Friday, April 13

Ujang, HAKCIPTA dan Kapitalis Keparat


Tempohari, sebelum bertolak ke Selatan Thai, member gua si Udey bawa gua ke Pasar Karat di Alor Setar. Pasar Karat ni dibuka awal, lepas-lepas subuh matahari tak sempat nak naik, makcik makcik dan pakcik pakcik peniaga pasar karat ni dah naikkan khemah dorang.

Macam-macam barang 'rare' yang dijual dekat sini. Kebanyakan dia barang-barang 'old skool', dari semurah-murah harga sampai la tahap ribu-ribu, semua ada. Pusing punya pusing gua sambar Hujan Pagi karya Sasterawan Negara A Samad Said dengan harga cuma RM35, dan beberapa nashkah Ujang, RM 1 sebijik.

Hujan Pagi tebal, agak-agak gua dalam 2 inci tebal dengan 500++ muka surat. Buku-buku tebal macam ni gua tolak tepi dulu. Gua capai ujang. Bila gua belek ujang, memori gua mula menyingkap kenangan lama. Kenangan  kanak-kanak. Kenangan masa kencing bercabang, kenangan masa taik kulup penuh dekat kepala takok, kenangan masa hingus hijau tergantung dekat hidung.

Ujang. Ujang memang legend. Gila-Gila pon sama-sama legend sebenarnya. Tapi zaman gua lebih kepada Ujang.Boleh dikatakan gua dan Ujang membesar bersama, dalam satu era. 

Masa tu juga gua kenal Manchester United. Kartunis Nik yang bertanggungjawab memperkenalkan gua dengan MUFC ni.  Kartunis idola? Mana ada sorang, semua boleh cakap idola, Sukun, Gayour, Nik, Ubi, Aie dan semualah.

Siapa tak baca ujang zaman dulu memang boleh kata tercicir satu kenangan. Kenapa ujang legend? Kenapa Gila-gila legend? Kerana itulah lukisan dan garis garis conteng 'melayu'. Kartunis-kartunis yang rata-rata datang dari kampung menghasilkan Kartun-kartun 'melayu', cerita cerita 'melayu' menjadikan Ujang sangat dekat dengan diri pembaca.

Masa itu, lawak antarabangsa betul-betul cool.  Workshop memang digilai ramai. Watak macam Dicky dan Cupin diangkat sama level dengan Jaki Jipang di Gila-Gila. Banyak lagi karya-karja yang GILA masa tu dan salah satunya  Aku, Dia dan Volkswagen. Cerita ni tak habis, tergantung begitu saja. Sebenarnya bukan cerita ni saja tak habis, ada lagi cerita-cerita tergantung, Kenapa? Jom kita flashback dari mula.

Ujang ni nama asal dia Ibrahim. Ibrahim bin apa gua lupa. Tapi asal dia dari Kuala Pilah kalau tak silap gua. Perjalanan seni Ujang bermula lepas SPM pada awal 80an. Berbekal 'artwork' Hikayat Ujang Senang, Ujang memberanikan diri mengorak langkah ke Kolumpo.

Jaafar Taib yang ketika itu menjadi Pengarah Urusan di Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB), beliaulah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Ujang dalam dunia kartun ini.  Jaafar Taib jugalah yang mencadang nama 'Ujang' digunakan sebagai nama pena. 

Kartun kartun hasil conteng tangan Ujang pertama kali disiarkan pada 1984/85, dan bermula dari situlah nama Ujang sebaris dengan pelukis-pelukis yang sudah terkenal di Gila-Gila ketika itu seperti, Zainal Buang Hussein, Fatah, Rejabhad, Imuda, Rasyid Asmawi dan Lain-Lain.


Pada lewat 90an kalau tak silap gua, Ujang keluar dari CESB dan menyertai Kharisma Picture Sdn Bhd. Mengikut cerita dari sumber sumber yang juga kaki kartun 'melayu', gaji Ujang mencecah RM15k ketika dia meninggalkan CESB. Betul atau tidak wallahualam.

Di Kharisma Pictures Sdn Bhd, Ujang menerbitkan UJANG, dengan motto Majalah Lawak Antarabangsa.  UJANG menjadi satu fenomena baru di Malaysia, berjaya mengatasi Gila-Gila. Hasil jualan UJANG mencecah 300000 naskah sebulan. Usop Sontorian juga mula dianimasikan dan ditayangkan di TV. 

Gua malas nak bercerita pasal perebutan maskot Din Beramboi, maklumlah, orang dah takde. Pendek cerita, Ujang kalah hak perebutan ni dekat mahkamah. Jadi maskot Din Beramboi ditukarkan kepada PakCik Din.

Detik-detik hitam dalam hidup Ujang bermula pada penghujung 90an. Ujang keluar dari Kharisma dan menubuhkan syarikat baru yang menerbitkan Varia Lawak. Sekali lagi isu HAK CIPTA menjadi masalah. Ujang terpaksa menukarkan Varia Lawak kepada Lanun.

Dan dalam line-line masa ni la munculnya kapitalis cilaka bernama Mohd Othman Yusuf (MOY). Dia ni masa ni dah dapat pangkat Dato kalau tak silap. MOY yang pandai berpolitik ni berjaya memanipulasi orang sekililing dan berjaya memanfaatkan 'ketidakpandaian' Ujang dalam dunia bisnes dengan menelan Kharisma dan menukarkan kepada MOY Publications. 

Bukan itu saja, segala kartun-kartun, dan juga nama UJANG sendiri menjadi HAK MUTLAK MOY Publications. Jadi, Ujang hilang kuasa terhadap semua karya-karya beliau yang dah menjadi fenomena satu ketika dahulu.

Gua ada dengar berita angin lintang, Ujang menjadi tertekan ekoran kes ini. Ada juga yang kata, Ujang gila seketika. Mana tak gila, sudahlah karya dicuri, nama sendiri pon tak boleh guna. Surat saman dari MOY pon bersepah-sepah sampai. Selepas itu, Ujang banyak habiskan masa memancing di Tasik Kenyir.

Selang beberapa tahun, Ujang berjumpa semula dengan Jaafar Taib di PWTC. Jaafar Taib yang sudah tentu tahu cerita-cerita konspirasi dalam dunia kartun ini telah menawarkan semua Ujang kerja di CESB.

Si Kapitalis MOY ni bukan sahaja menyekat Ujang untuk berkarya, tetapi ramai juga kartunis-kartunis yang tidak dapat menyambung karya mereka kerana masalah HAKCIPTA, biarpon CIPTAnya cerita dan karya2 tersebut dari kepala kartunis, tapi HAKCIPTA tetap milik si kapitis bedebah itu. 


Macam itu jugak dengan AD&V ni. Kartunis Ubi tak boleh menyambung cerita ini. Kalau gatal-gatal tangan, saman la jawabnya.

MOY yang bertanggungjawab melenyapkan legasi UJANG serta Ujang sendiri. Jualan majalah UJANG juga makin menurun dibawah pimpinan MOY. Lama kelamaan, majalah ujang makin dilupakan. 

Masa ni majalah2 yang kartunisnya sudah dijajah kepala otak mereka terbit. Majalah-majalah Gempak, seni melayunya langsung tidak ada, tetapi makin digilai remaja. Terus tenggelam UJANG dalam lambakan karya-karya Kartunis Jepun berbangsa Melayu ini.

Pendek kata, MOY si cilaka ni bukan saja menjahamkan periuk nasi kartunis-kartunis, tetapi menjahanamkan scene kartun MELAYU yang asli.

Dengar kabar lagi MOY tu dah jadi ADUN dekat Johor. Memang sah kuat main politik. Pukimak!