Thursday, December 10

Kerja

Cuti sekolah menjelang tiba, ramai pasangan berebut-rebut mendirikan rumah tangga. Aku bukan salah seorang dari mereka, tapi aku tetap tiada masa.Tiada masa bergembira, tiada waktu bergelak tawa, tiada ruang menulis sepatah dua, kerja bersusun-susun bagai satu bala, menambah beban berat di kepala. Kadang kala, ingin juga bekerja seperti org biasa. Tapi minat tu yang takda. Minat aku cuma menggendong kamera. Biarpon berapa banyak album yang akan tiba, aku tetap akan teruskan usaha.. Kerana aku bangga, aku seorang wedding photographer..

Tuesday, November 3

Anjing

Manusia sepatutnya membiarkan undang-undang mengawal diri, kerana apabila menusia mengawal undang-undang, jalan yang lurus mudah dibengkokkan, apatah lagi pandangan yang terang cerah lagi senang dikaburkan. Siapa lagi yang takutkan undang-undang?

Manusia-manusia dahaga kuasa berlumba-lumba mencari tempat tertinggi untuk memerintah, memimpin kononnya untuk memajukan negara, memperjuang hak anak bangsa. Walhal untuk mencari segunung harta, memuaskan selera, menunjukkan kuasa. Dan yang paling beruntung ahli keluarga dan saudara mara.

Manusia-manusia cerdik pandai yang mendaki sampai ke puncak menara gadingmengaji sampai ke negeri cina,taksub menyokong dan membodohkan diri mengangguk setiap apa dilihat, setiap apa dibaca. Biarpon terang-terang cerita rekaan yang tak tahu dimana logiknya tapi mereka tetap percaya. Dan manusia ini memejamkan mata menumpulkan pikiran dan Mengikut telunjuk macam hidung dah ditebuk. Untuk apa?

Aku?? persetankan semua.Lagi senang mcm ni. Dengan dunia aku, dengan keluarga aku, dengan kawan-kawan aku. Selekeh dan sederhana daripada segak bergaya dengan sut-sut mahal mencari pengaruh. Aku lebih rela mengendong kamera berkilo-kilo mencari sesuap nasi dari bercampur dan melibatkan diri dalam dunia mereka.

Fikirlah manusia, tiada siapa mahu berjuang jika bukan untuk keuntungan diri sendiri.. Anak bangsa?? Takda maknanyaaaaaaaaa..........Genggam tangan, keluarkan jari tengah dan tunjukkan ke mukanya..

Monday, November 2

Hidup

"Kadang-kadang, Allah sorok matahari. Allah turunkan hujan ribut. Tapi, kemudian Allah kurniakan kita pelangi..."

Friday, October 23

Mat Gong

Penah baca Mat Gong karya Malungun? Cubalah belek sehelai dua pasti tertarik dengan susunan bahasa dan gaya penyampaiannya. Walaupon kadang-kadang mungkin terkeliru karektor yang diceritakan dek kerana permainan bahasanya, tetapi tetap menarik dan kreatif.. Dengan harga hanya RM2, tersangat berbaloi berbanding RM20 hingga RM30 hanya untuk karya cinta melampau.

Masa

Banyak idea-idea datang, tapi tebiar berkubur di kepala kerana tiada masa untuk menaip sepatah dua sehingga idea-idea bersarang dan bersawang. Gambar-gambar bersusun menanti giliran untuk diedit. Berlambak, menggunung sehingga tak tahu mana satu hendak didahulu. Alangkah indahnya dunia jika masa dapat diperlahankan...

Thursday, October 1

Mikemurano

Lokasi : Jalan TAR, KL
Jurugambar : Budakamera

Photobucket

Thursday, September 17

Ampun Maaf

Biarlah seakrab DO RE MI, sekepala Sudin,Ajis dan Ramlee, ataupon seindah hidup romeo juliet,seriang micky dan minnie, sekali sekala hati kecil pasti akan terhiris dan terguris. Adat resam hidup dunia, biarpon disulami gelak tawa dan gurau mesra, tp sesekali pasti ada yang terasa, bila gurauan terlebih dari yang biasa.

Kadang kala, bila emosi marah menguasai diri dan syaitan mula mengapi-api, lidah tajam ini mudah menikam hati. Dan yang pasti mesti ada yang membenci.

Aku hamba lemah tak pernah lari dari berlaku silap. Terlalu banyak. Tak teringat. Banyak hati nak di jaga, takkan terjaga kesemua kerana aku bukan sempurna.

Bila ada kesempatan sekali dalam setahun, dibulan mulia ini, aku susun sepuluh jari, memohon ribuan kemaafan di atas salah silap aku sepankang 24 tahun aku berkelana di bumi ini. Ampunkan dosa-dosa menggunung, dan halalkanlah makan minum.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

dari am&salma

Monday, September 7

Wajah Kesayangan Hamba

Hari ni, genap 24 tahun dia bernafas di bumi Allah.. Berbagai onak duri dia tempuh.. Perjalanannya berliku-liku.. Ibunya pergi ketika dia masih berhingus, memakai seluar pendek tanpa berbaju sambil melompat-lompat mencari teman bermain.. Dia kemudian tinggal bersama atuk dan nenek.. Sekali sekala bermalam di rumah ayahanda tercinta yang 20 30 batu jauhnya... Kemudian, atuk nenek dan ayahnya pergi mengadap tuhan seorng demi seorang.. Aku tak pernah hadapi situasi macam tu.. Aku takut.. Aku tak tahu mcmana aku nak lalui.. Dia kuat, dia tabah..Biar pon pandangan pertama aku mentafsirkan dia hanya gadis desa yang lemah lembut dan manja.. Ketabahan dan kekuatan untuk lalui semua dugaan menyangkal sama sekali pandangan aku terhadapnya..

Tahun ini, dia bakal terima segulung ijazah. Berkat ketabahan dan kesabarannya memalui jalan-jalan yang penuh liku yang disediakan untuknya.. Mungkin jalan itu makin lurus,dan makin mudah dilalui..

Aku doakan dia berjaya dalam hidupnya, dan dapat apa yang dikejar.. Sambil aku terus mengejarnya..

Dia, Selamat Hari Lahir...

Friday, August 21

Laku ke kata-kata?

Bila kata-kata manis ditambah madah-madah pujangga tidak bernilai, mungkin makian atau cacian boleh memberi kesan.

Kadang kala pula, si manusia degil tidak menendahkannya kerana hati yang kering kontang ditambah batu keras bersemadi di kepala.

Mungkin, hadiah buku lima mahupon tapak kaki bole mengajar mereka menilai kata-kata.

Atau pon ambil sebilah pisau, kelar pipi mereka cukup hanya satu inci. Perahlah limau nipis kemudian selamkan muka mereka ke dalam laut.

Tuesday, August 18

Si tua yang sombong

Bosan,kehulu kehilir , mundar mandir dalam rumah.Mauk bilik, keluar bilik. Jengok ke dapur. Kepala otak bercelaru memikirkan apa yang belom dan apa yang patot dibuat. Kaki melangkah ke balkoni, nyalakan sebatang rokok. Sedut rokok dalam-dalam, sambil pejamkan mata, hembos asap sedikit sedikit..Fuh, nikmat. Asap berkepol mara ke atas lalu hilang menyertai rakan-rakan jerebu yang makin tebal mengaburi pandangan kota Kuala Lumpur di depanku. "Kuala Lumpur"? Ya, baru aku teringat, malam ni aku ada meeting dengan client. Booking form sudah habis. Aku mendapat alasan kukuh untuk keluar.

Aku capai tuala coklat muda(putih sebenarnya) lalu bergerak laju ke bilik air. Selesai mandi, aku capai kemeja T yang tergantung, ku sarung bersama seluar pendek kegemaran. Sebelum bergerak pergi, tidak lupa aku bawa topeng muka.

Destinasi kaki aku adalah Pertama kompleks. Apabila selesai kerja aku, aku mati kutu, tak tahu apa lagi nak buat. Keluar semata-mata mahu fotostat sahaja, tak sampai seminit sudah siap. Ah, bosan datang kembali menziarahi zahir batin aku..

Kali ini aku betul-betul mengikut langkah kaki. Bila melintasi di depan sebuah kedai buku di dalam Pertama, aku berhenti, berdiri sambil kepala aku berputar ligat mengingati tarikh hari ini. Yup, bulan 8, bulan 8 aku tak beli lagi majalah yang sememangnya menjadi guru aku dalam bidang yang memberi aku sesuap nasi sekarang. Memang tiap tiap bulan aku beli majalah ini, tidak pernah lupa, tidak pernah lewat. Ntah kenapa bulan ni bole terlupa. Mungkin sebab poket semakin menipis kot.

Aku ambil senaskah majalah yang berharga rm9 lalu aku bayar. Kemudian mataku tertarik pada sebuah novel lama yang bertajuk "Jibam". Aku pernah baca novel ini. Tapi aku lupa ceritanya.Mungkin sebab sdah terlalu lama aku membacanya, masa sekolah rendah dulu mungkin.(novel milik abang aku).

Aku capai novel itu. Aku baca sinopsis di belakang buku. Hari ghairah ingin membeli. Tiba-tiba mata ghairahku terpandang pula satu lagi novel bertajuk "Lagenda Budak Setan". Novel ini pon sudah aku baca, tapi tetap menarik minta aku untuk membeli. Ada 2 novel yang mahu ku beli sekarang. Oleh kerana bajet bulanan telah melebihi tahap kemampuan, aku terpaksa memilih satu sahaja. Agak sekar aku membuat pilihan. Sedang otak aku bekerja keras memikirkan pilihan terbaik, masuk seorang lelaki tua(dlm lingkuan awal 50an) membeli akhbar tempatan.

"Orang Malaysia sekarang cepat sangat menggelabah" kata lelaki tersebut kepada Mamak kedai buku tersebut. Mamak berketayap yang lebam hitam dahinya hanya tersenyum tawar sahaja.

"Dah kena, baru ingat nak sembahyang hajat. Baru ingat nak doa tolak bala" Sambung lelaki itu lagi.

"Tuhan nak bagi ujian je. Nak suruh mereka ingat tuhan" lelaki itu menambah lagi. Memang betol la tu pakcik, mereka ingat tuhan la tu sebab tu mereka sembahyang hajat. Kata hati kecil aku.

"You ada pakai topeng tu? Buat apa mahu pakai? Bodoh. Tuhan nak uji kita. Kalau tuhan kata kita kena, kena la juga. Tak bole elak. Saya tak pakai" Tambah lelaki itu sambil Mamak senyum tawar menampakkan tidak berminat melayan lelaki tua itu.

"Woi bangang!!! Betul la ko cakap, tuhan turun bala nak uji umahnya. Tapi pakai topeng muka ni bukan sebab nak lawan kuasa tuhan!!! Sekurang kurangnya berusaha untuk melindungi diri dari dijangkiti virus babi haram tu. Macam ni la Pak Cik bangang oi, Pak Cik kalo parking kereta, tak payah la kunci. Alarm pon tak payah pasang. Kunci tu tinggal je kat pintu kete. Kalau kunci lilit rantai tampat kat tiang pon, kalau nak hilang,hilang jugak.. Apa punya pemikiran.. BODOH!!!!" Jerit aku geram. Geram kerana pemikiran bodoh si tua itu dan geram kerana aku memakai topeng muka ketika itu.. Tapi, jeritan , makian aku tadi hanya di dalam hati.

Pakcik itu berlalu setelah menghabiskan luahan bodohnya. Aku meletakkan "Lagenda Budak Setan" kembali ke tempat asal. Aku bayar senaskah "Jibam". Mamak itu tersenyum kepadaku. "Orang kita......" katanya kepadaku.. Aku paham kata-katanya..

Aku beredar pulang, bersama hati yang sakit. Aku tinggalkan pertama menuju rumahku. Pak cik tua itu sudah xda dalam kepala aku sekarang, yang ada cuma "Jibam":....

Friday, August 14

mentaliti si melayu

"hek eleh, mengade gile pakai topeng muke ni"

"apsal mengade plak? bukan aku sorang pakai, ramai yang pakai"

"poyo gile sial, ikot orang tak bole blah"

"oit, jap,bukan ikot orang. semalam 6 orang da mati sebab selesema babi, total sekarang dah 38 orang mati kat Malaysia."

"Habis tu..??"

"Habis tu ko nak jadi orang yang ke 39 ke??"

"ish, tak nak la. kawen pon tak lagi."

"So, ko nak kopi?"

"Hah??? kopi?? kopi pe??"

"Kopikir la sendiri!!!!!"

Tuesday, August 4

Kosong

Tangan kanan aku memegang lembut tetikus hitam, aku gerakannya ke kiri ke kanan tanpa irama.. Tangan kiri menongkat dagu yg bagai 10 kati berat.. Mata terkebil-kebil menatap paparan LCD yg kaku sejengkal di depan muka.. Sesekali, tangan kiri aku mengusap muka yang berminyak ini, menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Dahi pon mula berkerut menampakkan seribu garisan.. bosan, kepala aku kosong, mood entah hilang ke mana. Teknologi, kadang kala membosankan..

Friday, July 24

SERBA SEDIKIT

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

KEGHAIRAHAN

Menjerit bagai si gila keghairahan..bertempik terlolong bagai nak keluar si anak tekak.. Menjerit-jerit bagai si jantan dirasuk hantu puaka.. Melompat-lompat bagai si kera dapat pisang..

Setelah bertahun-tahun hanya mampu melihat kelibat mereka beraksi megah di kotak tv,hari ini, mereka muncul di depan mata.. Bagai mimpi-mimpi indah bila tidur di waktu hujan sambil selimut tebal membaluti badan.. dan bagai angan-angan ala mat jenin jadi nyata..

Sukar digambarkan perasaan ketika itu, apatah lagi untuk dicoretkan dengan ayat-ayat pasar mahu pon kata-kata indah pujangga.. Apa yang pasti, aku benar benar teruja, benar benar gembira..

Dan impian baru aku, melihat mereka beraksi di "Theater Of Dream"....Old Trafford

Glory-Glory Man United.

Lain lain hal

Bila masa kerja melebihi masa berehat, waktu bekarya digantikan dengan waktu untuk tidur,waktu untuk baring berangan indah digantikan dengan waktu mengerut dahi memikirkan masalah-masalah mendatang. sudah tiada masa untuk blog, tiada masa untuk semua...

Friday, June 26

Penat + Letih + Mengantuk

Jam 2.45 pagi, aku hidopkan enjin kereta yus, pedal minyak ku tekan, kereta bergerak dan bermula la perjalanan aku, yus, dan mike ke Ipoh Perak. Mike duduk di sebelah, menemani aku sepanjang perjalanan. Yus ku kerah untuk tidor, petang nanti Yus pandu pulang. Aku dengan mike berborak kosong, tanpa air tongkat ali, kami tahan mata sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan menuju Ipoh. Kereta meluncur membelah kabus pagi buta. Gelap, aku langsung tak nampak apa-apa di depan. Bas ekspress bermaharajalela, memcut melebihi had laju. "Kau ok am??"tanya Mike. "Ok je.."jawabku ringkas.

Sampai Ipoh lebih kurang jam 6.30 pagi. Oleh kerana sesat, pukul 7.30 pagi baru kami sampai di Heritage Hotel. Enjin aku matikan, aku keluar dari kereta, aku tarik napas dalam-dalam. Mengeliat meluruskan pinggang, menghilangkan lenguh belakang badan. Aku capai kotak rokok, keluarkan sebatang, lalu ku nyalakan. Asap keluar berkepul-kepul. Lagi sejam je lagi. Mata makin berat. Nak lelapkan sekejap takut terlajak pula. Kami ambil keputusan, salin baju dan terus naik ke hotel. Tempat salinan dalam kereta sahaja. Tak sempat nak mandi.(sebelum bertolak td da mandi da).

Jam 8.30 tepat, kami memulakan kerja merakam peristiwa-peristiwa yang diamanahkan Kementerian Pengajian Tinggi. Tersengguk-sengguk aku dan yus. Mike menguruskan sagala dokumen-dokumen yang melecehkan. Tepat waktu lunch, kami terus menuju ke kereta. Biarpon kereta parkir di tengah-tengah panas terik matahari, kami tetap mampu melelapkan mata di dalam kereta. 2 jam waktu rehat bagai 2 minit.(waktu semayang jumaat sebenarnya).Sekejap sangat.

Cabaran getir menahan mata bermula kembali. Aku bersabar menunggu jam 5.30petang. Terasa lambat jarum jam bergerak. Aku beberapa kali tersengguk-sengguk. Yus dah menghilang. Ntah kemana dia pergi. Takpa la, mungkin berehat dekat sofa di luar ballroom. Aku berjalan kehulu kehilir megambil gambar candid untuk enghilang rasa mengantuk.. Kaki rasa bagai nak tercabot.Tapi aku tetap gagahkan. Bertahan.

Tepat jam 5.30 petang, majlis selesai, plan asal kami untuk terus memecut pulang, tapi kami dipelawa untuk makan malam di hotel. Jadi kami memutuskan untuk tunggu dan makan malam disini.

Selepas makan malam, lebih kurang pukul 8.30 mlm, kami bergerak pulang. "Yus, kalau tak larat nanti, berhenti la, biar aku drive pulak.Biar aku tidur dulu" kata aku kat Yus. Yus hanya mengangguk.Penat dicampur pula dengan kekenyangan makan nasi lauk ikan berulam petai ditambah pula budu penambah perisa, dan penghawa dingin menyamankan suasana dalam kereta membuatkan mata aku betul-betul berat.Mike pon da terbaring dibelakang.Aku?? Tak sampai seminit kereta memasuki lebuhraya,aku zzzzzzzzZZZzzzzZZzzzz...

Lampu jalan yang terang menyilaukan mata aku. Dengan mata separoh terbuka, aku tgk jam di telefon.Pukul 11 mlm."nak tukar ke Yus??".tanya aku. "tak payah la Am, da sampai KL da."

Alhamdulillah, kami selamat sampai.

Friday, June 19

Sesuap Nasi

Kelmarin, sibuk bertukang, mengecat, menyiapkan partition untuk pameran.PENAT. Semalam, dari pagi sampai petang sibuk mempromosi pakej-pakej sampai ke malam..PENAT.
Hari pon same, sudah ada client yang booking, untuk tahun depan pon ada. Alhamdulillah, rezeki tuhan. Cik Salma ke Bukit Cahaya dengan kawan-kawan dia. Seronok sangat nampak gayanya sampai tak hantar langsung mms kat aku..

Sekarang, aku kat rumah Allod.Jam 2.30am. Mike tgh mandi, Yus pon sama. Kejap lagi perjalanan kami akan bermula ke Ipoh. Ini job kerajaan pertama yang kami cover, harap-harap semua berjalan lancar. Mata berat ni..Aku dengan mike langsung tak lelapkan mata lagi, Yus lelap juga walaupon 30 minit. Acara bermula jam 8.30 pagi esok. Kami masih ada 6 jam untuk sampai ke sana.

Yus langsung tak larat memandu, takpa, dengan kelajuan 70 hingga 80 km/j insyaallah kami akan sampai di sana dengan selamat. Esok, kami akan cover job ni tanpa tidor 24 jam..PENAT

Semoga kami selamat, biar lambat asal selamat..

Thursday, June 11

Hasil

The making of 3 cerita; 1 tema...






kredit:
Nasrul Hakim yang menyunting video ni, Allod, Mike dan lain-lain yang membantu aku

Cerita belakang tabir episod dua

Kumpulan dua memang sempoi, dengan kepenatan ke mengendalikan kerja-kerja kahwin di kulim, ditambahkan shoting hari pertama untuk kumpulan satu, kami gagahkan diri berjuang di hari yang ke dua.. Penat tapi tetap bersemangat kerana hari ini giliran kumpulan aku.

Malam tadi, aku tak sempat siapkan skrip, tersengguk-sengguk di depan laptop. Tapi aku tetap cuba mengakat kelopak mata supaya tidak tertutup, tapi apakan daya, tidur itu indah, aku tewas didalam kedinginan penghawa dingin dan bisikan angin kipas panasonic yang berputar pada tahap satu.

Dan hari ini, tanpa skrip, kami teruskan tugas kami. Kami bergerak ke kedai Speedy Video, Desa Pandan pada jam 9 pagi. Kami mulakan pengambaran disitu. Sebenarnya, separuh dari babak di dalam cerita kami adalah di dalam kedai CD tersebut. Seronok tengok Wiwit dan Nani berlakon. Aku hanya menunggu babak aku tanpa sebarang tekanan. Kerana babak aku pendek sahaja.Bila tiba waktu aku untuk berlakon, tiba-tiba Tuan Pengarah Allod mengcadangkan cadangan yang sangat bernas, watak aku sebagai kawan LUKI dan MIA, yang sebenarnya adalah lelaki normal yang lurus dan tulus ditukarkan kepada lelaki lembut..

Oh tidakkkkkkkkkkkk!!!!!!! Bentak hati aku. Mukhriz Aziz sebagai Pembantu Pengarah menyokong. Aku tak mampu melawan, kuasa minoriti tak mampu melawan kegagahan majoroti. Aku akur. Aku terpaksa melakonkan watak tersebut. Watak yang sangat berat. Watak yag pelakon profesional pon memerlukan masa untuk menghayati, dan mempraktikkan watak tersebut. Dan apa yang mampu aku yang hanya sebagai Direktor The Making, dan hanya berlatih selama seminit untuk melakonkan watak tu?

Aku disabotaj, tapi aku tetap mencuba. Hasilnya memang teruk sampai aku pon tak sanggup nak tengok, tapi sekurang-kurangnya aku berani..

Selesai babak-babak di kedai CD, kami terus ke Taman Melawati. Kali ini pengambaran di hentian bas. Mula-mula aku sangkakan untuk babak ini mudah tetapi, apabila menunggu, lebih 10 bas tidak mahu memberikan kerjasama.. Langit makin gelap, air sekali sekala menitik dari langit. Tapi kami tetap bersabar menunggu..dan akhirnya, sebuah bas berhenti dan kami dapat mengakhiri pengambaran dengan baik..

Banyak pengalaman yang aku dapat. Tak sabar untuk teruskan projek seterusnya..

Tuesday, June 9

Malang Cik Salma

Cik Salma belegar-legar di ruang tamu rumah. Mata sepet Cik Salma liar memandang keliling. Akhirnya, dengan bantuan kepala lutut, Cik Salma menjumpai yang tergantung di dinding rumah.

Cik Salma mencapai kunci itu, dan melangkah menuju ke motosikal di laman rumah.. Kunci diputar, engko ditendang gagah,motor sudah mengaum..

Cik Salma menunggang,membonceng anak sedaranya menuju ke sebuah kedai yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Kedai yang menghubungkan dunia tanpa sempadan; kedai yang membawa dunia di hujung jari.

Cik Salma memecut. Tidaklah terlalu laju. Menunggang sambil menghayati suasana pagi di kampung.Tiba- tiba Cik Salma panik, cemas. Motosikal melelong tanpa kawalan. Entah apa yang cuba dielak Cik Salma. Jaga-jaga Cik Salma, jaga-jaga Cik Salma.

Cik Salma tidak dapat ,mengawal motosikalnya dan terjatuh di bahu jalan.. Badan Cik Salma terhempas ke jalan. Cik Salma cemas, pucat. Orang ramai menolong mengangkat motor Cik Salma..

Cik Salma tak percaya apa yang baru terjadi. Bagaikan bermimpi, tapi lengan dan bahunya teras kebas dan sakit. Cik Salma patah balik ke rumah. Niat untuk ke kedai terpaksa dibatalkan. Sampai dirumah, bahu cik salma bagaikan hendak tercabut. Lengan bagaikan sudah patah. Badan Cik Salma mula panas-panas.

Cik Salma demam. Mungkin terkejut dek kemalangan yang berpunca dari kecuaian sendiri. Bahu dan lengan cik Salma membengkak. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Keesokan hari, dengan suara lemah gemalai, Cik Salma memberanikan diri menceritakan apa yang terjadi kepada kekasihnya, Abang Ramli. Kesian Cik Salma, dimarahi Abg Ramli. Abang Ramli menyuruh Cik Salma pergi x-ray di hospital.

Cik Salma akur, pergi ke hospital. Setelah menunggu hampir 2 jam,nombor yang tercatit pada kertas yang sudah basah dipegang cik Salma terpampang di paparan di dinding. Cik Salma bangun, berjalan longlai memasuki bilik tuan doktor.

Cik Salma dimarahi lagi. Kali ini giliran doktor memarahi Cik Salma. Cik Salma tidak memakai anduh. Bahaya kata tuan doktor. Kesian Cik Salma.Sudah sakit, dimarahi pula.

Hari ini, Cik Salma pulang ke Kuala LUmpur, dengan tangan berbalut, dengan lengan tergantung di bahu. Abang Ramli tak sabar berjumpa Cik Salma. Cik Salma tak boleh cubit Abang Ramli, Cik Salma tak boleh tumbuk lengan Abang Ramli lagi, sebab sekali Abang Ramli jentik lengan tu, gugur lengan ke bumi..

Monday, June 1

Cerita Belakang Tabir Episod 1

Lokasi : Taman Melawati, KL

Tiga Empat kali pegi mensyuarat, berbincang berdebat tentang jalan cerita, satu paket kertas putih A4 habis diconteng2, jalan cerita disusun baik, dari permulaan , klimaks sehingga penghujung telah disusun rapi..Ruang premis Fauziah Nawi (M) Sdn Bhd menjadi tempat kami berdiskusi. Skrip, alatan-alatan pengambaran telah siap sedia,hanya menunggu hari sahaja.

Tiga produksi kecil bergabung tenaga,dan berkerjasama dengan Abang Ajin dan Abg Mokhtar untuk menghasilkan 3 cerita.Dan hari ini, hari yang ditunggu sudah tiba, produksi pertama perlu menghabiskan shot-shot mereka..

Kami berkumpul seawal jam 10 pagi..Awal ke?? Mengikut perjanjian dan kata sepakat semasa mesyuarat, waktu berkumpul adalah jam 7 pagi,tapi seperti biasa, janji melayu. Aku sendiri pon lambat. Maklumlah, penat dengan kerja-kerja aku.

Aku dipertanggungjawabkan sebagai "Director The Making". Maksudnya kerja aku untuk merakam peristiwa-peristiwa di sebalik tabir. Mereka-mereka yang di belakang tabir, seperti Director, asstnd director, lightingman, cameraman, bom man, konti, mack up artis, dan lain-lain, berpeluang muncul dalam The Making cerita tersebut, tapi aku, yang merakam aktiviti dan kerja mereka. Sapa yang merakam aku sedang bekerja? HMM..hanya mengeluh. Ingin juga melihat kelibat sendiri di kaca TV, tapi tugas aku hanya "disebalik di belakang tabir".

Aku enjoy dengan kerja aku, aku suka dengan tugas aku, aku bebas merakam apa yang aku suka, bebas mencari sudut-sudut, asalkan aku tidak muncul di frame kamera yang sedang shot.

Hampir terlupa, aku dalam kumpulan dua, produksi whitesignature Allod, mike, wiwit, aku, Fitri dan Nani.(talent kami dari UIA). Dua kumpulan lagi aku turut membantu kami untuk menghabiskan proses shoting..

Allod dan mike turut berlakon untuk cerita pertama ini. Allod memegang watak lelaki talam dua muka, manakala mike sebagai lelaki jahat(memang layak watak ini untuk mike). Allod mungkin hampa kerana dia impikan untuk membawa watak lelaki terencat akal.. Aku pon tak tahu kenapa, mungkin ada cabaran baginya.

Shoting untuk hari ini berakhir jam 4 petang. Alhamdulillah, cuaca elok, tidak hujan. Tapi agak letih juga bekerja dibawah terik matahari.

Esok giliran kami, aku harapkan semua berjalan lancar. Esok, Director Ahmad Nisfu akan beraksi. Sama-sama kita nantikan..

Thursday, May 28

9 Akal & 1 nafsu

Jantung bagai nak pecah, telinga berdesing nyaring, peluh jantan keluar dari rongga roma di dahi, tangan bergetar menggerakkan tetikus.. Kepala,muka, telinga terasa panas.. Papan kekunci di depan mata aku ini bakal pecah,bertaburan jika aku hempas kedinding..LCD akan terbelah dua jika aku ikotkan amarahku marah membara ini..

"f*******************ck!!!!!"

Aku pejamkan mata. Tarik nafas sedalam-dalam..Ku tahan, dan ku hembus perlahan.. aKu ulang beberapa kali..Alhamdulillah, aku dpt berfikir secara normal biarpon mungkin sementara

Monday, May 25

Tak Habis-Habis

Aku berjalan ke balkoni rumah aku.. matahari dah lama tenggelam..

Aku dongak ke langit..hitam, pekat. Bulan ntah ke mana menyembunyikan diri, bintang-bintang yang selalunya bertaburan, berselerak menghiasi langit malam langsung tidak kelihatan malam ini.. SURAM, MURUNG, KOSONG. Macam tu juga dengan kepala otak aku sekarang. serabot, kosong.. Masalah tak henti-henti datang.. Sejak dari dulu, macam-macam masalah, tak terhitung jumlahnya jatuh menghempap kepala aku. Memang ada mslah tu punca dari aku, tapi yang lain-lain?? Kenapa aku yang kena mengadap?? Mungkin ujian kepada aku. Dan mungkin juga sebab aku sudah lama tak sujud di atas sejadah menyembah tuhan satu, sudah lama tidak menadah tangan memohon doa kepada yang maha Esa.. Astagfirullahalazim..

Thursday, May 7

Kami ke Rome

fergie : ko kat mana wei??

budakamera : kat rumah la uncle...

fergie : ooo. jadi tak dtg??

budakamera : tak jadi kot, balik dr terengganu ari tu pundi kencing ni rase
sakit..mcm bengkak2.. futsal ngan geng2 whitesignature pon saye tak g
pegi.

fergie : ok, tak pa la kalo mcm tu, uncle letak rooney sorang je la kat posisi depan.

budakamera : bagus jugak tu, suruh ronaldo backup.. da cantik da strategi tu uncle.

fergie : wow..bagus cadangan tu..

budakamera : ok la uncle, saya nak main dota ni. jgn lupe masukkan park ji sung,
sya rasa dia bole menyengat.sori la uncle tak dpt main mlm ni..jgn jual
saya kat real madrid plak musim depan..

fergie : ok ok..uncle try strategi ko..jgn risau, kontrak ko sepanjang hayat kat MU.
take care ye, bye.

budakamera : bye



Tamat perbualan telefon antara aku ngan fergie. tepat pukol 2.45 am, aku dan kawan2 terpacak di depan TV 15 inci milik mel yang dibawa dari melaka..TV 21 inci tersadai disebalik sliding door..Sudah Arwah..

Dengan hanya tv yang panjang dan lebarnya hanya sejengkal kami menonton MAN UTD VS ARSENAL live dari Utara Landon.. Man U bertandang berbekalkan 1 gol di gelanggang sendiri..dan apabila beraksi di gelanggang lawan.....

MAN U MENANG 3-1 beb!!!!!!!!!!!!!!!

Aku,bad,jimi dan cheng melompat kegembiraan..Mel,fizi dgn mus terdiam, kelu lidah.. hampa mungkin..bukan mungkin, tp memang hampa maksimum.mujur air mata jantan tidak mengalir didepan kami..tapi didalam hati tiada sapa yang tahu..berkecai impian merangkul piala musim ini..tp Man U sudah ada 2 piala, lagi 2 menjadi buruan..sama2 kita nantikan..zaaaaaasssss

Tuesday, May 5

Dari pandangan penulis naif..

Aku malu sebenarnya untuk mengetengahkan topik ini, tapi hati aku tergerak untuk menulis. Tak tahu dari mana hendak bermula, susah diluahkan dalam bentuk coretan dan catatan.. Tapi jika berbicara, aku ingin debatkan bahawa mereka hanya menipu penonton.

Bila aku buka saluran @15 di astro, aku pelik tgk manusia2 sibuk berchating. 1 msg yang dihantar dicas 50 sen,banyak betul duit dorang kan? Padahal kat internet banyak room2 chating yang percuma. Mungkin dorang teruja apabila melihat nickname mereka terpampang di kaca tv. Sebab tu ada yang hntr skali 3 4 msg yang sama..

Sekarang demam af, topik2 chat banyak berkisar tetang af.. Aku bukanlah peminat setia atau penggemar fanatik af, tapi skali skala adalah menonton siaran ulangan konsert.. Nak tgk secara live pada mlm minggu memang agak mustahil, kerna af tak mmpu mengubah minat dan demam aku kepada EPL..Menonton kehebatan Rooney dan kepantansan Ronaldo menggelecek bola lagi bermakna dari melihat pelajar2 yang gila popular, gilakan perhatian.(tidak semua pelajar).

Konsert minggu ke lapan baru2 ni, aku cume tgk separuh sahaja(2 pon ulangan). Temanya adalah teater musikal. Tranformasi yang agak menarik bagi aku.. Tapi bile tiba mase penyingkiran, 2 pelajar diumumkan terkeluar, aku lupa siapa, tpi yang pasti ke2 2 perempuan,seperti biasa selepas keputusan diumumkan,babak2 menangis dan peluk memelok antara pelajar2..tapi lensa kamera terus fokus kepada pengetua Af, Datin Seri Tiara..(seperti dlm drama bg aku) Tiara nampak terkejut, mata berair dan seperti terpinga2 dan langsung tak percaya kpd keputusan yang AC Mizal umumkan. Lalu beliau pegi ke AC dan melihat sendiri kertas keputusan yang dibaca sendiri..

Beliau naik kepentas, dengan suara tersekat2(menangis) beliau umumkan afundi masuk..

Pada pandangan mata aku,aku cume nampak lakonan seperti di pentas teater. Tiara memang jelas berlakon dan berpura2 pada mata aku. Kenapa mesti terkejut?? Kenapa mesti afundi masuk??? Tak adil bagi pelajar2 yang masih tinggal di akademi(bukanlah aku suka sgt pelajar2 yang tinggal), dan tak adil bg pengundi2.(aku bukan pengundi)dan Knp tidak dibuat afundi keluar?Jika itu kehendak atau keputusan pengundi2, kenalah terima, kenapa perlu dia menggunakan kuasa untuk membuat keputusan? Jika mahu ikot selera sendiri, tutup undian, dan pilihlah pemenang sendiri..(hakikatnya aku kecewa aisyah terkeluar).Biarlah profesional..

Situasi tersebot seolah2 dirancang. ada 2 peserta keluar, dan undi masuk dibuka..Bagi aku, ni cuma helah untuk mengaot untung daripada pengundi2 fanatik yang sanggup behabis duit untuk mengundi.(untuk apa??papakan diri dan kayakan orang laen???) Peminat fanatik hanya percaya pada lakonan Guru2 dan tenaga pelajar AF..tanpa menyedari mereka hanya alat untuk mengaut keuntungan..(seperti diperbodohkan). Mungkin berbaloi duit2 yang dihabiskan jika tidak ada unsur2 penipuan dan lakonan,tp jika betul2 ada??Bodohkan??Tranformasi adalah tema utama mereka, dan mereka transfom rancangan realiti tv menjadi tak ubah seperti gusti WWE, penuh dgn penipuan dan lakonan.Penonton terjerit terpekik telolong menyokong, padahal itu semua lakonan.Tranformasi ini membuatkan Aku terfikir, adakah undian 100% diambil kira?? atau mereka hanya berpolitik?? Entahlah, cuba fikir2kan lah..

Dan rumusan aku, jika tiada politik, tiada lakonan, dan apa yang aku tonton dikaca tv smlm betul terjadi tanpa skrip, tenaga2 pelajar(pengetua yang betulnya) perlulah profesional. Undian mengikot majoriti bukanlah minoriti..(seperti aku, menerima hakikat yang aisyah terkeluar..HAHHAHAHA)

Dan jika betul2 mereka berlakon dan berpolitik agar mandapat lebih untung, hentikan la.. Hilang tarikan rancangan realiti jika berterusan begini.

Tapi yang pasti, sepanjang 7 musim AF, sekali pon aku tak pernah menghantar msg undian..Alhamdillah..

Monday, May 4

Aku perlukan penembak tepat

Lokasi : Sarang Budak2 Bujang

Mata aku betul2 tajam memandang LCD Samsung 19 inci smbil tangan kananku menggerakkan mouse kekiri kekanan, keatas kebawah.. jari kanan menekan mouse berkali-kali.. Aku saja berekperimental menggunakan adobe photoshop.

kawan2ku terbongkang di depan tv sambil melayan Diari AF.. Sekali skala aku menoleh ke arah TV, itu pon kalau aku terdengar suara Aisyah. Pelajar2 yang lain? Mmg aku tak berminat.

Tatkala aku memberi tumpuan penuh kepada editing(aku sdg potong gmbr), aku dengar suara lelaki durjana membangga2 diri, sambil memberi amaran kepada Adlin(pengkritik kegemaran aku)supaya jgn mengkritiknya.(mungkin dia rasa die bagus..Dan bila aku toleh, s**t,Akim!!!!!

Mamat ni memang poyo gile, aku tak tahu nape die poyo pada tahap maksimum,mungkin dia pikir dia dpt menarik minat perempuan2 gedik(mmg ramai di luar sana)utk mengundi dia..mungkin dia rasa dia nmpk lebih cool..

Aku perlukan sniper skrg ni.. perasaan benci meluap2.. penembak tepat, kasi headshot kat akim!!!!!

Megat & Liza

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Jurugambar: Budakamera & Wiwit
Lokasi : Kuala Terengganu

Catatan Budakamera ke KT

Rabu,28 April 09, aku dan wiwit dikerahkan ke kuala terengganu oleh Allod. Setelah lama berehat tanpa job (sepanjang bulan 4), kami kembali ke rutin asal kami, sebagai perakam peristiwa di majlis perkahwinan.

Kami bertolak pukul 10 mlm, stelah penat mencari tiket dari petang. Nasib baik ada bas tambahan. Semua tiket habis, termasuk tiket kapal terbang. Bas tambahan pon takpa, asalkan kami sampai ke lokasi.

Bas dipandu sgt laju, mengucap panjang aku dlm bas. Wiwit lena tidur disebelah. Kami jangkakan sampai pukul 5.30 pagi, tapi disebabkan bas dipandu seperti jentera F1, kami tiba di Terminal Bas MBKT pada jam 4.30 pagi. Aku bergegas ke gerai2 berhampiran. Dengan harapan agar perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah antara Man Utd vs Arsenal belum berakhir.( Aku penyokong MU sebenarnya).

Tapi aku hampa, perlawanan telah tamat.Tapi aku msh mampu tersenyum kerana Man U menang..(Oshea score,mmg aku sudah jangkakan pemain berbakat mcm dia mcmpu menjaringkan gol pada perlawanan berprofil tinggi)

Smbl menunggu Megat(pengantin) datang menjempot, kami sarapan di gerai di terminal.
Sesudah hampir 3 jam menunggu baru la Megat smp, kemudian dia bawa kami sarapan skali lagi. Dan selepas itu barulah kami ke hotel..

Kerja bermula selepas zohor, akad nikah di Masjid Kristal.. Pengantin tiba tepat pada waktunya tetapi Tok kadi tak kunjung tiba. Hampir sejam menunggu, barulah tok kadi muncul di pintu masjid.

Upacara dilakukan dengan pantas sekali, aku dan wiwit terpinga2.. Laju,tak sempat kami ambil byk gambar, seperti ada suatu yang tak kena, tapi kami diamkan saja, mungkin mereka lebih arif..

Selepas jamuan makan, sesi outdoor bermula di sekitar Taman Tamadun Islam. Lebih kurang pukul 7 mlm, kami selesai dan pulang ke hotel..

Sampai di hotel, kami rebahkan badan ke katil. Hajat cuma mahu berehat seketika, tapi mata makin berat dan lama kelamaan...ZZzzzZZZZZ

Apabila mata terbuka, aku toleh ke katil sebelah, wiwit dah pon terjaga, kemudian hp aku berbunyi, megat telefon, mahu datang ambil katanya..Aku bergegas mandi dan bersiap.. Kami pergi sarapan sebelum memulakan kerja mengcapture detik indah mereka.

Majlis bermula jam 2 petang, selepas solat jumaat. Kira-kira jam 3 rombongan pengantin lelaki tiba. Dan bermula la tugas penat kami berdua. Gerak geri kami menjadi perhatian tetamu2 yang hadir. Mungkin janggal bagi mereka melihat jurugambar2 menggendong kamera besar seberat kira2 2 hingga 3 kilo bekerja. Nampak mudah, tetapi mmg memenatkan..

Majlis tamat kira2 jam 5 petang, kemudian kami terus ke pantai(aku lupa namanya) untuk sesi outdoor.. Hampir 2 jam lebih juga kami disana, kemudian kami terus ke rumah pengantin untuk mandi dan bersiap2 pulang ke KL..

Selesai mandi, pengantin belanja kami makan tomyam, paprik, telor dadar dan jus..dan selepas itu mereka menghantar kami ke terminal.. Tepat jam 10, kami berangkat pulang dengan bas Sani Express 2 tingkat.. Oleh kerana terlalu penat, kami hanya tidur di dlm bas..

Jam 5 pagi, kami selamat smp di KL..

Wednesday, April 29

Surat Cinta Untuk Mel

Lokasi : Kondo Mewah (seperti port penagih sbnrnya)Tgkt 14, Bintang Mas


Aku pegi ke pc fizi, aku tekan button on, window loading.. aku ke pc jimi, aku cabut usb modem.. Aku sambungkan ke pc fizi.. Aku klik pada simbol bumi(connect), bumi berpusing2 seketika dan kemudian behenti tanda talian internet sudah disambungkan. Kini, dunia dihujung jari aku.. Aku bebas melayari apa jua yang aku mahu..tp aku mimilih membuka blog2 kerna aku baru dlm bidang ni..Blog2 terkenal aku buka, aku baca..

Sedang kusyuk membaca, pintu rumah terbuka..Mus muncul di muka pintu.Aku nmpk dua kelibat lelaki di belakang mus..Owh, Rehan dgn daus datang rupanya..nmpaknya kami ada tetamu.Nak dihidang teh O panas dan bisku kering takda..Takpa la rehan,duduk je la. Tgk la tu tu..Buat la mcm rumah sendiri.

Tak lama lpas tu mel dgn berbaju hijau dan berseluar pendek yang tadinya hanya di dalam bilik dtg menyapa aku..

"am,jom maen badminton"

"kat mana"

"ampang la."

"sapa lagi maen??"

"ijan dan kawan2 die.."

"ok..tunggu aku siap"

AKu pon dgn pantas kilat mandi ala2 koboi sbb mel menunggu aku..Sbb kereta masih kosong(mcm la aku tuan kereta), aku mengajak mus,rehan dgn daus skali."jom la, lepak je.pas maen kite g r makan", kata aku.

Smp di sport planet, Ijan dan kawan2nya da menunggu, slh seorangnya kucai(kami tergelak bile mel bgtahu nama dia)..Sejam kitorang main, dan lepas tu kami lepak kat Kadir. Port biasa slepas maen futsal dgn kawan2 aku..

Sembang punye sembang tak sedar pekerja kedai da kemas2 kerusi meja..lantai disapu, kerusi diangkat ke atas meja tanda menghalau kami(kedai ak tutup sbnnrnya), kami pon membaya dan beransur pulang..

Mel memandu dgn tenang. smp di shamelin, dari jauh aku nmpak chaya biru berkelip2.. "Road blok la mel"

"tak la, kat jalan sebelah"

"eh, kat sblh ni la mel"

"takpa2..korang sume clearkan??"

kitorang diam smbl sibuk memakai seatbelt. Mel memperlahankan kereta, dan kemudian berhenti ..

"Dari mane ni??"tanya polis dgn muka garang..buat2 garang kot..

"maen futsal"jwb mel, bukan niat menipu, tp mengelabah mungkin.

"da pukol berapa ni, kuarkan lesen"

Seorang lagi polis memeriksa roadtax di cermin depan,

"roadtax da mati ni, mintak ic"kata polis seorang lagi..

mel terpinga2 lalu keluar bersoal jawab dgn polis. Aku pon tak dgr pe yang doang ckpkan, munkin mel memujuk rayu..dan kemudian aku nmk polis tu mintak autograf mel.. pergh..femesnya kau mel..

Hahahaha.. Mel kena saman.. "kami clear mel, ko yang tak clear" kata aku..kitorang berdekah dlm kereta......

Monday, April 27

Konsert Mega

Hari ni hari penting. Konsert 3 jam. Berdebar-debar aku, mus dgn fizi nak berdepan dengan jutaan peminat-peminat fanatik. Wakil penjual tiket memaklumkan tiket-tiket konsert kami habis terjual minggu lepas lagi. Aku pon tak sangka sambutan peminat smp mcm ni. Maklumlah, kami hanyalah artis biasa, album pertama pon tak berapa laku, stesen2 radio pon taknak putarkan lagu2 kami. Banyak kontroversi melanda, kami menempoh pelbagai onak dan duri utk buat konsert mcm ni. Ada yang kata kami tak popular, ada yang kata kami tak boleh nyanyi secara live. Ada betol juga dakwaan mereka.Tapi alhamdulillah, konsert pertama kali ni memang mendapat sambutan hangat.

Jantung berdegup laju. Masanya sudah tiba, tepat pukol 3 petang, kami muncul di pentas. Peminat2 menjerit-jerit seperti histeria. Ada yang pengsan melihat kami bertiga. Aku terkejut melihat lautan peminat-peminat aku. Muzik dimainkan, kami memulakan lagu pertama kami, semua terlompat2, terkinja-kinja seperti beruk makyeh, ada yang headbanging, ada yang pogo, ada berguling. Macam2 ragam.. Kami jadi makin semangat untuk hiburkan mereka.. Kami mahukan mereka betul-betul terhibur dengan persembahan kami. Biarlah berbaloi duit poket mereka utk beli tiket kami.

Kami memang bersemangat, menyanyi sambil melompat2.. lontaran vokal kami memang kuat. Pitching lari pon tak kisah, suara peminat2 yang memnyanyi bersama menenggelamkan suara kami.. Gitar hancur kami hempas ke lantai, peminat2 menjerit2 tanda fanatik..Kami berlari kearah peminat-peminat dan melompat... Peminat menjulang2 kami..Inilah bodystuff yang pertama kali berjaya dilakukan oleh kami..Gembira tak terkata..Sblm ni, penonton mengelak apabila kami melompat dari stage. Sakit badan kami apabila terhempas ke lantai..

Tapi, hari ini, pada konsert mega ini, kami adalah yang terhebat..Ketika kami menyanyikan lagu terakhir, lagu penutup dan juga lagu paling diminati oleh peminat, tiba seorang lelaki berbaju jingga masuk ke pentas.. Kami terdiam. Alunan musik terus berkumandang tanpa suara2 dari kami..

"Abg ada dot red card??voucer??" kata lelaki tersebut..

"xda" jawabku ringkas.

"kalau mcm tu ada 3 orang, totalnya RM44" lelaki tersebut menunjukkan bil.

Kami mengeluarkan RM14++ seorang dan menyerahkan kepada lelaki tersebot.. Barulah kami sedar, kami hanya di Red Box Sogo..

Thursday, April 23

Mencuba nasib atau memalukan diri??

Lokasi: Rumah Minah ( seperti yang sisampaikan minah kepada budakamera

Minah berasa amat bosan.Semua saluran Astro tak mampu menarik minat Minah. Lalu minah mengambil laptop.Button on ditekan..modem maxis disambungkan..Cursor digerak ke icon USB modem..double click n connect.. Corsor digerakkan lagi, paparan Maxis broadband "diminimizekan".. YM menjadi pilihan minah,doeble klik, log in dan minah berchit chat dgn kawan2 yg ada dlm list.. Tibe minah disapa oleh Abu(abu jahal mungkin), kawan minah yng cool dan kacak,tinggi dan tegap walaupon kaki bangku yang dulu cube memikat minah..menyingkap kisah lama, abu bersahabat dgn minah,dan ada usaha2 memikat minah, tapi minah jatuh hati pd mamat..

Berbalik kepada cerita minah, mereka berbual kosong sehingga abu mengungkit cerita2 lama(mungkin tak seberapa)..minah berasa bosan, tp tetap melayan abu bersembang..tanpa disangka..abu memberi satu soalan cepu emas.."minah,awak suka saya tak?" owh, minah terkejot...knp abu bole tanye mcm ni walhal abu sedang bercinta dengan jenab?? minah hanya menjawab,"takde maknenye"..

setelah minah minta diri tok offfline, abu tidak berpuas hati kerana soalan yang diajukan tidak dijawab mengukot kehendak hatinya lalu menghubungi minah dan bertanyakan soalan yang sama..minah kebingungan..ape hajat abu?? desperate or menguji??yang pasti minah menyampah dengan soalan abu..

Sape sangka abu yang nampak cool (atau mat cool mungkin) melakukan sesuatu diluar jangkaan kawan2.. cube mendapatkan cinta yg dulu tak kesampaian atau memalukan diri??(tak tau lah pe niat abu) tp abu kena ingat, minah dah ade mamat, abu pon ada jenab..aku nasihatkan abu jage jenab je..jenab pon cantik..mamat pon tak pernah kacau jenab..

Mamat pon tak terpikir abu mcm ni, mmg dulu minah pernah cerita suara abu seperti teresak2 ketika minah menolak cinta abu(dlm telefon),tp setelah abu bercinta dgn jenab, mamat ingatkan semua da berlalu tnpa ade apa2 yg perlu dikenang..ikotkan hati mamat, mmg panas.bukan lah smp memukol bagai, sekadar utk menelefon dan bertanya hal sebenar, bertanya niat sebenar agar tidak salah sangka.tapi jika ada udang di sebalik batu, cuma lupakan saja niat..jgn keruhkan keadaan..mamat cume memikirkan yg abu berkawan dengan dolah, seman, sahak, dan ramai lagi yang juge berkawan dengan dgn mamat..


-cerita sekadar renungan-

Seram Sejuk

Lokasi : Rumah Bujang Tingkat 14, Bintang Mas Condo

"telefon,telefon berbunyi...ada haiwan dlm bahaya,ada haiwan dalam bahaya disana".. arghhh.. bunyi hp aku memekak mengejut aku dari tido..jam baru pukol 8pagi.. mata macam digam-gam. semalam layan arsenal vs liverpool smp pukol 5.. oh, cik puan tercinta call.."hello, am bangun, da kol 8, smlm msg soh kejotkan.." ah!! aku lupe, aku ade jnji dgn kak na(client aku). nak wat outdoor shot kol 9.. aku gagahkan diri tok bangun, tp mungkin beban melebihi 1 tan tergantung kat kelopak mata aku ni, aku terlena jugak..

Pukol 9 telefon aku menyanyi2 lagi..dengan hanya membuka sebelah mata kerana silau dek matahari yg mule menegak, aku membuka msg...

+am, wat outdoor petang leh tak? dlm pukol 4?
sender: kakna
+012946****

Yes!!!! dengan pantas aku reply "OK"..ringkas dan padat..Agenda seterusnya, sambung tido..

Lebihkan kurang pukol 3 petang baru aku terjaga, gegas mandi, siap2 n kol mike..mike nak folow shot..smbil tunggu mike, lepak mkn ngan Mus, Jimie n Fizi..

Kak Na ngan Perot (husband dia) smp lebih kurang kol 5..teros shot, x sedar da maghrib.. Aku lepak ngan mike smp kol 9.30 mlm kat cafe dekat tasik permaisuri.. pastu msg allod, ajak lepak, ingatkan nak bincang2 pasal kerja..masuk je kete allod, teros je dibawaknye pegi Pavilion..tgk wayang, aku ngan mike pon zasssssssss, layan..Kitorang tgk citer Coming Soon..Cerita seram Thailand..

Mike da jadi mcm ulat gonggok da, menggulong badan smbil tutup muke ngan bekas popcorn, wani da melepek kat lengan sasa allod..allod, cool je.. seram ke?? ntah la, bg aku idea cerita ni best, tp aku tak takot langsung..(walhal aku memang seorang yang penakot yg teramat). mmg bg aku biase je cerita ni..tak tau knp mike smp tahap mcm tu..mungkin cemburu ngan wani yg bole melepek kat allod n die nak manje ngan aku plak(aku lempang ko kang mike)..

Allod hntr aku ngan mike balik, smp kat pondok guard allod benti kete, aku turun dan jln menuju ke lif smp menggendong 3 bijik kemera.. Sunyi suasana..(dah pukol 3 pagi dah pon).lif terbuka dan aku masuk,sorang-sorang..dlm lif aku tgk balik gmbr2 yang aku shot tadi tok ilangkan bosan.(lif kat kondo ni mmg pelahan)..aku tgk 1 1 gmbar kat dlm kamera..dan kemudian aku rase aku berada terlalu lama dalam lif.."kenapa tak smp2 ni?"hati aku bertanya2..

Tiba-tiba, aircond terpadam, suasana jadi lagi sunyi..langsung takda apa2 bunyi..jantung aku berdegup laju..mcm2 anasir luar dtg singgah dikepala..terasa seram plak..bulu roma mule menegak.. Knp nak jadi time ni..aku sorang2 ni..Aku cube tabahkan diri, aku tgk kat punat2 dari no 1 smp 16 kat dlm lif tu..

Owh, celaka, button no 14 tak nyala, aku tak tekan rupanya....

Monday, April 20

Prihatin la beb

Lokasi : Unikl City Campus
Masa : Petang

"Kat mane ko sial!!! Da bejanggut aku tunggu ko!!!" maki aku kat mike dlm hati.. da nak dekat 2 jam aku tunggu die..ckp wat assignment, pe jadah lame sgt ni..nak g umah allod lagi..Tak lame pas tu nmpk ler mike tesengih2 macam kerang busuk bejalan ke arah aku.. "Sori beb, ade lecturer tadi." ah, ayat ni mesti mike pikir mase dlm lif tadi.. "Weh, jom tgk budak2 maen bola kat KSS..frenly dgn mara kot..Leh amik gmbr sekeping dua" aku beri cadangan..Mike pon on je..

Lepas tgk game yang agak membosankan tu mike ajak lepak dulang jap, nak makan dulu katenye.lapar.. Nuax n wiwit pon join skali..Aku pekena kerang rebus..perh, best gile, da lame tak makan..mike makan nasi, lauk ayam masak petai..meleh gak air liur aku tgk mike makan..Sambil mkn kitorang borak2 pasal program kat St John sok.. Nuax plak tak join..pegi PD, ntah pe program die kat sana..macam penting sgt. Hbs mkn dlm kol 8 kitorang gerak.. aku ngan mike gerak g Dang Wangi, naek lrt nak ke wangsamaju..nak g umah Allod. Mike jalan laju betol, ntah pe die kejar, nak teberak ke hape mangkok ayon ni..teros melintas, langsung tak tunggu aku..pastu aku sangkot kat tgh2 jalan, takleh melintas,kete da memecot mcm belumba..mike da buat muke kat seberang jln.. "sial ko, ko buat muka ye,bak sini aku buat muke ko jadi lempeng,"kate aku dlm hati je..haha.. bile aku melintas, smp je kat mike, mike bg teka teki.. "ape persamaan ko ngan sipot?????"

"SIAL KO MIKE"


Lokasi: Dalam putra(otw ke wangsamaju)

Ramai gile org dlm putra ni.. aku ngan mike pon da terpisah dek manusia2 yg baru balk dari keje ni.. mike ntah ke mana,da jadi sardin kot.. aku berdiri, kat depan aku pompuan A duduk smbil menggosok2 perot yg memboyot.mungkin dlm 7 bulan kot..perempuan B duduk disebelah pompuan A.. memakai kebaya hmpir sendat kaler biru, boleh la..tak la cantik mane..
Yang berdiri di sebelah aku plak pompuan C,mengandung jugak,tpi tak besar sgt boyotnya..terpampang kat cermin betol2 atas kepala pompuan B, "THESE SEATS ARE RESERVED FOR SENIOR CITIZENS, PRAGNENT LADIES AND DISABLES..kesian aku tgk, tapi aku tak mampu buat pe sbb aku pon berdiri..

Tibe2 pompuan A menyapa pompuan C,"awak duduk la" smbil mempelawa tempatnya.." takpa lah, akak duduk je la.." perempuan C menolak pelawaan pompuan A dengan baik.. " saya da nak sampai dah ni, awak dulu la.."

Pompuan C mengalah, duduk di tempat pompuan A.. smp kat stesen lepas tu, pompuan A tak kuar lagi.Pompuan C da serba salah..Ye la, pompuan A lagi sarat daripadanya, perotmcm nak meletop.. " akak duduk je la.."kate pompuan C serba salah. "takpalah, tadi saya da duduk, skang awak plak duduk, gilir2 la" bls pompuan A.. dan mase tu jugak baru aku perasan muke pompuan B merah padam, masam mencuka.. mungkin malu yg teramat sgt.. Aku tak pikir pompuan A menyindir, aku dapat rase yg die ikhlas sebb die tau penat mengusung perot yg memboyot..

Bile aku pikir2 situasi kat depan mate aku tadi, kalau aku kat tempat pompuan B, bile tren berenti je aku kuar teros, tunggu tren laen.malu beb..

Moralnya, prihatin la beb...

Wednesday, April 8

"ni lagu peberet ko ni mike"

Lokasi : Dalam kereta Allod (Area Wangsamaju)

Allod ngah bawak kete, sambil borak2 kosong dengan aku ngan mike..Lokasi kami ialah rumah Allod kat AU4. Lagu2 melayu dan Indonesia dimaenkan tok djadikan hidangan halwa telinga..
Berborak2 smbil melalak mengikot alunan lagu jd aktiviti biase dlm kete..Sumbangnye suare tuhan saje yang tau, sape yg dengar mesti pecah gegendang telinga..Tapi pegi la mampos, cermin tutup takde sape yang dengar..

"mike, pas ni lagu peberet ko mike"..."lagu pe beb, sape nyanyi???" tanye aku menyampok perckpan Allod.. "Ala, band indon tu, Projek Pop" kate Allod... Mike terpinga pinga, nak mengingatkan balik pe lagu yang die minat..

Bile Intro lagu da start, mike pon dengan konfiden dan bangga bersuare "oooooo..Lagu ni... Music is the country of my life."

Aku dan Allod terkedu, betul ke yang kitorang dengar??? Bunyi mcm best, tapi mcm ade yang tak kena je..hampir 2 saat terdiam dan lepas tu..............

HAHHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHHAHAHAHHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAH
HHAHHAHAHAHHAHAHAHAHA....

Pecah perot aku ngan Allod gelak pakej skali dengan mata yang berair-air....ni la lawak yang paling best skali yg aku dgr tahun ni.. Stephen Chow pon kompem sakit hati sbb ade orang yang leh kalahkan die..petah lagi Saiful Apek.. Nabil ngan Sepah sah2 da gulog tikar.. Mike pon gelak sakan..tak percaya die berjaya melalukan lawak yang paling mantoooopp...hahhaha

"Dangdut is the music of my country la mike"kate allod membetolkan kesalahan mike...

Situasi mcm ni mmg best, bile tgh2 penat2 shot wedding, ilang letih.. Bile kepala tgh serabot, kepala tgh kusut, ilang semua masalah, lupe segala derita....

Tuesday, April 7

Permulaan Coretan Lagak Pandai

-mcmane aku leh nak wat blog??-

"monster killllllllllllllllllllll!!!!!!", bunyi hp aku mengaum....


+ am, ahad depan g genting,mau join??
sender : allod
+012247****

+ sape lagi pegi??
sender : aku
+012345****

+ aku, wani, mike, wiwit n nua
sender : allod
+012247****

+ tgk dulu, ade sen aku pegi
sender : aku
+012345****

+ alah..bwa serat pon da cukup, kalo jadi tunggu kat putra
gombak kol 10 pagi
sender : allod
+012247****

ari ahad tu aku pon pegi la ke genting ( 2 mac 09 kalo tak silap aku)
best gile pg biapon aku da byk kali pegi sane..biar pon pegi tempat same, tapi dgn org yg berlainan, suasane laen..n ni yg plg best...kat sane budak2 ni asik2 cakap pasal blog.. sume nak update kat blog.. ade menda jadi sume nak cerita kat blog.. gmbar2 kenangan sume upload kat blog.. bile dorang da borak pasal blog aku cume diam je la..menyampok sekali skale tok ilangkan bosan..ye la, aku bukan bloger sbb aku takde blog.. sblm ni penah jugak terdetik nak wat blog,
tp hanya terdetik, sbb rase mls yg langsung tak terdetik sbb dah ade secare semulajadi ade kat diri aku jd penghalang aku tok buat sume ni..tapi aku slalu buka blog2 budak2 ni..(allod, mike, atinko).. 60% punca aku tergerak hati tok slalu buka blog2 dorang sebab kat blog dorang ni je la yg ade story yg aku pon terlibat sama.. dan kesan drpd tu, aku xsbr2 nak ade blog sendiri.. Hari ni, 7 April 09, aku berjaya create blog aku sendiri setelah sebulan aku berusaha..tahniah2!!!!