Tuesday, December 20

HUHUHUHUHUHUHU

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Gua tak tahu yang gua ketawa atau menangis!

Wednesday, December 14

Jurugambar nama Mukhriz Aziz


Merujuk kepada gambar dekat atas, mamat sopan memegang kamera itu adalah saya. Disebelah saya itu yang sedang angkuh memeluk tubuh itu adalah sahabat sefoto saya, Mukhriz Aziz, atau di Tampin atau Bahau mahupon Seremban dikenali sebagai Amok. Manakala di Kolompo, Jakarta mahupon Tokyo ni dikenali sebagai Mike. Dalam dunia foto mahupon grafik mamat ini lebih popular dengan panggilan Mike Murano.

Sahabat saya ini tidak angkuh sebenarnya,dia ok ok saja cuma kadang-kadang untuk bergambar sesekali kita kena beraksi angguh untuk menunjukkan kegangsteran diri. Takkan nak beraksi jambu setiap masa.

Yang diluar pagar sederet tu awak-awak jangan tanya saya siapa mereka. Bukan sahabat mahupon saudara mara saya dan Mukhriz. Mungkin peminat-peminat kami menanti untuk minta sign. Kahkahkahkah! Saya cuma bergurau.

Sebenarnya, biarpon kami bersahabat, tapi terdapat satu persaingan hebat diantara kami. Persaingan yang saya maksudkan adalah persaingan dalam bidang photography; gambar sape paling power antara kami berdua.

Persaingan ini bukan macam persaingan bangang seperti segelintir sahabat fotografer diluar sana. Saingan ini bukan untuk bermegah-megah dan bukan untuk berbangga - bangga dengan gambar gambar kami sebab kami tahu kami takpower mana dan ramai lagi power kat luar sana.

Maknanya persaingan ini lebih kepada syok sendiri kami berdua. Awak-awak kat luar sana jangan kecoh-kecoh macam Fauziah Ahmad Daud mahupon Raja Azura. Cuba relek2 saja macam Sari Yanti. Persaingan ini wujud untuk memberi motivasi kepada kami supaya lebih tekun untuk mendapat artwork-artwork serta menjadi lebih power dari masa ke semasa.

Kami berkongsi minat yang sama, suka travel, suka photojournalism, suka cycling, suka macam-macam lagi la kecuali minat ke masjid. Saya lebih suka ke masjid berbanding dia. KAH KAH KAH KAH. Itu saya bergurau saja. Kalau awak-awak tak boleh bergurau maknanya awak-awak tak boleh buka blog saya. Saya memang suka bergurau.

Impian kami adalah untuk mengembara mencari gambar dan menerbitkan satu buku, biarpon buku itu bukan untuk dijual, biarpon buku itu untuk kami syok-syok sendiri dan sengeh sorang sorang dekat rumah. Kepuasan diri sendiri adalah keutamaan kami. Kahkahkah!

Motto kami dalam bidang fotografi ialah " jangan pandai ambil gambar wedding saja". kahkahkahkah.. Saya bergurau lagi

Nota Kaki : IMPIAN bukan angan-angan.

Tuesday, December 13

Sebuah Gitar Kapok Dalam Bonet Kereta.

Ada sebijik gitar kapok dalam bonet kereta gua. Dah lama dia bermastautin di situ. Asalnya client gua yang tertinggal gitar kapok tu.

Gua kontek juga client gua, tapi dia cakap simpan saja buat kenangan. Lagipon gua tengok dia ada 2 3 bijik gitar karen kat rumah.

Jadi bersemadilah gitar tu berbulan lamanya dalam bonet kereta. Gua biarkan saja kat dalam tu. Tak terusik, tak berbelek, tak terpetik.

Bukan gua tak pandai main gitar, tapi gua dah lama tinggalkan dunia musik ni.

Nasihat Gua Yang Berguna

Hari ni perut gua mengada-ngada lagi mintak char kue teaw. Ikotkan malas nak melayan sangat, tapi bila lidah pon dah kecur, nak tak nak gua pon melompat-lompat dengan girang sambil nyanyi "la la la la la la la la" melintas jalan untuk ke kedai char kue teaw. Kedai apa malas pula gua sebut. Tak nak la promosi secara percuma. Nuffnang pon bayar gua tempek iklan kat sini biarpon bayarannya nak beli coki-coki pon tak cukup.

"kasi special satu." pesan gua dengan tegas dan sombong. Bukan apa, gua dah muak sangat tengok muka cashier sorang yang pakai tudung kat kedai tu. Mukanya nak menyombong gila. Senyum memang dia tak reti. Sakit plak hati gua. Bagi gua, kalau tak nak senyum, jangan jadi cashier, jadi la bouncer.

Gua layan sorang-sorang char kue teaw sambil duduk betul-betul depan brader2 basking macam semalam jugak. Feel betul makan sambil tengok konsert free. Live plak tu. Kalau layan konsert Wings ngan Search ni mau-mau dekat RM500 kalau duduk depan-depan macam ni. Tak boleh layan char kue teaw plak tu. Untung betul gua hari ni.

Disebabkan gua datang lambat, show dorang dah nak habis. Tapi sempat jugak la layan tiga empat lagu. Sebelum dorang blah, macam biasa sorang dari brader tu datang ke meja-meja kutip duit sapa-sapa yang ikhlas nak bagi.

Dia pegi belakang dulu, jadi gua last sebab gua depan sekali.Sakit hati gua tengok orang-orang yang tadi syok layan, tp kedekut nak hulur barang seringgit sekalipon. Itulah melayu, selagi boleh free nak free.

Bila sampai kat gua, gua seluk poket sambil hulur dalam kantung duit dia. "Jangan beli alkohol tau," nasihat gua sambil senyum manis.

Monday, December 12

Muka Jahanam tak semestinya Rock.

Gua tengah beratur. Panjang juga barisannya. Tapi sebab melayan perut yang mengidam char kue teaw gua beratur juga.

Tengah gua layan feel berator, gua baru perasan satu table ada 3 orang; 2 jantan, 1 betina tengah ralit borak. Oleh kerana ada budak2 basking tengah melalak, jadi gua tak dengar apa diborakkan mereka.

Yang si jantan ni dua-dua muka brutal. Sorang rambut macam Dato' Shake masa muda. Berkumis tebal tanpa janggut. Sorang lagi rambut macam afro macam gua dulu-dulu. Dressup dua-dua macam Amy Search masa mula-mula main mainstream dulu.

Fuhh.. Rock betul. Stylo. Jarang betol gua jumpa anak muda jiwa rock macam ni. Kalau jiwa fentau tu belanar gua jumpa. Si betina gua taknak cerita macamana dia punya dress kod. Takot-takot budak-budak bawah umur stim baca blog gua.

Tak sampai seminit setengah gua puji mamat-mamat rock ni dalam hati, satu geng pondan 4 orang yang tetek letak span sampai. Wah bukan main lain bersalam cium pipi. Mamat rockers ni pon sama. Bukan main lembik lagi gua tengok tangan dia. Bontot pon saja2 bagi letik2 bila berdiri.

Cilaka. Harap je muka jahanam!

Friday, December 9

Monolog Dinihari.

siri sequel Pisau Tikam Dada

Gua menapak dua tiga kaki,
berdiri tegak gua di balkoni.
Sepi, sunyi, dan
cuma sekali sekala suara motokar lalu berbunyi.

Gua jengah langit dinihari.
Kelam, tapi cantik tersuluh tempias sang rawi.

Gua tongkatkan dagu di pagar besi.
Merenung lagi langit atap pelindung bumi.
Tinggi. Sangat Tinggi!
Tinggi itu jugalah cita-cita yang gua impi.

Gua mengeluh sendiri.
Merenung, menimbas, mengimbau apa yg sudah gua lalui.

Gua menapak lagi empat lima kaki.
Kali ini di depan cermin gua tegak berdiri.
Gua tenung dalam-dalam jasad dalam cermin ini;
Jasad dalam cermin yg bernama Khairul Amri.

Gua bertanya pada Si Amri,
Apa yang sudah lu kecapi?
Apa yang lu ingini?
Apa lu mahu sebelum lu mati?
Si Amri diam menyepi.
Diam tanpa menjawab soalan-soalan tadi.

Gua menapak lagi enam tujuh kaki.
Duduk tertib mengadap skrin 17 inci.
Jejari runcing gua mula ligat menekan papan kekunci.

"Rakan2 sepencari rezeki,
lama sudah gua serahkan diri.
lama sudah gua tabur bakti.
lama sudah memecah keringat menyemai budi.
dan selama yang sudah itulah gua sisihkan kemahuan sendiri,
cuba menjulang nama yang bukan gua miliki.
Hari ini, gua terpaksa fikir pasal diri sendiri.
Apa gua mahu, apa gua ingini, apa gua hajati, apa yang gua impi."

Gua menapak lagi lapan sembilan kaki.
Gua bersandar lalu menekan punat 'controller' peti tv.
Cuba meleraikan kusut dalam diri,
Cuba menghilangkan susah dalam hati,
Cuba mengukir senyum walau kelat sekali,
Cuba heningkan kepala dengan mimpi.
Dan MIMPI...

Wednesday, December 7

Pantang gua sekarang!

Kalau dengar kat telinga gua, sapa sembang pasal perut, memang kena pelangkong dengan gua.

Tuesday, December 6

Memancing

Kepala gua jem. Macam MRR2 bila jam lima. Macam Loke Yew juga bila jam 5. Macam Danau Kota pada malam minggu. Jem!!! Kadang-kadang jemnya lagi teruknya dari Hiway Karak pada malam raya.

Bila jem dah teruk, dia terus upgrade menjadi tension; semak, kusut!

Time-time macam ni la gua teringat babak-babak klise dalam drama, nak bercuti jauh ke desa, nak lari dari hiruk pikuk kota. Bunyi hon diganti bunyi unggas, udara cemar karbon monoksida digantikan oksigen segar hutan belantara.

Gua pejam mata seketika, membayangkan. Nikmat.

Datang pula idea hinggap di kepala gua, seronok betul sesekali pergi memancing, hilangkan tekanan. Stim juga lepak tepi sungai hisap rokok suria, minum air tin nescafe sambil tunggu umpan dimakan ikan. Kemudian ikan sambar, gua tarik. Stim betul layan joran disentap ikan. Stim itulah yang gua perlukan untuk hilangkan tekanan gua.

Tapi tetiba satu pikiran lain menciluk masuk benak pikiran gua. Macamana kalau ditunggu berjam-jam tak dapat-dapat juga ikan, tu lagi menambahkan tekanan kepada gua!

Kepala gua kembali semak!

Monday, November 21

Angkuhnya Garuda.

Pada zaman dulukala. Semua binatnag tunduk dengan Nabi Sulaiman. Kecuali seekor binantang yang merasakan dirinya kuat dan power sebab dia besar dari semua binantang. Sampaikan dia rasakan diri dia lagi power dari nabi Sulaiman. Binatang ini adalah GARUDA.

Nak dijadikan cerita, Maharaja Rom ingin mengahwinkan puteranya dengan puteri Maharaja China. Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman menjadi hairan bagaimana Allah mengatur jodoh manusia sekalipun kedua-dua mempelai berasal dari negara yang jauh jaraknya antara satu sama lain.
"Ketentuan Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya".

Garuda yang ketika terdengar kata-kata Nabi SUlaiman, lantas berkata dengan kesaktian yang ada padanya dapat memisahkan Puteri dan Putera yang ingin berkahwin ini.

"Jangan Garuda. Kita makhluk Allah terlalu banyak kelemahan. Jangan menyombong diri" nasihat Nabi Sulaiman.

Garuda langsung tidak memperdulikan nasihat Raja Sulaiman. Dia bertekad menghalang perkahwinan itu kerana dia berkuasa berbuat demikian.

Terbanglah garuda ke negeri China. Bila sampai diangkatnya mahligai dan dibawanya ke sebuah pulau. Dalam mahligai itu ada Si Puteri dan seorang dayangnya. Selepas meletakkan mahligai itu di sebuah pula.

Terbang pula Sang Garuda itu dan menyerang rombongan kapal Putera Rome yang diketuai Merong. Maka berperanglah mereka ditengah lautan. Diangkatnya kapal putera itu ke langit dan dihempasnya ke laut. Berkecailah kapal-kapal rombongan dari Rome itu.

Putera Rome terkapai-kapai ditengah lautan dan terus lenyap dari pandangan. Tatkala itu Merong Mahawangsa melepaskan anak panah kesaktiannya. Anak panah meluncur laju bagai kilat membelah langit dan berputar-putar lalu bertukar menjadi Burung Jentayu. Berperanglah mereka yang dahulunya bersaudara. Mereka berperang bertahun-tahun lamanya. Segala sakti-sakti, jurus-jurus, dan power dikeluarkan.

Dalam masa yang sama, Putera Raja Rome yang hanyut bertahun-tahun terdampar di sebuah pulau yang dipanggil Langkapuri. Seorang dayang telah terjumpa seorang lelaki terdampar di tepi pandai dengan siput telah bersarang di badannya, lalu dibawanya ke Mahligai.

Gua pendekkan cerita, Jentayu mati ditikam di rusuk kiri oleh Garuda. Jatuh setitik air mata garuda yang disambut oleh Sang TIram dan disimpan menjadi mutiara sebagai kenangan dari Jentayu. Jasad Jentayu jatuh di Laut Khalzum dan di situlah Jentayu bersemadi.

Terbanglah Garuda dengan gembira sambil nyanyi "la la la la la la la la" dan mengkabarkan kejayaannya kepada Nabi Sulaiman. Dengan megah garuda menceritakan dia telah menculik Puteri Cina dan diletakkan di sebuah pulau dan dia telah membunuh Putera Rome. Nabi Sulaiman minta dibawa Mahligai itu menghadapnya sebagai bukti.

Terbanglah Garuda ke Langkapuri, mengangkat mahligai dan dibawa mengadap Nabi Sulaiman. Apabila mahligai itu diletakkan didepan Nabi Sulaiman, keluarlah 2 orang, lelaki dan perempuan dari mahligai itu. 2 orang itu adalah Puteri Cina, dan putera Rome yang telah diselamatkan oleh dayang.

"Jodoh, Pertemuan, ajal, maut, semua ditangan Allah." ujar Nabi Sulaiman kepada Garuda.

Garuda yang angkuh berasa amat malu lalu terbang menyembunyikan diri jauh ke satu tempat yang tidak diketahui.

~

Itu kisah Garuda di masa silam. Kisah garuda di masa kini pon lebih kurang sama. Bongkak bagai nak gila walhal disini juga mereka minta simpati.

Tuesday, November 15

SUkan Sea

Sukan Sea dekat Jakarta dan Palembang dah start rupanya. Kalau dulu-dulu, memang gua tunggu-tunggu. Pukol 11 pagi, pukol 4 petang, memang gua dah terpacak depan TV. Malam tak boleh, sebab mak gua suroh siapkan kerja rumah.

Tapi sekarang ni, oleh kerana sibuk dengan kerja, tak sempat nak layan TV. Tapi apa-apa pun, sukan sea tahun ni gua target Zaki Sadri menang emas lompat jauh dan lompat kijang, m ramachandran plak kompem emas lari 1500m, 5000m dan 10000m, Nurherman Majid menang 110m berpagar. Tak lupa juga M kumaresan yang gua jangga akan mengekalkan penguasaannya di Veledrome.

Penyerang Versatile

Gua rasa gua dah tak perlu warm up dah. Tak sabar sampai punya pasal gua lari dari sekolah agama ke sekolah kebangsaan tadi. Dah takleh nak tunggu, tak boleh jalan berlenggang dah. Gua excited betul. Petang ni ada perlawanan persahabatan dengan sekolah kampung sebelah.

Tapi memandang Cikgu Azahari Limat dan Cikgu Razali Seman ada terpacak dekat padang, jadi gua lari jugak pusing padang 20 round supaya tidak ditampar oleh 2 orang coach bola baling gua yang macam singa ni.

Selesai melakukan regangan, Cikgu Azahari Limat panggil semua pemain. " ingat, satu serangan satu gol." Gua sebagai penyerang yang versatile menganggung-ngangguk tanda faham tugas berat yang gua pikul sekarang.

Wisel mula ditiup. Tim lawan memulakan perlawanan. Ntah macamana gua dapat rampas bola lalu gua lari ke kawasan D dan gua lompat, GOAL!!! Kawan-kawan sepasukan gua diam. Kemudian gua toleh ke tiang gol yang gua sumbat tadi, Yoyo kawan kelas gua yang jaga. Cilaka, apa gua buat ni? gua attact ke gol sendiri.

Muka Cikgu Azahari Limat merah padam. Muka gua pula 5 inci dah tebal. Malu dengan tindakan bangang gua. Gua pon tak tahu kenapa gua tersalah arah.

Malu punya pasal, 14 minit permainan ( 7 minit separuh masa ), gua sumbat 9 gol. Bila wisel tamat tim gua menang 11-1.

Dulu, kalau main bola baling, sapa tak goyang nak jumpa Jengka 20? tradisi turun temurun, melahirkan pemain bola baling hebat negeri pahang.

~

Sampai ke sekolah menengah gua kena bahan dengan coach gua pasal kes ni!

Monday, November 14

Pisau tikam dada.

Gua pikir-pikir balik, gua dah kena pikir pasal diri gua. Gua tak boleh pikir 'friendship' sangat. Gua dah banyak berkorban. 3 tahun gua serahkan diri gua - bersusah-susah; SEORANG! Tak ada sesiapa (kecuali cik puan gua) yang pernah tanya perut gua dah berisi atau belum.

Gua berada di tahap gua sekarang dengan usaha dan titik peluh gua sendiri. Gua bertanya sendiri pada diri gua, kenapa gua perlu beria-ia, terkinja-kinja, berhempas pulas? Kenapa gua perlu korbankan apa gua minat?

Gua rasa gua nak kembali ke arah jalan yang gua mahukan dulu, jalan yang gua tinggalkan, jalan yang gua tutup dulu semata-mata 'friendship' yang lama kelamaan gua nampak akan berada di takuk sama atau mungkin juga akan gah dan megah setelah penghijrahan gua; baru usaha2 sungguh2 utk tunjuk dan menunjuk dekat gua.

Takpalah, sekurang-kurang gua tak sakit hati. Gua sendiri; Jatuh bangun, susah senang, gua tanggung dengan nama sendiri. Gua tak senang sebab orang lain, tak susah sebab orang. Tak ada dah letih lelah beria usaha dan bersuara nak majukan, angkat, usaha utk orang lain biarpon diri terkontang kanting.

tapi, gua masih dalam proses berpikir dan memberi masa; 10 juta kali dah gua bagi masa!!

p/s: tahun depan gua target nak tapau mini cooper S

Thursday, November 10

Nafsu serakah!

Sorang perempuan cina terpacak di sebelah gua tak berenti-berenti pujuk gua.
"amik ini la abang, ini cantik ma. Baru sampai. Takda orang pakai lagi. Lu orang first pakai ma. Lagi pon yang ini tahan lama punya."

Gua pandang tak lepas, gua tatap lama-lama. Fuh, yang tu memang mantap. Yang belah sana tu menonjol betul, menyerlah. Yang belah sini ok ok saja, gua tak berapa minat biarpon bahagian depan terbuka luas.

Betullah kata orang tua, dari mata turun ke hati. Setelah gua tatap lama-lama, gua mula jatuh cinta dekat yang satu tu. Cantik, simple, slim buat gua stim.

Tapi bila gua ingat yang dah ada dekat rumah tu terus potong stim. Aduhhhhhh!!!

Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan!!!
Sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar!!!

Pandang tempat lain. Pandangan mata gua dah lagho dah ni. Gua terlampau ikut nafsu. Wahai kaki bawalah gua pergi dari tempat ni. Tak tahan gua dengan godaan syaitan yang membisik bisik dekat telinga gua.

Gua melangkah keluar dua tiga tapak sebelum kaki gua berenti. Susah betul kaki gua nak bawak gua pergi dari tempat ni. Gua toleh satu sudut, pehhhhhhhhh, yang ni lagi cantik lagi mantap lagi stim. Nafsu gua makin meluap.

"macamana abang? mahu yang ini ke? yang ini saya boleh kasi diskaun skit sama abang la."

Itulah kelemahan gua. Gua selalu kalah dengan godaan syaitan serta pujuk rayu perempuan. Akhirnya gua terjebak, untuk kali keberapa ntah gua sudah lupa.

"amoi, kasi yang ini saiz lapan UK. Kaler kelabu taik anjing"

Melayang lagi gua punya RM.

Wednesday, November 9

Menulis blog adalah hobi abang di masa lapang.

Baru-baru ni, gua diterjah dengan soalan " Abang, bila abang nak update blog. Dah bersawang dah saya tengok. :) "

Memandangkan gua ada masa terluang, gua jawab soalan tu.

Adik manis, manulis blog adalah adalah hobi abang di masa lapang. Menulis blog tak mendatangkan pendapatan pada abang.Kalau blog abang mendatangkan duit dengan banyak, mesti abang akan update setiap minit dan setiap saat. Kerja dan komitmen abang adalah seorang jurugambar.

Nak dijadikan cerita, sekarang ni abang sangatlah sibuk dengan kerja-kerja abang. Jadi abang takda masa untuk menulis barang sepatah dua. Abang kena tumpukan kepada kerja yang membolehkan abang makan nasi, bayar bil telefon, sewa rumah dan lain-lain lagi. Jadi jika ada masa-masa senggang saja abang akan menulis blog.

Abang bagi satu contoh, Macam pasukan bolasepak kita. Dorang semua main bola sebab hobi saja; suka-suka. Dengan masa ada yg terluang, tak tau nak buat apa main la bola, sambil dapat berjalan bersiar-siar di luar negara. Sebab tu lah dorang main-main. Nak taknak main bola macam abang nak taknak update blog.

KAHKAHKAHKAH.

Harap adik faham penjelasan abang. Kalau adik tak paham adik memang dungu. Kahkahkah

Friday, October 28

Spirit

Gua ada temujanji malam tu jam 11.55 malam. Gua toleh jam di dinding, jam 1134 malam. Gua dah lambat nampaknya. Gua gegas bangun, capai baju di tombol dan seluar di belakang pintu. Gua sarung satu-satu kemudian gua menapak laju.

Lagi malam tu gelap, sa titik bintang pon gua tak nampak. Gua panjangkan lagi langkah gua, mempercepatkan keluar dari pintu guard Apartment Lestari di Bandar Seri Permaisuri tempat gua menginap.

Bandar Permaisuri masa tu sunyi lagi. Lot-lot kedai dekat Q Bistro dan kayu nasi kandar takda lagi. Syarikat pemaju pon gua rasa tak lukis pelan lagi nak bangunkan tempat tu. Permaisuri masa tu kosong lagi.

Gua jalan terus lagi melepasi tapak masjid dekat simpang empat. Jalan depan sikit jumpa penara, jalan depan lagi jumpa Sup Meletop.

Ngam-ngam lepas sup meletup hujan mula menitik. Hujang berlari lari anak melintasi kawasan pembinaan belum siap yang sekarang ni tersergam Maybank, JPJ, Hajris Bistro dan juga Pasaraya Hero. Part paling mencabar nak menuruni bukit nak ke Stesen LRT Salak Selatan. Licin gelap dan becak.

Gua menapak berhati-hati supaya baju yang mula lenjun ni tak kotor dek lumpur kalau terjatuh.

Turun bukit jumpa stesen LRT, gua lalu ikot terowong bawah. Ada 2 3 orang india terbaring mabuk Thai Song. Bau busuk Thai Song mencucuk hidung gua.

Tepat jam 11.53 gua sampai dekat mamak Fatimah dekat pekan cowboy Salak Selatan.

"Matcha, teh o panas satu, roti sardin kari sambal satu" jerit gua

"wookeeeeeeeeh" balas mample tu sambil kepala goyang-goyang.

Tepat jam 11.55 temujanji gua dengan Manchester United bermula. Gua layan bola sambil gigil.

~

Game MU start awal plak hari tu. Pukol 7 dah main. Gua dengan kawan-kawan rumah lepak di Mamak Ehsan dekat Permaisuri. Masa tu lot kedai tu baru siap. Baru pecah dara.

Habis game MU pukol 9. Tapi sambung plak game Arsenal. Masa tu Arsenal kuat lagi bagi menghormati kawan gua yang sarung jersey O².

Habis game Arsenal pukol 11, layan game liverpool memandangkan ada kawan gua yang baru sokong lepas Liverpool main tipu menang dengan AC Milan.

Pukol 1 game habis. Tapi ada pulak kawan gua sorang ni baru sampai, layan lagi borak post mortem game-game yang baru habis tengok. Borak punya borak dah pukol 3.45 pagi. Ada plak game Real Madrid dengan Barca, layan lagi sampai habis.

Dah nak subuh baru angkat bontot nak pergi bayar. Mamak-mamak kat situ pon dah naik menyampah tengok kitorang lepak dari matahari terbenam sampai la matahari nak terbit semula.

Syok betol tengok bola secara combo macam tu.

~

Huh.. itu ceerita gua. Lu ingat gua saja-saja cerita??? Lu ingat gua rajin sangat nak taip-panjang-panjang nak kasi lu saja-saja baca?? Lu kalau takat malam minggu layan astro ria lepas tu tau result bola lepas tengok orang kecoh kat FB, lu jangan kecoh-kecoh nak bahan gua sebab MU kena tibai 6-1. Hanya orang-orang yang ada spirit bola saja boleh maen bahan-bahan dengan gua. Orang macam lu jangan, nanti gua rodok perut lu dengan sesiku L!

Khamis, 27 Oktober 2011, 4.04 pagi.

Khamis, 27 haribulan 10 tahun 2011, jam dekat tangan gua tunjuk pukol 4.04 pagi. Gua secara solonya tengah layan nikotin sambil hirup teh o panas selepas mentelaah char kue teaw special sepinggan dekat Malis Corner, Danau Kota.

Jam 4.04pagi ramai lagi orang kerumun dekat sini.

Table belah kanan gua ada pasangan kelamin santap nasi lemak tanpa menghiraukan anak kecil mereka yang mata terkebil-kebil dalam stroller.

Table sebelah depan tu ada sepasang kekasih sedang hangat berborak. Berborak hal-hal masa depan mungkin; hal-hal nikah nak pakai baju kaler apa, hal-hal nak dapat anak berapa, hal-hal nak letak nama apa dekat anak nanti, dan macam-macam hal lagi.

Satu lagi table ada geng-geng jantan yang gua nampak macam bangang saja main daun terup. Ape nampak stylo sangat ke main daun terup dekat kedai makan?

Table kiri gua kosong, selang satu table ada awek-awek seksi yang gua tak tahu datang dari mana. Kulit jenis apa tak tahu sejuk ke pagi-pagi buta pakai macam tu?

Table hujung belah sana satu geng-geng gay tengah hangat bergosip. Sesekali sekala salah sorang dari mereka menjeling ke arah gua. Selepas gua menunjukkan jari tengah sambil kening gua kerutkan dia tunduk sambil lutut terketar-ketar.

Satu lagi sudut geng-geng cina jual DVD haram tengah lepak hilangkan lelah.

Dekat kaunter ada 4 5 orang tengah beratur. Dekat kaki lima ada lima nam orang baru melangkah masuk kedai.

Jam 4.18 gua berenti menulis, gua angkat bontot dah menyusun langkah pulang. Apa dorang semua ni tak reti-reti nak balik ke?? KAHKAHKAHKAHKAH!

Wednesday, October 19

Surat Khabar

Selain dari menjadi bahan bacaan gua semasa berak,dan juga menjadi alas masa gua santap megi, gua tak nampak apa-apa kegunaan berita harian, utusan melaysia, kosmo mahupon metro..

Thursday, October 13

Ringgit Malaysia Tiga Ratus Empat Puluh Sahaja

Zaman dulu-dulu, bukan dulu sangat, bukan zaman Zaiton Sameon, bukan zaman Francisca Peter, bukan juga Kenny Reemy Martin , Rahim Maarof, mahupon adik beradik bangang KRU, zaman sudah milenium. Zaman Mawi mula-mula naik, zaman Faizal Tahir tangah up.

Dengan duit elaun MARA Ringgit Malaysia Tiga Ratus Empat Puluh Sahaja tambah duit pau abang dan kakak gua kira-kira Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja, gua boleh makan selama sebulan, bayar duit sewa rumah apartment, buat tambang bas dan LRT untuk ke kelas setiap hari biarpon gua tak masuk kelas setiap hari, top up telefon bimbit biarpon topup rm10 dan rm30 tak ada lagi masa tu, keluar dating tengok wayang, main snuker di Snuker Utara tingkat 3 Pertama Kompleks setiap hari, lepak food court pertama dari jam 2 petang sampai jam 10 malam, beli rokok Winston 10 setiap hari, dan banyak lagi perkara kejam dan ganas yang gua tak boleh sebut kat sini gua buat dengan nilai duit sebanyak yang gua sebut.

Kenapa sekarang dah tak boleh buat macam tu? Oh,baru gua terfikir, mungkin zaman dah berubah. Zaman sekarang zaman Perdana Menteri Dato Seri Rosmah Mansur meneraju negara.

Wednesday, October 12

Cermin Mata

Dari zaman belajar lagi gua bercita-cita buat cermin mata yang tukar jadi gelap bila dekat tengah panas. Tapi memandangkan elaun bulanan cuma RM340, gua pendamkan hasrat gua.

Cemburu gua pada Abu, smart betul spek mata dia. Canggih betul spek mata dia. Duduk tengah panas spek jernih tukar gelap. Tapi Abu tak palah, duit banyak. Belum masuk duit kebas dalam mesin duit masa kerja part time dekat Hagen Daz.

7 tahun berselang, gua cuma 3 kali tukar cermin mata. Itupon masih cermin mata biasa. Bagi gua keperluan itu menjadi kehendak bila buat cermin mahal. Last gua tukar cermin mata tengah tahun hari tu. Gua keluarkan bajet RM70 buat cermin mata gua yang hilang.

Malas gua buat mahal-mahal, gua bukan selalu pakai sangat. Pakai pon time memandu, time mengadap PC, time kerja.

Tetapi hamun punya pasal sebab spek Rm70 tumbuh kulat-kulat, gua bentangkan bajet selari dengan Rosmah bentangkan belanjawan negara. Dengan nekad gua melangkah kedai cermin mata, gua bikin satu cermin mata yang tukar gelap bila kena panas.

Bila dah siap gua sarung kat muka, saja gua jalan tengah panas. Lama skit gua tanggal, gua tengok, WAHHHHHHHHHH, cermin mata gua dah gelapppppp....

Tuesday, October 11

Gua Mahu Isteri Seksi.

Gua sudah mula berangan-angan nak tamatkan zaman bujang. Gua rasa gua dah sampai masa kawen. Seronok betul dengar cerita ghodong-ghodong yang dah kawen.Gua mula mencongak kriteria-kriteria bakal pelengkap rusuk kiri gua.

Secara jujurnya sebagai lelaki normal, gua teringan sekali mahu beristerikan gadis seksi. Berhias cantik berdandan rambut. Bergincu merah dibibir. Dengan baju ketat yang leher bajunya boleh masuk kepala gajah, pasti buah kopek sangat sendat dan bukan setakat alur, 2 2 bijik terus nampakkan muka. Fuhhh. Pakai pulak skirt pendek, betul-betul bawah panggal jubor.

Kalau takda skirt pakai hot pant ketat pon takpa. Janji ketat, janji singkat. Pakai pula kasut tumit tinggi 5 inci, memang lentiklah jubor. Betul-betul seksi. Tambah seksi bila datang bawa segelas air bila gua balik dari kerja. Hilang penat gua, hilang lelah gua. Memang tangkap stim untuk gua lepak dekat rumah. Ditambah dengan masakan yang dah terhidang. Memang tak ada punca dah gua tak keluar rumah melainkan mahu menonton perlawanan Manchester United dengan kawan-kawan.

Nak ikot? boleh. Pergi pakai elok-elok cantik-cantik. Tutup yang mana terdedah. Gua mahukan isteri yang seksi dan mabeles di rumah saja. Untuk hidangan mata gua saja. Bukan sajian mata-mata ke RANJANG jantan-jantan lain masa lepak makan di Malis Corner, bukan untuk sajian mata jantan-jantan masa jalan-jalan di Uptown.

Pendek kata, itu semua 100% hanya untuk gua, bukan untuk dikongsi walaupon takat pandang mata.

Panjang kata, jangan jadi dayus, kalau tak buka orang tak tengok.

~

Naik stim gua bila lepak malis. Dah memang susah dah gua nak jumpa 'perempuan'.

Monday, October 10

Surat Cinta dari Dia

Assalamualaikum.

Kehadapan Danish,

Awak apa kabar? Mestilah awak sihatkan sebab masa rehat tadi saya nampak awak main kejar-kejar dengan sakeri. Awak, saya nak mintak maaf sebab lambat balas surat awak. Bukannya apa, banyak sangat kerja sekolah nak kena siapkan. Cikgu Azizah bagi kerja rumah sampai lima muka surat. Penat saya nak siapkan. Yang pasal Mirol awak jangan la cemburu. Dia je yang nak kat saya. sumpah saya taknak pon kat dia. lagipon dia tak pernah pon wakil sekolah. Saya dari dulu nak kat awak. Sumpah Wallah Alip Lam Lam Ha. Nanti kalau nampak saya masa rehat awak tegur la saya. Kalau awak malu sayapon malu. Awak sukan nanti awak masuk acara apa? Saya masuk acara 100 meter, 200 meter dengan lompat tinggi. Awak sokong saya tau. Nanti saya akan sokong awak juga biarpon awak rumah biru. Awak nanti awak balas awak bagi biodata awak tau. Ni saya bagi biodata saya.

Nama : Puteri Maisarah Zakiah Habibah bte Dolah
Nama panggilan : Puteri
Tarikh Lahir : 22/10/2002
Tempat Lahir : Hospital Kuala Lipis
Hobi : Menolong ibu dan mengumpul stem
Cita-cita : Doktor Haiwan
Sukan diminati : Bola jaring dan olahraga
Pemain diminati : Rooney, Nani, Park Ji Sung
Makanan Kegemaran : Apa-apa saja asalkan halal.
Minuman kegemaran : Apa-apa saja asalkan halal.
Penyanyi pujaan lelaki : hafiz AF
Penyanyi pujaan perempuan : Adira AF
Pelakon pujaan lelaki : Fiz Fairuz
Pelakon pujaan perempuan : Tiz Zaqyah


Awak, saya nak kena buat kerja rumah, nanti mak saya marah. Jangan lupa bagi biodata awak.

Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.

Pen Merah pen biru,
jangan marah i love u.

p/s : maaf tulis buruk

~

Lu pernah dapat benda macam ni? Lu pernah lalui saat-saat indah macam ni? Kalau tak pernah memang lu tak market dulu-dulu. Kalau tak pernah memang rugi besar masa lampau lu.

Friday, October 7

Hari Hari Buat dan dot dot dot

Ekselen. Buka kamus kalau tak tahu apa difinisi ekselen. Macamana nak jadi ekselen?
Cuba tanya Uncle Fergie macamana dia begitu ekselen dengan 19 kejuaraan. 26 tahun bimbing kelab yang sama. Memanglah ekselen. Jangan tanya wenger, jangan tanya King Kenny Roges, jangan tanya budak hingusan villas boas, jangan tanya mancini. Tanya Uncle Fergie dulu.

Cuba pula tanya Ronaldo macamana dia begitu ekselen menjaringkan gol. Berapa lama dia punya training? Macamana pula dia tekun tendang bola. Bila hari-hari buat mesti ekselen. Kalau tak ekselen juga maknanya itu bukanlah bakat, itu cuma perasan tak ingat. Langkah berjaga-jaga baik cuba bidang lain.

Cuba tanya Uncle Fergie macamana dia begitu ekselen dengan 19 kejuaraan. 26 tahun bimbing kelab yang sama. Memanglah ekselen. Jangan tanya wenger, jangan tanya King Kenny Roges, jangan tanya budak hingusan villas boas, jangan tanya mancini. Tanya Uncle Fergie dulu.

Macam itu juga dengan penebar roti canai. Hari pertama dia bekerja takkan ekselen. Tapi bila dah hari hari buat dan bertahun mengadap roti canai, itu yang wujudnya roti terbang tu. Nak buktikan dia betul-betul ekselen buat roti canai.

Mekanik pon sama. Mula-mula kerja terkial-kial cari punca kenapa motor tak hidup. Kadang-kadang siap turun enjin walhal cuma kepala palam pencucuh saja yang tercabot. Tapi bila hari hari buat, lama-lama, dengar suara enjin saja dah tahu apa yang tak kena.

Jurugambar? Hari hari pertama pegang kamera gambar mesti ke tong sampah. Ada 'under', ada 'over'. Lama sikit 'under' 'over' dapat diatasi. Tapi framing pula tak kena, komposisi pula macam haram. Tapi bila hari-hari buat, output yang dikeluarkan gerenti ekselen.

Pengarah filem pon lebih kurang sama. Pernah tengok telimuvi pertama Gemulah Yasmin Ahmad? Rabun kalau gua tak silap judulnya. Apa yang ada pada cerita tu cuma idea saja. Penyampaiannya seriushit macam haram. Tapi bila hari-hari buat, hari-hari fikir, hari-hari post mortem, terhasillah filem-filemnya yang berkualiti tinggi. (biarpon gua tak gemar ideologinya yg 'agak liberal')

Pemandu Teksi masa mula-mula kerja dulu, minta penumpang tunjuk jalan, bawa teksi pon terkial-kial. Tapi bila dah hari hari buat, semua jalan dia hafal. Cakap saja pelusuk mana, insyaallah dia boleh bawa. Ke lubang kubur pon gua rasa dia boleh bawa, sebab bila hari-hari dia bawa teksi, bukan maen ekselen ciluk sana cilok sini. Ke'ekselen'an pemandu teksi ni sampai tak payah bagi signal, pulas saja streng. Belok saja sesuka hati, berenti saja kat mana dia suka. Dia hari-hari atas jalanraya, ini jalan bapak dia yang punya. Cilaka betul!

Thursday, October 6

Sayangkan.. Manjakan

Bahagia rasa bila dikurniakan cahaya mata. Cahaya mata tu tanda kita yang jantan-jantan ni kuat, boleh bagi zuriat. Baru tak segan nak balik kampung. Xdalah semak telinga dengar orang asyik bertanya.

Biarpon gua tak ada anak lagi, tapi otak di kelapa lutut kiri gua boleh bayangkan macamana sayangnya bapak kepada anak. Tambah lagi bila dah lama menanti. Tambah lagi itulah yang tunggal, satu, sa! SAHAJA! Sayangnya berlipat kali ganda, dijaga dan dimanja bagai menatang minyak yang penuh; secara klisenya.

Manjakan anak biarlah berpada-pada. Marahlah kalau dia buat salah. Cubitlah kalau perlu, rotanlah kalau sudah melampau. Jangan diikutkan sangat cakap anak-anak. Nanti bila rasa hormat sudah takda, kepala ni dia pijak. Tunjukkan sikit kreadibiliti sebagai sebagai bapak, sebagai jantan, bukan macam pondan!

~

bukan anak saja ya.. BINI pon sama!!

Tuesday, October 4

IKOT!

Jam 4.30 pagi baru gua dapat luruskan pinggang. Penat yang teramat sangat bila seharian memerah keringat. Dalam alunan lagu Rupa Tanpa Wajah nyanyian Kembara, gua terlena.

~

Pagi tu nyaman betul. Celik sahaja mata, isteri gua dah siapkan semuanya; pakaian dan sarapan. Selesai mandi, gua bersiap-siap - kemeja, kot, seluar slek kain licin, tie. Hari ni gua ada meeting.

"kanda, kanda. Dinda nak ikot" kata isteri gua.
"daddy, daddy. nak ikooooot " anak gua si Melur pula berlari datang peluk peha gua.
"er, er, er... duduk rumah saja, tengok tv, tengok movie.
"nak ikooooooooooooooot" kata mereka serentak.
"OK lah" gua mengalah

~

Kamera gua dah siap packing. Baju-baju pon sama. Cukup untuk stok 3 4 hari outstation. Gua angkat semua barang turun ke kereta. Sampai di kereta isteri gua dan anak gua tercegat sambil tersengeh-sengeh menjinjing beg pakaian..

"nak ikoot"

~

kring - kring - kring.

"helo"
"helo am, ada mana??"
"rumah, apa cerita?"
"takda apa, free malam ni? kawan-kawan ajak main futsal. Alang-alang boleh mengeteh. Dah lama tak berkumpul"
"wah, syok tu. Gua on."
"ok, malam nanti jam 9 sport planet ampang."
"roger"

"daddy, nak ikot"
"kanda, nak ikot"

~

"projek ni betul-betul kena jalan. Artwork kena cari. Photographer tanpa artwork macam penyanyi tanpa lagu, macam soldadu tanpa senapang, macam hang tuah tanpa taming saring; tak berguna. Kita kena cari artwork, artwork takkan cari kita. Jadi sekurang-kurangnya sebulan sekali kita kena keluar cari artwork. Boleh paham tak semua? " ceramah gua pada budak-budak gua masa meeting.

"paham!" jawab mereka bersemangat.

"paham kanda, nak ikoot"
"nak ikot jugak daddy"

~

Ntah apa gua bedal, perut ni rasa memulas betul. gua capai towel..

"daddy nak g mana ni?? nak ikot"
"ntahnye kanda, nak ikooot.."

hilang terus sakit perut gua, tapi ganti dengan sakit hati.

Gua sungkit rusuk kanan isteri gua. gua sekeh anak gua. 2 2 gua kasi penerajang kat bontot. Gua tak puas hati, gua capai AK-47 yg gua simpan kat dapur.................

~

Gua terjaga.. Berpeluh-peluh.. Ngeri betul mimpi gua. Kejam betul gua. Nampaknya gua dah nampak kriteria macam ni memang tak on dengan jiwa gua.

OK! Sambung tidur, baru jam 8.30 pagi.

Friday, September 30

Hari Jadi Rosmah.

10 Disember 2005, jam 6 pagi gua dah bangun seperti kebiasaan ( kebiasaan sejak seminggu lalu). Selesai mandi, gua dah sahabat gua meredah gelap pagi yang dingin, merempit ke Hotel JW Mariot di Bukit Bintang.

Cuti semester kali ni gua gunakan sepenuhnya, bekerja part time Sebagai banquet. Dengan kemeja putih, bow tie, seluar sleck kaler hitam serta ves, gua punch kad masuk sebelum jam tujuh.

Kerja gua dekat bahagian breakfast, betul2 dekat swimmingpool. Langkah gua kerap kali sumbang bila mata ralit memerhati minah saleh berbikini. teringin juga gua sesekali bersepender join sekaki, tapi memandangkan sepender gua lusuh dan getahnya pon dah kembang, gua batalkan niat gua.

Tengah syok gua kerja, manager gua panggil. "bila last cukur misai??" gua raba kumis dan dagu gua. " 2 hari lepas, tumbuh skit je encik". " balik nanti cukur, esok saya nak tengok clean."
gua angguk saja.

Selesai kerja kat bahagian breakfast, gua dikerah ke ballroom. Dengar saja ballroom hati gua
tak berapa senang. apa taknaknya, kalau dah masuk ballroom, sah-sah gua kena balik pukol 1 pagi. pukol 7 pagi esoknya nak masuk kerja balik. Gila babi punya penat. Lembu pon tahu nak berehat.

Hari ni ada function besar, lagi besar dari size ballroom yang paling besar. gua try usha
usha. Rupanya ada sambutan hari jadi Timbalan Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Dengar kata, isterinya Si Najib xdpt hadir. Tapi adik iparnnya, Norjuma ada.

Tapi persetankan Norjuma, dulu gua ada tangkap cintan juga dengan Norjuma, tapi lepas dia
kawen dengan orang tua yang kaya hasil kesempatan mengembala wang dari projek dpt dari kabel
abang dan kakak ipar, terus gua pandang dia sama mcm artis2 yang jadi gadis penyedap
politikus2.

Sebelum fuction bermuka, para kuli-kuli , barua barua dan balaci balaci dipanggil berhimpun.
Gua berdiri depan sekali. Depan gua ada 3 org manager nak bagi taklimat. Nampak betul function ni betul-betul serius.function ni mesti ratus-ratus ribu. Silap-silap makan juta-
juta.

Tengah-tengah bagi taklimat sorang manager panggil gua. Cilaka, adalah ni yang tak kena ni.

"apasal tak cukur misai?"
"sikit je encik, tadi dah ada manager dah tegur, esok dia nak tengok clean."
"mana boleh, awak pergi cari pisau cukuR, pergi cukur."

gua seluk poket gua. dengan deria kinestesis gua dpt rasakan dalam poket gua ada tiga ringgit lebih.

"cari kat mana?"
"bodoh, pergi la beli"
"tapi saya boleh kerja kat belakang, tak payah layan guest"
"baru jadi banquet dan nk memandai, pergi beli!"

hati gua tengah menyirap, sambil melangkah terpancul " fuck off" dari mulut gua.

"woi!" gua berenti mekangkah.

"awak kata apa?? awak nak kurang ajar dengan saya?? kalau saya nak lempar awak kat luar pon saya boleh tau!!"

Gua kena hamun depan puluhan gadis-gadis banquet. Jatuh terus ranking gua, Cilaka belagak betul manager ni. Pangkat lu memang besar, tapi badan lu tak cukup besar nak lempar gua.

Gua cabot apron gua, gua cabot bow tie gua, gua melompat-lompat keluar. Pergi jahanam dengan hari jadi Rosmah Mansur. Gua letak jawatan serta merta.

Hari jadi Rosmah Mansor buat sial dekat gua.

p/s: najib tu bini ketiga rosmah tau. dapat la balance2 aziz dan farid ismeth.

Thursday, September 29

Bila Gua Tengok Orang....

Bila gua tengok orang megah dengan telefon bimbit canggih, gua bukan tau pon baki prepaid dia ada berapa, entah entah sebulan tak top up, ntah ntah sebulan dah kena bar.

Bila gua tengok orang bergaya dengan seluar AX lah, DKNY lah, dan seangkatan dengannya, fuhh,, hensem betul. Tapi gua mana tau, seluar tu luarannya smart gila, takut-takut poket dalamnya koyak rabak.

Bila gua tengok orang keluar dating makan kat tempat mahal-mahal, gua kesian plak kat Cik Salma gua. Tak pernah gua bawa kat tempat macam ni. Ekselen betol bf dia. Tapi tu gua nampak, yang gua tak nampak ntah-ntah hari-hari biasa pelahap megi.

Bila gua tengok orang gila babi stylo dengan kereta yang berkilat,ekzos boleh masuk kepala, speaker macam dekat konsert dabel trabel, sportim besar nak mampos, gua cuma telan air liur sambil memuji, "smart la kereta brader ni". Tapi manalah tau, betapa sengsaranya dia menanggung hutang-hutang yang takkan sudah. (nak sudah macamana kalau asyik bertukar kereta).

Gua pandang diri gua. Sikit pon gua tak rendah diri dengan apa yang gua ada. Apa yang ada, tak lah lekeh mana, taklah gah mana. Sesuailah dengan taraf dan tahap gua sekarang.

~

Perut pon makin boncit. tp gua tak tau la tanda buruk atau baik.

Tuesday, September 27

Haram Jadah

Masih lagi cerita godam. Kenapa ada istilah godam dalam dunia ni? Haram jadah mana yang mula-mula reka kata godam, haram jadah mana yang mula-mula start menggodam, dan haram jadah mana yang menggodam blog gua.

Apa bangang dan apa bangsat sipolan penggodam haram jadah ni nak menggodam blog gua?? Blog gua ni bukan ramai orang bukak. Apa yang sipolan haram jadah ni dapat dengan godam blog gua? Nak gua email? Lepas tu bank inkan duit bagi bukak balik blog gua?? PUI!!!

Bodoh dan bangang sipolan haram jadah ni. Ini bukan blog cari makan. Gua bukan buat duit dengan blog gua ni. Bukan gua buat untung. Gua buat suka-suka. Tapi apa gampang sipolan haram jadah suka-suka hati plak nak godam blog gua?? Cilaka punya kerja.

3 minggu blog gua digodam, berkat pertolongan sahabat gua, Fendi (nama sebenar), gua dapat setelkan problem. Tapi 4 hari je bertahan. Blog gua digodam lagi. Cilaka. Bangsat!

Kali ni, hilang semua entry-entry gua yang lepas-lepas. Cilaka.

Sipolan haram jadah ni buat kepala gua dihujani batu-batu.

Thursday, September 22

Haram.

Jam dua pagi perut gua berbunyi. Berbunyi tanda isyarat mahu diisi. Bunyinya rancak biarpon tak ikot rentak.

Gua bingkas bangun. Sarung seluar sarung baju gua terus sergah Puja yang sedang ralit cipta lagu. "ayuh mas, makan. lapar bangat perut gue." ajak gua dengan lenggok bahasa macam Dian Sastro. Puja tanpa bersuara terus mengekor gua.

Disebabkan tekak gua mengidam char kue teau, gua pergi lompat lompat masuk Mali's Corner. Char kue teau special dengan udang bersepah gua santap. Habis makan gua bakar Peter Stuyvesant sambil garu-garu hidung. Si Puja pon nampak syok layan asap bermandikan embun pagi buta.

Tangah syok layan nikotin, ada satu biji kereta Honda Civic 2.0 yang pernah menjadi idaman gua beberapa hari lepas masuk parkir.

Pintu terbuka, keluar seorang jantan remaja. Rambutnya ala-ala Yantzen. Dress up pon jugak macam Yantzaen masa tengah gemilang bersama Rusty Blade. Kawan dia sorang dia pon lebih kurang sama.

"Mesti kereta bapak" bisik hati gua dengki.

Lepas beli makanan, mamat dua ekor ni landing kat kerusi sebelah gua. Bau hancing air kencing Jack Daniel (itu saja yang gua kenal) mencucuk hidung mancung gua.

"banyak betul lu makan, lapar betul lu." tegur kawannya.

"gua mana makan lagi, tadi gua layan minum je" balasnya.

"tadikan banyak ciken wing. apsal tak makan? syok dowh layan ciken wing sambil minum wine."

~ "owh, wine rupanya..." bisik gua.

"gua layan Jack D je tadi. Taknak gua makan ciken wing, bukan sembelih pon. Lagipon member gua ada cakap, ciken wing tu dia letak sekali dengan daging babi dalam peti ais."

~ "owh, betul la Jack D, pandai jugak gua" puji gua pada diri gua sendiri.

"ish, betol ke bro?? aduhh, gua dah makan dah tadi.. apsal lu tak cakap tadi???"

BLA BLA BLA BLA BLA BLA BLA...

Memandang jalan yang cantik berturap dan trafik lengang, gua gelak guling-guling tengah jalan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Tak cukup!

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Tak cukup! Veri fani ni!


KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Apa lu nak heran dengan ayam sembelih ke tak bro?? Haram??
Lu kan rokes. Telan je la. Pikir plak lu halal haram?
Arak haram lu bedal. Apa la sangat takat ayam tak sembelih, babi goreng tepung pon
no hal sangat kot. Boleh je telan kot. Alang - alang dah


KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!!

"am am, udah am udah, ayuh pulang dong." ajak Puja. Sambil ketawa gua mengekor bontot Puja.

Godam, Gampang

Penggodam ni gampang.
Penggodam ni bangang.
Mood mengarang dah hilang.
Nafsu menaip dah kurang.
Kepala pantas betol la dorang.
Kalau gua dapat gua terajang,
gua rembat kasi telentang,
lepas tu gua kasi telanjang.
lepas tu gua sangkot sarang kerengga
dekat dia punya batang..

GAMPANG!

~

Astagfirullahalazim....

Friday, September 9

Trauma.

Akibat digodam beberapa hari lepas, Gua dilanda trauma. Trauma ini betul-betul trauma. Bukan lagu trauma nyanyian Elite masa dorang tengah-tengah jadi bohsia dulu.

BErbalik cerita trauma yangg betul-betul trauma, sejak dua menjak ni fikiran gua bercelaru betul. gua jadi kisut, jadi kusut, jadi serabot. gua lebih suka menyendiri. Gua jadi tak banyak cakap. Selera makan gua pon berkurang. Badan gua dah susut. Berat badan pon turun 7.8 kilo. Gua jadi tak terurus. Serabai. Tak macam najeeb dan rosemah yang semakin gemok dan bergaya. Kahkahkahkah.
~
Mekdi deliveri ni lambat betol!

Thursday, September 8

Ketar-Ketar

Dah tak tahan sangat dah ni. Lama gua tahan jari-jari runcing gua. Tapi kalau dah jiwa menaip, tak leh wat pa. Gua tinggalkan blog ni dulu, dengan bangga dan stylo gua open domain sendiri.Fuh.

Tapi hari ni, gua buka balik blog buruk gua ni. Sebabnya gua tak tahu nak menaip dekat mana. entah cibai mana takda kerja godam blog gua. Gampang punya hacker. Takde kerja lain ke? Baik lu duduk diam-diam minum kopi sambil baca akhbar Harakah dekat serambi. Tak pon lepak-lepak cipta lagu dekat bini. Paling koman pon kalau dah memang spesis keturunan takleh pakai, lu pegi la cong daun terup tagan 20sen main cotek. Sekurangpkurangnya lu tak menyusahkan gua.

Apa gampang godam blog gua? Bukan ada apa pon. Bukan gua sebarkan dakyah-dakyah pon. Baik lu godam maybank2u. Untung-untung boleh jadi kaya. Takat blog gua lu godam ingat orang nak respek. Cilaka punya manusia. Otak letak kat bontot!

Hosting pon boleh tahan bangang. Tak secure langsung. Ntah server mana dia pakai. Senang-senang je orang nak hack.

Gua?? gua tak tahu apa-apa, bila gua dah bayar gua tau gua nak taip dan publish, itu saja. Sebab BAYAR.. Bukan PERCUMA. kalau percuma gua tak ckp apa-apa dah.

Sangap gua dah hilang sikit ni.

Tuesday, May 31

PINDAH

dengan ini gua memaklumkan, bahawasanya blog gua gua dah alihkan ke;


WWW.BUDAKAMERA.COM

gua pindah bukan sebab gua merajuk dengan blogspot. sumpah bukan. Blogspot ok saja, dia
dah banyak berjasa kat gua. Cuma gua saja nak pembaharuan. Gua dah terangkan dekat blogspot, alhamdulillah dia paham.

lagi satu gua pindah sebab gua saja nak nampak stylo sikit. Maklumlah pakai domain sendiri.
bayar pakai RM tu. dan gua harap ada awek terpikat kat gua sebab gua ada domain sendiri. CAYALAH gua.!!

Friday, May 27

Tension

Gua betul-betul serabut. Banyak betul kerja. Bertimbun-timbun kerja gua. Tapi bertimbun lagi dosa-dosa pemimpin yang tak jalankan tugasnya dengan amanah. Tambah-tambah lagi dosa-dosa menipu orang-orang bawahan, dosa-dosa makan rasuah, gelapkan duit rakyat, tabur fitnah dan sebagainya. Bayangkan lah betapa bertimbunnya dosa-dosa mereka.

Berbalik semula kepada kerja gua yang bertimbun,kalau kerja gua setakat key in data takpa, gua boleh paksa mata paksa otak layan buat satu satu sampai selesai. Tapi kerja-kerja gua perlukan gua memerah otak mencari idea.

Mood betul-betul tak menyerap dalam soul gua. Gua plak kalau serabut, semua benda gua tak boleh buat, tension gua menjadi-jadi. Tengok movie pon tak dapat menghilangkan tension gua. Tapi itu saja hiburan ada dalam rumah gua, jadi gua paksakan diri layan juga drama.

Gua layan satu drama, cuba layan dan layan. Sampai satu adegan, hero tu pon tengah tension dengan kerja. Lepas itu makwe dia yang cun tu ajak dia pergi terapi. pergi spa. Lepas itu dorang keluar dari SPA dengan penuh senyuman. Wah, ini sudah menarik, gua mula dapat satu idea.

Gua pon bersiap-siap. Cergas terus gua mencari tempat gua nak terapi dan treatment. Badan gua pon dah lama tak servis

~

Syok betul oil massage, lega badan gua. Muka gua pon bersih dorang cuci, kepala gua pon dah tenang. Bagus betul buat benda-benda ni untuk hilangkan tension. Gua balik rumah dengan senyum lebar.

Sampai rumah gua lepak sambil hisap rokok. Bila hisap rokok gua minum air nescafe, baru ada kick. Time tu jugak gua belek-belek resit yg gua dpt tadi. Gua tgk RM100++. Cis, macamana gua boleh habiskan ratus-ratus untuk benda tu? 100++ tu kalau gua buat tok makan sebulan pon cukup. Gua dah takde duit ni, gua dah sengkek ni. Aduhhh.. Serabut gua datang balik, tension gua datang balik.. Argggggggggg!!!!

Internet

3 hari internet takda kat rumah. Mati kutu gua. Pecah kepala gua. Rugi bisnes gua yang juta-juta. Lagi bertambah bersepai kepala gua dibuatnya. Gila punya penting internet zaman sekarang ni.

Macamana lah kalau internet takda satu hari nanti. Satu dunia internet takda. Susah la nak bisnes. Dekat mana gua nak publish gambar? Dekat mana gua nak tarik client? Jahanam bisnes gua, jahanam. Mahu tutup bisnes gambar2 gua ni.

Boleh dikatakan 90% client gua datang dari internet. Tak pandai sungguh gua nak tarik client, macam wakil insuran buat tu, macam brader dan akak-akak MLM buat tu, nak sembang lebat-lebat, nak lobi lagi, nak yakinkan lagi, nak up diri lagi, bagi client puas hati dan hire gua. Sumpah gua tak pandai.

Tapi bukan gua saja yang susah kalau internet takda, orang main politik pon susah juga. Macamana dorang nak sebarkan video lucah hasil karya dorang dekat orang ramai yang bangang duduk percaya 100% dengan tipu helah dorang tu. Susah juga dorang nak tarik pengikut-pengikut dan pengundi-pengundi. Silap2 boleh kalah pilihanraya nanti. Gampang punya taktik.

~

Brader beger releks je. Pacak gerai depan 7e, bisnes kompem jalan.

Wednesday, May 25

Blog

Gua nak tanya, blog ini sapa punya?

Huh?? Apa? Kuat sikit, gua tak berapa dengar.

Sapa punya blog yang lu baca ni?

Apa? Gua punya?

Ya, bagus kalau lu tau.

Itu saja yang gua nak lu tau.

~

Drinking Water botol kecil dekat 99Speedmart RM0.50!
Gampang, sepatutnya kerajaan kena naikkan 20sen!

Tuesday, May 24

Sedap


fuh.. sedap betul menikmati pemandangan. lagi sedap bila layan pemandangan sambil hembus asap pekat. Gua nampak stylo bergambar sambil isap rokok. Gua taknak berenti, nanti hilang stylo gua. Nanti tak trendylah gua. Nanti orang tak pandang la gua. Macam perempuan-perempuan yang isap rokok bila lepak mamak, lepak kopitiam, dorang nampak sangat stylo sampai hilang melayunya..

~

Takkan melayu hilang di dunia. Hang Tuah yang kata, tapi dia kemana? Mana kuburnya?

~

Perut gua still nampak buncit. GAMPANG!

Monday, May 23

Buncit.

Berbulu je gua bila tengok gambar gua sarung jersey cycling. Gua nampak ada 'sikit' buncit pada bahagian perut gua. Sumpah gua tak perasan sebelum ni. Sepanjang gua hidup 26 tahun, itu lah pertama kali gua tengok perut gua macam tu. Selalunya perut gua ada petak-petak enam. Sampaikan kalau gua tengah tidur, anak buah gua gunakan perut gua untuk main tic tac toe. Gua biarkan saja, maklumlah, budak2, nak main kat perut bapak dorang takleh, sebab masing-masing dah macam perut Rosmah.

Lagi tambah berbulu gua bila kawan-kawan gua komen. Perghhh, gua punya sakit hati ni sampai rasa nak pergi klinik. Sakit yang teramat sangat. Semua komen nak jatuhkan moral gua. Terasa betul hati gua, rasa macam nak lari bawak diri pergi ke Grand Canyon.

Gua kaji selidik, siasat macamana benda ni boleh jadi. Lama-lama gua dapat jawapan. Sebenarnya ni angkara tiap-tiap minggu gua makan nasi minyak, tambah pulak lauk ayam masak pedas, minyaknya berlendir pekat, kari pon boleh tahan likat. Taknak makan, lapar pulak nnt, dah makan jadi la macam ni. Sepatutnya menu kenduri kawen kena ubah. Takleh sangat makanan yang berminyak ni. Gua bukan suka sangat makanan tu, tapi gua takleh memilih, itu saja yang ada, gua bedal saja.

Itulah alasan gua yang gua rasa sangat kukuh, lagi kukuh dari alasan Najeeb nak naikkan harga minyak.

~

Gua kawen nanti gua nak jamu dengan ikan singgang, putik nangka rebus, dengan budu. Air gua rasa air rebusan akar kayu.

Berat.

Memang la fotografi ni gua punya soul, kamera tu BFF gua (sumpah, ni kali pertama gua guna istilah BFF). Tapi kadang-kadang terasa berat juga kerja gua ni.

Sebelum tu gua nak story, kerja gua bukan setakat hujung minggu. Gua kerja hari-hari, dari malam sampai pagi. Siang gua tidur, malam gua berjaga. Gua ada sebab yang kukuh kenapa gua buat kerja malam. Pertama sekali, siang panas, lagi satu bising. Susah hua nak perahkan otak dan mencari mood untuk buat kerja, berbanding malam yang dingin,tenang dan sunyi.

Bila hujung minggu, gua terpaksa tidur awal, sebab pagi-pagi gua nak bangun nak pergi kerja, tapi agak sukar gua nak kembali kepada waktu tidur yang normal. Selalunya tidur gua hanya 2 3 jam sahaja. Dan kadang-kadang untuk tempoh 48jam, tidur gua hanya 4 5 jam sahaja, dan kadang-kadang juga, gua langsung tak tidur.

Gua kendung kamera gua, kadang-kadang satu dan kadang-kadang gua bawak dua. Kamera gua dan alatan-alatan laen boleh sampai belas-belas kilogram. Bayangkan gua kendong dari pagi sampai la maghrib, kadang sampai isyak, dan kadang-kadang sampai orang bangkit tidur untuk kiamullai. Kerja gua plak bukan setakat mengangkat kamera, gua juga kena berjalan kehulu kehilir. Bayangkan dari pagi sampai malam, berapa jauh gua jalan?

Bahu gua kadang-kadang gua rasa macam dah londeh, urat belikat gua kadang-kadang rasa macam dah tersimpul. Sampai gua rasa nikmat bila tengok kawan-kawan kerja dalam air cond, duduk releks depan PC, kadang-kadang buat kerja, dan selalunya buka FB. Bila dalam situasi macam ni, gua rasa kerja gua ni sangat berat. Lagi berat dari Bob dan Syanie. Tapi taklah seberat dosa-dosa pemimpin yang dah banyak menipu dan menganiaya rakyat.

Tapi, bila gua fikir dalam dalam, bila gua kenangkan semula, mak bapak gua kerja menghadap pokok getah dari satu batang ke satu batang pokok yang gua tak tahu berapa jumlahnya. Yang gua tahu, ladang getah bapak gua ada 10 ekar. Itu baru bab menoreh, belum masuk bab mengutip getah beku. Sekali kutip lebih 100 kilo, kadang sampai juga 200 kilo. Sebulan paling koman 4 5 kali kutip. Dah berapa ratus kilo dekat situ? Mak bapak gua buat kerja ni dah berpuluh-puluh tahun. Dah berapa tan mak bapak kuat angkat getah skrap tu? Tu baru sebut pasal angkat, belum pasal jalan, bayangkan berapa jauh mak bapak gua berjalan pusing-pusing tanah sepuluh ekar? HUH!!

Bila gua dapat fikir dengan cerdik macam tu, baru gua rasa kerja gua ringan. Apalah sgt kerja gua angkat kamera. Apalah sangat kamera yang takat belas belas kilo. Apalah sangat takat menapak satu hari.

~

Gua paling anti nak turun ke G dari tingkat 1 tunggu lif. Gua paling anti malas parking kereta jauh sikit, sebab malas nak berjalan. Gampang!

Saturday, May 21

Ikhlas?

Gua ada story nak 'tong tong' dengan pembaca semua. Story ni taklah good sangat. Tapi gua peduli apa gua nak cerita juga.

Dulu gua pernah berkira-kira nak masuk maktab, takpon sambung KPLI. Gua masa tu semangat nak jadi cikgu. Sebab utama gua nak jadi cikgu sebab gua nak jadi manager bola. Gua nak atur strategi untuk pemain-pemain gua. Gua dah malas mengadap PC main footbal fantasy. Gua nak jadikannya satu realiti dan gua pikir jadi cikgu adalah jalan paling senang nak jadi manager bola.

Tapi bila gua fikir-fikir balik, gua tak ikhlas jadi cikgu. Tambah-tambah lagi gua ni memang tak boleh mengadap budak-budak yang banyak kerenah. Tambah tambah lagi gua ni memang jenis yang tak reti mengajar. Tambah tambah lagi muka gua langsung bukan muka brader2 gomen.

Jadi gua simpan saya niat gua tu. Bagi gua buat kerja tu biarlah ikhlas, bukan sebab ada niat yang tersurat, apa lagi yang tersirat. Ikhlas yang gua maksudkan tu macam U Wei buat cerita Jogho, bukan macam KRU buat cerita Merong Mahawangsa.

Itu saja tazkirah gua pagi ni.

~

Yang mana rebut-rebut tempat nak masuk persatuan tu semua nak kaut duit. Gampang.

Friday, May 20

GAYa gampang

Gua da lambat, berlari-lari gua ke steren LRT. Jam tangan gua yang cun tunjuk pukol 11.35 pm, maknanya kalau ikotkan waktu Malaysia sebenar adalah pukol 11.20pm. Saja gua cepatkan, motivasi diri gua untuk awal, awal dari semua aspek. Tapi berkesankah?

Berbalik kepada story gua, gua beli tiket LRT ke cheras, RM1 saja. Murah, kalau tadi gua start enjin kereta, mau mau dah sedut 3 4 ringgit satu hala. Tu semua Najib punya angkara, Rosmah punya idea, rakyat yang jadi mangsa, gua yang sengsara, lu semua pon sama merana. Gampang betul pasangan laki bini tu.

Berbalik balik kepada story gua yang dah menyimpang tadi, masa tren sampai, gua terus masuk, gua berdiri saja, malas nak duduk. Gerabak tak penuh, tapi tak juga kosong. Boleh tahan juga orang naik tren-tren akhir ni. Balik dari kerja mungkin.

Kat kerusi yang paling dekat dengan gua ada satu geng jantan riuh berborak. Kriteria geng ni jenis macam geng-geng mulut kurang hajar, cakap kuat-kuat bagi satu gerabak dengar. Memang gua berbulu dengan orang macam ni. Gua perhati saja. Tengah diorang sembang-sembang, sorang dari mereka melentokkan kepala ke bahu rakannya, yang juga jantan keparat.

Terkejut gua, tengok pada gaya borak, gaya bahasa, intonasi perbualan, tak nampak pula pondannya. Tiba-tiba yang lentok tadi angkat kepala, nak cium bibir kawan dia. Kawan dia elak, "ish, orang pandang" kata kawan dia. Dia dengan selamba balas, "alah, orang pandang, bukan bg pelempang." Mendidih darah gua. Cis, macam gampang manusia, jangan sampai lu makan gua punya penerajang.

Bila nak sampai Stesen Cheras, dia pon turun skali, sebelum turun dorang salam, cium tangan. Sebijik macam makwe gua salam gua. Sebijik juga macam Najeep salam cium tangan Rosemah. GAYa gampang dorang ni.

~

Harga minyak naik 20sen je, apa ada hal. Gula-gula 4 bijik je.

Thursday, May 19

Jogging.

Bila tengok perut mula buncit gua gelabah. Terus gua tak tentu arah. Kehulu Kehilir gua mundar mandir. Bagi gua ini adalah satu masalah yang besar. Lagi besar dari masalah Khairy Jamaludin yang hampir-hampir kalah dekat Rembau dulu.

Gua nekad petang ni gua nak jogging sampai Tasik Permaisuri. Round tasik dalam lima enam lap baru gua lari balik. Gua sarung seluar pendek dan singlet ala-ala Nur Herman Majid, stokin dan kasut gua yang masih lagi wangi menambahkan semangat gua. Bermula dari bawah rumah gua, gua mulakan rentak larian gua yang macam M Ramacandran.

Joging punya joging taman tasik pon gua tak nampak lagi, yang gua nampak cuma satu gerai tepi jalan, jual nasi kukus ayam dara. Jiwa gua ketar ketar. Gua tahan sabar.

~

Sedap betul nasi kukus tu, ayam dara dia pon dasyat. RM5 je. Dasyat punya nikmat. Gua senyum lebar sambil tahan teksi nak balik.

Wednesday, May 18

Wawasan

Gua ada wawasan. Sumpah! Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Sekian, Terima Kasih.

Monday, May 16

guru

Cikgu Manan penah mengamuk dalam kelas dulu, puncanya satu kelas tak siapkan karangan yang dia bagi. Tapi gua siap, gua sorang je siap. Semua kena balun dengan batang penyapu kat tapak tangan; sekali. Gua bajet gua dah selamat. Cikgu Manan panggil gua, bawa buku dia nak cek. Nah, ada tiga kesalahan ejaan dalam karangan gua, 3 kali gua kena tibai dengan batang penyapu. Baik gua tak payah siapkan kerja sekolah.
~
Cikgu Latipah awal-awal dah sound gua, jangan pergi main sukan lagi. Tapi nak buat macamana, sukan tu soul gua, spirit gua, gua pergi gua. Semua kerja-kerja sekolah gua siapkan, latihan tambahan pon gua buat, untuk beli jiwa dia. tapi buku-buku gua dia camppak ke lantai.
~
Teacher Yanie penah merajuk dengan gua. Gua gunakan ilmu bunga yang ada dalam diri gua, gua bagi kad tanda minta maaf.
~
Ustaz Kudin? Scrotum dan celah kangkang gua ni mainan dia. Sampai melecet dia cubit, sebab gua tak hafal wirid dan surah lazim
~
Sir Syuk rotan gua tiga kali dekat jubo. Dengan rotan paling besar yang ada dalam bilik dia, Sampai lembik lutut gua.Sebab gua kantoi hisap rokok.
~
Ustaz Awie pernah rendam gua dalam kolam busuk sampai pagi. Takat guling guling kat padang sampai muntah dah biasa, takat tekan tubi gua rasa kala kumpul-kumpul dah sampai ratus ratus ribu gua kena.


~

SELAMAT HARI GURU PADA SEMUA CIKGU-CIKGU SAYA SERTA SEMUA CIKGU SELERUH DUNIA. TERIMA KASIH ATAS SEMUA HUKUMAN YANG MENGAJAR SAYA UNTUK JADI MANUSIA.

Saturday, May 14

Tinju vs Gusti

Dulu, gua rasa bangang bila tengok tinju kat tv. Mike Tyson gua anggap bangang,Evender Holyfield pon gua rasa bangang, langsung tak ada skill bertempur. Tumbuk tumbuk tumbuk. Tu saja yang dorang tahu. Bangang; gampang.

Tapi bila dengar nama Ultimate Warrior gua tabik, Hulk Hogan tu idola gua, tambah-tambah bila dia menang dapatkan Elizabeth dari Machoman. Coco Beware pon gua minat, tampak macho dia masuk gelanggang dengan burung kakaktuanya. Memang ramai gua minat. Gua tak tahu mana satu gua nak minat. Semua gua minat. Tito Santana, Legion of Doom, "Hacksaw" Jim Duggan,Jimmy Snuka, Ricky the Dragon, The Rockers dan banyak lagi. Malas gua nak ingat, malas gua taip. Yang gua nak sampaikan dulu gusti gua memang minat. Gusti la best, lagi cerdik pandai dari tinju yang bangang serta lembab.

Tapi lepas gua mimpi keluar mani, lepas kencing gua mula lurus tanpa cabang-cabang besepah, lepas dah tumbuh bulu-bulu di merata badan, gua mula anti pada gusti. Bangang punya rancangan tv. Gua ibaratkan gusti macam program realiti tv. Tinju la best, tinju la baru true. Tumbuk-tumbuh sampai jatuh 'kanyo'. Tinju la orang-orang ijazah sarjana muda tengok. Tak macam gusti, line-line budak tadika saja layan..

~

Gua penah bertekak dengan member wa, kalau Ultimate Warrior lawan Rambo sapa menang?

Thursday, May 12

Nostalgia - Sukan Olimpik.

"Bak sini duit sikit sorang, bio koi kumpul" arah Mamat.
Gua campak 20 sen, atom letak 30 sen, Lan macam gua, 20 sen. Bulah poket kosong. Mamat selalunya duit banyak, 50sen dia derma. Uda? Dia kata dia takda duit. Tapi gua tau, dia selalu mengelat. Dia simpan duit dia, petang nanti dia nak beli ais krim bubur kacang durian dekat Rumah Ann Shapie.

"Lan, aok ngan Bulah pegi cari batang kayu, lurus, jgan beso sangat. Cari la pangjang dua tiga depa." kata Mamat sambil serah parang dekat Lan.

"Koi ngan uda nak cari tilam. Port koi dah ada, jap lagi kumpul kat belakang umah koi" Terang Mamat lagi.

" Meri, aok pergi kedai dengan Atom. Beli paku," arah Mamat. Gua terima arahan Mamat. Gua tahu, kitorang ada projek serius pagi tu. Atom follow bontot gua.

"Paku 2 inci tau!!!" teriak mamat bila gua dah jalan nak dekat 100 tapak. "Yeeeeeeee" sahut gua.

"Duit lebih beli ais pop!!!" Uda jerit, menambah.

15 minit selang, masing-masing dah ada belakang umah Mamat. Mamat ngan uda tengah tunggu atas tilam, banyak. Tak tahu gua mana dorang rembat. Mamat mintak paku dekat gua, lantas bergerak ke 2 batang pokok yang bersebelahan, lebih kurang 2 meter jarak.

Mamat paku pokok tu. Satu satu , dari paras peha ke paras dagu, jarak antara paku lebih kurang seinci, sebaris cantik. Pokok lagi satu pon sama.

Kemudian mamat suruh gua bentang tilam banyak-banyak antara dua pokok tu; kebelakang skit. Gua turut saja. Tak turut maknanya raya nanti gua raya sorang-sorang. Mamat ambil batang kayu yang Lan cari, mamat sangkut antara paku paku.

Pagi tu, kitorang main lompat tinggi. Pagi tu, gua praktikkan gaya Javier Sotomayor masa menang pingat emas Olimpik dekat Barcelona.

~

Konda Kondi? mana ada dekat sukan olimpik bodoh!

Tuesday, May 10

Liverpool

Suarez dengan Carrol kat depan.Sorang pendek, sorang tinggi nak mampos. Sorang kaki tonjol, sorang kaki tanduk. Kalau 2 2 ni dah ngam, bencana!

Gerrard, Meireles, 2 2 ni kreativiti boleh tahan tinggi, biarpon tak pandai melukis, atau design apa2, apatah lagi nak karang syair atau sajak.Cuma dorang passing boleh tahan tepat, macam gua dulu-dulu masa ada lagi gelaran ayam tambatan. 2 2 ni kalau form,jahanam.

Rodriguez, dia punya rembat pon boleh tahan, sama jugak macam gua masa darjah lima. Kuyt, rajin nak mampos, rajinnya dalam padang melebihi rajinnya buka buku masa dia darjah enam dulu. Rajinnya dalam padang melebih2, nak tolong mak bapak dia buat kerja rumah pon tak rajin macam tu. 2 2 ni pon gua labelkan bahaya juga.

Kira Liverpool ni barisan dia memang mengancam. Gua pon tak tahu mana silapnya. Tapi tahun depan mula, team ni gua perlu jaga-jaga.

Tapi tak kira jua, kadang-kadang player world class, wonderkid, tapi macam gampang juga. Dengan team Astana dan Radioshack pon boleh kalah. Belum lagi gua hantar Le Tua atau Terengganu Cycling Team. Entah2 Anuar Manan score tiga.

~

Owen gembira betul, sekali sekala dia mesej kawan-kawan lamanya, "woi, gua minggu depan nak cium piala, lu cium apa? cium bontot king kanny ka?" isi kandung mesej Owen yang buat Gerrard, Carragher dll panas hati.

Mood

Mood gua tak berapa nak on sekarang. Kerja gua berlambak-lambak. Gua terpaksa delay gua punya jelajah ekplorasi budaya. Sudah, nak menaip pon mood gua off. Sebelum gua rembat keyboard ke dinding, baik gua pergi mengaji dulu.. Assalamualaikum..

Thursday, May 5

Nyorok-nyorok

Ntah macamana, nama gua dulu Nina sebut. Gua rasa gua dah nyorok baik punya tempat, kat belakang peket simen kat bawah rumah Tok Penghulu. Mungkin dia dendam kat gua kot. Lepas tu gua ikot saja bontot Nina cari kawan-kawan lain, dalam hati gua mintak-mintak la ade yang datang "sep". Tapi gua kecewa, satu-satu Nina jumpa, Atom, Mamat, Lan, Uda, Kak Teh, Bu, semua keluar dari port nyorok. Cilake, kali ni gua "jadi". Lepas round yang ke berapa belas gua "jadi".

"Tutup mata tu." sound Mamat, budaknya pendek, tapi samsengnya lebih.

"Yelah.." balas gua pendek, seraya pejamkan mata; tangan pon tutup muka. Biar sahih sikit. Biar budak-budak percaya gua tutup mata.

"Kira sampai 10 ek?" pekik gua.

"Kira sampai 100 la." suara Uda sayup-sayup gua dengar.

"Ok. 10, 20, 30, 40, 50, 60, 70 ,80, 90, 100" gua terus cari.

Gua cari port biasa, bawah rumah, takda. Cis, biasa mesti ada punya menyelit kat situ 2 3 orang. Gua cari atas pokok jambu susu, tak ada juga. Selalu mamat la suka panjat-panjat ni. Gua cari lagi. Gua cari kat pokok kekabu, kat busut tu, tak ada juga. Dalam reban ayam pon tak ada. Gua buka pintu jamban, tak ada. Ish ke mana plak budak-budak ni menyorok, selalu tak power macam ni. Sasaran gua Nina dengan Kak Teh dulu. Sebab dalam ramai-ramai, dorang ni kira paling sayur dalam bab-bab menyorok.

Gua cari kat belakang lagi, kat pokok mengkuang. Kot kot kat situ port baru nak menyorok. Takda juga. Cilaka, hati gua makin panas. 20 minit berlalu tanpa gua dapat jumpa sorang pon. Takkan gua 'lengek' kot. Gua jengok dalam rumah Tok Penghulu, mana tau dorang tengah layan TomatoMan. Tak ada.

Cis baru gua terpikir. Gua jalan jauh skit, redah semak-semak. Nah, masing tengah melepak tepi paya kat gelung kat ngan surau. Ada yang main-main air, ada sauk ikan. Gampang. Gua kena kali ni.

Wednesday, May 4

Diskaun

Menggeletis pompuam-pompuan bila nampak diskaun. Biarpon takat-takat 10. 20%. Masing-masing terkinja-kinja beratur dekat mesin ATM. Belum lagi yang nampak diskaun 50%, memang pecah air ketuban masing-masing. Biarpon takat Sale dekat Kompleks Pernas Sogo. Gua geleng-geleng kepala. Paling tidak gua bebel saja kat makwe gua. Sogo tuh, dalam setahun, 351 hari adalah Sale. Tiap-tiap minggu ada sale.

Gua? Setakat 20, 30% bagi gua tak cukup sale. Tak cukup diskaun. 50% pon gua tak pandang sangat. Kalau gua, 70% baru gua bagi istiharkan sebagai sale. Itu pon tak dapat respek dari gua lagi. Kalau betul-betul gua respek, gua puji sepanjang hayat wa, buat diskaun 90%, tak pon 100%. Memang gua masukkan sekali dalam doa gua. Gua doakan sejahtera hidup merea serta murah rezeki kalau dorang buat sale 90, 100 %.

~

Gua tangkap cinta satu jam tu, tapi harga dia gila punya kapitalis. Macam Khairi Jamaludin.

Anak


Ni gambar anak gua..
Anak buah gua..
Anak brader gua..
~
Gambar ni buat gua makin semangat nak bina keluarga.

Gua Tau La Wei!

Abah?
Gila kampung.

Ayah?
Macam gua panggil bapak gua je.

Bapak?
Macam orang jawa je.

Walid?
Arab sangatlah gua ni.

Papa?
Dah biasa sangat dah.

Baba?
Gua suka, tapi abang gua dah sebat dah.

Daddy?
Cool. Nampak rokes skit. Tapi gua rasa macam bandar sangat.

Ayahanda?
Klasik. Kena dengan jiwa gua. Melayu.

~

Benda-benda masa depan memang ada dalam kepala otak gua. Jangan pandang gua sebelah mata. Gua pon ada wawasan. Gua pon pikir masa depan.

~

Adira tetap calon bini no 2.

Thursday, April 28

Pikir2

Dah lama gua pikir, dari dulu lagi. Gua rasa dah 26 tahun gua buat research, tapi gua tetap tak dapat jawapan. Pening kepala gua pikir. Tak dapat juga beza antara JIMAT dan KEDEKUT.

Wednesday, April 27

DAKI

Hari tu, tengah gua syok kayuh daki bukit, peluh memercik laju. Peha gua rasa ketat Bontot gua rasa hilang, macam takda.Tapi gua kayuh juga. Ada awek naik moto bonceng awek jugak tegur gua. "Bang, Bang, Tayar pancit." Oleh sebab semalam gua baru lepas tayar gua pancit. Gua berentikan basikal tua gua. Awek tu terus memecut ke depan.

Gua picit tayar basikal gua, keras lagi. Gampang, gua dah kena main. Gampang punya pompuan, bergurau tak kena tempat. Dia tak tahu betapa peritnya gua nak naik bukit. Lepas dah berenti nak gua sambung nak bukit? Memang tak, gua patah balik turun bukit.

~

Kalau gua jumpa awek tu gua nak tampar bontot dia.

Tuesday, April 26

Akademi Fantasia

Astro macam gampang, tayang diari dengan konsert berulang-ulang. Naik rimas gua. Nak tak nak gua terlayan juga. Berbulu hati gua tengok perangai seko seko budak yang tergedik-gedik nak jadi penyanyi tuh. Ada seko tu, apa nama, Fir tu, lagi macam gampang. Budak pompuan tak menangis dia nak menangis lebih. Gila. Menangis macam kena buang dari Universiti. Bodoh punya manusia. Ntah apa ada dalam kepala otak dorang. Semua nak kejar glamor. Tak boleh hidup releks-releks saja. Semua macam gampang. Budak-budak AF gampang. Ogy ahmad daud lagi la gampang. Adlin tu pon gampang. Dulu kritik orang gile gempak, sekali dia ajar budak2 semua macam gampang, kira dia 2 kali gampang. Amy Search pon gampang. Konon rockers, pe kejadah pegi konsert Justin Bieber. Tak kental langsung. Lagi satu gampang sebab dia Pak Aji tapi pakai rantai. Tambah-tambah gampang sebab budak-budak pompuan dah tinggal 2 3 orang. Bangang punya AF.
~
Hati gua tetap dekat Adira..

NOSTALGIA - Nasi Lemak Ustaz Lah

Nasi lemak Ustaz Lah, nasi lemak paling sedap dalam dunia. Satu aspura berebut tiap-tiap malam. Nasi Lemak Ustaz Lah memang terhad. Tapi gua tak tau lah berapa jumlahnya satu malam. Yang gua tahu, memang susah nak dapatkan kalau lambat.

Harga nasi lemak seringgit. Ada telur mata kerbau satu, tambah dengan kacang, memang lazat. Sambalnya? tak pyah nak cerita, paling lazat dalam dunia. Kalau untung dapat bungkus yang telur kuning cair-cair sedikit, lagi membuatkan nasi lemak tu jadi sedap.

Tapi masa tu gua tingkatan 1. Jarang-jarang gua dapat beli. Kalau dapat beli pon, baki-baki nasi lemak yang senior dah cop dulu. Satu-satu dorang buka, nak cari telur mata yang cair kuningnya.

Ustaz lah lantik egen untuk menyenangkan kerjanya. Sewel, junior berkaca mata, bersongkok jadi pilihan ustaz lah. Kerje Sewel ambil booking, dan agihkan. Upah sewel sebungkus nasi lemak tiap-tiap hari. Tapi bukan tiap-tiap malam Sewel dapat makan, sebab kena pau dengan senior.

Tanggungjawab Sewel berat. Kalau Sewel silap, memang bawa padah. Pernah Sewel kena lempang sampai kencing dalam seluar sebab Sewel jual kat orang lain Nasi Lemak yang Gemulah Ogy dah tempah. Kesian Sewel, dah la kena lempang, nasi kena pau, pastu kena cuci air kencingnya dalam bilik Rahman.

Dah berapa tahun dah. Lebih sepuluh tahun dah gua tak rasa Nasi Lemak Ustaz Lah. Tetiba malam ni, gua rasa rindu. Gua bukan rindu Ustaz Lah, gua rindu Nasi Lemak Ustaz Lah.

~

Gua bosan.Bila malam kat Amerika, gua sorang-sorang. Gua tak leh tidur. Sebab gua tidur waktu Malaysia.

Monday, April 25

Pikir.

Lepas bangun tidur, tak kisah la pagi ke tengahari ke, tengah gua gosok gigi, kepala gua ligat pikir. Gua cari nama. Nama untuk anak gua nanti. Apa nama yang gua nak bagi.

Bila gua makan pon gua pikir lagi. Gua nak nama terbaik untuk anak gua nanti. Apa nama ya?
Aminah? Yes Aminah.

Masa gua releks-releks layan akademi fantasia pon gua pikir. Gua pikir lagi. Aminah? Kampung sangat. Nanti anak gua kena ejek plak dekat sekolah. Cancel Aminah. Otak gua kembali ligat berfikir.

Tengah gua kayuh gua dapat satu nama, Mia. Miasara. Wow, nama tu nampak moden. Gua rasa tu nama terbaik.

Sampai rumah, gua basuh basikal. Hilangkan pasir-pasir yang kotorkan basikal kesayangan gua. Tengah baik punya gosok gua pikir, Mia dah macam trend sekarang. Ish, tak best plak rasanya. Nak kena tukar nama la rasanya.

Tengah gua berak pon gua masih lagi pikir. Ligat gua cari nama. Gua suka klasik. Gua rasa gua nak letak nama klasik sikit. Gua suka nama bunga. Gua rasa gua nak letak nama bunga. Melur, Dahlia, Cempaka, Teratai. Yes, gua dah dapat nama.

Nama anak lelaki? Tu gua kasi mandat dekat Cik Puan gua. Biarlah dia pikir, tapi kena bentang proposal dekat gua.

~

Lu ingat gua selekeh macam ni, gua kejam macam ni, gua tak pikir ke pasal nak berumahtangga?? Lu ingat gua tak pikir ke nak bina keluarga?? Cuma sekarang gua kena tumpu pada kerja, pada kerjaya.

Sunday, April 24

Gitar

Gua teringin nak belajar main gitar. Gua teringin nak main gitar. Gua sangap je bile tengok orang main gitar siap goreng-goreng.

Gua bukan apa, gua sebenarnya teringin nak lepak atas batu kat tepi pantai sambil petik gitar nyanyi lagu Harvey Malaiholo, Jerat kat makwe gua.

Friday, April 22

Nasi Lemak

Celik-celik mata kenal dunia gua dah kenal nasi lemak. Tambah-tambah lagi bila gua dah masuk sekolah, hari hari gua santap nasi lemak. Ayah dengan mak pulak, sibuk kat ladang. Pagi-pagi buta dah pergi menoreh. Mak tak sempat nak sediakan sarapan. Mak bagi seringgit, kadang-kadang dua ringgit. Pergi sekolah, gua singgah Kedai Kak Dah. Tapau nasi lemak 2 bungkus; satu untuk sarap satu untuk rehat.

Masa darjah enam pulak lagi canggih, harga getah naik kot masa tu, mak bagi 3 ringgit. Kadang-kadang lima ringgit kalau kelas gua sampai petang. Nasi lemak kat kantin gua amik dua pinggan, air sirap gelas besar. Dekat sekolah saja gua makan 2 3 kali sehari.

Bonus bagi gua bila gua dapat rembat air kotak coklat tiap-tiap hari. Air kotak tu untuk pelajar-pelajar miskin. Tapi apa bangang, semua budak-budak sekolah anak felda. Tanah ladang 10 ekar sorang. Kalau hujan satu kampung hujan, satu kampung takleh menoreh. Semua sama. Tak da kaya takda miskin. Kalau tak pemalas, mesti kuat main judi. Itu satu kampung dah tau. Bagi bantuan dekat kaki judi dan peneroka pemalas, lagi la berat tulang dorang. Kesimpulan yang dapat gua buat, air kotak coklat tu pon hak gua. Tak salah gua rempat. Tapi lastlast gua kantoi jugak, cikgu Manan denda gua, dia sebat gua.

Obesiti? Dulu gua jalan kaki pergi sekolah nak dekat sekilo jugak. Tambah lagi beban buku berkilo-kilo gua galas. Sukan? tu jiwa gua. Sebab main lagi seronok dari belajar. Dapat gua jalan-jalan naik kereta. Dapat jumpa kawan-kawan baru, lagi syok dapat kenal awek-awek baru.
Tapi tu zaman gua la. Zaman sekarang buku dah sikit, pergi balik sekolah mak bapak hantar. Sukan? Susah nak kata.

Jadi apa kaitan obesiti dengan nasi lemak dekat kantin sekolah?

~

Perut gua naik buncit sikit pon lepas gua habis belajar dekat universiti dekat amerika.

Thursday, April 21

Kenal




Aok kenal tak mamat ni?
Cube aok tengok bebetul.
Cube aok perhati bebetul.
Aok kenal tak dia ni?
Femes dia ni weh.
Sunggoh aok tak kenal?
Betol aok tak kenal?
SUMPAH? WALLAH?
Takpe la kalo aok tok kenal.
Aok balik umoh angkut segale baju.
Takyoh duduk pahang kalo tak kenal mamat ni.

Wednesday, April 20

Lagu

Hari tu dalam lif, ada negro hitam pekat dengar mp3. Pasang kuat gila sampai gua pon boleh dengar dan ikot nyanyi sama lagu Hujan, Dikala Bulan Bermain Biola.

Gua naik tren tempohari, ada mamat arab ni, tak tahu datang dari belah mana, Lubnan ke, Iraq ke, duduk termenung sambil telefon bimbit memainkan lagu Exist, Rahsia Pohon Cemara.

Tadi, baru kejap tadi ada mamat arab jugak,dalam tren jugak, rambut kembang-kembang macam gua dulu-dulu, pasang lagu Tilu, Diam - Diam sebagai halwa telinga.

Kawan gua, memang yang gua dah kenal lama. Yang memang gua tau asal usul, mana datang, yang muka pon melayu habis, nama pon melayu habis, layan lagu-lagu mat saleh saja. Ada kualiti katanya.

~

Bulan empat patut dah musim panas kat amerika ni, tapi salji turun lebat. Nak kiamat mungkin.

Tuesday, April 19

Duit

Jangan dok sembang pasal duit rakyat. Menyampah gua dengar. Lu pon sama saja. Tunggu la nanti Munkar Nankir libas lu. POLITIK, PUIIII...

~

Kayuh tengah-tengah musim salji ni syok jugak

Lupa

Bangkit dari lena, tanpa gosok gigi terus gua capai Peter gua. Gua nyala sebatang. Gua congok depan PC.Gua log in blog gua. Jari-jari runcing gua di keyboard.

5 minit berlalu. Jari-jari gua masih dikeyboard, tidak gua gerakkan, sikit pon. Cuma mata gua saja terkebil-kebil. Sebelum tidur semalam banyak benda gua nak tulis. Tapi sekarang gua dah jadi bangang tak tahu apa gua nak tulis.

Sejak kebelakangan ni, gua asyik lupa saja. Nak kata gua makan semut tak pula. Mungkin sebab gua banyak tengok jubo lentik pompuan yang pakai legging ketat. Mungkin gua banyak tengok kopek padat pompuan yang pakai baju sendat. Mungkin gua byk tengok peha putih gebu pompuan yang pakai skirt singkat. Atau mungkin sebab gua tengok pompuan yang dah macam bogel bile pakai baju kurung nipis sangat.

Sekarang baru gua tahu kenapa gua selalu lupa, sbb ni semua trend mereka pada zaman canggih manggih ni.

~

Hari tu gua tengok AF, macam gampang semua.

Monday, April 18

Kecak Kecak Kecak

Memang pantang gua, memang potong selera gua, memang gua sakit hati, memang gua rasa nak bagi kaki bila dengar orang makan bunyi KECAK KECAK KECAK masa kunyah.
~
Amerika panas hari ni.

Sunday, April 17

Hari

Orang mengeluh bila senin datang. tapi besorak riang bila jumaat menjelang.. Gua? Hari-hari gua semua sama. Hari-hari gua cuti. Dan hari-hari gua kerja.

Baju

Hari tu, sedang gua jalan2 kota amerika, gua ternampak satu kedai char kue teaw. Gua tanpa lengah masa laju masuk dalam kedai. Gua order teh o ais dua, char kue teaw special tiga. Gua memang hantu char kue teaw, tambah-tambah lagi bila jauh dari Malaysia, jadi gua santap puas-puas.

Tengah seronok gua layan, gua nampak sekumpulan muda mudi masuk kedai. Ada tujuh lapan orang bercampur jantan betina. Muka melayu mereka tak boleh nak sorok biarpon dressup dah macam mat saleh pegi konsert. Gua yang pan asia ni pon relek-relek saja; pakai baju sukan rumah merah, kodroi lusuh, selipar jepun nipis, yang gua tulis nama gua kat tepi.

Kebetulan, mereka pilih port depan meja gua. Gua cool saja; cuma perati gelagat mereka. Lama gua perhati baru gua perasan sorang mamat ni, muka dia muka Ulu Tembeling. Tapi baju dia dasyat. Gua tak tahu mana dia dapat baju tu. Gua pon tak berani nak cakap berapa duit baju tu. Baju dia hitam. Baju dia depan ada bulat, ada tulisan ayat di sekeliling bulatan; gua tak tahu baca tulisan hebrew. Dalam bulatan ada piramid. Dalam piramid dekat atas tu ada segitiga, dalam segitiga ada satu mata.

Muka mamat ni gua tengok macam belajar tak tinggi mana. Tapi gua nak cerita, gua pon belajar paras-paras hidung juga. Tapi taklah bangang; macam mamat tu - Gampang.

~

Lupa gua nak cerita, amerika sekarang salji turun lebat bila petang. Banyak dahan2 patah hempap kereta sebab tak dapat tampung berat salji.

Iklan

Gua sakit hati tengok iklan Harian Metro kat TV. Iklan tu gua rasa tak sesuai untuk promosi suratkhabar. Iklan tu gua rasa tak cukup intelek untuk iklan suratkhabar. Tapi bila gua pikir semula, harian metro pon taklah intelek mana. Kesimpulan gua, iklan tu memang macam gampang.
~
Gua lepak layan videoklip adira sambil hirup kopi pekat.

Thursday, April 14

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 22

Hari ni gua bangkit lambat. Malam tadi gua buat kerja macam biasa. Gua stop kejap sebab layan sahabat2 gua,Ronaldo, Ozil, Khedira main bola lawan Spurs. Sambil layan bola, gua layan mimpi. Sampai tengahari gua layan mimpi.

Gua bangun terus mengadap PC, buka FB, tengok email manalah tau ada sumber rezeki. Bila perut berbunyi gua panaskan air. Megi kari 2 bungkus gua rendam dalam mangkuk. Habis makan, gua siap2 terus pegi kolam. Biarpon cuaca sejuk di sini, tapi gua tetap cool berenang kehulu kehilir 149 kali.

Petang ni, gua bersiap-siap kacak. Gua ada meeting kejap lagi. Meeting kali ni gua target sampai tengahmalam nanti.

Marjerin, Ais Krim

Seronok gila gua rasa bila Kak Lija pelawa gua pergi Bandar Temerloh. Gua pon apa lagi, terus mandi bersiap smart-smart, dengan baju masuk dalam, rambut sisir tepi, dan senyuman yang berseri seri gua terpacak tepi kereta Datsun Cik. Mek dan Kak Lija masih bersiap.

Dalam poket gua ada seringgit dua, duit bekalan yang gua minta dekat mak untuk beli Tora, harap-harap nanti beli Tora dapat lah BJ, tak pon tanker. Boleh gua buat main dengan Atom kat bawah pokok jambu susu rumah tok penghulu.

Sampai Temerloh, pergi satu pasaraya yang gua pon lupa apa nama; besar. Mek dengan Cik ntah kemana. Gua dengan Kak Lija jalan berpimpin tangan. Gua cari tora, kak lija pula kata nak beli ais krim; Ais Krim dalam tupperware kata kak lija. Gila gua punya teruja. Ais Krim mangkuk pon bagi gua dah best gila, ni plak aiskrim dalam tupperware. Tak pernah gua rasa. Sampai tempat peti ais banyak2, kak lija capai satu. Wa punya teruja. Besar ais krim ni. Tak sabar pula gua nak makan.

Dalam kereta masa dalam perjalanan balik,Mek suroh buka ais krim, takot cair katanya. Gua tunggu dengan sabar. Kak Lija capai plastik, buka. Gila babi gua punya kecewa bila tengok isinya kuning berkilat. Apa la kak lija, marjerin dengan ais krim tak dapat beza.

Gua kempunan.

Wednesday, April 13

gambar



gua dok perati gambar ni. gua perati lama. sampai dapat gua semat cita-cita.

Tuesday, April 12

Gua dan dot dot dot


Yang botak tu la gua, yang bertudung tu Cik Puan gua, nama Cik Salma. Nanti kalau gua rasa gua nak kawen, gua hantar kad jemputan kat lu semua. Dekat kad tu gua letak Garmin, senang lu semua nak datang. Gua kepilkan sekali telefon bimbit sekali dengan kad prabayar maxis RM30, untuk lu call kalau-kalau sesat juga.

Friday, April 8

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 21

Dah seminggu gua sampai kat sini. Gua masih pusing-pusing mencari ruang pejabat untuk disewa, untuk gua mulakan kerja gua. 5 hari bekerja, dari Isnin hari tu sampai la jumaat harini (waktu amerika), gua terlampau sibuk mencari dan terus mencari. Bajet gua dalam USD60000 ke USD80000 sebulan. Yang ada semua murah-murah. Gua kena jaga reputasi gua. Takkan nak sewa murah. Aduh, amerika ni terlalu murah bg gua.
~
Gua selesema, tak tahan dengan cuaca sejuk sekarang ni. Mungkin juga sebab gua selalu ulang alik malaysia-amerika, malaysia-amerika; panas - sejuk, panas - sejuk.

NOSTALGIA - Ustaz Kudin

Dengar nama Ustaz Kudin, kecut semua telur budak-budak laki Sekolah Seri Jengka. Ustaz Kudin gemok, tapi jalannya gagah biar perut jauh ke depan. Lehernya macam takda, lemak-lemak membaluti. Suaranya garau, buatkan semua budak takut. Ada budak-budak yang jahat gelarkan dia Majinbu. (gua lupa ejaan macamana)

Ustaz Kudin garang, lagi garang dari harimau, lagi garang dari singa. Ustaz Kudin paling otai di sekolah. Ustaz Kudin guru paling lama berkhidmat dekat sekolah tu, dari sekolah tu mula-mula buka. Ustaz Kudin ni GPK 1 sekolah gua.

Ustaz Kudin ada 1 van, 1 proton saga, 1 modenas kriss kaler emas pudar. Tiga-tiga kenderaan utama dia ni, akan terselit dia punya senjata. Senjata dia yang akan dia bawa kemana-mana. Senjata dia yang ada banyak pilihan, banyak size, dari kecil halus, sampai la yang besar lengan. Kalau sapa-sapa bertuah, boleh pilih sendiri senjata mana yang lu semua suka. Snjata dia, rotan. Lagi satu skill dia yang sangat-sangat berbahaya, cubitan halus celah kangkang. Bisa cubitan ni sangat berbahaya. Ramai pelajar-pelajar kena kurap disebabkan cubitan dia ni.

Sapa budak-budak laki yang tak merasa rotan ustaz kudin? Sapa budak-budak laki tak merasa kena cubit celah kangkang dengan ustaz kudin. Fhyrus pon penah kena rasanya, Gembo, Fuaddo, Cindai, Feisal, temin,mayama, lan lucah,azri bakhtiar dan ulat-ulat buku lain semua penah merasa. Apatah lagi pelajar jahat seperti kharie shafariz shabudin, saiful azdri, rahmat salehudin, Husni Che Mod, A. Aizat, tu semua dah lali,dah biasa. Kalau mahu lebih ekstrem, senior-senior kuat tabok macam hafizi abdullah, khairul amilin, Omar, dan lain, mereka dan rotan ustaz kudin dah jadi kawan baik. Selalu sangat rotan tu singgah di bontot.

Waktu paling gementar, bila masa matahari turun hujung barat. Dari atas bilik budak-budak junior telek ke surau. Kalau2 motor ustaz kudin ada depan surau. Kalau ada, semua hati tak tenang, semua hati tak senang. Tambah-tambah pada sapa-sapa tak hafal wirid lagi. Jantung mesti degup lagu. Macam gua yang dah hafal lama, gua releks saja. Turun surau dengan tenang, ambil mikrofon, gua laungkan azan.

Masa tingkatan empat, Ustaz Kudin dapat tawaran jadi pengetua kat sekolah lain. Ustaz Kudin menangis teresak esak dalam kelas gua. Dia minta maaf pada semua. Dia kata dia rotan sebab nak mengajar. Dia kata dia garang sebab nak suroh kitorang jadi orang. Ustaz Kudin nangis tak henti-henti. Sedih sangat dia nak tinggalkan sekolah tu. Dia pelok sorang-sorang budak laki dalam kelas gua. Semua budak-budak meleleh air mata, mana taknya, Ustaz yang bengis garang tumpahkan air mata. Gua pon, turut melayan syahdu.

~

Gua rindu zaman di asrama.

Ulangtahun

HEPI BESDAY TO YOU..
HEPI BESDAY TO YOU..
HEPI BESDAY TO CORAT CORET BUDAKAMERA...
HEPI BESDAY TO YOUUUUUUUUU..


Blog gua dah masuk dua tahun. Pejam celik pejam celik. Gua rasa baru semalam gua pos karangan
pertama. Sedar tak sedar dah 161 entri gua dah pos.

Gua target lepas ni gua nak pos 365 entri setahun. Tapi tu pon kalau ada masa teluang..

Wednesday, April 6

Kusut.

Malas gua buat kerja hari ni. Jiwa gua kacau. Jiwa gua bergelodak. Kepala gua kusut, kepala gua serabot. Gua tak senang sekarang. Gua takde idea. Gua buntu. Gua tak tenang. Gua takde semangat sekarang. Gua tak tau mana semangat gua hilang. Gua dari tadi mundar mandir dalam rumah, berfikir dan terus berfikir.

Macam-macam bermain dalam kepala wa sekarang. Macam-macam gua pikir. Pacik Fergi plak tak mesej-mesej lagi. Ntah apa la percaturan dia, ntah sapa la dia nak turunkan. Aduh, pening kepala gua.

Diari Jurugambar Desa di Amerika 20

Gua dah selamat sampai Amerika.. Diari gua, akan gua sambung semula, serentak dengan diari akademi fantasia.

Disebabkan gua takut diselar kerana entry kali ni kosong, gua selitkan satu gambar gua. Gambar gua paling tampan dalam kategori gambar bersama basikal.

Tersentuh


Hati gua tersentuh bila tengok gambar ni.

Tuesday, April 5

Orang Kuat

Apa medium lu? Berita Harian? Utusan Malaysia? Metro? Kosmo? TV1, TV2, TV3, buletin utama, berita dunia jam 10?

Orang-orang kuat? Apa yg lu dapat? Apa yang abang-abang akak akak dapat? Apa yang makcik-makcik dan pacik pacik dapat? Tak payah jadi orang kuat sangat, tak payah yang menyokong sangat. Buat tanggungjawab tu seadanya.

Fokus la kepada kerja sendiri, usaha nak cari makan sendiri, periuk nasi sendiri, tampung keperluan anak bini, bagi cukup keperluan hidup sampai la mati nanti.

Buat apa sampai nak tarik muka dengan kawan-kawan, masam muka dengan jiran-jiran? Rakyat bahawan bergaduh, orang atas-atas sana seronok duduk kira duit yang bertimbun. Cerdik ke macam tu?

Celik sikit mata, yang bagus gua angguk juga, gua bukan anti. Tapi yang tak patot, takkan nak sokong.

Jadi bodoh bangang bila duduk membela, tapi sebenarnya diri sendiri teraniaya. Mentaliti macik-macik pacik pacik yang macam ni yang memudahkan mereka buat kerja. Nanti, lama-lama baru la tau akibat.

~

Bapaknya bagus, anaknya hancus.

Idola


Ini idola gua dulu-dulu, masa kecik-kecik.. Tapi lama-lama gua tak jadikan dia idola sangat dah, sebab dia tak jaringkan gol. Lepas tu, dah besar sikit, gua jadikan dia idola balik.

Monday, April 4

Naik 2

Dorang semua dah naik lemak,
Senang-senang nak naikkan harga minyak,
Bila harga minyak harga barang semua naik,
Dulu teh o ais kat kedai mamak rm1 skrg naik rm1.20,
Bila dia naik, semua benda harga naik,
Dulu masa zaman si nuar takde plak harga naik gila-gila,
kalau betulpon dia berjubo pon kurang2 harga minyak tak naik,
Gua naik angin betul kalau macam ni,
Lu semua tak naik darah ke? tak naik marah ke?
Kalau semua harga naik, makin lambat la gua nak naik pelamin.

Naik

Dulu, sekitar tahun 2003,2004, masa gua sedang melanjutkan pelajaran di tengah-tengah ibukota, gua tinggal di Kampung Baru. Mesti semua orang tahu Kampung Baru. Takkan tak tau, kawan gua dekat California pon tahu kampung baru, sahabat gua dari sydney pon tahu kampung baru, teman gua dari Jamaica pon tau kampung baru. Kampung Baru terkenal seantero dunia.

Bagi menampung perbelanjaan gua, gua jual gua punya BMW Siri 6 gua, jadi gua jalan kaki saja dari tempat belajar ke asrama di kampung baru. Balik dari kelas, gua mesti singgah satu gerai dekat pintu gerbang. Gerai tepi jalan, tepi longkang,ada tikus besar lalu lalang, kadang2 lari kejar kucing. Dekat gerai tu gua akan tapau Nasi separuh (nasi separuhnya lg byk dari nasi tambah kedai biasa), paru goreng sambal, kuah gulai tempoyak (nak ambil ikan tak mampu), petai 2 3 kerat. Tambah sambal belacan dan sambal tempoyak pelengkap hidangan. Itu la lauk gua hari-hari. Bukan sebab minat sangat, tapi kosnya cuma RM1.50 hingga RM2 sahaja.

Tempohari, masa gua jalan-jalan sesaja mengimbau kenangan lama, gua pergi gerai sama. Gua ambil hidangan yang sama, gua makan. Sedap, lazat macam dulu. Bila panggil kira, RM6.50 sekali dengan teh o ais limau gua. Perghh, dasyat punya kenaikan harga.

~

Ni mesti pasal harga minyak asyik naik.

Sunday, April 3

Minyak

^&(())&!__~!*@!%~!__!~*^#^(_)!*(&@*&!(*!(!JHKNn&*@HKJ!()U&!HLI!()&*(!TUIGH!NL!J2787091JKL!J*!(!J!*(&@&%!^&!(!(!!_(!)!)I!!JK!(!*&!(&891u1j1u9017jkl1jop9*!(*!)IO!KL!LKJKL!J!JKL!J!KL!J()!*!(&!(*!&!*!(*!KLJKSL:KOPUN()R@MI_)*@(N!)*N()&@UKJioqubd8a79q34ndaydiud328q08nda

oi900po^&#!**()*!#)(_#!#!K#L:!LJ@!I&@!@!()@!)_!PKDLWKOO*)!()_!(*!&~!^&*!JHL!JI*!89109u21ikjOIU!*()(&*@!^&%$!()(!)!_(!$_$!*$!(^&$!&*^$!)_(_)!*($!(&$!*^$(!_!()_!$Oj1i2oy189J!O$!*(@&)*!U$!J$!KH$(!&$!)jksafjhklaui098&^78899&*%$%^!()*(!@#&^~!jhJK

jhkqwjkeIOEUQW897302193012IKLMJAK*(&#^!)$*!_($!jkJ892173818-l!jklh!k!8812K*(y%@!kk!)_!&81JHKJKL!()*$&$!op!;'[]//k!lo!(_)!>:"!o(_!*!)JK41JH10&78610jkk!u$!MOIA;ADKSP1-141;1O417N)!&()&1-0M*&&!^ PUI712732173812973103819381HZTQHJRQKUQ6YQNPUKI7836127B31Nu)(!@&#bo*971NOI86763715%$^#!@(*&h!ndkjjddqlkkq

~

Itu saja ucapan ringkas saya atas sokongan padu saya mengenai kenaikan harga minyak. Saya menyeru supaya kalian semua menyokong sepunuhnya, bersemangat waja serta terkinja-kinja menyokong usaha murni untuk memartabatkan harga minyak di pasaran dunia.

Friday, April 1

Cinta

Gua ni kejam, tapi Gua pon ada cinta hati gua juga. Gua pon sayang juga cinta gua. Gua pon pernah juga bagi cinta gua bunga2.Tapi gua tetap cool, releks dan macho, seperti biasa; sama seperti gua yang sedia ada - gua dulu-dulu, sama saja.

Tapi gua tak paham budak-budak sekarang ni. Sampai kacau etika berkawan, sampai kacau etika cari makan. Gua betul-betul tak paham. Gua nak panggil sorang-sorang nanti, duduk semeja, story skit dekat gua. Manalah tau gua ni saja yang tak up to date, manalah tau gua ni sorang yang kolot tertinggal dek zaman moden milenium alaf baru canggih manggih gila-gila punya.
~
Cinta gua ada lima, releks saja gua bahagikan masa

Thursday, March 31

Bangun

Hari ni, gua bangun pagi-pagi, biarpon badan liat, biarpon mata masih nak tutup rapat, gua kena bangun dengan penuh semangat; sebab hari ni ade kerja nak buat.

Gua nyala rokok Peter Stuyvesant sebatang, gua hembus asap kepul-kepul. Gua capai botol air putih Dutch Lady full cream milk, gua tonggang lahap.

Habis rokok, gua capai tuala, gua balot badan gua yg sasa. Gua baring semula. Tolong kejutkan gua lagi sejam dua.

Wednesday, March 30

Tukar

Gua bosan, gua buka TV plasma 50 inci gua. Terus keluar siaran, ada dua pondan duduk berceloteh macam mak nenek duduk kampung ceruk. Gua layan lagi, rupanya ni rancangan tukar penampilan, Tangkap Muat. Gampang punya rancangan, gampang punya pengacara. Macam bagus sangat kau punya penampilan nak ubah penampilan orang. Baju kau pakai pon macam gampang, siap dengan labuci2 bagai. Sakit plak hati gua yang mula-mula tadi suci murni. Kalau dua pondan tu datang kat gua nak ubah penampilan gua, gua jamu dua dua pondan tu dengan wa punya siku.

Hidung

Gua nak operate hidung gua. Bukan nak bagi mancung, hidung gua dah cukup cantik Allah kasi, tapi gua tak tahan dah bersin, gua letih bersin. Gua bajet dalam dua juta Ringgit Malaysia untuk operasi operate hidung wa.
~
Gua tidur tak puas lagi ni.

Tuesday, March 29

Baca


Memang gua suka membaca. Cuma malas yg slalu datang. Itu yang banyak buku-buku tak terbaca. Satu lagi faktor, gua bosan dengan persekitaran. Persekitaran juga mempengaruhi gua tuk membaca. Bosan dengan darat, gua sarung jeans, baju, ngan gua punya buaya, gua menapak ke bawah, kolam tingkat satu kondo mewah gua, sampai situ terus gua terjun, gua baca buku sampai habis..