Friday, May 25

Aku, backpacker, traveller, dan sedikit pendapat.



JB ngan Lina dah blah. Erica ngan Elina pon dah blah. Rumah aku rasa sunyi. JB ngan Lena dari German, tumpang rumah aku dekat-dekat dua minggu. JB teruskan dia punya misi ke Borneo dan seterusnya ke Indonesia. Lena pulak kena hantar balik Jerman sebab kena cikukunya. Prince Court sikit punya canggih tak mampu setelkan cikukunya, bangang!

Erica ngan Elina plak tumpang cuma empat hari. Dorang ni jenis-jenis hippi yang travel ala-ala gipsi. Kenapa aku kata hippi? Sebab bulu ketiak dorang lagi panjang dari bulu ketiak aku. Kahkahkah! Minah itali dua orang ni dah blah pergi Australia. Pergi kerja petik buah epal dekat sana, kumpul duit, dan teruskan misi dorang ke Amerika Selatan. Amacam?

Sepanjang dorang lepak rumah aku, macam-macam benda aku tanya. Daripada tip-tip travel sampai la pengalaman dorang. Mendengar sembang dorang memang buatkan aku melopong, teruja, dan sangap mau galas beg gendong sana sini. TEringin sangat aku travel macam dorang. JB dah 10 bulan travel, Dari Turki, India, kemudian sepanjang Asia Tenggara. Dari naik kapal terbang, teksi, motor, rakit, sampa la ke jalan kaki. power power.

 Erica dah 4 tahun travel yang kebanyakkan secara gipsi; hitchhiking, dan tidur beratap langit berlampu bulan. Erica lagi extream sebenarnya sebab dia mencari duit semasa travel. Berlainan dengan JB yang bawa bekal dari kampung halaman, habis duit dia balik. Aku? Paling koman aku mau nak tavel jalan darat dari KL ke Kemboja. Masa? tak kisah. Tapi susah. Susah kerana aku orang malaysia dan aku melayu. Kenapa orang Melayu susah?

Pertama tama sekali sudah tentu sebab matawang. Gua bagi satu contoh. Gaji gua RM3k, gaji JB 3k euro. JB beli tiket kapal terbang dgn harga 250 euro, cuma lebih kurang 12% dari gaji dia. Aku beli tiket yang sama dengan harga 1000 ringgit, lebih kurang 30% dari gaji aku. Nampak?? Jangan convert nilai matawang kalau nak tahu taraf hidup tinggi atau rendah.

Lebihnya mat saleh dari melayu salah satunya mat saleh dipandang tinggi oleh masyarakat dunia terutama asia. Orang-orang asia menghormati mat saleh biarpon dorang ni haprak dan bangang tahap tak pergi sekolah. Jadi mereka-mereka ni diterima dengan baik oleh orang-orang tempatan. Kita orang melayu? Nak pergi indonesia yang belah-belah ceruk pon takot kena ganyang. Nampak??

Lagi satu hal, dah tipikal sifat keturunan penjajah, mereka-mereka ni memang tinggi tahap konfidennya serta berani. Kita orang-orang melayu memang sudah terkenal dengan sifat layu. Tapi tak salah juga,takperlu terlalu yakin dan takperlu terlalu berani. tak bermakna takot itu penakot. Takot dan tak konfiden tu salah satu sifat orang yang 'berjaga-jaga'. kah kah kah kah.

Tanggungan pon jadi salah satu halangan. Tanggungan dan tanggungjawab. Dua perkara berbeza. Kerja, rumah, kereta, loan PTPN, loan Mara, Mak Bapak!! Sapa nak handle semua ni?

Dan perkara paling penting sekali adalah kita pikir masa depan, yakni untuk berkeluarga. Aku tanya Erica, sampai bila dia mahu travel macam ni? Jawapan dia mudah, " xtahu macamana nak jawab. hidup ni singkat, jadi saya mahu pusing tengok dunia. "

Ya, betul jawapan tu. Aku dah pikir awal-awal lagi benda tu. Aku dah cakap benda yang sama pada bapak aku pasal dia bersyarah aku habiskan duit pergi travel (ah, ini pon jadi masalah. Bapak2 dorang takda halangan, malah mendorong). Cuma kita orang-orang melayu, islam khasnya teringin nak berkahwin. Nak ada isteri, nak ada anak, nak ada sebuah keluarga  yang sempurna. Hidup kita singkat, kita perlu habiskan masa dengan orang-orang yang kita sayang. Nampak?? Perbezaan mentaliti 2 bangsa. 2 2 penting, 2 2 betul, tapi yang mana diletakkan keutamaannya. Nampak?

Jadi apa yang mampu aku buat, kerja, kumpul duit, kawen. Kerja, kumpul duit, dan travel paling lama seminggu dua. Macam tu saja yang mampu. Kan?

Minggu depan Teo ngan Lily datang singgah. Dia datang naik motor dari Italy. Dorang ni start travel awal bulan 4, sekarang ni dah travel 43000km, dan merentasi lebih 33 negara. Apa macam? Sebulan lebih je tu. Minggu depan rasa-rasa sampai, hari apa aku tak tau, tunggu saja dia halo halo. Tak sabar plak nak dengar ape dorang nak sembang. kaahkahkahkah.

P/S: nah sedikit gambar-gambar kenangan.



Aku dan JB, Pudu Jail.


Aku, seperti biasa tak melepaskan peluang posing.kakakakaka


Amacam? Mau masuk penjara??


JB.


JB n Lena, Prince Court Hospital


KLCC, dari Skybar, Trader Hotel.


Gambar market JB


kakakakakka

Durian dalam hospital. huh!


Ini macam ada anak melayu tak tahan bau durian?? pui.. malu dengan mat saleh.


Sejam sebelum balik. Lena sedih sangat nak tinggalkan aku. kakakakkaka


Aku la ni. amacam?

JB bajet comel. Pui!


Erica dan Elina


Tipikal, Aku layankan saja permintaan dorang. Biar pon jauh disudut hati rasa malu nak amik gambar macam ni


Aku kalo dengan mat saleh, durian jadi benda utama aku nak tunjuk.


Huh! tak malu lagi orang melayu??


Ah, aku tahu dia teruja. Bukan takat jaga hati aku.


Dia kata, air ni paling sedap dalam dunia. Dia yang kata.


Buah naga. "power power" kata dorang teruja.