Monday, June 30

Cukup Setahun

Sedar tak sedar, setahun aku biarkan blog ni berdebu. Nak buat macamana, aku seorang daddy yang busy.

Thursday, August 1

Diari Ramadhon. Puasa masa periksa.



Pagi tu, hari pertama periksa, kertas Bahasa Melayu satu. Masing-masing bersemangat. Malam tadi kami study  biarpon tak tahu nak study apa sebenarnya untuk kertas bahasa ni. Study itu bukan belajar pada aku. Makna study itu sebenarnya buka buka untuk sedapkan hati kerana esok periksa - itu lagi tepat.

Kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 berlalu dengan tenang pada hari pertama tu. Puasa pon tak terjejas, maklumlah tengah periksa SPM, takut pula dosa tak puasa tu boleh tukarkan huruf A jadi B. Masing-masing nak jadi baik, puasa untuk cemerlang periksa - aku pon sama.

Masuk hari kedua tekanan mula dirasai. Kertas bahasa inggeris ni memang aku tak berapa in dari dulu lagi. Aku ingat lagi, rumusan dia pasal budak kena tangkap dgn buaya, buaya bawak masuk sarang dia, budak tu terjaga nampak lubang lepas tu loloskan diri. Aduh,

Bila kepala tekanan, effect dia terus sampai ke perut. Berbunyi-bunyi. Lapar dia lain macam. Megi memang sentiasa ada, berjaga-jaga  - ibarat sediakan payung sebelum hujan. tapi air panas macamana? Sebagai bukan pelajar ulat buku, idea-idea kretif datang menerpa ke kepala. Jadi berjalanlah aku ke dewan makan membawa baldi.

"Mak Cik Ani, nak air panas. Kawan demam kat atas." minta aku.

"Ah, ye ye ko ni. Ke ko nak masak megi". balas Mak Cik Ani. Susuk gemok ini 5 tahun memasak untuk kami. Kadang-kadang masakan dia sedap, kadang-kadang mcm celaka juga dia punya rasa.

"Kalau nak masak megi takkan la bawak baldi Macik Ani. Baik bawa tupperware, ringan, tak usah angkat berat-berat" aku memperkukuhkan hujah.

"Bak baldi tu, banyak mane ko nak?" .... Aku bergendang menari dalam hati.

Naik saja atas ramai pula yang berminat. Bekas pula terhad. Jadi kendurilah kami megi di dalam baldi 5 6 bungkus sambil dikekah 7 8 kepala. Sudu? mana ada. Kami pakai chopstik, buat dari hanger yang dipatah patahkan.

...

Esok idea ni tak boleh pakai lagi. Jadi sebelum keluar periksa kami rendam dulu megi dalam air sejuk. Setelah dikaji dengan terperinci, dgn suhu air suam2 kuku, megi akan mengambang cantik dan sgt sedap dimakan selepas 2 jam. Elok benar la, lepas periksa 2 jam hidangan pon sudah tersedia.

Monday, July 22

Cerita Puasa - Mimpi Kejam.

Aku bila bermimpi ni pelik sikit. Selalunya connection 'aku' dan alam mimpi terasa sangat dekat. Ini bermakna penjiwaan aku ketika bermimpi terbawa-bawa ke diri aku yang sedang lena, tapi tidaklah semua mimpi - hanya mimpi-mimpi yang mana jalan cerita dia sedap dan bermutu saja.

Kalau genre mimpi aku mimpi komedi, sampai boleh terbahak-bahak dibuatnya. Kalau mimpi seram, terjagalah aku dgn cemas dan berpeluh dan takut. Kalau mimpi aku mimpi sedih, mengalirlah air mata, pernah juga sampai teresak-esak.

Tapi kebelakangan ni aku sering didatangi mimpi-mimpi kejam. Mimpi ni buatkan bila bangun aku jadi penat dan dahaga ya amat, tekak kering macam seharian tak minum.

Tempohari aku mimpi main bola. Kemarin aku mimpi aku balik kampung naik basikal. Malam tadi aku mimpi aku join pertandingan lari berhalangan lumpa dengan askar-askar. Pui!!

Friday, July 19

Jiwa pagi ramadhan

Kalau ikutkan masalah,
hilai tawa nak didengar payah.
senyum takkan terukir di wajah.

Masalah buat hati susah.
Masalah buat serabut menjengah.
Masalah buat kusut menyinggah.

Tapi kenapa senyum dan hilai tawa
aku persembah?
Kenapa hati gundah aku tak endah?

Kerna kau satu hadiah.
Kerna ada kau satu anugerah.
dan aku mahu hari-hari aku berlalu indah.

~

indah... meriah...disulam hilai tawa kahkahkah.


Amboestamam.
630 pagi.
10 RAMADHAN 1434

Thursday, July 18

Cerite Puase.

Aku baru bangun tido ni. Jam 11.45 pagi, matahari sikit lagi nak tegak betul2 atas kepala. Tidur aku tadi diserikan dengan mimpi aku main bola. Sedap betul bila mimpi jadi watak utama ni. Bila jadi watak utama, akulah hero yang 'memenangkan' pasukan. Banyak juga gol aku sumbat, tapi tidaklah sama jumlah gadis-gadis gelenya yang terkinja menjerit nama aku di tempat penyokong, ramainya dasyat.

Tamat perlawanan aku dijulang penyokong. Lepas tu semua pakat kerumun minta autograph.Ada juga peminat-peminat wanita yg ambil kesempatan meraba-raba. Kucar kacir aku dibuatnya. Dalam pada kucar kacir peminat tu, sempat juga aku terajang penyokong lelaki yg turut meraba sama. Hebat betul aku rasa, tapi...

Tekak aku kering ni betul-betul mcm lepas main bola ni macamana aku nak handle?

Wednesday, July 10

masa 'IFTAR' tengah naik.

Aku ingat lagi masa tu, kira kira 2 3 tahun lepas. Masa tu 'iftar' ni tengah sedap naik, orang pon tgh sedap guna 'iftar' sehingga menjadi satu trend . Bila dah jadi trend, kalau kau kau dan engkau masih gunakan berbuka puasa memang engkau ketinggalan 10 tahun kebelakang. Jadi oleh kerana tidak mahu ketinggalan zaman makanya berduyunlah status 'iftar' menghiasi garis masa di facebok pada ketika itu.

Aku? Aku tak follow pon trend tu, sebab masa tu aku mati mati aku ingatkan 'IFTAR' tu salah satu pusat pengajian tinggi yang baru dibuka. Ntah ketinggalan berapa tahun kebelakang pon aku tak tahu.

Friday, July 5

Berjimaklah setan!!!

Sedang ralit aku buat kerja, ada kawan 'pm' aku di FB.

"oi oi oi. pukul 2 pagi online lagi. xtido lagi ke?" tegur dia mcm dah lupa macamana nak bg salam.
"tgh buat kerja skit." jawab aku ringkas.
"woi bangla pon tak buat kerja malam2 ."
"memang la, bangla mana ada mengadap komputer buat design." aku cuba mempertahankan diri.
"design apa malam-malam jumaat ni. da kawen pg beristinjak la. sunat. kahkahkah" balas dia berseloroh.
"beristinjak kepala hanggok ko, berjimak la setan. kahkahkah" terus aku cantas, ada nada tegas dalam kah kah kah aku itu.

1 minit. DIAM.
5 minit. DIAM.
1 jam. DIAM.
Sekarang sudah 13 jam, masih lagi diam x berbalas.

Harap2 kami masih berkawan.

Wednesday, July 3

Malas

Sejak dua tiga menjak ni mood menulis takda. Hal ini kerana aku sibuk dengan kerja, juga otak ini dikerahkan memikirkan hal-hal lain yg jauh lagi penting; hal-hal kerja - shoting dan editing, juga design, hal hal marketing pon buatkan otak aku letih. Belum masuk lagi hal-hal anak yang bakal menyusul tak lama lagi.

~

Candy Crush pon byk nk guna otak juga. Cilaka!

Friday, June 14

Mek

Tengah malam ini hening; tiada bunyi tangis teriak anak-anak jiran, tiada bunyi suara jiran-jiran mengilai ketawa ntah apa yang lawaknya, juga tiada bunyi eksos motor mat rempit bangang yang kerap memekak dari shell belakang rumah.

Hening malam ni buat aku sunyi. Isteri dari tadi mencari mimpi. Aku masih dgn komputer, terbuntang mata ini mengadap dari siang. Jejari runcing aku pantas menaip B.A.T.U di laman youtube. Lagu kegemaran aku pasang, tak terlalu kuat takot mengganggu hening malam.

Bertemankan nikotin aku bersandar, melayan suasana. Tiba-tiba wajah Mek melintas dalam kepala. Mek jiran aku, jiran-jiran lain panggil dia Mak Cik Enon. Aku, dan abang aku, adik beradik aku panggil dia Mek. Kami panggil dia Mek sebab kami rapat dengan dia, ibarat mak no dua.

Masa aku kecik-kecik dulu, Mek la yang bawa aku jalan-jalan, sampai ke Terengganu dia bawa. Bila balik mesti singgah di Kampung Awah, beli Tora. Gembira dapat Tora tuhan saja yang tahu. Mek jugalah yang kenalkan aku dengan funfair. Tiap kali ada funfair dekat Mentakab mesti dia bawa.

 "Adikkkk, makan megi!!" macam tulah selalunya mel teriak dari tingkap dapur rumah dia. Aku segera berlari ke rumahnya; tanpa baju, dan seluar pendek sambil tangan gentel2 hujung kote. Megi dia masak memang A, nasik gorang dia pon sama. Masa kecik dulu aku ada 2 pilihan, samaada makan rumah aku atau rumah dia; ikot selera aku, bebas memilih. Tapi kadang2 ayah bising juga, macam tak cukup beras kat rumah-kata dia.

Mek anak cuma dua; perempuan. Itupon dah besar. Jadi kamilah jadi anak dia sebelum dia bela cucu sedara dia. Beberapa minggu lepas Mak telefon bagitau Mek masuk hospital. Oleh sebab kerja, terpaksa aku tangguh-tangguh. Hari Selasa tu, 28 Mei aku bersiap nak pergi melawatnya di Hospital Temerloh. Belum sempat bertolak mak telefon, Mek dah tak ada. Air mata aku tumpah, menyesal tak sudah, sebab kerja aku tak sempat jumpa dia. AL-FATIHAH Mek, moga Mek tenang di sana.

Monday, May 27

Ustaz Azhar Idrus miang keladi.

"Janggut panjang sejengkal, kopiah tak lekang dari kepala, berjubah setiap masa. Itu luaran sahaja. Dalaman tak boleh nilai dengan semua ni. Diam diam saja tiba-tiba kawen lagi 1. Tigalah semuanya. Ustaz jenis apa miang mcm ni? Ustaz jenis apa gatal macam ni? "

Tanggapan negatif sesetengah orang bila UAI kahwin lagi. Aku cuma mengeluh panjang. Penat memikirkan apa ada dalam kepala otak orang2 otaknya dibontot mcm ni. Teringat aku masa Saleh Yaakob tambah bini tak lama dulu. Ramai yang memuji. Ramai yang kagum.

"bukan calang2 orang Saleh Yakob ni. ilmu mesti penuh di dada ni"
"hati dia baik, sebab tu boleh kahwin sampai 4. Dia kawin sebab ikhlas, bukan sebab nafsu."
"orang baik2, rezeki yang murah, jodohnya mudah"

Nampak?

 Bukanlah aku kecam Saleh Yakob, aku pon peminat Saleh Yakob. Cuma aku nampak dua tidak balas berbeza marhaen terhadap kes poligami dua manusia popular yang berlainan genre; artis dan ustaz. Kenapa ustaz-ustaz mula dikeji?
Kenapa artis-artis sentiasa disanjungi; paling atas? Kenapa?

Politik?