Wednesday, February 17

Perasan

Panas terik.. cahaya suria memancar bagai membakar kulit.. bahang haba dirasa seolah sang mentari sejengkal di atas kepala.. Aku terbongkok-bongkok berjalan meredah kehangatan cuaca Kota Kuala Lumpur.. Tapi tidaklah sepanas di Pantai Timur. Habis hitam arang kulit aku terbakar masa 5 hari mengaharungi perjalanan Kota Bharu- Kuala Terengganu- Mersing-Muar-Melaka-PD-KL minggu lepas. Teramat hangat. Cume kata-kata kawan sekolah aku selalu terngiang-ngiang kat telinga; "panas dunia je amri". Membuatkan aku terasa insaf.. tapi hanya seketika, biasalah manusia.

"kak, midvalley satu" sambil aku hulur not seringgit lusuh yang hampir hancur termasuk mesin basuh..

Ramai manusia dekat stesen, ramai yang sudah menunggu dan ramai jugak yang sedang berpusu-pusu; bakal menyusahkan aku masuk ke perut komuter nanti.. Sambil menunggu aku belek-belek lengan kiri aku; hitam pekat. Ada tompok-tompok..buruk! kulit mula menggelupas.. "takpa, sekejap je elok la" aku memujuk diri. Kulit muka dan kulit kepala dah kembali normal..

Tren yang ditunggu tiba. Seperti yang aku jangka, aku terpaksa berhimpit-himpit masuk . Sendat dan padat. Terpaksa berdiri, tempat duduk? Minta maaf, memang tak dapat. Biarpon wanita mengandung atau golongan kurang upaya, takda siapa hirau bila keadaan terlampau sesak macam ni.

Aku berdiri sambil tangan kiri memegang tiang supaya tidak terjatuh dek alunan kanan kiri keratapi..disebelah kiri terpacak 2 perempuan bersaiz treler.. Aku sedikit hampa..
Astagfirullahalazzim.. jahatnya aku; kadang kala sahaja.. Tiba-tiba aku perasan salah seorang dari mereka asik memerhati lengan aku.. Aku cume membatu.. Biarlah, kulit menggelupas je pon.. Tak cukup dengan memerhati, perempuan tadi mmenunjukkan lengan aku kepada kawannya.. Spontan muka kawannya membuat muka jelak bagai mintak terajang. Kemudian ketawa sesama mereka. Mungkin mereka tak perasan mata aku memerhati mereka kerana aku berkaca mata hitam.. Dan juga mungkin mereka perasan mereka cantik sampai boleh buat muka geli, jelak dan ketawa melihat lengan aku, walhal kulit lengan aku yang hitam terbakar lagi cerah dari kulit muka mereka..