Friday, March 29

Cikgu, Murid, Mak Bapak.

Aku terserempak dgn kawan lama aku. Lama betul aku tak jumpa dia. last aku jumpa dia rupa fizikal dan mental dia macam syaitan. Jahatnya yarabbi. Tp sekraang alhamdulillah, dah jadi cikgu. Dia nampak matang, tegas dan berwawasan. Dressupnya pula tak ubah seperti abang2 belia 4B.

Kami berbual panjang, dari hal bangang sampailah hal-hal intelek. Setelah lama berbual, aku tanyakan pengalaman kerja dia, memandangkan aku tak sangka dia jadi cikgu.

"susah am skrg ni, bukan macam zaman kita dulu. Kita main bola baling dulu tak sumbat gol pon kena tampar dgn cikgu. Budak2 sekarang ni, aku suruh budak-budak susun kerusi kat dewan, itu pon mak bapak dtg serang." cerita dia dengan serius - dahi berkerut seribu.

"ada 1 kes, cikgu sekolah aku buat tusyen. FREE. ada mak bapak dtg serang cikgu ckp cikgu tak pandai ajar anak dia. Anak dia fail. kalau mak bapak bijak, dorang fikir, kenapa anak dia fail, kenapa anak org lain lulus? cikgu yg sama. sapa bodoh?" sambungnya lagi, lagi tegas dan garang mcam harimau.

"mak bapak dan anak bodohnya sama naik" jawab aku ringkas.

~

Extream betul sayang mak bapak kat anak sekarang ni.

Thursday, March 21

Rosmah - Masyur ; berpisah tiada.

Ramai yang dengki akan Rosmah. Ramai yang benci, ramai yang caci. Ramai juga yang anti mendengar Rosmah.

Ah, persetankan semua yang membenci. Rosmah ini hebat. Buku Biografi Rosmah Mahathir yang lancarkan. Kalau calang-calang orang, kalau bukan orang ada ada, kalau dia sekadar wanita kebanyakan masakan Mahathir mahu lancarkan bukunya.

RM150 - harga buku Rosmah - lagi mahal dari buku biografi Steve Jobs. Bodoh benarlah siapa-siapa yang memilih untuk memiliki buku Steve Jobs berbanding buku Rosmah yang banyak cerita-cerita yang boleh dijadikan 'semangat' untuk mengecapi kejayaan.

Kejayaan Rosmah tidak boleh disangkal lagi. Lihat saja kekayaannya. Lihat saja cincinnya. Barang kemas dia. Lihat juga beg tangan berjenama yang harga tidak masuk akal. Itu semua kejayaan. Orang-orang tak berjaya mana ada duit nak beli semua tu.

Peduli tahikan siapa-siapa yang kata Rosmah curi duit rakyat. Itu semua orang-orang yang dengki dan iri hati. Sudahlah tak mampu, memfitnah Rosmah pula tu. Tunjukkan bukti Rosmah curi duit rakyat. Buktikan kalau dakwaan ini benar.

Aku sama sekali tidak percaya. Aku fikir panjang-panjang, mana logiknya dakwaan tu? Mana ada Rosmah curi. Bertenanglah semua, jangan menggelepar seperti babi kepanasan. Rosmah tak curi, Rosmah cuma pinjam saja duit tu. Nanti dekat akhirat dia bayarlah, CASH!

Monday, March 4

Politik dan Catur.

Kalau nak menang main catur 'king' jgn kasi mati. Untuk mempertahankan 'king' balaci balaci 'pawn' dihantar berjuang dulu. Pawn memang tak power dan hanya menurut perintah. Sudah menjadi kebiasaan dorang yang terkorban dulu.

'Bishop'  mengintai peluang attack dari belakang 'pawn'. Silap-silap langkah, nyawa mereka juga tergadai. 'Rook' dan 'knight' pon sama. Nyawa mereka ibarat dihujung tanduk. Bila bila masa boleh tergadai - cuma siapa yang mati dulu bergantung kepada strategi dan kepentingan kepada king.

Jika keadaan memaksa, Queen juga hilang nyawa. Asalkan King tetap hidup dan berkuasa. Kejam permainan catur ni. Kesimpulannya jangan bermain catur. Elok kita main saidina, banyak duit kita beli rumah.  Bila kaya kita beli hotel.