Saturday, July 28

Diari Ramadhan Gangster. 2


gua awal2 dah plan, dari lepas puasa tahun depan, puasa tahun ni gua nak buat satu survey.
~
gua perati hari pertama dua tiga empat puasa.. gua tak jumpa IFTAR. masuk hari ke empat sampai sekrg makin lama makin banyak IFTAR. mungkin baru teringat akan IFTAR.
~
Jadi gua buat kesimpulan, IFTAR itu satu trend, bagi nampak sedap. Tak pon, takkan tak IFTAR, nnt tercicir kebelakang.

Friday, July 27

Memori Ramadhan Gangster. 3

Masa gua masih hijau, bulu ketiak pon baru tumbuh dalam 68 helai masa tu, gua masuk ke salah sebuah universiti di Kuala Lumpur. Hidup di kota dusta ini amatlah mencabar, apatah lagi dengan status gua sebagai seorang siswa.

Sumber kewangan gua masa itu adalah pinjaman MARA RM340 sebulan, gua pau Abang Bob gua RM100 sebulan, Kak Ngah gua dalam RM100 sebulan jugak. jadi totalnya RM540. Untuk memudahkan bicara, gua  bundarkan saja jadi RM550.

Jika dalam situasi sangat-sangat genting dan mati akal, gua akan hello Abang Lie gua. Abang lie gua ni muka dia bengis skit. Watak dia sebenarnya kelakar, tapi bila dengan gua agak tegas sikit. Mungkin dia perasan bakat gangster dalam diri gua. Kadang-kadang gua tengok karektor dia ni macam Nasir Bilal Khan pon ada..

 Disebabkan watak dia jenis macam ni, kalau gua helo dia nak mintak bantuan, niat dalam hati nak RM100, tapi bila dengar suara dia gua akan kasi diskaun 50%, jadi RM50. Dia ni plak bukannya lurus, tapi kalau RM50 gua mintak, RM50 la dia bagi. Nak up skit bagi gua ceria bukan sifat dia. Tapi gua tetap syukur.

Bapak gua? Gua tak mintak. Tak berani campur tak sampai hati.

Jadi dengan bajet RM550 lebih, gua gunakan untuk bayar sewa rumah, makan dan minum sehari semalam, bayar tambang LRT pergi dan balik dan tak lupa juga bajet untuk nikotina. Benda-benda ini wajib. Tapi bila dah duduk di Kuala Lumpur, sudah menjadi sunat muakat untuk berbelanja ke arah sosial muda mudi. Sebagai contoh snuker. Snuker jadi salah satu kelas pendidikan jasmani gua. Kalau takde kelas gua memang ada di pusat snuker. Bukan saja bila xda kelas, bila ada kelas pon kadang-kadang gua ada sini.

Pasal makan? Tak tentu. Awal -awal gua makan sedap, Nasi campur lauk ayam. Lama-lama nasi putih telur dadar dan sup kosong. Bila datang Ramadhan, pernah satu kali gua cuma bawak RM3 ke bazar ramadhan. Bila dalam keadaan macma ni gua perlu bijak, gua pergi bazar time-time nak buke, kerana harga pada waktu ni dapat paling murah. Kalau untung nasib dapat free saja. Dengan RM3 tu gua leh dapat air dan nasik. Kadang2 dapat mee.

Tapi bila keadaan makin kritikal, mee segera perisa kari jadi juadah kami. Kami tetap hepi, buka puasa makan megi bersama. Cuma, ada la satu hari tu, bila semua balik kampung, tinggalah gua sorang-sorang dekat rumah, gua buka puasa dengan megi lagi, time tu, mata gua mula berkaca, dan lama kelamaan jatuh menitik nitik memasinkan mee megi.


Thursday, July 26

Memori Ramadhan Gangster. 2

Ada satu hari tu gua dapat cilok duit mak gua 70sen. 70sen tu gua jumpa dekat birai dekat bilik air. 70sen tu sangat banyak bg gua. Hari-hari cuti sekolah macam ni memang xda peruntukan untuk gua. Peruntukan untuk gua untuk pergi sekolah saja, itu pon 50sen.

Jadi hari tu hari bertuah gua. Gua jengok luar jendela, Mat Aji Lah ada tengah bermain di laman rumahnya. Rumah panggil dari jauh, Mat Aji Lah datang tersengeh2.

"kenapa?" tanya Mat Aji Lah.

"jom ikut aku" balas gua.

Mat Aji Lah tanpa banyak suara cucuk angin gua. Gua langkah kaki lalu denai depan rumah. Denai ni jadi laluan short cut ke Kedai Mara. Kedai Mara tu plak ibarat 'bandar' dalam kampung gua. Banyak kedai-kedai kat sana. Tora pon kadang-kadang dorang ada jual.

"hang nak pi kedai mara ke?".

"ye".

"hang nak wat pa? nak beli apa? aku tak da duit ni"

"takpe, aku ade. aku belanje hang"

"aku pose la"

"alah hang ni, aku pon pose lagi. tapi aku tak larat, dahaga sgt. kita diam diam dah la."

"aku tak berani la meri."

Ah, cilaka, Mat Aji Lah ni penakut plak. Takkan nak makan sorang-sorang, tak muhibbahlah.

Sampai di kedai gua beli 2 aiskrim oren, 1 aiskrim milo, 1 cikedis, 2 air pop. Barang-barang gua masukkan dalam baju, kemudian gua berjalan cool. Mat Aji Lah hanya menunggu di luar kedai. Dia punya takot macam gua nak merompak kedai.

Sambil jalan lalu padang awam, untuk ke pokok yang jadi port baik tiba-tiba, PPPooottttttttt!!!

"Cilake Mat, hang kentut ka? bau macam gampang"

"hehehehe" Mat Aji Lah hanya tersengeh menunjukkan gigi rongak.

"habis puasa ko batal mat. baik hang makan je aiskrim ni, aku pon mmg saje beli lebih"

"ye ke meri."

"Ye la, takkan ko tak percaya aku, aku kelas 2 teratai, hang 2 dahlia."

"ooo.." mat angguk angguk percaya.

Kemudian dengan gembiranya kami makan aiskrim bersama-sama.

Wednesday, July 25

Logo 55 Tahun Merdeka


Ini logo 55 tahun kemerdekaan malaysia yang baru. Logo ni lebih art berbanding logo lama yang seperti didesign menggunakan buah pelir. Logo ini nampak lebih harmoni dan tidak tertekan, dan selesan sungguh mata nak memandang.

 Logo ini juga gua rasa lagi mudah untuk dibentukkan di padang oleh kanak-kanak masa sambutan hari kebangsaan nanti. Gua akan terangkan maksud-maksud di sebalik logo gua.

 1- Pemilihan warna sudah tentu berdasarkan bendera kebanggaan kita.

 2- 55 itu sudah semestinya sebab ulang tahun kemerdekaan yang ke 55. Bukan ulang tahun rosmah mansur

 3- Bulan dan bintang tu Islam sebagai agama rasmi. Boleh juga nak maksudkan pemimpin2 tunggu la nanti kena libas dengan Munkar Nankir, banyak sangat kencing duit. Bintang itu tak cukup buju sebab gua tak berapa ada mood nak design hari ni.

 4- Bunga atas itu adalah bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Kalau nak ganti bunga raya dengan hantu raya pon on juga, sebab pemimpin dengan hantu raya tak jauh bezanya.

 5- Janji ditepati itu gua letak sempena slogan pemimpin yang akan menepati janji-janji. Cuma gua tak letak dia lurus, gua letak di bengkok macam tu sebab mula-mula mereka berjanji, lepas janji dia tu melencong.

 6- Bulat merah yang mengelilingi logo itu bermaksud, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat. Boleh juga kalau nak ubah, bulat air kerana pembentung, bulat perut pemimpin kerana makan duit rakyat.

 7- Pokok dan bangunan itu melambangkan pemimpin berjaya memajukan negara dari hutan belantara menjadi sebuah bandar yang maju serta aman permai.

 8- 1 Malaysia tu sebab.. sebab... what the hell 1 malaysia ni wei? Cilaka.

Diari Ramadhan Gangster. 1

Ya, bulan Ramadhan dah datang. Bila Ramadhan datang maknanya lagi tiga puluh hari nak raya. Tapi sebelum raya, semua umat islam yang sudah keluar mani dan haidnya serta waras fikirannya diwajibkan berpuasa.

Biarpon gua seorang gangster, gua masih lagi tahu bulan ramadhan adalah bulan puasa, tak macam member-member gua, bulan ramadhan disangkanya bulan syaaban.

Puasa tahun ini semangat gua ke dapur begitu membara. Semangat itu gua tak tahu datangnya dari mana. Mungkin kerana matang gua dah sampai tahap tinggi. Mungkin juga gua nak uji skill gua pegang sudip. Mungkin juga ciri-ciri suami romantis sudah terbit dalam jiwa gua.
~
Petang itu  tepat jam enam gua mula bertukang. Kuali tiga dalam satu yang baru dibeli dua tiga hari lepas gua portkan depan tv. Bahan-bahan masakan gua dah ready kat tepi. Jadi, mulalah proses gua menumis. Haruman bau menumis menusuk hidung gua. Gua agak-agak bau gua numis ni merebak sampai lima rumah jiran berselang.

Sedang ralit gua bertukang, member gua kata member dia nak datang rumah. Gua cuma kata no hal, datang saja, usah gentar dengan status gangster yang ada pada gua.
~
Allahhuakbar Allahuakbar.....

Yang, bunyi bang maghrib dah berkumandang. Gua tanpa membuang masa menjamu selera dengan hidangan semua dimasak oleh gua; udang belada, telor dadar, kobis masak kicap, ulam raja, budu.

Sedang gua menjamu selera, member kepada member gua sampai.

"Duduklah, makan-makan, kita buka puasa sama-sama" pelawa gua ramah.

Member kepada member gua itu duduk tanpa silu. Ambil pinggan yang sudah berisi nasik, ceduk lauk dan suapkan ke mulut. Member-member gua kunyah perlahan-lahan; sopan. Tiba-tiba member kepada member gua bersuara, " ni masak sendiri ke beli kat bazar?"

NAMPAK?? NAMPAK?? lu semua nampak tak??!!! Kahkahkahkah!


Tuesday, July 24

Memori Ramadhan Gangster. 1



Hari tu hari pertama aku menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Aku perlu bangun awal untuk sahur, serta solat subuh. Aku dah berazam, untuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, selain dari tekun belajar ( biarpon pada saat akhir) aku harus cukupkan solat lima waktu serta tidak tinggal puasa. Aku bertekad, kali ini aku betul-betul serius.

Pagi tu aku bangun awal. Dewan makan mula cerah jam 4.30 pagi. Aku bangun lalu terus mandi. Dingin air pagi buta cengkam kulit aku, cengkam tulang aku. Badan aku menggigil; bertindak balas kepada suhu dingin pagi itu.

Bagi sesiapa yang kurang arif dalam ilmu sains, suhu tubuh manusia ialah 37 darjah celcius, biarpon dalam apa-apa suhu persekitaran. Dalam keadaan sejuk, kontraksi otot-otot tubuh akan membuatkan badan menggigil, bagi menghasilkan haba supaya suhu badan tetap stabil.

Berbalik pada cerita asal aku, asrama aku letaknya di tepi hutan berbukit, sebab tu juga sejuknya lain macam. Biarpon di tepi hutan tebal, tiada bunyi ungka bersahut sahutan, cuma bunyi cengkerik menyanyi2 dari malam tak henti-henti. Bunyi-bunyi cengkerik inilah yang menjadi halwa telinga kami setiap malam.

Aku ada dengar cerita yang masa mula-mula sekolah ni buka, senang-senang saja nak tengok kancil keluar merayap.Tapi itu cuma cerita yang di sampaikan dari tahun ke setahun. Benarnya aku tidak tahu sejauh mana.Buletin Utama pon cerita dan beritanya melalut kelaut, inikan pula cerita macam ni yang cuma disampaikan dari mulut ke mulut.

Aku sarung baju melayu dan kain pelekat, lalu aku turun ke dewan makan bersama beberapa rakan. Kami beratur mengambil makanan. Muka Piah, pekerja dewan makan ini mengurangkan selera aku untuk bersahur Tapi oleh kerana tiada pilihan aku santap juga hidangan yang tak seberapa itu.

Selesai makan, aku cucuh rokok sebatang. Kawan-kawan aku pon sama. Time-time ni kami sudah mendapat lesen besar, tak perlu lagi sorok-sorok hisap rokok, tak perlu lagi cover line untuk hisap rokok. Cuma bila ada cikgu datang, kami akan sorok rokok, tanda hormat.

Bila azan mula berkumandang, cepat-cepat aku ke surau. Aku angkat takbir betul-betul di belakang imam, Ustaz Hairul Azam. Di sebelah aku Fairuz, salah seorang murid paling suci dalam sekolah aku.

~

Selesai kertas Bahasa Melayu, aku melangkah balik ke asrama. Perut aku berbunyi bunyi, aku tengok jam di dinding, baru jam 10.30. Aku baring di katil. Tiba-tiba aku ternampak Tok Mat membawa baldi yang berasap. Gidit, Mat Pet, Bewok, Gonjeng, dan Unta cucuk angin di belakang Tok Mat.

Aku tak sedap hati. Aku bangun lalu mengekori mereka. Aku lihat, mereka masing-masing memegang sepeket Megi. Ah, tak boleh jadi, aku berlari ke locker, mengambil sebungkus megi. Hari tu, jam 11 pagi, kami kenduri beramai-ramai makan megi dalam baldi.

Selesai makan megi, kami hisap rokok sambil berbual-bual mesra dan disulami hilai tawa gurau senda.

Wednesday, July 11

Tranformasi Seni Jamban Awam.



Nota : Untuk bacaan abang-abang, kakak-kakak, belia-belia dan remaja-remaja yang terbuka pemikirannya. Yang mana sempit lagi tertutup benak fikirannya, sila berambus sebelum aku usir.


Aku mengorak langkah pantas. Langkah pantas sebegini jarang-jarang aku buat. Selalunya aku lebih gemar menyusun langkah yang santai dan tenang. Kerana aku percaya ketenangan itu akan membawa kebahagiaan.

Tapi, kali ini aku terpaksa berjalan sepantas mungkin. Bila terjadi situasi seperti ini, kalian harus tahu yang aku benar-benar berada dalam keadaan genting, dan runcing.

Bila aku rasa tak cukup laju aku berjalan, aku atur pula langkah yang lebih luas, lebih laju - aku berlari. Larian aku tak ubah seperti M Ramacandran ketika memenangi pingat emas acara 5000 meter pada Sukan Sea 1993 di Singapura.

Aku masuk ke dalam sebuah komplek membeli belah terkemuka tanah air. Penyaman udara di dalam kompleks ini tidak dapat mendingin badan aku. Peluh-peluh jantan aku menitik tanpa henti. Baju aku hampir basah, ketiak ini mula banjir, tapi bau wangian Hugo Boss tetap mantain. Itulah kelebihan membeli barangan original. Kualitinya ada.

Aku berhenti di hadapan pintu yang ada lima itu. Nasib aku kurang baik, pintu yang berlima itu semuanya tertutup rapat. Aku tak tenang. Aku mula terkinja dan berjoget-joget di depan pintu itu. Lebih kurang enam lima minit aku berjoget pintu tersebut terbuka. Seorang kanak-kanak lelaki keluar dari pintu itu. Aku tanpa membuang masa cergas masuk - tutup pintu - kunci - buka seluar - duduk.

Aku nyalakan sebatang rokok. Time-time begini memang indah kalau hisap rokok. Tapi malang, oleh kerana terlalu tergesa-gesa tadi aku terlupa membeli akhbar tabloid Harian Metro. Nikmat membuang air sedikit terjejas. Membaca harian metro time berak memang menjadi kegemaran aku, kalau di rumah, aku akan turun kebawah membeli suratkabar dahulu sebelum berak.

Aku hanya termenung, memandang dinding yang penuh diconteng anak-anak seni. AKu baca satu persatu. Kalau dulu, tunjuh lapan sembilan sepuluh tahun dulu, dinding tandas dihiasi dengan :

' Ayu Bohsia Kampung Baru, 012389****.'

' Janda kesepian, barang baik. telepon 03563**** '

' Tetek Ana bohsia keramat memang power'

' Liza promoter sogo, telepon 013644****, kompem dapat main '

....


Tapi sekarang, zaman tanpa wayar ni, baru aku perasan, seni tulisan dinding jamban ini telah berubah:

' Gay minat abang polis. 012745****"

' Hisap batang, free. Janji tegap. 010265****'

' Gay nak 69, telepon 017562****'

' Abang foodcourt pertama suka hisap batang'

Gua padam rokok, gua cebok lalu berlalu keluar. Peluh tadi sudah kering. Langkah aku kembali tenang. Sambil berjalan aku berfikir, power tranformasi seni sastera jamban sekarang ini, berubah daripada bangang menjadi bangsat.













Tuesday, July 3

Tiada Ruang

Dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan minggu kebelangan ini aku sibuk betul. Atau kata lain aku betul-betul sibuk. Aku cakap aku sibuk betul dan betul-betul sibuk ini sebab nak kukuhkan pernyataan aku, supaya orang tak kata aku buat-buat sibuk atau pura-pura sibuk.

Oleh yang demikian, tiadalah ruang dan masa untuk aku menulis barang sepatah dua, apatah lagi mahu menaip barang seempat lima. Aku cuma sempat mengunjung blog aku yang kian bersawang.
...

Sibuk. Ya, SIBUK. Aku suka kesibukan aku sekarang. Sebab kesibukan aku sekarang mendatang wang. Bukan sibuk yang suka-suka atau main-main. Sibuk aku kali ini serius punya sibuk. Makin aku sibuk makin banyak wang datang, Alhamdulillah.