Wednesday, April 4

BUNOHAN; jangan malas guna otak.

Gua tertarik bila terbaca status seorang jurugambar 'tersohor' tanah air yang satu ketika pernah mengatakan dirinya seorang yang 'humble' dan 'down to earth'. Status gua lupa, cuma berbunyi dia 'buffering' bila keluar dari panggung selepas menonton BUNOHAN. Statusnya juga berbaur sindiran dan mempertikaian kenapa cerita BUNOHAN ditayangkan nun jauh di Amerika. Hmm, gua ingatkan sedap cerita ni, aishhhh.. takkan la tak sedap. Nak tahu, gua kena tengok sendiri

Pertama kali gua tahu tentang kewujudan cerita Bunohan ini semasa membelek akhbar tempatan beberapa bulan lepas. Pandangan pertama pasal BUNOHAN ini cuma 'BUNOHAN', yak ni kata kerja. Selepas membaca sinopsis sebaris dua, baru gua tahu BUNOHAN ini juga nama tempat (Kata nama khas). Gua mula tertarik bila tajuk ini menggabung 2 perkara. Sama macam Gemulah Yasmin Ahmad buat TALE N TIME dan TALENTIME. Menarik!

Gua buka Bunohan. Pertama kali gua tengok bila cerita dah start 15 minit. Gua layan, gua tak paham. Gua tengok sekali lagi. Dari mula. Gua tersenyum. Bijaknya Dain Said menggubah cerita.
Apa yang gua paham tentang Bunohan, Dain Said menggabung budaya masyarakat melayu Kelantan dan Siam, kapitalism,mitos buaya jadian, saka dlm wayang kulit dan main puteri, konflik keluarga, dan khianat dalam cerita ini.

Secara keseluruhannya, cerita ni menunjukkan bagaimana orang-orang berduti (kapitalis) menggunakan budaya (dan juga khazanah mungkin) untuk kepentingan sendiri (RM RM RM RM RM RM). Kes kes ini biasa kita lihat tersirat pada filem dan drama, tapi realitinya sedar atau tidak perkara macam ni banyak berlaku di luar sana. Terus gua terpikir tentang Penjara Pudu yang tergadai. Stadium Negara, Stadium Merdeka, Airport Sg Besi yang cuma menanti hari untuk roboh. REALITI.

Kenapa gua suka cerita ni? Pertama-tama sekali gua suka intronya, bagaimana pengenalan pelakon kepada penonton. Ada dalam babak di kedai kopi. Lain dari yang lain. BIJAK! Selain dari jalan ceritanya yang kemas. Babak-babak dan dialog penuh dengan isi dan sangat penting. Tidak ada satu babak yang ‘saja-saja’ dibuat. Atau ‘saja-saja’ dimasukkan.

Cerita ni agak berat sebenarnya. Cerita ni memerlukan penonton berfikir. Satu-satu persoalan tidak disediakan dgn jawapannya yg jelas, cuma diberi klue mudah untuk penonton berfikir dan mencari jawapan.

Contoh paling mudah seperti ikan-ikan Awang Sonar yang mati. Kenapa? Angkara siapa? BAKAR? ada bukti? Bakar? Sapa cakap?? YAAAAAA, pada babak Bakar cakap dalam telefon, "padi pon kadang-kadang tok jadi, ike pon lagu tu gok..." (gua ingat2 lupa dialognya). Macam itu juga untuk menjawab persoalan, siapa Adil? Banyak sekali klu yang diberikan.

Cerita ini juga menunjukkan tentang kehidupan. Macamana susahnya meneruskan hidup; Adil bertinju dan menggadai nyawa di seberang, Ilham pula menjadi pembunuh upahan. Manakala orang seperti Bakar dan Jolok hidup senang kerana cekap memanipulasi keadaan dan orang disekeliling.

Dua jenis watak (adil+ilham dan jolok+bakar) yang kontra sifat dan penampilan ini menarik minat gua. Jolok dan Ilham, penampilan kemas dan lembut tutur kata, dilihat seperti peramah, tapi sanggup membunuh untuk kepentingan sendiri. Bakar khususnya, 30 ekar tanah lagi bernilai dari nyawa ayahnya sendiri.

Adil dan Ilham yang kasar dan keras hati pada mula cerita, tapi berubah pada hujungnya. Ilham yang nampak jelas bersifat lembut hati, terbunuh sebab rasa kasih sayang setelah mengetahui Adil adiknya seibu sebapak.

Sifat kontra ini juga nampak dalam pemindahan kubur-kubur. Jolok dan Bakar langsung tidak menghormati ‘tuan punya’ kubur. Oleh kerana tamakkan duit, kubur-kubur digali dah dialihkan sesuka hati. Ilham pula nampak kecewa kerana kubur ibunya 'hilang' entah kemana. Usaha Ilham menggali kubur-kubur menunjukkan dia sangat mengambil berat soal ini.

Jika diambil dari persepsi tipikal orang melayu kita yang suka meletakkan pandangan hanya pada luaran, orang seperti Bakar dan Jolok dianggap baik. Adil dan Ilham pula orang yg sangat jahat. Masyarakat melayu kita lebih menghormati dan memandang tinggi orang yang berkemeja dan berseluar slek serta memandu kereta, berbanding orang berpakaian lusuh seperti kutu kutu rocker.

Filem ini juga bagi gua secara sinis menyindir golongan-golongan politikus. Kita boleh lihat pada babak Jolok berbincang dengan Deng. Jolok minta Deng 'setelkan' Ilham, manakala Jolok handle Adil. Untuk apa? Kerana Adil dan Ilham tuan punya tanah tersebut. Bila 2 2 mati, baru senang kerja. Hal ini diperkuatkan dengan dialog Bakar kepada Jolok. "mu ni kalu jadi ahli politik baguh". Kemudian Jolok membalas, " mu tu lagi kelahh, aku ni jujur sangat".

Bagi gua, pengarah ingin menunjukkan sifat-sifat kebanyakan ahli politik; buang mana yang tak perlu. Cantas mana menghalang. Terus gua teringat kes kes besar yang berlaku dalam kancah politik sekarang. Anwar contohnya, Minah Monggol misalnya.

Penggarapan beberapa mesej yang sangat sempurna bagi gua, halus, tersirat, tetapi jelas jika penonton gunakan otak sedikit.

Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh penonton dalam cerita ni. Siapa perempuan dalam semak samun? Itulah Mek Jah. Janda Pok Eng yang diceraikan untuk berkahwin dengan Mek Ani, ibu bakar. Mek jah juga emak kepada Adil dan Ilham. Mek Jah ni buaya jadian. Terus hidup demi cinta dia pada Pok Eng. (Ada disebutkan ketika Mek Jah bercakap dengan budak kecik yang mewakili Pok Eng).

Siapa budak lelaki tu? Budak lelaki tu adalah perantara atau orang tengah antara Mek Jah dan Pok Eng. Ramai penonton rasa perkara ini tidak logik. Tetapi percaya atau tidak, makhluk ghaib tetap wujud.

Kenapa buat perlawanan tomoi? Sebab nak tanahlah. Bakar dan Jolok masuk jarum sikit-sikit. mula2 tolong Awang Sonar bagi modal untuk bela ikan, kemudian racun ikannya, kemudian tawar menawar tentang bayaran hutang. Hal ini dikuatkan dengan dialog Bakar, "orang kalau dah berhutang budi, semua benda dia bagi" ( lebih kurang macam tu). Jelas sekali sifat kapitalis dalam diri Jolok dan Bakar.

Banyak lagi persoalan persoalan yang penonton kena rungkai sendiri. Tapi ada gua part-part gua tak berapa clear. Pok Wah misalnya, siapa dia sebenarnya?? Tolong jawap bagi pihak.
Satu lagi Pok Eng, gua rasa dia pon jenis-jenis buaya jadian juga. Pembela saka. Mek Yah juga ada mengajak Pok Eng ikutnya ke alam buaya jadian. Ini yang membuatkan gua rasa tafsiran gua betul.

Gua juga sangat tertarik pada hubung kait yang ditunjukkan oleh pengarah. Contohnya tentang Ilham yang belayar ke Marseille yang 'disalahpahamkam' ke Mesir dengan gambar-gambar Mek Jah di Piramid. Serta gambar buaya dibunuh dengan watak Mek Jah sebagai buaya jadian dan juga hubung kait 'buaya' dalam dialog dalam cerita ni. HUH??? Kenapa?? Haahahahhaha.

Tentang pemilihan lokasi pengambaran memang menarik ditambah pula teknik cinematography yang tidak berapa "rule of third" dan tidak berapa simetri dalam cerita ini. Sedang-sedang saja. Menarik dan jarang-jarang gua lihat dalam filem filem tempatan.

Rumusan gua dalam cerita ni, pengarah ni nak tunjukkan siapa yang paling bahaya? Saka? Buaya? Atau Manusia????

p/s: sudah tiba masanya penonton terima filem tempatan yang bijak seperti ni. Usahlah tengok 7 petala cinta yang kononnya islamik tapi entah kemana islamnya, Adnan sempit yang kelakarnya serupa bangang. KL gengster yang langsung tidak nampak langsung kebaikan ceritanya. Dan kepada jurugambar terbilang tu, speed lu slow, sebab tu lu buffering.