Wednesday, December 26

Malas Buat Kerja

Jumaat malam aku bertolak ke sungai petani. Sampai awal pagi jam 4. Sabtu pagi aku kerja, ambil gambar sampai ke petang. Malamnya aku lepak-lepak rehatkan minda.

Ahad aku bertolak ke Batu Kurau, Perak. Sampai dalam petang. Aku tak buat apa-apa hari tu melainkan makan buah buahan tempatan sambil menghirup udara segar kampung trasional melayu. Malamnya pula aku bertarung dengan nyamuk, seperti biasa aku menang dan  nyamuk kalah.

Isnin pagi aku ke Kuala Sepetang. Selepas ambil gambar dekat kilang arang aku pekena mee udang yang orang sibuk dok perkatakan tu. Mee dia sedap cuma pelayannya saja yang tak lawa.

Lepas tu aku pergi Zoo Taiping, melihat binatang-binatang liar. Tapi aku agak terperanjat bila remaja-remaja liar rupanya lagi ramai di Zoo Taiping ni.

Petangnya aku balik ke Batu Kurau, ada game futsal pula. Selepas menyumpat 34 gol dah 47 assist aku balik, mandi dan sembahyang maghrib. Selepas makan malam, aku pura-pura penat dan tidur sampai pagi.

Selasa pagi aku bertolak balik ke KL. Kereta banyak menghalang aku dari memecut 330kmj. Disebabkan trafik yang serupa liverpool, petang baru aku sampai rumah. Bila aku sampai rumah baru aku perasan yang aku letih.

Disebabkan aku letih, aku malas buat kerja.