Thursday, December 30

Nota Ganas Untuk Adinda

Kalau boleh, esok wa nak nikah, lusa kita buat majlis meriah2. Tulat terus kita tekun dan gigih tanpa jemu buat eksperimen dan assignment supaya wa boleh cepat bergelar ayah. Tapi semua tu tersekat dek impian wa yang tak nak kalah. Ni semua bukanlah satu masalah, cuma masa yang agak lambat sebab segalanya bermula dari bawah.
Wang bukan punca, bukan wa sibuk dok kumpul harta. Cuma wa sedang kejar cita. Wa sedang tekun mencipta nama. Bagi wa cuma setahun dua, sebagai permulaan perjalanan kreatif untuk wa kumpulkan segala benda yang wa rasa berharga, kumpulkan hasil tangan wa yang tak seberapa, untuk wa keluarkan bila tiba masa. Wa nak jenguk empat lima negara, wa nak kenal satu dua benua. Sebelum wa bekeluarga,dan sebelum wa teruskan ke misi seterusnya. Itu semua, dah tersusun cantik dalam wa punya kepala. Awal lagi sebenarnya untuk wa karang ni semua, tapi wa takot wa lupa, wa takot wa takda masa, sebab wa terlampau sibuk dengan kerja. Terima kasih kerana lu sabar menunggu saat dan ketika, terima kasih kerana lu menghormati wa punya masa, terima kasih kerana lu memahami wa punya kerja, terima kasih kerana sanggup berkongsi suka dan duka, terima kasih dan ampun maaf atas semuanya.

Selamat Ulang Tahun ke Lima. Semoga apa yang dirancang menjadi nyata.

Wednesday, December 29

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 15

Harimau Malaya gaduh dengan Garuda senja nanti (waktu malaysia). Nak saja wa serang dengan garang Gelora Bung Karno, habiskan suara, menyokong harimau2 kita patahkan sayap2 garuda. Apa wa heran takat lautan suporter garuda yang menggila. Wa lagi gila, wa lagi kejam, wa lagi ganas.Tapi wa terpaksa akur,salji kat sini lagi ganas, salji lagi menggila, salji lagi garang turun tak henti2, semua sistem pengangkutan lumpuh sama sekali. Aksi harini wa tonton kat kaca tv lagi sekali.

Zaman wa kencing bercabang

Dulu wa ketua pengawas, masa sekolah rendah. Siapa2 datang lambat, wa tulis nama, siapa2 yang tak beratur kat kantin, wa tulis nama, siapa2 yang buang sampah merata2 wa tulis nama, siapa2 yang makan sambil berjalan, wa tulis nama. Penagawas2 yang tak menjalankan tugas pon wa tulis nama. Nama2 tu wa hantar dekat Cikgu Manan; Cikgu gemuk selekeh rambut serabai, serta bengis garang macam singa. Hukumannya wa tak tau, wa cuma jalankan tugas yang diberikan dengan sempurna, dengan penuh amanah.

~

Wa tersengeh sorang2 sambil lengan di dahi. Wa sengeh lagi pada siling tinggi. Indahnya nostalgia, biarpon tindakan bangang macam gampang.

Monday, December 27

Wa merepek saja..

Nama i Temah tapi panggil i Darling. Asal i bukan dari Seri Petaling, tapi dari Ulu Tembeling. Bapak i seorang pengembala kambing. Mak i dah lari, sebab ekonomi bapak i terumbang ambing. I pon bosan hidup poket selalu kering. Satu hari, i nekad lari ke kota berbekal duit syiling. Niat hati, nak tolong ekonomi keluarga yang meruncing. Tapi, kejutan budaya mula melanda bila i sampai kota batu bata dan atap genting. Zack, Roy, Black, Man, dan kawan-kawan slalu bawa i ronda pusing-pusing. I tak kisah biar muka macam cicak kobeng, asalkan mereka ada RXZ eksos bising. Bahagia rasa hidup walaupon hari-hari i kena pukol keliling. Keluarga?tanggungjawap? semua i tolak ketepi, seronok dan sedap yang penting. Tapi, sekarang i dah bunting. Semua lari tinggalkan i tersengeh2 sumbing. Nak balik kampung? Takot i dihalau mcm anjing.

Friday, December 24

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 14

Takda langsung waktu senggang wa untuk bercerita. Takda langsung ruang wa nak taip sepatah dua kata. Penat yang hampir tenat. Hari-hari wa rehat, tidur dan tidur dan tidur,dari timbul sang mentari, hingga bulan menampakkan muka. Wa lena, dlm dingin salji siang hari.

Tuesday, December 21

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 13 ( teka teki )

Wa jln kaki ke LRT, tapi penat sikit sebab redah salji. Kaki tenggelam, kalau kat malaysia, macam jalan dalam selut. Musim sekarang ni. Nasib baik salji tak lumpuhkan perkhidmatan LRT, kalau tak wa sah-sah patah kaki.

~

Tunggu 5 minit LRT sampai

~

Wa duduk. Depan wa ada 2 beradik usia dalam darjah satu atau dua. Sebelah mereka sorang perempuan bertudung cantik jelita. Wa tak tahu kakak atau mama. Kalau mama, wa kecewa, tapi tetap teruja, kerana tak dimamah usia.

"Dalam banyak-banyak barang, barang apa orang paling suka??" si abang bersuara.

Si adik berfikir._____ masih berfikir. "tak tau, menyerah"

"Alah, teka la dulu!" marah si Abang.

"Barang kemas." jawab wa dalam hati. Yakin serta kacak bergaya dengan muka bangga.
"Senang sangat." sambung wa lagi, juga dalam hati.

"Tak tau la" Si adik buntu memikir.

"budak-budak" wa memandang sinis. mengeluh, malas betul fikir. Tak macam wa, pantas!

"Barang percuma." jawab si Abang diikuti derai tawa yang panjang.

Ada air meleleh di pipi wa. Wa insaf. Wa taubat!

Sunday, December 19

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 12

Otak penat tak dapat fikir apa yang nak di tulis. Penat banting tulang. Lenguh segala anggota. Esok anggota2 ni semua nak bekerja lagi.

Saturday, December 18

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 11

Lensa yang rosak wa hantar juga kedai waima krisis ekonomi masih melanda dunia; dunia kehidupan wa, dunia foto wa, dunia kamera wa. Tutup cerita lensa, wa tumpukan usahan memerah keringat menampung bagi menampung segala ongkos membaik pulih. Cecah juga 3 angka. Belum campur 4 angka baik pulih kamera tua. Bekah hati tatap wang yang bakal melayang.

~

Wa gerak jumpa abang wa,di pinggir kota Amerika. Wa pau kamera dia, esok lusa nak banting tulang. Wa pergi dengan teman wa Zawawi, juga dari Malaysia. Cuaca hari ini bagus, wa suka, tak sejuk, tak juga panas, tetap salji turun nipis2, matahari tunjuk muka sekali sekala.

~

Cuaca sejuk tak dapat halang hati wa yang tetiba tiba gelegak, mendidih. Bekal cebis iman sedikit, wa sabar lapangkan dada sampai hati didih tukar suam, pesam; nak sejuk? Makan masa. Memang makan masa. Menyusahkan wa bila masa2 darurat, langsung tak pikir akibat. Memang sengaja cari musibat.

~

2.49 am, Peter Stuyvesant tinggal cuma 2 isinya. Indomi 2 bungkus jadi mangsa. Wa cuba pejam mata. Tenangkan kepala. Kosongkan minda.Dapatkan idea2. Lempar jauh2 masalah. Esok wa harus menyerlah, dengan gambar2 tak nak kalah.

~

Lena

Thursday, December 16

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 10

Biarpon dengan kegawatan ekonomi melanda seluruh dunia,biarpon banyak syarikat2 gulung tikar, ramai pekerja2 dibuang kerja, kadar jenayah makin tinggi. Pau, ragut peras ugut, rompak; kerana semua makin terdesak. Tapi wa tetap selamba pergi tengah2 kota, makan kat Ani Sup Utara.

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 9

Malam tadi, wa luang masa ke stadium. Ramai juga manusia, dengan baju purata warna kuning, warna biru. Nak juga wa beli jersey, cantik2 juga, tapi bila seluk poket, ada la Rm lima belas, tak jadi niat suci wa. Kad kredit platinum sah2 tak diterima kat sini.

~

Wa pilih dekat belakang gol saja, malas nak sesak2 sebelah tepi padang. Biarpon port tak berapa cantik takpa, janji wa nampak sudah la. Nak best tengok kat TV la. Siap ada ulang tayang lagi.

~

Malaysia menang. Berbaloi la wa gesa2 balik Malaysia semata2 nak tengok game ni. Tapi wa malu, segelintir penyokong bangsat baling mercun, baling botol dari atas. Langsung takda otak, tak fikir keselamatan orang2 duduk di bawah. Ada mercun meletop sedepa dari penonton. Sorang budak 5 6 tahun, kepala terkena botol air mineral (yang berisi air) dekat kepala. Sangat berbeza dengan penyokong2 di England. Walhal stadium mereka tanpa balapan, tempat duduk dengan padang satu langkah saja. Bayangkan kalau stadium kita juga macam tu? Habis la pemain, habis pengadil, habis la kameraman, jurugambar, budak2 kutip bola. Semua jadi sasaran pembaling tepat yang bangang takda otak. PUI

~

Wa terkenang kenangan wa di Old Trafford.

~

Esok flight wa ke Amerika jam 5 petang.

Wednesday, December 15

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 8

Hari ni wa buntu, wa tak tau apa nak tulis. mungkin suhu terlampau sejuk buatkan otak wa beku.

~

Wa rindu Malaysia.

Tuesday, December 14

Doa.

Tadi wa siap-siap, cuaca pon ok, salji pon tak turun lagi, wa pegi Medan Mara, jumpa klien kat sana.

Turun dekat stesen bandaraya, wa jalan arah sogo. Kat tepi kaki lima, ada lelaki duduk bersimpuh, sambil kepala dongak atas, tangan diangkat tinggi menadah; berdoa. "Betul-betul berdoa dia ni," bisik wa dalam hati. Ketayap dibiarkan telentang didepan.

Selang 3 langkah lompat kijang, sorang perempuan bersila. Muda, muka ala-ala hisdustan. Lintas depan baru wa perasan, dia tengah menyusu budak. Tapi tak agak-agak, tetek dah terkeluar.2 2 belah. Ada cawan di depan. "Ini minta simpati atau saja buat tayangan free?" Mata wa alih tempat lain. Malu.

Dekat hujung sekali, ada perempuan buta berdiri tegak, sambil tangan memegang kotak. Dalam kotak ada tisu,banyak. Wa ambil satu tisu, wa tinggalkan cek Ringgit Malaysia satu ribu.

~

Selesai jumpa klien, wa panjat Sogo, saja tengok-tengok barang, mana tau ada satu dua barang berkenan. Semua barang-barang harga murah, takda selera wa nak beli. Wa turun bawah sekali, wa beli 2 kotak susu penuh krim Dutch Lady. Melayang duit wa 8 ribu. Selesai, jalan ke stesen.

~

Si buta dah tak ada. Wa jalan depan, perempuan muda masih bersila, anaknya lena atas riba. Wa jalan lagi ke depan. Lelaki tu masih lagi bersimpuh, tangannya masih ditadah kukuh. Panjang betul dia punya doa. Betul-betul doa atau sekadar propaganda? Wa garu kepala.

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 7

Wa banyak gila kerja sebenarnya. Blog gambar tak update, album lagi, macam-macam la. Tapi mood wa hilang ntah kemana. Tekanan juga dalam kepala otak bijak wa ni. Mungkin wa sunyi, sebab wa buat kerja sorang-sorang. Mungkin juga wa perlu bercuti, rehatkan minda, layan sunset d Gold Coast atau picnic dekat taman di Jepun pada musim autumn boleh mengembalikan mood dan idea-idea wa.

~

Man Utd menang semalam dengan Arsenal. Tulah,Dennis Bergkamp tak cukup fit semalam. Banyak percubaannya tersasar.

~

Kejap lagi nak jumpa client. Kat mana tak tahu lagi. Wa tengok cuaca kat luar cantik, tapi kejap-kejap lagi turun la salji.

~

Hari ni sarapan wa up skit dari biasa. Sosej. Maklum la, wa kat Amerika. Mana nak cari nasi lemak, mana nak cari roti canai. Lagipon, kolestrol semua tu.

~

Dah lama gila wa tak tengok wayang.

Banyak makan.

Senyum lebar Sarjan Sabtu. Lapang dadanya, tak macam perutnya yang membukit. Mana taknya, duit kereta Proton Inspira High Line convert Mitsubishi Evo X dah lepas, duit susu anaknya tiga orang pon dah lepas. Hadiah harijadi kekasih gelap minggu depan pon dah lepas."Baru start keja dah dapat 3"bisik Sarjan Sabtu. Senyumnya dah macam syaitan.

"Padan muka, sapa suruh tak pakai tali pinggang keledar. Kan dah kena." kata Sarjan Sabtu tiba. Koperal Kasim yang duduk di sebelah angguk saja, sambil senyum tawar. Sarjan Sabtu terus memecut laju kereta kerajaan putih.

~

"Jen, singgah minum jen. Tadi nak cepat masuk kerja sampai tak sempat sarapan," cadang Koperal Kasim. Perut lepernya dah mula menyanyi. "Ah, ada-ada saja kau ni Kasim." Bentak Sarjan Sabtu, sambil bagi signal ke kanan; masuk parking betul depan Restoran Ajijah Nasi Kandar.

~

"Minum apa Encik," matcha senyum lebar.

"Teh O Panas, makan tak mau," pesan Sarjan Sabtu, sambil labuh bontot.

"Teh tarik satu, roti sardin 1, roti kosong 2, telur separuh masak 4 biji" pesan Koperal Kasim, dan matcha pegi berlalu.

"Kau ni, makan banyak, tapi kurus melidi. Macamana kau buat? Aku ni makan tak banyak,tapi perut ni tak juga susut," kata Sarjan Sabtu sambil mengusap kandungannya yang macam dah sembilan bulan.

"Sarjan byk makan rasuah kot..." balasnya ringkas.

Monday, December 13

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 6

Semalam betul-betul wa penat. Mata awal lagi rasa digam. Tapi wa tunggu bola, wa tunggu dengan pasukan sorak pasukan kompang pasukan gendang. Memang bebaloi wa tunggu, memang bebaloi wa sengkang mata, Chelsea masih merangkak mencari rentak.

~

Wa bangun pagi. Tak sempat gosok gigi wa dah sarapan dengan megi. Lapar sangat. 2 bungkus wa telan. Tapi takda kesan. Perot tetap lapar. Tapi wa tahan. Nafsu!

~

Suhu dah makin meningkat, salji dah mula cair, tapi tetap sejuk, tetap gigil. Wa dah rindu sangat nak berenang. Rindu sangat nak ke kolam. Wa capai tuala, wa turun wa terjun. Sorang-sorang. Rasa-rasa kepak dah lebar seinci, wa naik, gigil. Naik rumah, wa layan FB, layan Photoshop CS3 berselang seli; Sampai senja.

Kena

Bidin cuma memerhati gelagat Kumin depan cermin. Kumin berdiri tegak depan cermin panjang gobok buruk.Rambut tesisir rapi. Kemejanyanya merah buah saga, bunga2 hijau putik nangka. Seluarnya coklat coklat jingga.Tali leher hitam biase.

Dibelek kemeja yang sudah disarung, kedut. Muslimin pecat semula kemeja, sementara bara tempurung kelapa masih menyala, dia gosok lagi. Satu garisan pon dia tak mahu. Sarung semula, masuk dalam seluar, ikat tali pinggang.

"Bidin, ok dok koi pakai gini? Kena dok?" tanya kumin ikhlas.

"Aok nok kemana?" Bidin membalas.

"Jumpe awek koi kat pertama, bawok dia g makan KFC. Weh, kena dok koi pakei gini?"

" Kena, kena kutuk........ kena gelak "

Sunday, December 12

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 5

Penat sangat. Wa dengar bantal panggil nama wa, wa nampak selimut senyum manja dekat pa, wa nampak tilam melambai-lambai pada wa. Wa tak layan, wa ingat pesan orang-orang tua, jangan tidur maghrib, nanti dirasuk hantu puaka; wa tolak tilam ketepi,wa duduk besandar atas sofa empuk. Wa ingat semua pesan orang-orang tua.Biarpon wa jauh diperantauan,jauh dari kampuang halaman, tapi tetap wa ingat. Pesan-pesan tu tetap wa semat. Satu-satu maen dalam kepala wa, sampai lama-lama wa lena.

Kronologi hari ni.

3 pagi - wa bersorak riang. Episod duka Liverpool semakin panjang.

4 pagi - layan blog, buka fb, mengarang sesuka hati.

5 pagi - loading untuk lena

6 pagi - wa rasa wa dah lena.

8 pagi - bangun tidur, mandi2 siap2 kacak2

9 pagi - sarapan dengan kawan-kawan, borak-borak nganjing2.

10 pagi - shot mekap dekat RitzCarlton.

1 petang - shot wedding rakan di taman metropolitan

5 petang - Job selesai, singgah bukit bintang, cuci cuci mata sambil carikan madu untuk cik salma

6.30 petang - Wa sampai rumah

6.55 petang - Wa post entry ni!

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 4

Penat. Penat gila babi. Wa baru balik dari job. Macam ni la cari rezeki. Teringat pula dekat mak ayah yang jauh di kampung. Lagi la penat dorang dulu-dulu, terbongkok-bongkok sembah pokok getah satu satu pohon. Dari lepas subuh sampai la matahari meninggi.

~

Wa rehat ambil nafas kejap. Buka FB, balas komen dua tiga. Turun bawah minum-minum dengan Bard dan Bodhi. Order sate kambing seploh cucuk, dengan teh o panas segelas, duduk sembang-sembang, isi ruang yang terluang. Cerita pasal bola, cerita pasal perang 2 belah korea, cerita pasal wanita, cerita hal rumah tangga, cerita pasal ekonomi semasa, cerita pasal movie-movie yang main kat cinema. Semua topik ada. Artis?? Gosip?? Bullshit!!

~

Bila rasa dua tiga jam dah diluang, panggil matcha kira. Naik atas, rehat, esok ada kerja lagi.

Marah wa pada Khabir Bathia.

Wa tekan punat tv. Amik remote astro, tekan punat on. Ada drama melayu tengah main, tapi wa rasa baru ye mula. 10 minit pertama wa layan, dari segi pelakon, warna, shot, wa dah tau sapa punya cerita; Kabir Bhatia. Memang wa minat dia ni. Cinta, Sepi, Setem, semua wa layan. Biarpon wa ganas dan kejam, tapi wa tetap layan cerita-cerita cinta. Tapi taklah ekstrem sangat ceritanya, kualiti cerita wa tetap ambil kira.

~

Cerita mula-mula, kisah si bisu dan si buta, sama! Sama dengan wa punya cerita, Busu. Tapi tentu-tentu cerita wa ketinggalan, mana boleh nak lawan Kabir Bhatia punya kepala, wa sekadar pemikir muda, pencerita part time yang sekadar mengisi masa. Mana mampu lawan pengarah ternama.

~

Pelakonnya, Reemy Ishak sebagai si bisu, dan Sari Yanti sebagai si buta. Wa suka dua dua watak. Reemy Ishak, memang bejaya menjiwai watak. Sari Yanti, memang sesuai,wajah cantik, ayu, ada seri. Wa layan lagi cerita,wa tau Khabir Bhatia, mesti ada 'dua tiga cerita dalam satu cerita'.
Kemudian keluar pula Eizlan Yusof dan... Tiz Zaqyah?!!!! Wa tutup TV, wa tutup astro. Remote wa balik ke dinding. Wa ketap bibir tahan geram. Muka wa yang tilam legam tukar merah padam. Kenapa harus kau ambil dia? Kenapa perlu kau letak dia dalam kau punya cerita? Wa tak nak tengok kelibat dia!! Wa dah cuba lupa.

Kenangan pahit kisah percintaan wa dengan Tiz Zaqyah menyelinap semula dalam kepala.

Saturday, December 11

Menara

Photobucket

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 3

Wa bangun pon dah tengahari hari ni. Rugi betul rasa (walhal hari-hari macam ni). Wa siap-siap, wa guna waktu senggang untuk ronda-ronda kota batu kaca. Dengan kamera dan lensa,tripod, wa mula langkah. Kotaraya yang dulunya asing, bukan asing dari segi cuaca, bukan asing sebab berlainan benua, tapi asingnya dalam faktor budaya. Cukup asing.

~

Salji turun memutihkan kotaraya. Sejuk dingin sampai ratusan kali wa ke jamban awam. Sang mentari langsung tak nampakkan dirinya. Sejuk, sejuk amat. Sejuk gila babi. Tapi wa tetap steady, dengan t-shirt print peta Penang yang wa dpt masa amik gambar untuk Cycling Asia, jeans Levi's 501 lusuh buruk yang wa beli dekat bundle simpang Jengka 15, kasut Adidas putih yang Adinda beli masa ulang tahun percintaan kami ke-lima. Bukannya apa, bukannya wa taknak pakai jaket tebal-tebal, mafla lilit leher, sarung tangan, snowcap, tapi wa segan, takut terserempak dengan melayu di sini, nanti dikatanya wa poyo. Dengan kepak melebar, dengan muka pura-pura ganas, takut takut kena pow, wa ronda sambil kamera, lensa juga tripod bekerja merakam, mengabdi setiap apa ada depan mata. Sambil kadang-kala, ambil gambar sendiri, guna self timer dan tripod. Maklumlah, wa seorang saja berkelana di sini.

~

Tiba tiba datang seorang wanita, cantik. Bertanya, "Kenapa awak beria ambil gambar? kenapa awak obses dengan kamera? Dengan penuh yakin dan kacak, wa menjawab, "Saya sangat menitik berat tentang kenangan,"

Friday, December 10

Curi Tulang

Photobucket

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 2

Wa bangun dah tengahari, mata mengantuk lagi, tapi perut sakit tak terperi. Alang-alang terus mandi, gosok gigi. Lepas tu bakar rokok, lepak depan tv. Kemudian on PC, buka Adobe photoshop CS3, buka FB, berselang seli..

Cantik? Kekal?

Kekalkah pancaindera yang tuhan bagi? Kekalkah nikmat yang tuhan pinjamkan? Kekalkah kecantikan kamu yg dibanggakan.. Jgn bongkak dan sombong dengan pangkat,darjat, taraf yang kamu ada skrg, tuhan kalau nak tarik, sekelip mata saja. Itu masa kalu, lu takda pa pa.

Tkda kena mengena dengan gmbr2 ni sebenarnya..Ni kawan wa, Zul namanya.Zul ni baik dan menurut kata. tp Zul memang laju. Bukan orang kata, wa yang kata. Masa tau, sbb wa pernah naek dengan dia. Memang dia cekap memandu. Masakan Evo 7 boleh diekori Wira muzium, dan meter mencecah angka 180. Gila. Tapi malang tu tak berbau, tapi dia patot syukur. Wa byk kali ulang kat dia. "Lu mmg bernasib baek beb, 1 lu tak mati,2 lu tak buta. Biar pon biji mata lu dah kena jahit, tapi tuhan still bagi lu nikmat tok melihat." Zul 3 4 kali mengangguk. Harap-harap dia paham nikmat hidup ni
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Mundur, Milenium

Photobucket

BUSU [ short film ]

Lupa nak tunjuk Busu dalam blog. Biar pon Busu tak seberapa, tapi wa tetap puas hati sebab dapat siapkan. Shot dengan seba kekurangan, krew dan peralatan, tapi wa tetap berjaya. Buat pon carca marba, storyboard cuma dalam kepala, sbb betol-betol kesuntukan masa.. Sekarang ni dah ada 2 3 idea untuk filem pendek.,,insyaallah ada masa, akan muncul pula laen2 cerita..

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 1

Hujan nipis turun dari langit gelap kelam. Sliding door tenganga luas biarkan angin dingin masuk mencucuk tulang hitam. Wa yang duduk mengadap pc, bangun ambil selimut Air Asia kaler merah yang Fizi curi masa balik dari Sarawak. Wa ambil tembakau Domingo, wa ambil filter Mascotte, wa ambil mesin gulong Rizzla+, duduk di balkoni sambil gulung sebatang. Layan rokok dekat balkoni sambil pemandangan Kuala Lumpur jadi santapan mata, dalam suasana dingin macam ni, memang feeling. Memang stim. Masa ni idea datang belumba-lumba. Bersaing-saing menarik minat wa nak mula yang mana dulu. Skrip cerita pendek? cerpen? Flash fiction? Design album? Edit gambar? Semua bermain dalam kepala.
Semua datang, mana satu nak mula dulu pon wa tak tau. Cepat-cepat wa habiskan rokok. Padam. Cepat-cepat wa masuk. Sliding door wa biarkan saja ternganga, biar bunyi hujan bermain di telinga, biar bau-bau hujan menusuk di hidung seludang. Wa padam lampu, biar tenang wa nak wat keja. Wa ambil bantal, wa tarik selimut, indahnya dibuai lena.. esok sambung cerita..

Thursday, December 9

Diari Jurugambar Desa di Amerika.

Wa masih berdengkur dekat ruang tamu walau matahari dah lama tinggi. Wa terjaga sekali sekala, bersin lima nam round sampa wa sendiri rasa letih,gatal sunggguh, sampai rasa nak garu hidung pakai berus besi. Sejuk betul dekat sini. Tapi wa cuma berboxer petak-petak merah jambu tanpa baju. Sejuk. Dengan mata sebelah saja buka, wa cari selimut; sambil berbaring saja. Takda. Malas betul bangun ambil dalam bilik. Biarkan saja. Wa capai I punya phone fo di kanan bantal, 2 mesej dari Adinda. Biarkan saja, bls bila dah 'jaga' nnt.Bukan ada apa pon, kau bukan isinya "tgh buat apa?" , mesti "dah bangun tidur belum?". Jadi kalau wa tak balas dia tahu la jawapannya. Wa capai pula, i pack kat sebelah kiri bantal wa, buka fb, 3 mesej baru. Buka satu, "boleh tak kita jumpa waktu lunch, i nak tgk hasil2 kerja u, ni no i, 01265*****-Nurul".. Dengan pantas kilat wa balas "ok". Dengan semangat baru wa bangun, tutup kipas gila laju, pegi mandi dan bersiap sekacak mungkin. Sambil bejalan ke stesen wa taip mesej, "kita jumpa di KLCC ya".SENT!

Friday, December 3

angan-angan, impian, cita-cita..

Angan-angan dan Mat Jenin,memang sama. Tapi persetankan. Aku suka berangan. Sebelum tidur tentunya. Sebelum lelapkan mata, angan-angan kosong datang menyelinap dalam kepala. Angan-angan tentang kerjaya, angan-angan tentang keluarga, angan-angan bila masa tua. Bagi aku,angan-angan tulah impian. Impian tu yang kena usahakan jadi kenyataan. Simpan sebesar mana pon impian, simpan setinggi mana pon cita-cita, biarpon susah nak diterima dek kepala waras manusia, Insyaallah berhasil jika ada usaha, Insyaallah berjaya kalau berada betul di landasannya. Belum terlambat lagi, baru dua puluh lima...