Thursday, August 16

Diari Ramadhan Gangster. 5

Tiga pat hari lagi dah nak raya. Bila sampai time time tiga pat hari nak raya ni, teringat gua kisah lima tahun lepas. Bila dah teringat macam-macam perasaan datang, marah, sedih, hiba, sakit hati dan spirit nak jumpa bomoh nak menyantau orang pon jadi kuat.

Tapi disebabkan ada secebis iman nipis dalam diri gua, gua boleh berfikir secara kreatif dan kritis.Gua masih lagi boleh membezakan baik dan buruk,  membuang perkara yang keruh dan ambil yang jernih dan juga menilai mana intan dan mana permata. 

Lima tahun lepas, lagi tiga empat hari nak raya, gua menangis teresak teresak. Tangisan ikhlas gua ni bukan kerana cinta ditolak atau pon kekasih dikebas orang, bukan kerana tengok Priety Zinta berkorban demi kebahagian Rani dan Salman, bukan juga kerana kehilangan insan tersayang. Bukan, bukan sebab semua itu.

+++

Masa tu genap sepuluh bulan gua ada kamera. Masa itu gua tak terfikir nak labelkan diri gua seorang jurugambar. Masa tu gua hijau lagi. Hijau muda. Mentah. Hingusan. Gua belajar kamera seorang diri. Apeture shutter gua kenal sendiri, ISO dan apa lancau semua gua kenal sendiri.

Dipendekkan cerita, dengan artwork-artwork yang ada dengan berbekal 10 bulan belajar kamera bergurukan buku dan majalah, gua ditawarkan untuk menjadi jurugambar bagi menerbitkan buku kenangam DBKL sempena 35 tahun penubuhan.

Disebabkan skop kerja ini kena dengan soul gua, gua dengan senang hati menerima saja tawaran ini. Gua diberikan masa 2 bulan untuk menyiapkan task-task yang diberikan. Task-task tersebut merangkumi mengambil gambar-gambar bangunan2 sejarah di KL. Contohnya masjid pertama di KL. Kuil pertama, tokong pertama, stesen keretapi pertama, sekolah pertama, stesen bas pertama, dan segala-gala yang pertama. Dari bangunan-bangunan lama,sampai la ke bangunan-bangunan moden, gua kena ambil. Janji benda tu ada kena mengena dengan pembentukan dan pembangunan Kuala Lumpur

Maka bermulalah episod gua sebagai jurugambar. Gua melawat semua tempat-tempat tu. Sebut saja apa, semua gua dah jejak. Semua gua cari sendiri. Jalan kaki. CUma sekali sekala naik kereta kalau jauh sangat macam KLIA. KLIA gua dah pusing semua tempat. Dia punya luas dasyat. Dia punya panas lagi dasyat. Tapi disebabkan spirit dan passion gua terhadap photography, semua tu tak jadi masalah. 

Bukan itu saja, gua gua kena ambil gambar dalam buku-buku sejarah di perpusatakaan. Kalau tak jumpa dekat perpustakaan gua pergi ke Arkib Negara. UStazah Jamiah cikgu jaga perpustakaan sekolah gua dulu mesti bangga kalau dapat tahu gua selalu ke perpustakaan dan arkib negara. Cikgu Sanusi guru sejarah gua pon akan turut bangga dengan pancapaian gua pergi ke perpustakaan.

Bayaran yang dijanji tak banyak, cuma RM30 hingga rm50 sekeping. Tapi bila ditotalkan dari jumlah gambar, bangsat-bangsat gua boleh dapat RM18000 untuk tiga bulan. Gua mula mencongak-congak barang-barang gua nak tangkap bila dapat duit nanti. Tapi gua malas terlalu berharap dapat full, dapat haft pon jadi

Bos gua ni Cina Mualaf, Roy nama dia. Nama pon dengar macam pukimak, apatah lagi perangainya. Umur dia dalam 50an, tapi lagak dia macam orang muda. Arak tu dia tonggang macm air mineral. 

Disebabkan gua masih hijau lagi, gua tak dapat menghidu apa-apa niat Roy ini. Cuma gua rasa tak sedap hati bila gua tanya pasal hitam putih, dia akan lari tajuk. Cerita pasal benda lain. Dan disebakan fokus gua pada kerja, gua pon takda masa ke opis. Gua hanya ronda-ronda sekitar KL.

Tiap-tiap hari jumaat, orang DBKL akan datang opis, ambil sampul surat berisi RM7000. Gua hanya menelan air liur. Senangnya dapat duit, patutlah dia punya boroi macam perut babi. Gua? Hari hari sengkek. Bila terpaksa gua advance bos gua. Dalam tempoh 3 bulan, gua advance hampir-hampir 3000.

+++

Kerja gua habis tengah-tengah bulan puasa. Sebab tunggu payment, gua tak balik kampung. Gua tunggu payment penuh sabar. Bila datang ofis, bos kata tengah busy siapkan buku. Gua angguk angguk saja. Sampai la satu hari tu gua dah tak boleh tunggu.

Masa tu dalam poket gua tinggal RM14. RM14 tahun 2007 bukan macam RM14 masa zaman 1997. Tambah-tambah lagi dengan hidup di kota KL ni. Nak beraya apa dengan RM14? Nak naik bas balik kampung pon gua tak tau lepas ke tidak.

Paling gua terkejut bila bos kata gua advance terlampau banyak. Gua terpaksa bayar balik. Gua cakap pukimak apa? Gambar-gambar gua berapa banyak ada dalam album. Dia kata takda hitam putih itu gambar gua. Masa itu dada gua macam kena  panah petir. Biarpon gua tak pernah kena sambar petir, tapi gua dapat agak macma tu la rasa kena panah petir. Pedih dia tu lain macam. Kepala berat, telinga berdesing. 

Msa tu Gua bertekak besar dengan Roy. Bangsat pukimak semua keluar. Disebabkan tangan dia bersimen masa tu, dia tak berani nak attact gua dulu. Gua nak attact dia dulu pon tak berani sebab geng dia ada 3 4 orang dalam bilik. Nanti sayur gua kena tibai. Tapi kalau dia attack, apa nak jadi jadilah.

Tengah gua mengamok telefon gua bunyi. Gua tengok mak gua telefon. Gua keluar, turun ke bawah. Mak kata dia rasa tak sedap hati, sebab tu dia telefon. Mak tanya apa masalah gua. Air mata gua terus mengalir laju. Hati orang tua, firasat orang tua, ajaibnya luar biasa.

"Jangan bergaduh, jangan bertumbuk berterajang. Biar orang buat kita jangan kita buat orang. Anggap je bukan rezeki kita. Istigfar banyak-banyak.." pesan mak.

Air mata gua terus mengalir laju. Gua melangkah balik ke rumah.

P/S: Gua rasa Roy ni pikir badan dia kebal. Sebab tu dia tak goyang kena libas dengan Munkar Nankir nanti.

Wednesday, August 15

100 hari nak jadi suami.

Sedar tak sedar gua bakal menamatkan zaman bujang (Insyaallah). Biarpon hidup gua ni agak kutu-kutu skit dan watak antagonis menyelimuti jiwa gua, tapi gua ni tetap manusia biasa, punya hati dan perasaan, punya rasa ingin membelai dan ingin dibelai. Itu fitrah manusia normal.

Secara jujurnya pada mulanya gua tak lagi bersedia untuk bertunang, apatah lagi berkahwin. Bukan gua tidak serius pada hubungan cinta, tapi gua punya impian dan cita-cita. Semua sebab gua termakan dengan janji yang gua buat. gua ni true gua pegang dengan janji gua. Cerita pasal janji, mula-mula gua start berjanji ni bila Cik Puan gua tanya tentang hubungan cinta yang kami jalinkan sekian lama, ke mana arahnya, ke mana hala tujunya. Orang-orang dekat kampung pon dah ada yang bertanya.

Bila dengar orang dekat kampung ada tanya, hati gua sentap, berdebar-debar seperti nak mulakan larian 100meter akhir Kejohanan Olahraga Majlis SUkan Sekolah Pahang di Stadium Darul Makmur. Dia punya lain macam. Dalam hati gua cilaka mana yang nak potong line gua ni. Nak jugak gua tengok orang yang cuba tanya-tanya tu. Kalau boleh makan gua nak terajang sekali dua. Tapi gua tak melatah. Gua dengan tenang explain dekat Cik Puan gua. 

Gua cakap, cita-cita dan impian gua nak travel. Dia pon dah lama tahu sebenarnya. Masakan tak tahu, 7 tahun tempoh percintaan gua, setakat impian dan cita-cita gua awal-awal lagi tulis dalam biodata lepas tu bagi kat dia. Gua cakap lagi gua tak pernah lagi naik kapal terbang. Bagi la can gua travel. Gua nak cari pengalaman. Gua nak tengok tempat orang. Gua nak kumpul artwork. Gua cakap lagi, bagi can gua travel 5 negara, kemudian gua fokus untuk kahwin.

Cik Puan gua mengangguk tanda setuju. Gua bernasib baik kerana Cik Puan gua jenis yang paham minat gua. Paham kerjaya gua. Dan paham gua. Itu bertuahnya gua. Itu untungnya gua. Kadang-kadang untung gua ni macam orang menang loteri. Ya lah, Cik Puan gua sanggup sabar dengan gua yang ligat ni. Tapi bila gua pikir-pikir gua ni hensem jugak, jadi gua tak heran sangat.

+++

Sedar tak sedar Cik Puan tuntut janji. "huh. dah cukup 5 negara."
Gua kira-kira dengan jari. Aduh, cilaka, tak smp setahun dah cukup 5 negara. Patut dulu gua cakap 5 benua. Tapi gua menghormati dia yang menunggu gua, dan gua berpegang pada janji gua, jadi hujung tajun lepas gua bertunang, ikat setahun.

Dan sedar tak sedar jugak tempoh setahun tu dah nak habis. Mula-mula dulu, berat gua nak tinggalkan hidup bujang gua. Hidup bersama kawan-kawan. Dengan konsep freedom of choice gua bebas buat apa saja. (lepas kawen nanti freedom of choice jugak, tapi  sbg lelaki bertanggungjawab gua kena tolak ansur skit). Hidup bujang ni indah. Hidup duduk rumah sewa ni penuh dengan kenangan. Sukar gua nak tinggalkan biarpon alam perkahwinan itu manis sebenarnya. 

Berat sangat hati gua masa tu. Tapi sebab gua dah berjanji dan gua kena pegang pada janji. Lagipon bila gua fikir-fikir balik, sampai bila Cik Puan nak tunggu gua? Dekat mana gua nak cari CIk Puan yang boleh paham kerja gua, boleh paham minat gua? Dekat mana gua nak cari Cik Puan yang tak kisah gua nak g mana-mana (sebab gua tgk kawan2 gua majoriti kena tambat dengan makwe) ? Dekat mana? Gua pandang keliling sekarang, nak cari perempuan susah sekarang ni. Betina ya ramai bersepah-sepah kat luar sana.

Dan lama-kelamaan, spirit gua nak jadi suami tu mula timbul. Sikit demi sedikit gua take part dalam pembikinan hidup baru gua ni. Gua ambil pen dan kertas, gua lakar apa yang berkenaan tentang wedding impian gua, ngam tak ngam dengan bajet gua. Gua ambil kalkulator, buat kira-kira. dan macam-macam lagi. Konsep malam pertama awal-awal lagi gua pikir. Gua ingat nak buat konsep polis tahan pemandu yang melebihi had laju. Begitulah tahap spirit gua sekarang. Semua benda gua dah pikir secara serius dan telus.

Cuma silapnya gua, gua tak tergedik-gedik macam Azwan Ali amboi amboi amboi menceritakan pasal hal hal kawen, menceritakan pasal wedding impian, menceritakan pakai baju gua minat, kaler gua nak pilih dan lain-lain.

Sebagai lelaki sejati, rock dan sedikit gangster gua cool ckit. Lelaki rilek simpan saja benda dalam kepala dan tunggu masa sesuai untuk bertindak. Tak macam perempuan, perempaun punya cakap lagi banyak dari action. Tapi gua paham itu, sebab itulah perempuan.

Dan hari ni, tinggal 100 hari sebelum tarikh besar gua. Gua panjat doa, agar Allah permudahkan perjalanan gua menempuh hidup baru gua nanti dan semua berjalan dengan lancar, selancar Jalan Loke Yew bila time Hari Raya Puasa.

+++

P/s: Gua pikir pasal kawen 40%.. Gua pikir nama bakal anak gua nanti 60% ..Setakat ni stok nama untuk 2 orang ank perempuan gua dah ada. Nama anak lelaki gua belum ada lg. Nanti gua perah otak.

nampak tak gua punya serius?

Permaisuri yang sunyi.

Jam dah 6.44 pagi. Mata gua segar lagi. Dari malam tadi, gua mengadap LCD samsung 19 inci ini. Kadang-kadang kalau ada benda best keluar dari TV gemok Haier 29 inci gua akan berenti kejap. Kemudian gua sambung balik mengadap LCD.

Tengah gua sedap-sedap(tak sedap mana sebenarnya) mengadap LCD, ada pula Ziela Jalil keluar dekat tv. Memandangkan Ziela Jalil ni perempuan pertama yang bikin gua stim (seingat gua la) gua bagi penghormatan dekat dia menonton cerita dia belakon ni.

Dulu-dulu gua minat gila sama Ziela Jalil. Masa tu dia belakon jadi hantu. Saleh Yakob jumpa dia dalam hutan. Lepas tu Salih Yakob bawa dia balik rumah. Lepas tu dia makan daging mentah dalam peti ais. Cerita gua takut jugak nak tengok, tapi memandangkan hantu ni seksi, gua beranikan diri juga tengok sampai habis. Ending dia gua dah lupa, tapi sebab dia seksi gua ckp cerita tu best.

Tapi cerita dia belakon kali ni macam asshole. Gua tak boleh blah. Gua kembali duduk depan LCD. Nak mengadap gambar-gambar gua dah takde mood sebenarnya. Dari tadi gua paksa diri gua saja. Gua dah naik menyampah tengok gambar-gambar. Tengok facebook pon gua naik muak. Youtube gua rasa nak terajang. Nak baca blog orang macam baca buku sifir 4 angka. Takda feel. Xda soul. Gua tak tau mana perginya feel dan soul gua malam ni.

Gua besandar di kerusi. Memandang keliling rumah gua. Sepi. Sunyi. Gua bangun, berdiri lalu berjalan ketingkap. Gua tengok ke luar tingkap. Bandar Seri Permaisuri. Malam ni Bandar Seri Permaisuri pon sepi. Suara cengkerik menyanyi memang xpernah gua dengar. Sekali sekala saja bunyi suara lori mengaum. Sesekali enjit motosikal menjerit. Kalau kereta proton enjin standart lalu memang tak dengar bunyi apa-apa. Sunyi betul malam ni.

Dalam sunyi sepi pagi-pagi buta ni, gua flashback kenangan-kenangan gua. Sedar tak sedar dah masuk 9 tahun gua duduk dekat sini. Dari kosong tempat ni sampai penuh dengan kereta parking kiri kanan jalan. Dari berat badan 59 kilo sampai la berat 79 kilo. Lama juga tu. Banyak kenangan aku dekat sini.

Dulu gua duduk bersembilan dengan kawan-kawan gua. Kemudian bertujuh. Lepas tu up lagi bersebelas. Lepas tu down balik berlima. Duduk ramai-ramai ni memang happening. Hidup tak pernah sunyi. Pergi mana-mana bersama.  Bila Cheng keluar tinggal la gua berempat. Gua, Bard, Bodhi dengan Fizi.

Hidup berempat ni power jugak. Tak kering gusi. Bard ibarat maharaja lawak mega. Bodhi mangsa bahan dan kadang-kadang dia punya kaunter attact pon boleh tahan pedih. Fizi tukang support paling power. Hidup kami sangat bahagia.

Lepas tu bodhi blah balik Penang. Kerja dengan orang tua dia. Bard pon pindah rumah baru dia dekat Puchong. Persediaan menempuh hidup berumahtangga kata dia. Tinggal la gua dengan Fizi.

Bulan puasa ni hidup gua dengan Fizi macam laki bini. Pergi pasar sama-sama. Masak untuk berbuka sama-sama. Masak untuk sahur sama-sama. Kadang-kadang bincang menu apa nak masak. Bila Fizi pergi kerja gua rasa sunyi. Bila fizi balik kerja gua main game cycling sama-sama. Kadang-kadang main dota.

Tapi hari ni fizi plak balik kampung. Terbang balik ke Sarawak, beraya. Tinggal la gua sorang-sorang. Dah lama gua tak rasa sepi lagi sunyi macam ni. Rasa macam loser pon ada.

Gua duduk balik depan LCD. Tak sampai 59 saat gua bangun capai remote.Tukar-tukar siaran. Satu pon tak kena dengan jiwa gua. Gua campak remote. Gua amik buku Hujan Pagi. Gua selak selai dua. Sebelum buku ni koyak rabak lebih baik gua campak balik ke rak. Gua capai telefon gua, cilaka, sorang pon takda mesej.

Gua telentang atas tilam. Pejam mata. Dengan harapan ada bidadari menemani gua.

Monday, August 13

Raya gua tak pernah mewah.

Raya gua tak pernah mewah.
Raya gua hanya sederhana, dari kecik sampai sekarang.Ya, masa kecik kecik ayah gua tak mewahkan anak-anak. Ah, lebih tepat lagi ayah gua tak mampu bermewah ketika raya. Nak mewah macamana?Anak bersusun. Duit hasil motong getah cukup makan cukup pakai saja. Sekarang bila dah kerja, gua mampu untuk bermewah-mewah untuk raya. Tapi buat apa? untuk sengkek bulan selepas raya?

Raya gua tak pernah mewah.
Baju berhelai helai? Baju sehelai saja. Itu pon dah cukup bagus ayah nak belikan. Baju melayu pula bergantung kepada tumbesaran. Selagi muat selagi itu tak berganti, pakai saja baju sama. Tapi selalunya 2 tahun sekali kompem berganti.

Raya gua tak pernah mewah.
Sekali saja masa tingkatan empat, 2 hari sebelum raya emak kejutkan aku dari tidur. Emak hulur RM50. Emak kata ayah bagi buat beli baju raya. Itulah kali pertama gua dapat duit untuk beli baju raya sendiri, gua boleh pilih sendiri, ikot citarasa sendiri. RM50 itu jam besar sangat nilai dia. Member gua pegi shoping raya bawak RM400. tak masuk akal!

Raya gua tak pernah mewah.
Bunga api? Tak pernah dibeli, dan juga membeli. Ayah cukup marah main bunga api. Bakar duit dia cakap. Nak lepaskan gian tumpang main bunga api jiran-jiran. Balik rumah, ayah jengkilkan mata. Gua perlahan-lahan mencari emak, meminta perlindungan.

Raya gua tak pernah mewah.
Kuih power-power? takde. Almond london tu menatang apa?

Tapi..


Raya gua selalunya meriah.
Ketupat palas dan rendang emak kegemaran kami adik beradik. Air tangan emak sediakan juadah pada hari raya memang terbukti power.


Rasa gua selalunya meriah.
Tapi yang paling penting, gua sangat beruntung gua masih boleh beraya bersama emak dan ayah, abang gua yang berenam. Kakak Ipar pon enam. Kakak gua sorang. Abang Ipar pon sorang. Adik gua sorang. Anak sedara gua yang 29 orang. tak meriah lagi kalau 47 orang berhimpun kat rumah?





Memori Ramadhan Gangster. 4

Seminggu lagi mahu raya. Gua masih di Kolumpo. Belum lagi berkesempatan pulang biarpon 80% kerja gua dah siap kerana kaki gua ditambat dengan baki 20% kerja yang belum selesai tu. 20% balance kerja gua tu merupakan penentu raya gua meriah atau tidak.

Bila dah besar ni, bila dah dewasa ni, bila dah kerja ni, seminggu sebelum raya tak se'cool' seminggu sebelum raya masa zaman kanak-kanak.

15 - 20 - 21 -22 -23 tahun lepas, bila seminggu lagi menjelang hari raya, gua dengan tenang lepak di beranda rumah, menanti pulangnya abang-abang gua. Dengan harapan ada sehelai dua baju kiko. Kalau tak Kiko baju Rocky One pon jadik. Kalau dapat baju rocky one pon gua dah senang hati sebab baju rocky one ada keluar iklan dekat TV. 

Kalau baju-baju takda, ada kasut raya pon jadi. Boleh juga pakai kalau ikot mak ke bandar. 

Tapi kalau semua-semua tu takda, Ujang Bumper Raya wajib kena ada. Kalau takda raya gua hambar tanpa gelak tawa.