn #Bersih . Baik sembang pasal #Liverpool. Kuat betul dia malam ni leh leading Norwich 2 - 0 . 

apa2pon, perwira #Bersih yang true adalah Alam Flora. Habis satu KL dorang sapu bagi #Bersih.

Friday, April 27

#KalauDapatRM1juta ; KALAU memang indah

twitter : @amridaud

#KalauDapatRM1juta, buat apa busy lagi? pergi travel la apa lagi.

#KalauDapatRM1juta, siap la kedai Nikon akan kehabisan stok lepas aku serbu 

#KalauDapatRM1juta, esok juga aku nikah. Malam dah boleh proses anak.

#KalauDapatRM1juta, sebut pasal travel ni menyeluruh sgt. oklah, mula2 aku pegi danau toba dulu.xpon bali. Rindu sgt pada magic mushroom.

#KalauDapatRM1juta, lepas tu aku pegi jelajah kemboja. Dgr cerita kalau nk tgk KL tahun 40an, boleh pergi sana.

#KalauDapatRM1juta, eropah? ah, aku tak gelojoh. Misi seterusnya ke India. India adalah syurga photojournalism bg jurugambar2 yg TRUE!

#KalauDapatRM1juta, ah, dah lama travel ni. kemudian aku balik jumpa isteri. Urusan beli rumah dan KTM Duke juga perlu disetelkan.

#KalauDapatRM1juta, ahhh, pasal bg mak ayah tak usah cerita. itu benda wajib. terlalu tipikal dan klise untuk diceritakan.

#KalauDapatRM1juta bila dah setel hal2 rumah, barulah offer isteri, "syg nak pergi mana? New Zealand? England? Sebut saja"

#KalauDapatRM1juta, ini time, bini tak pyh ssh pergi kerja. Lepas saja rumah, jaga badan bagi solid, baru stim tu smp ke tua.

#KalauDapatRM1juta penat travel, lpk2 kat rumah seminggu dua. boleh juga hire ustaz dtg rumah, tajwid pon byk yg lupa ni.

#KalauDapatRM1juta dah lama betul xkayuh, boleh la angkat Colnago RM30K sebijik.

#KalauDapatRM1juta, kamera besar wajib beli, tp aku lebih fokus pada kamera kecik tp sngat berkuasa.

#KalauDapatRM1juta huh, mane yg banyak alasan tu? Mana? Mana? Cilaka dulu ko belagak ek dgn aku.

#KalauDapatRM1juta dah tiba masa gua jelajah eropah. Biarpon jutawan, aku msh lg pegi scara backpack. Kali ni, bini gua usong skali.

#KalauDapatRM1juta, blk dari eropah, tiba masa KTM duke aku bekerja. Mlysia - thai - myanmar - laos - kemboja - vietnam

#KalauDapatRM1juta, dah banyak aku mengembara. Gambar2 pon dah banyak, tibalah masa aku hire designer utk buat buku.

#KalauDapatRM1juta, baru aku ingat aku ada hutang dgn Mara, juga dgn brother aku. Tiba masa aku bayar.

#KalauDapatRM1juta, Maaflah lambat bayar hutang. Biasalah tipikal manusia, tiba2 dpt sejuta, mesti lupa diri kejap. 

#KalauDapatRM1juta bila hutang selesai, hati pon senang. Tibalah masa untuk mencari bini no dua. 

#KalauDapatRM1juta bini aku kata, dia hanya mahu bermadu dgn artis. Ah, adira dan fazura jd calon utama. 

#KalauDapatRM1juta time ni aku jd pening. Nora danish dan maya karin pon menunggu gua jgk. 

#KalauDapatRM1juta nora danish n maya krin janda. Fazura n adira ank dara. Tp janda kompem janda, anak dara tak kompem lg anak dara. 

#KalauDapatRM1juta ah, gua x suka berada dlm dilema. Hati jd ssh.Dh kaya buat apa susah hati. Jadi aku rejek semua. Cik salma ttp dihati. 
 
#KalauDapatRM1juta bila dah kaya ckp pon berterabur, kejap aku, kejap gua. Kakakakaka. 

#KalauDapatRM1juta bila dah rejek semua, aku lebih fokus kepada keluarga. Hidup kami bahagia bersama sepasang anak kembar. 

#KalauDapatRM1juta "syg jd diri elok2. Abg da amek org gaji. Xla beban sgt nk buat kerja rmh. Esok abang nk ke afrika 2 3 bln" ujar gua.

#KalauDapatRM1juta suka sgt cik salma dgn mini cooper. Aku tgkp la satu hadiahkan dia sbg buah tangan. 

#KalauDapatRM1juta, bila dah byk negara aku travel, gmbr2 pon mesti byk yang power. Petronas bg surat suruh buat pameran solo kt galeri dia. 

#KalauDapatRM1juta bila dah buat pameran solo, nama pon mesti dah up, geng2 pon da ramai. Jd aku ingat nak buat talk di seluruh negara. 

#KalauDapatRM1juta talk yg aku maksudkan ni adalah talk utk basuh bdk2 baru nk up tntg tak besnya amik gmbr model2 murah ni. 

#KalauDapatRM1juta bila industri photo d malaysia xda lg yg amik gmbr gadis, tetek dan bokeh, photographer lebih dpandang mulia oleh msyrkt .

#KalauDapatRM1juta jadi bila xda photog yg nk shot gadis2 jenis mcm ni, mereka pon mula bljr pakai tudung. Kakakaka 

#KalauDapatRM1juta pada masa tu karier sbg jurugambar mula dipandang tinggi, setaraf dgn doktor dan lawyer 

#KalauDapatRM1juta lepas penat berjuang, elok juga aku bw bini aku jalan2 pegi Switzerland. Cantik betul pemandangan kat sana. 

#KalauDapatRM1juta utk skdr bercuti dgn family, kamera2 dan lensa2 besar aku tinggal saja. Leica M9 saja aku bawak. Kecik dan power. 

#KalauDapatRM1juta leica M9 ni harga dia dlm RM30k body sahaja. Amacam? 

#KalauDapatRM1juta berminat btl aku nk bka kedaio makan. Kedai mkn aku bertemakan melayu tradisional. 

#KalauDapatRM1juta bila sebut tema melayu tradisional, kedai gua mesti dibuat dr buluh dan beratap rumbia. 

#KalauDapatRM1juta senang cerita, mcm kedai dalam drama pendekar dulu. Tapi besar, sbb ini kedai milik org kaya.kakakaka. 

#KalauDapatRM1juta tkg amik order pon pakai baju2 klasik. Kata-kata pon juga klasik. "Tuan hamba ingin minum air apa?" 

#KalauDapatRM1juta air pula diisi dalam buluh. Fuhhhh. 

#KalauDapatRM1juta biarpon kedai aku ni klasik, tv besar HD ttp ada, utk pendekar2 layan bola. 

#KalauDapatRM1juta menarik betul idea org kaya ni. Kedai mkn aku mesti laku, duit pon makin bertambah. 

#KalauDapatRM1juta bila duit dah bercambah, boleh la bawa family aku bercuti kat oversea, kalau dihimpunkan semua ahli keluarga, mau mau 50 orang

#KalauDapatRM1juta bila usia dah meningkat, mula rasa nk habiskan masa dgn keluarga. Tp travel pon x leh tinggal. Jd, aku ingat nk tgkp RV 1 

#KalauDapatRM1juta pengembaraan dgn RV ni akan merentasi asia tggara, mongolia, china, rusia serta siberia. Kemdn bru aku pth blk pg eropah. 

#KalauDapatRM1juta kemudian aku akan melencong ke tanah arab. Ngam2 musim haji aku snp kat Mekah. 

#KalauDapatRM1juta klimaks pengembaraan aku di mekah. Slps bgelar Hj Amri, aku plg ke tanah air, RV aku tggl, wakafkan dekat sana. 

Yang pasti #KalauDapatRM1juta aku xde masa dah berangan angan dkt twitter ni. Kakakakakaka



Thursday, April 26

#CITERTWITTER ramos kenapa kau lukakan hatiku



Nasib baik Sheikh Muzaffar dah turun, kalau dia ada diangkasa sudah tentu kena bola rembatan Ramos semalam. blh gila 2 3 hari.#CITERTWITTER

Jntg Kpt Bryan bdegup laju. "fuh nsb baik aku smpt elak, kalo x msti pth syp kpl trbg aku. Cilaka mana spk bola smp atas ni"#CITERTWITTER

Semua pemain ragbi jeles, semua jd sakit hati. Ramos lg power amik conversion dari mereka. #CITERTWITTER

Ramos dail no Beckham.tut tut tut tut. "Hello, sapa ni?" "kakaka,lu ingat lu sorang je bole amik penalti ke laut?" "oo..ramos"#CITERTWITTER

Ramos dah boleh berbangga, sepakannya semalam sejauh 5783km. WoW! rekod dunia yang baru!! #CITERTWITTER

Surti meneran. Skt btl perutnya. Tiba2 pang! Ada benda jatuh atas bmbg jmbnnya. Lnts dia mcari, cilaka bola ramos ni sampai ke indonesia. #CITERTWITTER


sumber : twitter @amridaud

Bangga, bukan berbangga-bangga.



Kawan gua ada kamera power. Power kamera tu dia tak guna sgt untuk ambil gambar. Dia guna power kamera dia utk berlagak dgn gua.

Sbg contoh kamera dia ISO blh pegi smp 25600. Tp dia xtau pon guna ISO tu kat mana. Cuma dia tau "ISO aku 25600. Kau 1600 je ek?"

Xpon. "zmn bila pakai 10MP? zmn skrg ni pakai 21MP la.kakaka" Cilaka. dia ingat kelakar? PUI! dia tak tau megapixel tu buat makan space harddisk je.

Bila dah mls nak melayan, gua secara jujur je bgtau, "kurang2 kamera buruk gua dah smp 5 6 negara. Oklah sikit dari lu punya kamera yang berehat je dalam drybox. Paling kuat pon usung ke KLCC amik gambar makwe".

"Hasil kamera buruk gua dah tayang kat majalah. dah keluar kat pameran. Kamera power lu dok amik gmbr model dan tetek untuk modal melancap. Kalau model cun takpe. Ini tgk muka pon tak boleh kasi keras batang pelir" ujar gua lagi, sedikit memaki.

Sejak hari tu member gua tak sebut dah pasal kamera. Nak jumpa gua pon dah segan-segan. Gua sedikit pon tak rasa bersalah, apatah lagi nak minta maaf. Orang berlagak kena balas dengan belagak. Itu mujur juga gua tak balas dengan siku.

Gua pon bukan nak berlagak dengan dia. Gua nak berlagak apa, orang lain artwork tiap2 bulan masuk mag. orang lain hasil kerja dah sampai ke Amerika, gua baru Indonesia. Gua cuma pantang kalau orang nak belagak dengan gua. Cilaka.

sebenarnya yang jenis-jenis belagak ni bukanlah seorang photographer. Diorang ni jenis seseorang yang ada kamera. Jenis-jenis yang tak paham makna photographer. Jenis-jenis ni bukan tau photographer tu satu pekerjaan, dia ingat photographer tu satu hobi yang dibuat tiap hujung minggu, takpon dikala masa terluang. Itu pasal la berlagak nak mampos.

Cuba bagitau kenapa nak berlagak? Lu ada kamera RM5k? Orang lain ada kamera harga 10k. Lu nak berlagak kamera lu RM10k? Orang lain ada kamera RM15k. Lu nak belagak kamera lu RM15k? Orang lain ada kamera RM25k. Lu nak berlagak kamera lu RM25k, orang lain ada 2 3 bijik kamera RM25k.

Habis tu kenapa mau belagak? Kenapa nak kerek? kenapa nak bangga sangat. Lebih elok bangga dengan hasil kerja. bangga dengan barang-barang yang ada tak salah, sbb itu semua hasil titik peluh sendiri. Tapi, cuma bangga, bukan berbangga-bangga.

Tuesday, April 24

Selesa sangat lepak bawah tempurung.


DULU-DULU, bila pergi kelas pakai seluar jeans lusuh, orang mula pandang enteng. Tambah lagi ada carik sikit  pada lutut, pakej dengan muka rockes yang bengis skit, lagi la hina pandangan pelajar-pelajar yang mulia. Jenis-jenis macam ni memang takde mase depan, memang takde wawasan.

Kalau yang jenis berkemeja, dan berseluar slek, pakej dengan muka jambu dan kaki pegi library, yang jenis macam ni la dipandang mulia. Yang jenis ni ada wawasan, kompem cerah masa depan.

Kehidupan sosial pon banyak mempengaruhi. Kalau masa banyak dihabiskan di pusat snuker, kelas wajib ponteng. Makwe-makwe ulat buku mula bisik-bisik. Ada yang siap membenci lagi. Walhal takpernah kenal pon siapa. Sebab exam kena BAR, kutu-kutu terus dilabelkan bakal masuk neraka. Macam itulah perumpaannya.

Masuk plak bab-bab CGPA. Hina betul kalau pointer cukup-cukup makan. Menambah lagi kebencian gadis2 skema pada golongan macam gua ni. Yang dapat pointer 3 ke atas dipuji dan dipuja, maklumlah kalau dapat 3 pointerkan kompem leh masuk syurga. Itu ramai orang suka.

JELES? pui! Apa barang gua jeles dengan geng2 ulat buku. Tak mencabar langsung. Jenis2 rokes dan atlet ni tak perlu pergi library atau lab untuk cari makwe. Makwe akan datang menyerah diri. kahkahkah!

Tapi kalau diikutkan, jenis-jenis yang rokes ini yang jenis tak memilih kawan. Semua orang boleh kawan. Jenis-jenis rokes inilah yang senang nak mintak tolong. Kutu-kutu snuker, ada nak amik tahu hal orang? bisik-bisik? Gosip-gosip?

Yang jenis  'mulia' ni sebenarnya yang busuk hati. Muliakan sangatkah kalau suka membeza bezakan orang? Belum masuk bab-bab mengumpat yang lama-lama kompem jadi fitnah. Betul ke kaki rock tak pandai semayang? Kaki snuker tak pandai mengaji?

Dalam konsep berkawan senang saja bagi gua, tak kisah lu sapa, kalau ada semangat setiakawan, ada time susah senang, itulah kawan. Tak kisah la lu kaki botol, pointer rendah, atau kaki ponteng. Buat la ape lu nak buat. Masing2 dah besar, boleh pikir baik buruk. Jangan benda-benda tu dibawa ke rumah sampai menyusahkan orang sudah. Senang!

Buat apa gua nak berkawan dengan orang kuat semayang tapi busuk hati, xde semangat setiakawan?? Buat apa gua nak kawan dengan orang kuat ke masjid tapi pentingkan diri sendiri, belum lagi nak mintak tolong, memang takde. Kedekut tu memang tak ingat la.

Yang jenis-jenis kutu dan rokes ni lebih berfikiran terbuka. Tak dinafikan kalau jenis-jenis yang nampak kutu  ni yang lebih tahu erti kehidupan, erti persahabatan. Dosa pahala jangan nak cerita. Itu semua kerja tuhan. Hati yang penting. Baik atau busuk hati tu yang kita kena pandang.

Gua bukan nak kutuk yang berketayap, bukan nak up yang berseluar koyak, cuma nilai orang xcukup dengan sekali nampak. 

Tapi tu la sebenarnya lumrah dunia. Tak boleh buat apa. Sebab masyarakat kita selesa sangat lepak bawah tempurung.






Friday, April 20

kompilasi #tuitNOSTALGIA volume 1



#tuitNOSTALGIA Gua xbgtau sapa2. Gua smpn cita2 gua dlm hati. Tkt juga kwn2 mengata. Cita2 gua tinggi. masa tu gua cita2 nk jd ninja.

#tuitNOSTALGIA oleh kerana tingginya cita2 gua tu, gua pernah request kat bonda gua suroh beli baju ninja jadi baju raya nnt. Tp xdlayan

#tuitNOSTALGIA oleh kerana cita2 gua x direstui bonda, gua mula tnm cita2 nk jadi Rambo. Masa tu gua baru sedar senapang lg power dr pedang

#tuitNOSTALGIA Tapi cita2 nk jd Rambo xlama, sbb gua dah masuk sekolah. Gua dah tau sbnrnya apa itu cita2.

#tuitNOSTALGIA ada satu hari ada bulldozer korek paya dpn rumah gua. Time tu cekap btl gua tgk driver tu handle bulldozer dalam selot2. Gua terus nak jadi pemandu bulldozer.

#tuitNOSTALGIA gua ingatkan bawa bulldozer kena masuk U. Mana taknya, power betul brader tu, sampai senget benget bulldozer tenggelam dalam selot, steady je dia korek lagi. Power power!

#tuitNOSTALGIA bila dah otai skit, cita2 gua dah ubah, dgn bangga gua tulis cita2 gua nk jd ahli astronomi . Member2 kelas gua ckp "fuyoooo, kerja apa ni????"

#tuitNOSTALGIA gua xpikir sangat pasal cita2 masa sekolah menengah. Maklumlah dah masuk zaman remaja. . Cuma klimaksnya bila dah mula bercita2 nk jd suami mithali masa tingkatan 3. Kahkahkah! 


twitter : @amridaud

Wednesday, April 18

Kalau Hari2 Buat Mesti Terer. Tapi....

"practice make perfect". Ya, lebih kurang macam itu la kata-kata orang Pahang. Gua sangat setuju dengan kata-kata tu. Gua angguk berulang kali, tanda gua setuju dan bersetuju.

Ayat paling senang skali, kalau lu buat hari-hari,lama-lama lu akan terer. Terer yang gua maksudkan ni adalah cekap, dan tau apa yang lu buat serta tau apa yang boleh lu buat dan apa yang tak boleh.

Sebagai contoh, kalau Najib main bola hari-hari, lama-lama  mesti Najib power. Masa mula-mula tu main bola Najib mesti pakai hentam apa pon tak tau peraturan- peraturannya, tapi lama kelamaan mesti Najib tau serba sedikit peraturan main bola.

Gua bagi lagi contoh, bagi satu tak cukup kepada pembaca yang jenis-jenis siput ni. Masa mula-mula Rosmah mesti gambar serupa muka dia, yang serupa macam sampah,macam gampang serta meloyakan. Tapi kalo Rosmah ambil gambar hari-hari, lama-lama Rosmah jadi cekap. Rosmah sudah tau apa itu bokeh. Rosmah sudah tau apa itu rule of third, Rosmah sudah tau apa itu komposisi dan lain-lain.

Macam itu juga dengan Mak Cik Shahrizat buat kuih. Masa mula-mula buat kuih dulu nak siapkan 100 ketul makan 4 5 jam. Tapi kalau buat kuih hari-hari, Mak Cik  Shahrizat  dah expert, 4 5 jam tu boleh buat 1000 ketul kuih.

Mula-mula Sakaran Dandai motong getah dulu, habis pokok getah ditorehnya, sampai ke batang dalam dicucuknya. Rosak pelan pada pokok. Lepas tu Sakaran Dandai pandai sikit, tapi nak menghabiskan 10ekar ladang makan sehari suntuk lamanya. Bila dah 10 tahun Sakaran Dandai motong getah, punya la power sampai motong getah sambil berlari dari pokok ke pokok.

Macam itu lah ceritanya kalau kita praktice hari-hari dan buat perkara yang sama hari-hari. Lama-lama mesti jadi power dan terer.

TAPI!!!!!!

Pemandu teksi kat Kolumpo ni hari-hari bawak teksi tapi masih lagi gampang skill pemanduannya. Suka-suka hati mau tukar lorong. Bagi signal jangan harap. Kat simpang pakai keluar sesuka hati. Bangang dia sama macam hari pertama petang streng kereta. PUI!!

Tiba Tiba gua jadi hangin semacam.

Gua takde nafsu nak membahan budak2 Arsenal sebab kalah dengan Wigan. Sebabnya minggu lepas pon Man Utd kalah dengan Wigan. Jadi gua rasa macam budak bangang saja kalau gua bahan tak tentu hala. Malas gua nak letakkan diri gua sebaris dengan Pak Kordi pengulas bangang tu.

Nak dijadikan cerita semalam gua duduk diam-diam dengan aman dan langsaung tak kacau sapa-sapa, tiba-tiba sampai private msg mengganggu ketenangan gua. Msg tu berbunyi " Arsenal kalah malam tadi sebab terikut resmi bangang Man Utd la ni". Wah wah wah.. banyak bunyik betol kawan gua ni.

"Huh, elok sangat la tu follow resmi bangang Man Utd kalah dengan Wigan. Resmi Man Utd memang piala tiap-tiap tahun tak nak polow. Patut la sangap piala. Biar team saja bangang, penyokong jangan ikot follow bangang team tu. INGAT!" balas gua.

Nasib baik dia tak reply, kalo dia reply mau kena terajang hidung dia.

Friday, April 13

Kenapa cari Along?

Family dan Sedara mara dah mula terpekik telolong,
Share Partner buat bisnes bak tikar digulung,
Bank pula orang-orang gomen yang diagung,
Adik beradik sudi ke nak tolong????
Cara paling mudah "hello Alonggggggggggg".

Ujang, HAKCIPTA dan Kapitalis Keparat


Tempohari, sebelum bertolak ke Selatan Thai, member gua si Udey bawa gua ke Pasar Karat di Alor Setar. Pasar Karat ni dibuka awal, lepas-lepas subuh matahari tak sempat nak naik, makcik makcik dan pakcik pakcik peniaga pasar karat ni dah naikkan khemah dorang.

Macam-macam barang 'rare' yang dijual dekat sini. Kebanyakan dia barang-barang 'old skool', dari semurah-murah harga sampai la tahap ribu-ribu, semua ada. Pusing punya pusing gua sambar Hujan Pagi karya Sasterawan Negara A Samad Said dengan harga cuma RM35, dan beberapa nashkah Ujang, RM 1 sebijik.

Hujan Pagi tebal, agak-agak gua dalam 2 inci tebal dengan 500++ muka surat. Buku-buku tebal macam ni gua tolak tepi dulu. Gua capai ujang. Bila gua belek ujang, memori gua mula menyingkap kenangan lama. Kenangan  kanak-kanak. Kenangan masa kencing bercabang, kenangan masa taik kulup penuh dekat kepala takok, kenangan masa hingus hijau tergantung dekat hidung.

Ujang. Ujang memang legend. Gila-Gila pon sama-sama legend sebenarnya. Tapi zaman gua lebih kepada Ujang.Boleh dikatakan gua dan Ujang membesar bersama, dalam satu era. 

Masa tu juga gua kenal Manchester United. Kartunis Nik yang bertanggungjawab memperkenalkan gua dengan MUFC ni.  Kartunis idola? Mana ada sorang, semua boleh cakap idola, Sukun, Gayour, Nik, Ubi, Aie dan semualah.

Siapa tak baca ujang zaman dulu memang boleh kata tercicir satu kenangan. Kenapa ujang legend? Kenapa Gila-gila legend? Kerana itulah lukisan dan garis garis conteng 'melayu'. Kartunis-kartunis yang rata-rata datang dari kampung menghasilkan Kartun-kartun 'melayu', cerita cerita 'melayu' menjadikan Ujang sangat dekat dengan diri pembaca.

Masa itu, lawak antarabangsa betul-betul cool.  Workshop memang digilai ramai. Watak macam Dicky dan Cupin diangkat sama level dengan Jaki Jipang di Gila-Gila. Banyak lagi karya-karja yang GILA masa tu dan salah satunya  Aku, Dia dan Volkswagen. Cerita ni tak habis, tergantung begitu saja. Sebenarnya bukan cerita ni saja tak habis, ada lagi cerita-cerita tergantung, Kenapa? Jom kita flashback dari mula.

Ujang ni nama asal dia Ibrahim. Ibrahim bin apa gua lupa. Tapi asal dia dari Kuala Pilah kalau tak silap gua. Perjalanan seni Ujang bermula lepas SPM pada awal 80an. Berbekal 'artwork' Hikayat Ujang Senang, Ujang memberanikan diri mengorak langkah ke Kolumpo.

Jaafar Taib yang ketika itu menjadi Pengarah Urusan di Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB), beliaulah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Ujang dalam dunia kartun ini.  Jaafar Taib jugalah yang mencadang nama 'Ujang' digunakan sebagai nama pena. 

Kartun kartun hasil conteng tangan Ujang pertama kali disiarkan pada 1984/85, dan bermula dari situlah nama Ujang sebaris dengan pelukis-pelukis yang sudah terkenal di Gila-Gila ketika itu seperti, Zainal Buang Hussein, Fatah, Rejabhad, Imuda, Rasyid Asmawi dan Lain-Lain.


Pada lewat 90an kalau tak silap gua, Ujang keluar dari CESB dan menyertai Kharisma Picture Sdn Bhd. Mengikut cerita dari sumber sumber yang juga kaki kartun 'melayu', gaji Ujang mencecah RM15k ketika dia meninggalkan CESB. Betul atau tidak wallahualam.

Di Kharisma Pictures Sdn Bhd, Ujang menerbitkan UJANG, dengan motto Majalah Lawak Antarabangsa.  UJANG menjadi satu fenomena baru di Malaysia, berjaya mengatasi Gila-Gila. Hasil jualan UJANG mencecah 300000 naskah sebulan. Usop Sontorian juga mula dianimasikan dan ditayangkan di TV. 

Gua malas nak bercerita pasal perebutan maskot Din Beramboi, maklumlah, orang dah takde. Pendek cerita, Ujang kalah hak perebutan ni dekat mahkamah. Jadi maskot Din Beramboi ditukarkan kepada PakCik Din.

Detik-detik hitam dalam hidup Ujang bermula pada penghujung 90an. Ujang keluar dari Kharisma dan menubuhkan syarikat baru yang menerbitkan Varia Lawak. Sekali lagi isu HAK CIPTA menjadi masalah. Ujang terpaksa menukarkan Varia Lawak kepada Lanun.

Dan dalam line-line masa ni la munculnya kapitalis cilaka bernama Mohd Othman Yusuf (MOY). Dia ni masa ni dah dapat pangkat Dato kalau tak silap. MOY yang pandai berpolitik ni berjaya memanipulasi orang sekililing dan berjaya memanfaatkan 'ketidakpandaian' Ujang dalam dunia bisnes dengan menelan Kharisma dan menukarkan kepada MOY Publications. 

Bukan itu saja, segala kartun-kartun, dan juga nama UJANG sendiri menjadi HAK MUTLAK MOY Publications. Jadi, Ujang hilang kuasa terhadap semua karya-karya beliau yang dah menjadi fenomena satu ketika dahulu.

Gua ada dengar berita angin lintang, Ujang menjadi tertekan ekoran kes ini. Ada juga yang kata, Ujang gila seketika. Mana tak gila, sudahlah karya dicuri, nama sendiri pon tak boleh guna. Surat saman dari MOY pon bersepah-sepah sampai. Selepas itu, Ujang banyak habiskan masa memancing di Tasik Kenyir.

Selang beberapa tahun, Ujang berjumpa semula dengan Jaafar Taib di PWTC. Jaafar Taib yang sudah tentu tahu cerita-cerita konspirasi dalam dunia kartun ini telah menawarkan semua Ujang kerja di CESB.

Si Kapitalis MOY ni bukan sahaja menyekat Ujang untuk berkarya, tetapi ramai juga kartunis-kartunis yang tidak dapat menyambung karya mereka kerana masalah HAKCIPTA, biarpon CIPTAnya cerita dan karya2 tersebut dari kepala kartunis, tapi HAKCIPTA tetap milik si kapitis bedebah itu. 


Macam itu jugak dengan AD&V ni. Kartunis Ubi tak boleh menyambung cerita ini. Kalau gatal-gatal tangan, saman la jawabnya.

MOY yang bertanggungjawab melenyapkan legasi UJANG serta Ujang sendiri. Jualan majalah UJANG juga makin menurun dibawah pimpinan MOY. Lama kelamaan, majalah ujang makin dilupakan. 

Masa ni majalah2 yang kartunisnya sudah dijajah kepala otak mereka terbit. Majalah-majalah Gempak, seni melayunya langsung tidak ada, tetapi makin digilai remaja. Terus tenggelam UJANG dalam lambakan karya-karya Kartunis Jepun berbangsa Melayu ini.

Pendek kata, MOY si cilaka ni bukan saja menjahamkan periuk nasi kartunis-kartunis, tetapi menjahanamkan scene kartun MELAYU yang asli.

Dengar kabar lagi MOY tu dah jadi ADUN dekat Johor. Memang sah kuat main politik. Pukimak!


Tuesday, April 10

Ingat Idea Senang2 Datang?

Mustafa duduk di muka pintu rumahnya - mengikat tali kasut, ketat ketat. Lantas dia bangun, menepuk-nepuk punggungnya tiga empat kali. Beg galas 2 3 biji berisi pakaian dan stok makanan dicapainya lalu diletakkan  pada belakang vespanya lalu diikat supaya tidak jatuh.

Mustafa tarik nafas dalam-dalam. Kali ni dia betul betul nekad. Dah lama dia merancang. Perancangannya teliti. Dia patut mengembara melihat kehidupan diluar sana. Dia patut keluar untuk meluaskan pemandangan dan pengalamannya. Dia nekad kali ni, betul-betul nekad.

Dia nekad berhenti kerja. Dia nekad menggunakan duit simpanan kawennya, dia nekad mengembara melihat alam buana bersama Vespa Super 150 kesayangannya. Mustafa betul-betul nekad dan semangat.

Engkol vespanya ditendang - beberapa kali - preng!!!! preng!!!! preng!!!! Deruman enjin vespa tua itu memecah hening pagi. Asap putih pekat keluar dari ekzos bikin vespanya. Pekat, mencemarkan udara pagi yang segar.

Mustafa biarkan enjin panas seketika. Bila enjin betul betul panas, baru dia tekan gear 1, dah bermulalah pengembaraan Mustafa melihat alam buana.

Mustafa menunggang penuh berhati-hati. Tunggangannya tak laju mana, sedang-sedang saja. Dia tak mahu kejar masa. Bawa perlahan sambil layan pemandangan sangat asyik baginya.

Sedang dia leka membawa vespa, tiba-tiba baru dia teringat satu adegan dalam filem Gila - Gila Remaja ; Roy berenti rehat di tepi sungai sambil mengulangkaji pelajaran. "Stylo betul." bisik hati kecil Mustafa lalu dia memperlahankan vespanya dan berhenti di tepi sebatang pokok rendang di tepi jalan. Dia menggeliat hilangkan lenguh sendi tubuhnya.

Tikar kecil yang dibawa dibentangnya betul-betul bawah pokok rendang tu. Mustafa baring lantas dicapai novel cinta yang dibawanya. Sambil rehat baca novel, baru masa tak terbuang begitu saja. Lama kelamaan Mustafa terlena.

Apabila Mustafa terjaga, dia dapati vespanya sudah tiada. Mustafa jadi tak keruan. Menyesal pula dia membaca novel cinta sampai tertidur. Dia melihat jam, 4 jam dia terlena. Mustafa tidak sedar bila motosikalnya dicuri.

Mustafa mengemas semula barang-barangnya, tikar dilipat dan dimasukkan dalam beg lalu digalasnya. Mustafa tiada pilihan, dia harus menahan kereta, tumpang pergi keman-mana pekan terdekat. kemudian naik bas untuk meneruskan perjalanannya.

Dia harus meneruskan perjalanannya, dia tak boleh patah balik ke kampungnya. Cerita Mustafa mengembara sudah dicanang satu kampung, kalau dia pulang awal, malulah dia. Kurang-kurang 2 minggu baru boleh tunjuk muka.

Sejam Mustafa tahan kereta, tapi satu pon tak berenti. Mustafa ambil keputusan untuk jalan kaki sahaja. Dia mulakan langkah. Lama kelamaan Mustafa mula penat., bukan mustafa saja penat, gua pon naik penat menaip cerita ni.

Sudah sudah, gua dah takda idea nak tulis apa lagi. Pergi jahanamlah mustafa dengan pengembaraannya. Pening kepala gua nak pikirkan pengembaraan Mustafa ni. Xda idea xda idea. Baik gua tido!!



Monday, April 9

Kisah Benar; Antara Rock dan Cinta

Gua klik button save. Pop up 'progress' terpapar seketika, 1 saat kemudian lesap. "fuh, laju betul pc gua, tak bagi can loading langsung" bisik hati kecil gua; bangga.

Gua habiskan sisa-sisa nikotina terakhir. Gua lepaskan asap perlahan-lahan sambil selang seli gua buatkan bentuk 'O'.  "Kahkahkah. Style style. barulah perokok macam ni, pandai buat O" gua jalan menghala tilam sambil tersenyum bangga dengan kebolehan diri sendiri.

"kejut gua jam 11 pagi. gua ada kerja sikit" gua tinggalkan wasiat pada cik puan gua, sebelum mata gua berlabuh.

.......

Gua menapak ke stesen dalam panas yang menggigit kulit. Baju gambar tengkorak dan kubur yang gua sarung ni tampak menyerlah dalam cuaca panas macam ni. Seluar jeans gua ni pon nampak smart, biarpon lusuh dan dan berbulu-bulu. Kasut converse ni pon nampak style, biarpon dah 5 tahun tak basuh.

"Ah, semua tu nampak style sebab sarung  kat susuk tubuh gua yang sedap ni. kahkahkah" gelak gua seorang diri; jahat - sambil menendang pondok telefon.

"kahkahkah" gua ketawa besar lagi. Kali ini gua tendang pula papan tanda jalan,kuat - menyerlahkan lagi watak antagonis yang gua bawa.

Tapi dalam watak antagonis dan jiwa rock gua, gua tetap memilih LRT sebagai pengangkutan utama. Bukan apa, gua tak mahu melayan kapitalis kapitalis penjual kereta. Cilaka dorang tu, kereta jual mahal-mahal, tak tau lgsung riba, tak takut langsung balasan tuhan. Baik gua simpan duit tu buat beli gitar karen. Tak pon simpan untuk buat konsert solo gua dgn band gua nanti.

Dalam LRT, gua perasan ada satu makwe perhatikan gua. Cantik makwe ni; Ayu. Ada sedikit suntikan rock dalam imej irama malaysia yang dibawanya. Muka dia ala-ala Ramona Rahman masa muda cuma kulitnya lebih sawo matang; lebih melayu.

Gua lemparkan satu senyuman. Senyuman yang jarang-jarang brader rock macam gua bagi, senyuman ni manis sekali. Macam kopi secawan yang dibubuh 10 camca gula. Pendek kata, sekali senyum, pasti banyak semut datang menghurung.

Gua pendekkan cerita, pertemuan dalam LRT tengahari tu menjadi permulaan pada bibit-bibit cinta kami berdua. Gua pon tak tahu macamana gua dengan dia boleh bercinta terus dalam LRT tu. Mungkin kerana kami terlampau mengikut darah muda. Gua mengikut saja, peluang macam ni bukannya senang nak dapat.


Sejak dari peristiwa dalam LRT itu, kami umpama belangkas. Tiap-tiap hari kami bersama, tetapi biarpon begitu jiwa rock gua sikit pon tak luntur. Gua masih terus berkarya dan menghasilkan lagu-lagu keras untuk band gua. Kami sangat bahagia bersama, sehinggalah satu hari sedang gua praktis main gitar kat atas batu di tepi pantai yang airnya membiru , dia meluahkan sesuatu yang sukar gua terima.

"Sayang, daddy I tak suka ahli muzik" katanya.

Gua tersentak. "Habis tu, nak buat macamana? ni minat I, Rock jiwa i, muzik periuk nasi I." kata gua, ada sedikit gusar dalam hati gua.

"I tak kisah u main muzik. I sentiasa sokong u, tapi masalahnya daddy I. Dia memang anti dengan ahli musik.Kalau U betul-betul sayangkan, u kena ubah penampilan u, u kena tinggalkan bidang ni"

Ah, orang koperat memang macam tu. Konon anti ahli muzik, anti artis, tapi pergi karaoke hello erra fariza, hello Umie Aida jadi eskot. Argh, Gua buntu - diam; berfikir. 5 minit. 10 minit. 30 minit. 1jam.

"Baiklah, I betul-betul cintakan U. Demi U i buat semua ni. Kejap lagi kita pergi KLCC. I nak beli kemeja dan seluar slek." kata gua setelah lama berfikir.

"Kasut hitam jangan lupa" balasnya, mengingatkan gua.

"Baeklah sayang" kata gua sambil tersenym kacak.

"I sayang you" luahnya ikhlas.

"I pon sayang u." balas gua.

"Banyak mana?" dia menyoal, menduga.

"banyaknya umpama banyaknya butiran pasir-pasir di tepian pantai." balas gua yakin.

"Banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" jeritnya girang dan terus mendakap gua, dan kami bercumbu mesra.

Darah muda gua yang panas lagi menggelgak bila didakap begitu erat. Gua membalas kucupan itu. Hangat! Sehangat cinta kami berdua.

TIBA-TIBA.. ring..ring..ring.. Ahh, telefon siapa pula tu. Ring ring ring.. Bunyinya makin kuat. Potong!

Ring ring ring.... Ah, telefon gua rupanya. Nama cik puan gua terpapar pada skrin. Ah, gua tengah kemaruk cinta sampai lupa gua dah bertunang. Jantung gua berdebar-debar. Gua beranikan diri untuk menjawab panggilan itu. Apa nak jadi, jadilah.

"AM bangunlah, Dah 16 kali dah Ma call, tadik suroh kejot." suara cik puan tegas di corong telefon.

"Ye la ye la, am bangun ni." Kata gua lantas bangun dan mandi. Kejap lagi gua ada temujanji jumpa client.

"KACAU BETUL"






Friday, April 6

Lalang

Angin tiup ke barat.. lentoklah dia ke barat.
Angin tiup ke timur.. lentoklah dia ke timur.

 ~

 Kalau angin tiup ke arah gua? Gua layankan saja, memang gua suka memerhati watak-watak dan babak babak jenis sebijik dalam drama swasta ni.

Bestnya Kalau Makwe gua ada.


Sunset di Hong Kong memang indah. Angin sejuk yang sepoi sepoi bahasa menggigit gigit tulang hitam gua. Baju sejuk yang dipakai terasa pula nipisnya.  Mafla gua lilitkan dileher; biar kurang sikit sejuk. Nikotina tak dilupakan, sentiasa dibibir; disedut berulang kali, dihembus asap kepul-kepul perlahan-lahan. Cermin mata hitam polarizer masih bertongkat pada hidung. Gua berdiri di tepi laut ni, memerhati sang mentari sembunyikan diri, menghayati keindahan alam ini. Seperti babak-babak dalam movie. Sebijik. dan  gualah hero yang tengah layan perasaan tu.
~
Bestnya kalau makwe gua ada. Kahkahkahkah.

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 23

Lama gua tak tulis diari. Biarpon tulis diari ni nampak macam ngada-ngada tapi gua peduli apa.

Hidup gua berjalan macam biasa. Kena kerja untuk makan nasik. Hari-hari gua tetap sama. Semangat gua kadang-kadang on kadang-kadang off. Entahlah. Gua masih tak boleh lupa biarpon sudah 4 5 bulan. Masakan gua boleh senang-senang lupa kalau 4 5 tahun gua bazirkan tenaga berkorban tapi tak ada apa-apa? Orang lain senang, gua???  Ini semua si ketot tu punya pasal. Gua sumpah dia jadi labi-labi. ok lah lagi, ikutkan hati mau gua sumpah jadi babi.

Sudahlah.. mood gua dah tak da nak menaip.... CILAKA PUNYA MANUSIA

Thursday, April 5

Budak ni kecik kecik dah ganas.


"budak ni kecik-kecik dah rock"

 "budak ni kecik-kecik dah nmpk muke jenis-jenis macam Ustaz"

 "budak ni nampak macam potensi besar main bola macam george best"

 Itu la serba sedikit ulasan orang bila tengok gua masa kecik2. Gua masa tu layankan saja. Ye la, kecik lagi, takkan nak buat kepala sendiri.

 Ni sebenarnya gambar pertama gua. Kat tepi gambar tu ada tulis Mac 1986, maknanya masa ni umur gua 1 tahun 1bulan. Tangkal tu gua tak pasti untuk apa. Gua dah lupa. Yang gua ingat bila besar sikit gua ada tangkal ikat dekat pinggang. Tak bagi kencing malam. Alah, tak ganas la kalo tak kencing malam, betol tak??

KAU SELALU DALAM INGATANKU?? itu kerjaan kakak gua. Kalau gua takde nak letak2 kau selalu dalam ingatanku la, aku sayang paadmu la. apa la. Gua mesti letak ayat-ayat kejam dan ganas. SAYANG kat bawah tu, siti nurhaliza yang tulis sebelum dia jadi artis dulu. Kg Awah dengan Jengka buka jauh mana.

 Sebenarnya bukan tu gua nak cerita. Ini la satu-satunya gambar gua yang masih di alam bayi. ada lagi 2 3 keping masa kanak2. beberapa keping dia alam persekolahan. Masa dah masuk u pon tak banyak gambar. Bila dah kerja jadi photographer ni, baru gambar gua byk.

 Kadang2 gua menyesal juga. Kenapa dulu gua tak titik beratkan pasal kenangan?Bila dah besar-besar baru nak korek balik kenangan, singkap balik nostalgia. Itupon mujur ada sekeping dua gambar-gambar yang boleh di simpan dalam muzium peribadi.

 Oleh itu, rajin2 la bergambar, tambah-tambah dengan orang yang tersayang. Nanti dah tua, boleh belek2 balik. Itu masa kalau, bibir menguntum senyum melihat gambar-gambar masa muda remaja.

Wednesday, April 4

BUNOHAN; jangan malas guna otak.

Gua tertarik bila terbaca status seorang jurugambar 'tersohor' tanah air yang satu ketika pernah mengatakan dirinya seorang yang 'humble' dan 'down to earth'. Status gua lupa, cuma berbunyi dia 'buffering' bila keluar dari panggung selepas menonton BUNOHAN. Statusnya juga berbaur sindiran dan mempertikaian kenapa cerita BUNOHAN ditayangkan nun jauh di Amerika. Hmm, gua ingatkan sedap cerita ni, aishhhh.. takkan la tak sedap. Nak tahu, gua kena tengok sendiri

Pertama kali gua tahu tentang kewujudan cerita Bunohan ini semasa membelek akhbar tempatan beberapa bulan lepas. Pandangan pertama pasal BUNOHAN ini cuma 'BUNOHAN', yak ni kata kerja. Selepas membaca sinopsis sebaris dua, baru gua tahu BUNOHAN ini juga nama tempat (Kata nama khas). Gua mula tertarik bila tajuk ini menggabung 2 perkara. Sama macam Gemulah Yasmin Ahmad buat TALE N TIME dan TALENTIME. Menarik!

Gua buka Bunohan. Pertama kali gua tengok bila cerita dah start 15 minit. Gua layan, gua tak paham. Gua tengok sekali lagi. Dari mula. Gua tersenyum. Bijaknya Dain Said menggubah cerita.
Apa yang gua paham tentang Bunohan, Dain Said menggabung budaya masyarakat melayu Kelantan dan Siam, kapitalism,mitos buaya jadian, saka dlm wayang kulit dan main puteri, konflik keluarga, dan khianat dalam cerita ini.

Secara keseluruhannya, cerita ni menunjukkan bagaimana orang-orang berduti (kapitalis) menggunakan budaya (dan juga khazanah mungkin) untuk kepentingan sendiri (RM RM RM RM RM RM). Kes kes ini biasa kita lihat tersirat pada filem dan drama, tapi realitinya sedar atau tidak perkara macam ni banyak berlaku di luar sana. Terus gua terpikir tentang Penjara Pudu yang tergadai. Stadium Negara, Stadium Merdeka, Airport Sg Besi yang cuma menanti hari untuk roboh. REALITI.

Kenapa gua suka cerita ni? Pertama-tama sekali gua suka intronya, bagaimana pengenalan pelakon kepada penonton. Ada dalam babak di kedai kopi. Lain dari yang lain. BIJAK! Selain dari jalan ceritanya yang kemas. Babak-babak dan dialog penuh dengan isi dan sangat penting. Tidak ada satu babak yang ‘saja-saja’ dibuat. Atau ‘saja-saja’ dimasukkan.

Cerita ni agak berat sebenarnya. Cerita ni memerlukan penonton berfikir. Satu-satu persoalan tidak disediakan dgn jawapannya yg jelas, cuma diberi klue mudah untuk penonton berfikir dan mencari jawapan.

Contoh paling mudah seperti ikan-ikan Awang Sonar yang mati. Kenapa? Angkara siapa? BAKAR? ada bukti? Bakar? Sapa cakap?? YAAAAAA, pada babak Bakar cakap dalam telefon, "padi pon kadang-kadang tok jadi, ike pon lagu tu gok..." (gua ingat2 lupa dialognya). Macam itu juga untuk menjawab persoalan, siapa Adil? Banyak sekali klu yang diberikan.

Cerita ini juga menunjukkan tentang kehidupan. Macamana susahnya meneruskan hidup; Adil bertinju dan menggadai nyawa di seberang, Ilham pula menjadi pembunuh upahan. Manakala orang seperti Bakar dan Jolok hidup senang kerana cekap memanipulasi keadaan dan orang disekeliling.

Dua jenis watak (adil+ilham dan jolok+bakar) yang kontra sifat dan penampilan ini menarik minat gua. Jolok dan Ilham, penampilan kemas dan lembut tutur kata, dilihat seperti peramah, tapi sanggup membunuh untuk kepentingan sendiri. Bakar khususnya, 30 ekar tanah lagi bernilai dari nyawa ayahnya sendiri.

Adil dan Ilham yang kasar dan keras hati pada mula cerita, tapi berubah pada hujungnya. Ilham yang nampak jelas bersifat lembut hati, terbunuh sebab rasa kasih sayang setelah mengetahui Adil adiknya seibu sebapak.

Sifat kontra ini juga nampak dalam pemindahan kubur-kubur. Jolok dan Bakar langsung tidak menghormati ‘tuan punya’ kubur. Oleh kerana tamakkan duit, kubur-kubur digali dah dialihkan sesuka hati. Ilham pula nampak kecewa kerana kubur ibunya 'hilang' entah kemana. Usaha Ilham menggali kubur-kubur menunjukkan dia sangat mengambil berat soal ini.

Jika diambil dari persepsi tipikal orang melayu kita yang suka meletakkan pandangan hanya pada luaran, orang seperti Bakar dan Jolok dianggap baik. Adil dan Ilham pula orang yg sangat jahat. Masyarakat melayu kita lebih menghormati dan memandang tinggi orang yang berkemeja dan berseluar slek serta memandu kereta, berbanding orang berpakaian lusuh seperti kutu kutu rocker.

Filem ini juga bagi gua secara sinis menyindir golongan-golongan politikus. Kita boleh lihat pada babak Jolok berbincang dengan Deng. Jolok minta Deng 'setelkan' Ilham, manakala Jolok handle Adil. Untuk apa? Kerana Adil dan Ilham tuan punya tanah tersebut. Bila 2 2 mati, baru senang kerja. Hal ini diperkuatkan dengan dialog Bakar kepada Jolok. "mu ni kalu jadi ahli politik baguh". Kemudian Jolok membalas, " mu tu lagi kelahh, aku ni jujur sangat".

Bagi gua, pengarah ingin menunjukkan sifat-sifat kebanyakan ahli politik; buang mana yang tak perlu. Cantas mana menghalang. Terus gua teringat kes kes besar yang berlaku dalam kancah politik sekarang. Anwar contohnya, Minah Monggol misalnya.

Penggarapan beberapa mesej yang sangat sempurna bagi gua, halus, tersirat, tetapi jelas jika penonton gunakan otak sedikit.

Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh penonton dalam cerita ni. Siapa perempuan dalam semak samun? Itulah Mek Jah. Janda Pok Eng yang diceraikan untuk berkahwin dengan Mek Ani, ibu bakar. Mek jah juga emak kepada Adil dan Ilham. Mek Jah ni buaya jadian. Terus hidup demi cinta dia pada Pok Eng. (Ada disebutkan ketika Mek Jah bercakap dengan budak kecik yang mewakili Pok Eng).

Siapa budak lelaki tu? Budak lelaki tu adalah perantara atau orang tengah antara Mek Jah dan Pok Eng. Ramai penonton rasa perkara ini tidak logik. Tetapi percaya atau tidak, makhluk ghaib tetap wujud.

Kenapa buat perlawanan tomoi? Sebab nak tanahlah. Bakar dan Jolok masuk jarum sikit-sikit. mula2 tolong Awang Sonar bagi modal untuk bela ikan, kemudian racun ikannya, kemudian tawar menawar tentang bayaran hutang. Hal ini dikuatkan dengan dialog Bakar, "orang kalau dah berhutang budi, semua benda dia bagi" ( lebih kurang macam tu). Jelas sekali sifat kapitalis dalam diri Jolok dan Bakar.

Banyak lagi persoalan persoalan yang penonton kena rungkai sendiri. Tapi ada gua part-part gua tak berapa clear. Pok Wah misalnya, siapa dia sebenarnya?? Tolong jawap bagi pihak.
Satu lagi Pok Eng, gua rasa dia pon jenis-jenis buaya jadian juga. Pembela saka. Mek Yah juga ada mengajak Pok Eng ikutnya ke alam buaya jadian. Ini yang membuatkan gua rasa tafsiran gua betul.

Gua juga sangat tertarik pada hubung kait yang ditunjukkan oleh pengarah. Contohnya tentang Ilham yang belayar ke Marseille yang 'disalahpahamkam' ke Mesir dengan gambar-gambar Mek Jah di Piramid. Serta gambar buaya dibunuh dengan watak Mek Jah sebagai buaya jadian dan juga hubung kait 'buaya' dalam dialog dalam cerita ni. HUH??? Kenapa?? Haahahahhaha.

Tentang pemilihan lokasi pengambaran memang menarik ditambah pula teknik cinematography yang tidak berapa "rule of third" dan tidak berapa simetri dalam cerita ini. Sedang-sedang saja. Menarik dan jarang-jarang gua lihat dalam filem filem tempatan.

Rumusan gua dalam cerita ni, pengarah ni nak tunjukkan siapa yang paling bahaya? Saka? Buaya? Atau Manusia????

p/s: sudah tiba masanya penonton terima filem tempatan yang bijak seperti ni. Usahlah tengok 7 petala cinta yang kononnya islamik tapi entah kemana islamnya, Adnan sempit yang kelakarnya serupa bangang. KL gengster yang langsung tidak nampak langsung kebaikan ceritanya. Dan kepada jurugambar terbilang tu, speed lu slow, sebab tu lu buffering.

Tuesday, April 3

Nostalgia Abang Matang ; Aiskrim tupperware.

"Adik!!! Adik!!! Adik!!!" suara Kak Lija pecahkan sunyi pagi. Gua yang tengah ralit layan kartun dekat tv bingkas bangun, berlari ke muka pintu.

"Ada apa??" jerit gua pada Kak Lija yang berdiri di jendela rumahnya; bersebelah dengan rumah gua. "Cik dengan Mek nok g Temerloh. Nok ikot jom la. Boleh beli aiskrim dalam tupperware." kata Kak Lija separa menjerit.

Aiskrim tupperware?? Kepala gua terus teringat aiskrim dalam tupperware yang gua tengok dalam iklan masa layan hindustan dengan Kak Lija semalam. Air liur gua mula kecur. Aiskrim mangkuk dekat kedai Che Kob pon dah best ni kan plak aiskrim tupperware.

"Nak nak nak" jerit gua beria. "Pergi bagitau mak dulu. Lepas tu pergi mandi. Dah siap datang sini" Perintah Kak Lija.

Gua sepantas kilat ke bilik air. Lepas siram badan lima enam cebok gua dah kat depan almari baju. Baju Rocky One kaler ungu yang abang gua beli masa raya dulu gua sarung. Bau kedai masih tak hilang. Baju-baju ada kualiti macam ni gua pakai kalau pergi kalau nak ke bandar saja, tambah tambah baju ni ada keluar iklan dekat tv, lagi la gua sayang.

Bila dah menyemat, baru gua tersengih sengih depan mak gua. "Ni smart-smart ni nak gi mana?" tanya bonda hairan. "Nak ikut Mek gi temerloh" kata gua malu malu kucing. "Pergi amik duit bawah alas rak pinggan tu." gua melompat lompat girang. Gua capai seringgit kertas lalu gua masukkan dalam kocek seluar.

Sepantas Linford Cristie gua berlari ke muka pintu rumah Mek; terpacak dan tersengih-sengih. Semangat! Dapat pergi Temerloh bukan senang-senang. Seminggu sekali memang tak masuk dek akak. Sebulan sekali pon susah. Jarang-jarang sekali biarpon jarak cuma 40km.

Sampai di Temerloh, Pasaraya Pelangi jadi sasaran misi gua dan Kak Lija. Pasaraya ni gua rasa 100 kali ganda lagi besar dari Kedai CHe Kob. Gua pusing-pusing. Mencari cari mana dia aiskrim tuperware ni. Tak pernah lagi gua tengok depan mata gua sebenarnya. Melihat dari rupa di kaca tv, tupperware dia besar betul. Aiskrimnya tentu banyak.

Lepas puas mencari, gua dan Kak Lija jumpa port tupperware banyak-banyak dalam peti ais. "Betul dah ni. Yang ni Kak Lija rasa." kata Kak Lija seraya mencapai tupperware kuning yang ada gambar bunga warna putih. Gua hanya menganggung sambil telan air liur.

Dalam perjalanan balik, gua tak sabar nak rasa aiskrim tu. Tapi Kak Lija cakap makan kat rumah. Gua hampa, tak sabar rasanya nak sampai di rumah.

Bila sampai dekat rumah, gua dah bersila cantik. Kak Lija ke dapur ambil sudu. Jantung gua berdebar. Air liur dah bersepah dalam mulut. Tak larat nak telan. Bila penutup di buka. Kak Lija menjerit; kecewa. Gua bingung. Gua eja nama pada tepi tupperware tu, D.A.I.S.Y.

La, ni yang gua tengok iklan buat kuih masa raya dulu!!!

Monday, April 2

Hey "Kawan", Lu Ada Apa??

Hey "kawan", Lu ada apa?
Kereta? Bagus bagus, senang gua nak ajak lu jalan mana-mana.

Hey "kawan", Lu ada ada?
Motosikal? Kapcai??!!! ok la. Boleh la. Boleh gua pinjam pergi tapau nasi.

Hey "kawan", Lu ada apa?
Duit?? Banyak?? Alhamdulillah. Memang gua suka kawan ngan orang banyak duit. Senang sikit gua nak pau.

Hey "kawan", Lu ada apa?
Kamera?? OK, nanti amik gambar gua banyak-banyak.

Hey "kawan", Lu ada apa?
Semangat?? Hmmmmmmmmmmmm... boleh boleh. Gua boleh pakai semangat lu bila tiba masanya.

Hey "kawan", Lu ada apa?
Budi bahasa?? Paras rupa?? PUI!!! ingat gua nak pakai lu punya budi bahasa?? ingat datangkan untung guna lu punya paras rupa??! pergi main jauh2.. gua taknak kawan ngan lu.