Monday, January 30

Suka Abang Untuk Bertanya.

Adik-adik jangan maksudkan lain. Adik-adik yang terasa janganlah mudah melatah. Abang cuma mahu bertanya. Adik adik jawablah dengan ikhlas. Apa pon jawapan adik, abang terima seadanya.

Kalau hobi adik melukis, dan adik gemar melukis pada waktu lapang, adalah adik akan menggelarkan diri adik sebagai 'artist' mahupon 'illustrator'?

Kalau adik suka menulis, tak kisah lah tulis apa, dari diari sampai lah ke blog, adalah adik akan melebelkan diri adik sebagai 'writter'?

Kalau adik suka menyanyi, hari-hari adik pegi karok, dan suara adik pon boleh tahan sedapnya, adakah orang akan panggil adik 'singer'?

Kalau adik petang-petang main bola dekat padang awam dengan kawan, adik akan letak dalam resume adik yang adik ni 'footballer'?

Kalau adik-adik ada kamera besar gedabak dan suka ambil gambar2, adakah adik rasa adik seorang 'photographer'??

Friday, January 27

Gua Ada Slogan Baru.

Gua rasa gua ada slogan baru. "kalau tak suka boleh blah. Kahkahkahkah!"

ok tak? ok tak?

Rehabilitasi Itu Menatang Apa?

Boleh dikatakan setiap hari gua lalu dekat Jalan Yaacob Latiff, dekat Downtown Cheras tu. Sedar-tak sedar terpacak satu bangunan baru yang tembok pada pagarnya tertulis Hospital Rehabilitasi.

Pada suatu hari ketika melalui kawasan tu, tanpa segan silu tunang gua tanya "Menatang apa rehabilitasi tu?" "kahkahkahkah "gua ketawa dulu, gua tak jawab lagi. Gua biarkan tunang gua tertanya tanya.

Adik-adik tahu tak rehabilitasi tu apa? Adik-adik rasa makcik-makcik felda tahu tak apa itu rehabilitasi? Gua rasa, kakak-kakak gomen pon tak tahu apa itu rehabilitasi.

Adakah rehabilitasi ini sejenis binantang berdarah panas? Atau sejenis tumbuhan berakar tunjang? Apa jadi pelik kenapa nak susahkan letak nama Hospital Rehabilitasi. Kenapa nak letak perkataan yang susah orang nak tahu makna? Adakah nampak sangat stylo menggunakan rehabilitasi? Hospital Pemulihan. Senang saja kan? Orang asli Ulu Tembeling pon tahu maknanya.

Gua teringat pula isu nama Balai Seni Lukis Negara yang ditukarkan jadi Balai Seni Visual Negara. Menatang apa visual tu? Apa sebab musabab nak tukarkan ke nama visual?

Tentera Laut Diraja Malaysia pon tak kurang bangangnya. perkataan NAVY dengan bangga di tepi kapal-kapal. NAVY tu sejenis burung mamalia kah? Ataupon tumbuhan yang menyebarkan biji benih melalui tiupan angin?

Bahasa pinjaman???

Ya, gua tahu tentang bahasa pinjaman. Bahasa kita banyak yang dipinjam. Bahasa kita banyak dipinjam dari bahasa sanskrit, parsi, arab, cina, tamil, inggeris, belanda dan banyak lagi.
Gua pon tahu kenapa bahasa itu harus dipinjam,mereka mahu membentuk istilah-istilah baru selain menepati kehendak pengisian masa & keadaan dan memantapkan struktur bahasa – bahasa tersebut akan terus berkembang.

Tetapi pinjaman perkataan yang baru, bagi gua faktor psikologi manusia menjadi punca utama; masyarakat meminjam bahasa kerana mereka menganggap bahasa yang dipinjam lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibunda sendiri. Contohnya lagi nampak profesional guna biologi berbanding kaji hayat.

Pada PENDAPAT gua (sapa yang tak sama pendapat dengan gua pergi jahanam),pinjamlah kalau untuk menyenangkan, bukan untuk menyusah. Contohnya kita pinjam radio, satelit, taksi, paip, virus, dari bahasa inggeris. Kalau kita tak pinjam rasa-rasa kita nak panggil benda-benda tu semua apa?

Kita berbalik kepada sejarah, terjadinya pinjaman ini sebab kedatangan orang-orang luar ke negara kita zaman dulu-dulu.Datamgnya sebab berdagang, bekerja, berdakwah,dan menjajah. DULU-DULU. Zaman moyang kepada moyang moyang moyang kita. Itu dulu-dulu, gua ulang dulu-dulu. Itu semua proses pembinaan tamadun melayu. DULU. Dulu kita baru nak bina tamadun. Sebab tu bila bernapasnya kita kat dunia ni kita dah dengar bahasa-bahasa tu.

Gua bagi lagi contoh perkataan yang dah lama kita pinjam.

Agama, syurga, neraka, dosa, bakti, manusia, udara, cuaca,negara, keluarga, raja, bendahara, kuasa, duli, beta, istana, pustaka, cerita, harga, kota, desa, merdeka, kerja. Semua ini bahasa sanskrit.

Almari, bendera, meja, boneka, garpu, keju, sepatu,tinta, gereja, paderi, meriam, peluru, minggu, picu, roda, bomba. Ini asalnya perkataan portugis.

angpau, beca, cawan, dacing, pecai, samseng,sempoa, tauge, tauhu, tauke, toko, tukang, tong, teko, mi, tocang. Ini asal bahasa cina.

Katil, kari, manikam, kapal, tirai, badai, tose,cerpu, katil, perisai, talam. Ini asal bahasa tamil. Kalau tak pinjam beca lu nak panggil apa? Kalau tak pinjam kari, lu nak panggil kari apa? dan sama juga yang lain-lain. Semua perkataan ini dato moyang kita gunakan dan terserap dalam bahasa melayu sekarang.

Sekarang? tak ada tamadunkah kita untuk pinjam rehabilitasi dan visual? atau Rehabilitasi dan visual ini orang guna dari tahun 1900? Tak lengkap lagikah bahasa kita?

Lagi satu, pinjamlah kalau takda. Kalau dah ada buat apa nak pinjam. Contoh kalau kita ada duit, buat apa nak pinjam duit orang lagi. Macam tulah dengan bahasa. Kalau kita dah ada 'maklumat', buat apa nak guna informasi? Kalau dah ada 'kumpulan' buat apa nak pinjam 'grup' dan banyak lagi sampai gua malas nak tulis.

Surat kabar pon satu hal. Dah semakin gemar menggunakan perkataan stylo mailo. Suratkhabar ini umpama 'lidah' masyarakat. Isi kandungannya bukan sahaja sebagai alat untuk menyampaikan berita tetapi 'kuasa' utama penulisannya sangat penting dalam mencetuskan semangat cintakan bangsa dan tanah air utk menentang ideologi penjajah.

Jadi kalau grup, opsyen, informasi, visual, rehabilitasi, stylo, klise, momen, dan banyak lagi perkataan pinjaman baru dah jajah dalam suratkhabar, lama kelamaan takda la bahasa ibunda kita sendiri. Anak cucu kita pon tak kenallah bahasa nenek moyang mereka. Senang cerita pupuslah bahasa.

Kalau dalam istiliah sains dan teknologi sekarang tak mengapalah. Pening pulak nanti budak-budak nak mencari papan kekunci, cakera keras, unit pemprosesan pusat dan lain lain lagi.

Sebenarnya tiada bahasa dan budaya yang berbentuk asli dan kata pinjam daripada bahasa asing bukanlah suatu kesalahan. Cuma keaslian biarlah dikekalkan. Bahasa tu jiwa bangsa.

Jangan berdebat bahasa rojak yang kita guna. Percakapan seharian kita takkan nak guna standart skema peperiksaan. Mat saleh pon tak baku dalam percakapan harian mereka. Kita bukat berpuisi, kita bukan bersajak dan bersyair.

Lagi satu hal jangan nak kata blog gua ni guna bahasa rojak dan tak guna bahasa standart kebangsaan. Blog ni tak formal. Gua pon ada otak juga, takkan nak menulis surat kiriman rasmi gua nak guna bahasa-bahasa atau ayat-ayat gua dalam blog.

Jangan juga nak kata, budak2 boleh terpesong bahasa baca blog gua. Bangang sangat budak-budak sekolah tiru ayat gua dalam peperiksaan. Gua dulu baca ujang dan gila-gila yang bahasanya tunggang langgang tetapi karangan bahasa melayu gua tetap mendapat pujian guru.

Gua pon dah letih menaip. Gua takda idea nak buat penutup macamana. Akhirkata, blog gua suka hati gua.

Wednesday, January 25

Bila Abang Pandang Gadis Lain..

Masa zaman abang 'hijau' dulu, kalau lawan kelip-kelip mata mesti abang kalah. Tak sampai lima saat mesti mata abang dah berkelip. Tapi kelemahan abang tu abang berjaya atasi bila sudah dewasa sekarang.

Abang bukanlah berlatih, semua terjadi tanpa abang sedari. Sekarang pada usia 27 tahun abang mampu bertahan tanpa kelip selama 5 minit, itupon jika abang terpandang gadis cantik. Pandangan mata tanpa kelip abang mampu bertahan lebih lama lagi jika pakej cantik itu disertakan dengan seksi.

Perkara seperti ini tidaklah abang meminta. Ianya terjadi sendiri. Mungkin kebolehan ini terjadi kerana abang semakin 'dewasa' dan semakin 'mengerti' serta 'memahami'.

Perkara ini sangatlah membimbangkan tunang abang. Pernah satu ketika sedang bersiar-siar di tasik, lalu seorang amoi yang cantik lagi seksi. Mata abang terus tertumpu. Tak berkelip; rezeki.

Tanpa abang sedari tunang abang perasan tingkah laku abang lalu dia berkata, " lu ni kan melampau, pantang awek cun lalu lu pandang tak lepas. Risau la gua lu ni suka sanga pandang perempuan"

Abang tersentak, tapi tenang abang jawab, " Alah, rileks le, melampau apenye. Lu jangan risau, gua pandang perempuan; normal. Kalau gua pandang laki, itu lu patot risau."

Tunang abang angguk-angguk tanda paham, lalu kami pon terus menapak bersiar-siar dengan girang sambil berpimpin tangan.

Abang dah semakin matang

Sejak dua menjak ni, abang rasa lain macam. Tambah-tambah lagi bila abang dah jadi tunangan orang ni. Abang tak tahu kenapa, tapi abang dapat rasakan tindak tanduk abang semakin matang sejak kebelakangan ni. Abang sekarang lebih banyak serius dan garang. Tidak macam dulu, suka melompat-lompat serta bergurau senda.

Ada juga sekarang abang lebih gemar menyimpan misai. Kalau dulu pantang tumbuh sikit abang dah tebas, tapi kali ini abang lebih selesa biarkan misai tumbuh; menambah matang rupa abang. Perut abang juga telah menunjukkan sintom2-sintom matang, sama macam perut brader-brader abang yang ada berenam tu.

Oleh hal yang sedemikian, abang dah mula rasa seperti brader-brader sekarang. Jadi abang dah taknak bergua lu gua lu lagi. Tak matang semua tu. Nak rocker pon biarlah bertempat. Rocker tu bukan setakat pertuturan saja, rocker tu dekat dalam jiwa. Sekarang ni, abang nak tranformasi, abang nak bahasakan diri abang ni 'abang' kepada adik-adik sekalian.

Ada adik-adik tak puas hati? Datang sini biar abang sungkit paru-paru kiri.

Kahkahkah (gelak brader matang)

Monday, January 23

mereka-meraka ni tak cukup power lagi!

kahkahkahkah.. puas hati abang.. dalam puas hati abang ni, abang tetap nak komen. Kalau ada yang tak suke komen2 abang boleh keluar terus dari blog abang. kahkahkahkah

komen abang berbunyi begini.....


Szczesny - Dia ni abang puji. Bagus betul jaga gawang. Tapi kalau defend macam bangang tak boleh buat apa jugak.

Djourou - Kahkahkah.. kulit hitam, mata sepet. Abang tak tahu dia ni orang negro ke jepon. Yang penting muka dia buruk, sama macam corak permainannya! Nak terberak dia jaga anak rusa Nani!

Mertesacker - Dia ni tinggi nak mampos, tapi lembab. Atas kertas memang bagus sangat dia ni, tapi atas padang macam bagus-bagus saja! Kahkahkah!

Koscielny - Ok Ok jugak lah dia main malam tadi. Tapi sikit gampang sebab tak dapat bola dia pegi henjut kaki nani!

Vermaelen - Ini pon sama, nampak muka macam berbakat, Valencia pon tak leh jaga.

Ramsey - Budak ni gua kadang2 pelik, kadang2 nampak macam bagus, tapi kadang2 nampak macam bangang. Mungkin mentah lagi.

Song - Dia ni pon sama, kadang2 gua nampak macam bagus, kadang2 macam gampang. Memang level2 player arsenal ni macam tu kot.

Rosický - Ada ke mamat ni main malam tadi? Kahkahkahkah

Chamberlain - bagus betul budak ni. Ada bakat jadi bintang besar. Tapi masalahnya, dia salah pilih team.

Walcott - mamat ni nama je winger, tapi crossing macam gampang. tapi malam tadi dia rajin, rajin sampai hampir-hampir mati depan gol.

R. van Persie - senjata utama. memang tajam, memang berbisa, tapi kawan-kawan sepasukan dia bangang.

Arshavin - Kalau penyokong sendiri pon boo dia apa gua nak cakap?? tapi gua tak tau kenapa penyokong boo dia, adakah sebab dia tak berbakat ataupon sebab mukanya macam budak cacat.

C. Park - eleh, konon nak lawan park ji sung la tu.. pui!

Yennaris - budak yang masih hijau ni pertaruhkan oleh Wenger. Muka pon jambu. Dia ingat dia pasang misai nampak matang??pui! Tapi sekurang-kurangnya bagus skit dari Djourou

Thursday, January 19

Bukan Abang Tak Nak Masak.

Kadang-kadang abang bukan taknak memasak dekat rumah. Tapi abang risau bau masakan abang tu menerjah masuk hidung jiran jiran abang. Tak pasal-pasal abang kena hulur sorang sikit. Bukanlah soal kedekut, tapi abang ni duduk rumah flat.

Paling koman rumah kiri kanan atas bawah kompem2 bau. kat situ saja abang kena bagi 4 rumah dah. Abang masak untuk abang dan 2 3 orang kawan abang. Manalah cukup abang nak bagi dekat jiran-jiran.

Cuba bayangkan kalau abang masak patin tempoyak, nak menumis tu baunya dah semerbak. Jiran-jiran mesti kelur air liur punya. Tak sampai hati plak abang tengok jiran-jiran abang memendam rasa masakan abang.

Sebab tu abang lebih gemar masak megi saja. Masak megi baunya tak merebak. Jadi jiran-jiran tak bau dan memendam rasa. Kalau merebak masuk pon cuma dlm bilik kawan-kawan abang.Tu pon kejap je mesti dorang datang pau abang sesudu dua. Abang tak kisah sangat takat sesudu dua, tapi kalau lebih plak dorang rasa, mau kaki ni naik ke muka. Kahkahkahkah.

Tapi jiran-jiran abang ni mentaliti tak macam abang. Dorang langsung tak jaga hati abang. Dorang masak bau skit punya sedap sampai, tapi makanannya tak pernah sekali pon sampai kat rumah abang.
Perut abang terus jadi lapar!

Friday, January 13

Abang Dah Pergi Travel Banyak Negara Dik!!

Hari ni gua ada sedikit urusan dekat The Mall. Kerja gua ni agak memakan masa juga. 3 4 jam masa gua habis dok menunggu. Bayangkan, berapa banyak emas gua rugi hari ni?

Habis kerja gua, gua menapak ke LRT PWTC. Tapi memandangkan gua dah jarang bersiar-siar di ibu kota ni, gua amik keputusan gua lajak sikit jalan kaki gua tu dari The Mall ke LRT Bandaraya dekat Sogo.

Saja gua nak berjalan, dapat lalu Chowkit. Dah lama gua tak jengok Chowkit. Manalah tahu gua dapat bahan untuk diambil gambar. Kamera gua pon sentiasa ada dengan gua. Tapi, paling tidak pon dapat sekidit cerita ada modal gua nak tulis dalam blog gua ni.

Sampai di Chowkit, pemandangannya sama, senarionya sama. Chowkit tetap nampak jahat macam dulu, tetap nampak onar-onar kehidupan kota. Banyak ragamnya. Belah sana 2 3 pondan dok suit-suit gua, belah sini sebelah gua perempuan melayu india china lengkap 1 Malaysia tengah tunggu pelanggan.

Jalan depan skit gua ada manusia yang gua tak tahu jantinanya dengan kurus kering badannya mintak rokok dekat gua sebatang. Gua naik jejantas dekat KLMU, ada 2 3 orang tengah syok layan mimpi jam 3 petang.

Gua cuma geleng-geleng kepala, nasib baik gua jadi gua. Gua terus lagi menapak pergi ke Pertama. Niat gua nak ambil gambar dekat chowkit tadi gua batalkan memandangkan kasut gua ni tak berapa best untuk lari pecut kalau-kalau kena kejar nanti.

Sampai depan pertama banyak pula booth buka. Gua lalu dengan tampan. Datang pula sorang makwe kecik molek sapa gua." bang, kalau abang daftar ni abang bleh dapat diskaun nak melancong." katanya mempromosi.

"takpa lah dik." balas gua malas melayan.

"Kalau abag daftar, mula-mula kami bagi abang 2 kali melancong secara percuma, satu dalam negara, satu luar negara, untuk 2 orang bang. "

"tak pa la dik, abang nak cepat ni" kata gua penuh sopan, sambil berjalan perlahan, tak berhenti dari tadi.

Makwe tadi tetaop follow gua, tak putus asa. "best bang g melancong, saya dah travel banyak tempat dah bang, indonesia,filipina, india, china. abang mesti nak merasa punya gi tempat-tempat macam ni.murah je bang, sama je kalau abang pergi bercuti dalam negera." pujuk makwe tu lagi.

Gua berenti melangkah," Dik, abang pon dah pergi travel banyak negara dik. Pakistan, Afganistan, Uzbekistan, Kyrgystan,semua abang dah pergi, Kelantan je belom sempat nak pergi lagi dik." balas gua.

Makwe tadi patah balik pergi ke boothnya yang dah 30 40 depa dekat belakang.

Sketsa Ketiak Menangis

Hari tu awal-awal pagi gua dah bangun. Awal pagi yang gua maksudkan tu kira-kira jam 8 pagi. Tidur taklah awal mana, tapi memandangkan hari tu hari pertunangan gua, gua gagahkan juga mata gua ni.

Hari tu gua rasa spirit gua lain macam. Ye lah, nak jadi tunangan oranglah katakan. Jiwa tikam-tikam, kelar, sembelih, terajang dan juga sungkit tulang rusuk yang sekian lama menular dalam diri gua tiba bertukar kepada jiwa lelaki penyayang hari tu.

Selesai mandi gua tunggu gua punya pembantu peribadi gua bersiap. Pembantu gua ada dua orang. Nama dia biarlah gua rahsiakan, dengki plak gua kalau dorang dapat publisiti percuma dekat sini.

Bila semua dah selesai gua misi yang pertama. Sebenarnya banyak lagi benda tak selesai hari tu. Sebab tu ada sedikit menggelabah terselit dibalik ketenangan gua yang sepeti Berbatov ini.

Mula-mula gua start enjin kereta, gua pergi rumah tunang gua. Hantar barang sikit. Alang-alang dah jengah sana, gua tolong sikit apa yang patut.Susun kerusi, angkat meja. Sempoikan gua?

Selesai kerja-kerja remeh ni, gua layan nikotina sepam dua sementara jam pukul 10 pagi. Gua nak tunggu Jusco buka, nak beli baju untuk majlis hari ni. Last-last minit plak baju tukar kaler. Mana boleh jadi, takkan la gua nak pakai tak sedondon, hilang seri gua nanti.

Kerja gua sebenarnya dah ringan sikit sebab gua dah agihkan tugasan dekat kawan-kawan gua. Tepat jam 10 gua terpacak depan Jusco. Gua bukan bekenan sangat dengan Jusco sebenarnya, tapi memandang ni la Pasaraya paling dekat, gua pergi la juga.

Selesai beli baju gua drive balik. Dalam perjalanan balik boleh plak gua tertengok dekat side mirror yang rambut gua serabut. Apsal semalam gua tengok ok je? Jadi gua pon pergi ke kedai gunting rambut berdekatan.

Nak dijadikan cerita semua kedai penuh. 2 3 kedai jugak gua cari. Hangin gua satu badan, time gua nak potong rambut la ramai makcik-makcik akak akak nak bawak anak-anak dorang potong rambut. Rileks la, bawa la petang sikit, gua nak bertunang ni.

Agak-agak pukol 12 baru selesai semuanya. Gua pon balik rumah, mandi, siap-siap wangi wangi dan hensem hensem. Lepas tu gua tunggu rombongan mak bapak gua yang datang dari rumah abang gua.

Bila semua dah berkumpul, start nak berarak akak gua tanya, "Dik, mana cincin?"

Dan masa tu jugaklah gua rasa kepala otak gua ni kena hempap dengan Adibah Noor. Cilaka, macamana gua boleh lupa. Sepantas kilat gua runner balik rumah. Nasib baik rumah gua cuma sekangkang kucing saja.

Tapi biorpon sekangkang kucing, tetap gua rasakan macam sekankang babi jauhnya. Bila sampai dekat rumah, lif plak lembab macam fernando torres. Terpaksa gua sepantas kilat panjat tangga ke tingkat 9, dan turun dengan laju sambil melompat-lompat macam Norherman Majid.

Bila sampai balik dekat rombongan family gua tadi, terketar-ketar tangan gua masukkan cincin dalam bekas dia. Fuh, baru gua boleh tersenyum.

Tapi, baju gua basah,air gua rasa bertakung dalam baju dek ketiak yang menangis tanpa henti.

Wednesday, January 11

Dilema seorang gangster

Gua tengah bingung.
Gua tengah konfius.
Gua tengah keliru.
Gua sekarang dalam dilema.
Dilema dalam memilih.
Siapa gua nak pilih?

Nora Danish?
Maya Karin?
Atau Fazura???

Arghhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

Tuesday, January 10

Siapa Sodom Saiful?

Mahkamah mendapati Dato Seri Anuar Ibrahim tidak bersalah dalam kes liwat bekas pembantu peribadinya, Saiful. Si Saiful plak dah mengaku bahawasanya dirinya telah disodom.

Gua jadi pening? Gua jadi konfius? Gua jadi tertanya-tanya, siapa sodom Saiful?

Adakah Anuar berjaya mengelentong Mahkamah?

Adakah Anuar ini jenis manusia yang 'sudahlah jolok lubang tahi, kemudian sembunyikan pelir'?

Atau adakah Saiful sendiri telah menyedomkan dirinya sendiri menggunakan dildo sambil berfantasikan Anuar?

Atau mungkin juga Si Eskay yang muka mirip Anuar telah menyodom Saiful? Oleh kerana mukanya sama dan sudah lama memendam rasa berahi dek kejambuan saiful, Eskay telah menyamar jadi Anuar untuk meratah tubuh Saiful yang begitu seksi baginya.

Atau mungkin Saiful mereka-reka cerita selepas mendapat tawaran berjuta-juta??

Gua jadi pening lagi. Soalan gua tadi masih takde jawapan. Politik ni bagi gua sebijik macam filem. Dilakonkan pelakon berbakat, diarahkan pengarah hebat, dan diterbitkan producer duit lebat.

Politik ini lubang jubo, politik ini tahi lembu.

Monday, January 9

Hati Rockers tak kental mana.


Sayu hati gua. BErtakung air mata gua berborak dengan dua beradik ni, Nabil dan Siti. Sudah 4 tahun dua beradik ni menetap di Rumah Anak Yatim Al Amin ni. Tak dapat gua bayangkan,kalau gua terpaksa berdikari di asrama seawal usia seperti budak-budak ni.

Bila masuk bab-bab mak bapak, hati gua cepat betul jadi sayu. Senang betul air mata ni nak bertakung.

Tambah lagi bila gua tanya, " seronok duduk sini ?"
"seronok, ada ramai kawan. Tapi kalau duduk dengan mak ayah lagi seronok." balas Siti, kakak Si Nabil.

Dada gua mcm kena tumbuk, lalu gua bangun seraya mengeluarkan telefon. Gua tekan 09467****.

"Helo Mak, Mak buat apa? Mak sihat??"

Gua seka air mata dari jatuh.

Saturday, January 7

Surat Cinta Gua Kepada Cinta03

Komen dari Cinta03:

"Mesti ko amati betulkan...
filem2 barat x nak lak ko comen....
syabas la...ko nak kutuk cam ne pun,
citer n dah meletop....
dah beriban...so...whhhatttt."

Surat cinta dari gua:

Kehadapan Cinta03, semoga sihat hendaknya. Gua di sini sihat-sihat sahaja cuma sibuk sikit dengan kerja, sebab tu lambat sikit untuk gua counter attact komen yang telah gua paste di atas.

Pertama-tama kali gua nak terangkan mengenai tajuk entry gua yang sebelum ni. Tajuknya "20% BANGANG OMBAK RINDU". Kenapa gua tak letak "BANGANGNYA OMBAK RINDU?? Kenapa gua letak 20%?? Kalau 20% tu bangang, 80% tu lagi apa?? Kenapa?

Nampaknya Cinta03 betul-betul peminat cerita Ombak RIndu ye. Samalah dengan gua. Gua tengok cerita ombak rindu ni sambil air mata berderai derai. SOb Sob sob. Hati rockers gua tak dapat menahan kesedihan maksimum cerita ni. Jalan ceritanya biarpon klise tp tetap gua suka. Mungkin kerana hati gua dah terpaut pada Maya Karin. Osman Ali pon gua minat, pandai dia buat cerita. Jalan ceritanya ada tapi bila difilemkan ada sedikit ke laut, contohnya macam filem Anak Halal. Filem Cun sangat bagus bagi gua.

Gua tengok cerita ni dekat Astro First. Maknanya gua menyokong industri perfileman tempatan. Tapi tiap kali gua tengok, mesti gua terlepas intro dia. Jadi gua beli pula DVD dia. Tak perlu nak amati sangat gua rasa. Gua tengok cerita bukan sebab nak melayan perasaaan. Gua tengok cerita sebab minat gua nak bikin cerita. Jadi gua tengok bukan takat dengan mata, tapi dengan otak.

Dalam satu crew perfileman, dari producer sampai la yang paling balaci, mesti ada budak yang jaga konti. Dan semestinya budak ini dibayar. Jadi kalau dah dibayar buat la kerja elok-elok.

Silap-silap kecik macam ni tak perlu jadi, terlampau remeh. Terlampau senang. Benda yang sepatutnya perfect. Gua bagi contoh, dalam cerita "misteri jalan lama". Part kapal turun tu macam gampang. Kapal tu plak macam cilaka dia punya tak real. Tapi gua tak kutuk, sebab gua pikir bukan senang nak buat kapal tu bagi real. even mat saleh buat pon kadang2 tak real. Tapi kalau nak difikirkan satu lagi side, pergi jahanam, lu buat cerita lu nak jual, jadi buat la betol-betol.

Kalau dilihat dalam pemilihan lokasi,gua tak kutuk pon sedangkan lokasi utama filem ni Pulau Langkawi, Cameron Highland dan KL. Kalau difikirkan secara logik akal dalam kehidupan normal, apa kejadah nak berulang alik ke 3 tempat ni. Tapi kita tak boleh fikir macam tu. Nampak tak logik sebab dia kita tahu tempat tu. Bijaknya dia tidak mention secara jelas tempat-tempat ini.

Memilih lokasi yang cantik dan logik dalam aspek jarak memang susah. Jadi langkah selamatnya, jangan seperti gua katakan tadi, jangan sebut dengan jelas nama tempatnya. Cuma tunjuk purpose untuk apa ke sana. Itu apa yang gua belajar.

Kalau Osman Ali baca blog gua ni pon dia cuma tersenyum sinis. Dia mengadap lagi ramai pengkritik filem dekat luar sana. Sama juga macam Azizah Mahzan. Lu jangan berasa hati sangat gua kutuk Azizah Mahzan. Takat kutukan gua ni apalah sangat. Gmambar Zaeferol pegang tetek dia pon selamba dia hadap. Kutukan gua ni nipis sangat bagi dia. (gambar dia seperti gua lampirkan di bawah)

Filem barat? Mana lu tau gua tak kutuk? Lu kenal rapat dengan gua? Pernah lepak setable sembang2 pasal filem dengan gua? Pergi jahanam sama filem barat. Filem barat best ke, tak best ke, langsung tak mendatangkan kebanggaan dekat hati gua. Kalau best gua puji-puji. Kalau tak best gua kutuk kat kedai kopi dengan member2 gua. Buang masa nak tulis dekat blog filem barat. Beribu-ribu pengkritik, dan Berjuta-juta pengkutuk filem dorang.

Nampaknya jari gua sudah melecet menaip dari tadi. Ada masa gua taip lagi surat untuk lu. Akhir kata gua cuma nak pesan, selera manusia lain-lain. Selera gua lain, selera lu lain. Jadi apa yang tak kena pada mata gua tak semestinya semua orang setuju. Sebab itulah juga gua tempek pendapat gua ini dekat blog gua, tidak dekat blog orang lain. janji gua tak mengaibkan orang. Pasal Azizah Mahzan tu jgn risau, dia tak aib, dia pasti bangga. Kahkahkahkah.

Sekian Terima Kasih.

Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.

Pen merah pen biru,
u marah i love u.

KAHKAHKAHKAHKAH

Yang Ikhlas,

budakamera.


~

Filem ni tak silap gua cecah jua 10 juta juga. Dan ikhlas hati gua filem ni layak mendapat kutipan sebanyak itu. Bukan riban-riban ya. Dan dalam juta-juta tu, RM15 gua ada dalam tu. Itu pon gua tak pasti 6% cukai kerajaan dah termasuk ke belum dalam rm15 tu. Gua bayar saya. Jadi suka hati gua nak cakap apa. Gua membeli, gua pengguna. Itu hak gua. SOoo Whaatttt???

Friday, January 6

20% Bangang Ombak Rindu

Inilah yang dikatakan alpa, pandang remeh, dah bangang. Buat filem pandai, cinematografi gempak, pelakon handal-handal,semuanya sudah ok tp konti tak reti nak jaga. Kecuaian yang memalukan bagi gua. Terlampau remeh.




Baju gila babi basah kuyup, lepas romen-romen kering terus. Lepas tu esok pakai sehari suntuk. Ditambah bangang sebab suroh Azizah Mahzan pakai macam tu. Hilang selera makan gua seminggu. Azizah Mahzan ni pulak memang dah sedia bangang dari muda lagi.



Ini pon satu hal, macamana ada tertempek gambar kat situ. Kejap ada kejap takda. Lebih baik gambar2 tu simpan elok2 dalam album. Tak payah sangat nak lekat kat dinding.



Lain kali kalau nak marah tahap dirasuk syaitan, bakul sampah tu sepak sampai keluar dari tingkap. Senang cerita. Tapi apa-apa pun gua memang tabik jamban rumah ni sebab ada tingkap tepi mangkuk jamban. Sambil berak boleh menghayati pemandangan terbentang. Mengidam gua nak berak sekali dalam jamban ni.


Bangang betul, dialog dengan bahasa tubuh kontra.. Elok-elok la sunting tu. Bangang.



Apa pasal balik Amerika rambut depan pendek, esok lusa tulat tubing rambut depan panjang balik. Rambut palsu? Apa jadah dan apa motif balik dari Amerika nak kena pakai rambut palsu? Tribute Lady Gaga?Bangang!


Apa pasal rambut orang tua ni tekeluar sikit kaler perang tu? Hei orang tua tak sedar diri, pakai rambut palsu tu elok-elok.



Disebabkan gua dibesarkan dalam bau busuk getah skrap,gua tak tahu pula tabiat orang-orang kaya suka-suka hati nak masuk rumah kadang-kadang buka kasut kadang-kadang pakai kasut.



Benda-benda kecik macam ni jangan ambil remeh. Buat betul-betul.






Ini antara paling bangang. Tali tu sebesar alam, macam mana tak perasan? Si jaga konti gua rasatengah stim ganja.



Malas gua nak taip. Lu tengok la sendiri apa tak kena.


Mana datangnya rombongan ni dalam sekelip mata?? Tak ada tak pa kot.



Mana frame? Dalam Handbag Izzah??


Part ni buatkan gua ketawa terbahak-bahak. " u nak kawen sangat kan?? u nak kawen sangat kan??" kah kah kah kah... 2 orang sibangang tengah bertekak..kahkahkahkah

Thursday, January 5

Hati Gangster Mana Yang Tak Terguris?

Sekeras-keras batu pon boleh dihancurkan dek air yg lembut. Setakat hati seorang gangster yang keras tu apa la sangat.

Hati gangster mana yang tak terhiris? Hati gangster mana yang tak terguris? Hati gangster mana tak tersentuh?Hati gangster mana yang tak sakit bilamana tgk perempuan secantik dan sebaik Izzah dilayan sebegitu rupa?? 

Gua dah lama menaruh hati dan perasaan dekat Izzah. Selama ni gua pendam, tapi hari gua tak tahan bila gua tgk Izzah diperkotak-katikkan oleh Haris

Lahanat jimbet si Haris ni, kasut pon tak boleh tanggalkan sendiri. Sialan lu Haris lu tolak Izzah sampai jatuh ke lantai. Lepas tu gua paling sakit hati lepas lu sedap-sedap malam pertama dengan Mila Amelia pastu lu buat muka besalah. PUI!! Lu siap Haris lu makan siku gua satu hati nanti. 

Datuk Sufiah pon gua nak siku jugak ni. Jahat yarabbi. Macam syaitan. Kesian Izzah kena jalan dalam hujan tengah-tengah malam buta.

Gua takde mood nak bergurau sekarang. Hati gua tengah pedih lagi ni.
~
KAHKAHKAHKAHKAH

Wednesday, January 4

Ini projek glamor!

Petang tu kami bersurai awal. Beranda rumah Atom anak tok penghulu kosong sebelum matahari jatuh. Rumah Mamat clear malam ni, jadi malam ni kami ada misi. Misi kali ni serius dan glamor.

Ngam-ngam lepas makan malam, gua besiap-siap. Telefon bimbit yang dah 2 3 hari tersadai dekat kepala katil gua capai. Gua start motor kapcai bapak gua. Bila mak gua hulur kepala keluar pintu dengan sopan gua cakap," nak gi kedai jap mak." Itulah alasan paling kerap gua gunakan bila nak keluar malam.

Sampai rumah Mamat semua dah ada, terpacak menanti kedatangan gua.

"Wahh.. semua dah sampei, bapok semangatnye" kata gua.

"Ah ye, projek baek nih, mesti kena semangat." balas Mamat.

"Dah dah, Meri aok runer pegi atas bukit rumah cikgu. Aok buat macam yang kita bincang petang tadi. Pastu aok pecut terus balik sini. Kome stanby tunggu sini. Atom gi teman Meri." perintah Uda, selaku president geng-geng gua dekat kampung. Gua dan Atom menurut perintah.

Sampai saja dekat bukit rumah cikgu gua turun dari motor sementara atom ready atas motor yang tak dimatikan enjin. Handphone gua angkat tinggi-tinggi, bagi senang dapat tangkap line. Bila bar sebelah kanan handphone naik cepat-cepat gua taip mesej dan....... Sent!

Bila mesej sudah sent terus gua lompat atas motor. Atom memecut laju, selaju mungkin. Sampai saja rumah Mamat melompat kami masuk, termengah-mengah sambil menunggu depan TV.

Selang beberapa ketika, keluar nota dari kanan TV:

BUDAK JENGKA : Selamat malam saya ucapkan kepada Meri, Uda, Mamat, Atom, Juan, Lan, Lias, Parin, dan Bulah.

Kahkahkahkahkahkah.. Kami ketawa berdekah-dekah. Puas betol hati kami. Glamor betol rasanya nama keluar dekat TV.

"Best betol siaran Astro ni, best betol" puji uda bertubi-tubi.

Tuesday, January 3

Antagonis pon perlu romantis.

Setelah genap 6 tahun, gua berjaya upgradekan status diri gua menjadi tunangan orang..

Nota kaki kepada CIk Puan:

Kepada Cik Puan gua, terima kasih kerana menerima diri gua seadanya. Terima kasih kerana ada di sisi gua sepanjang tempoh 6 tahun kita berkawan. dan jutaan terima kasih kerana sanggup bersusah senang dengan gua, dari gua makan megi sampai la gua makan nasi.

Gua cinta lu.

Lagu ini gua tujukan untuk lu dengan ucapan moga sihat-sihat selalu, kalau makan tu ingat-ingatlah kat gua. Lagu ini kali pertama gua dengar masa layan liveband dekat indonesia. Masa tu terus gua teringah kat lu. Sumpah, Wallah..