Friday, October 28

Spirit

Gua ada temujanji malam tu jam 11.55 malam. Gua toleh jam di dinding, jam 1134 malam. Gua dah lambat nampaknya. Gua gegas bangun, capai baju di tombol dan seluar di belakang pintu. Gua sarung satu-satu kemudian gua menapak laju.

Lagi malam tu gelap, sa titik bintang pon gua tak nampak. Gua panjangkan lagi langkah gua, mempercepatkan keluar dari pintu guard Apartment Lestari di Bandar Seri Permaisuri tempat gua menginap.

Bandar Permaisuri masa tu sunyi lagi. Lot-lot kedai dekat Q Bistro dan kayu nasi kandar takda lagi. Syarikat pemaju pon gua rasa tak lukis pelan lagi nak bangunkan tempat tu. Permaisuri masa tu kosong lagi.

Gua jalan terus lagi melepasi tapak masjid dekat simpang empat. Jalan depan sikit jumpa penara, jalan depan lagi jumpa Sup Meletop.

Ngam-ngam lepas sup meletup hujan mula menitik. Hujang berlari lari anak melintasi kawasan pembinaan belum siap yang sekarang ni tersergam Maybank, JPJ, Hajris Bistro dan juga Pasaraya Hero. Part paling mencabar nak menuruni bukit nak ke Stesen LRT Salak Selatan. Licin gelap dan becak.

Gua menapak berhati-hati supaya baju yang mula lenjun ni tak kotor dek lumpur kalau terjatuh.

Turun bukit jumpa stesen LRT, gua lalu ikot terowong bawah. Ada 2 3 orang india terbaring mabuk Thai Song. Bau busuk Thai Song mencucuk hidung gua.

Tepat jam 11.53 gua sampai dekat mamak Fatimah dekat pekan cowboy Salak Selatan.

"Matcha, teh o panas satu, roti sardin kari sambal satu" jerit gua

"wookeeeeeeeeh" balas mample tu sambil kepala goyang-goyang.

Tepat jam 11.55 temujanji gua dengan Manchester United bermula. Gua layan bola sambil gigil.

~

Game MU start awal plak hari tu. Pukol 7 dah main. Gua dengan kawan-kawan rumah lepak di Mamak Ehsan dekat Permaisuri. Masa tu lot kedai tu baru siap. Baru pecah dara.

Habis game MU pukol 9. Tapi sambung plak game Arsenal. Masa tu Arsenal kuat lagi bagi menghormati kawan gua yang sarung jersey O².

Habis game Arsenal pukol 11, layan game liverpool memandangkan ada kawan gua yang baru sokong lepas Liverpool main tipu menang dengan AC Milan.

Pukol 1 game habis. Tapi ada pulak kawan gua sorang ni baru sampai, layan lagi borak post mortem game-game yang baru habis tengok. Borak punya borak dah pukol 3.45 pagi. Ada plak game Real Madrid dengan Barca, layan lagi sampai habis.

Dah nak subuh baru angkat bontot nak pergi bayar. Mamak-mamak kat situ pon dah naik menyampah tengok kitorang lepak dari matahari terbenam sampai la matahari nak terbit semula.

Syok betol tengok bola secara combo macam tu.

~

Huh.. itu ceerita gua. Lu ingat gua saja-saja cerita??? Lu ingat gua rajin sangat nak taip-panjang-panjang nak kasi lu saja-saja baca?? Lu kalau takat malam minggu layan astro ria lepas tu tau result bola lepas tengok orang kecoh kat FB, lu jangan kecoh-kecoh nak bahan gua sebab MU kena tibai 6-1. Hanya orang-orang yang ada spirit bola saja boleh maen bahan-bahan dengan gua. Orang macam lu jangan, nanti gua rodok perut lu dengan sesiku L!

Khamis, 27 Oktober 2011, 4.04 pagi.

Khamis, 27 haribulan 10 tahun 2011, jam dekat tangan gua tunjuk pukol 4.04 pagi. Gua secara solonya tengah layan nikotin sambil hirup teh o panas selepas mentelaah char kue teaw special sepinggan dekat Malis Corner, Danau Kota.

Jam 4.04pagi ramai lagi orang kerumun dekat sini.

Table belah kanan gua ada pasangan kelamin santap nasi lemak tanpa menghiraukan anak kecil mereka yang mata terkebil-kebil dalam stroller.

Table sebelah depan tu ada sepasang kekasih sedang hangat berborak. Berborak hal-hal masa depan mungkin; hal-hal nikah nak pakai baju kaler apa, hal-hal nak dapat anak berapa, hal-hal nak letak nama apa dekat anak nanti, dan macam-macam hal lagi.

Satu lagi table ada geng-geng jantan yang gua nampak macam bangang saja main daun terup. Ape nampak stylo sangat ke main daun terup dekat kedai makan?

Table kiri gua kosong, selang satu table ada awek-awek seksi yang gua tak tahu datang dari mana. Kulit jenis apa tak tahu sejuk ke pagi-pagi buta pakai macam tu?

Table hujung belah sana satu geng-geng gay tengah hangat bergosip. Sesekali sekala salah sorang dari mereka menjeling ke arah gua. Selepas gua menunjukkan jari tengah sambil kening gua kerutkan dia tunduk sambil lutut terketar-ketar.

Satu lagi sudut geng-geng cina jual DVD haram tengah lepak hilangkan lelah.

Dekat kaunter ada 4 5 orang tengah beratur. Dekat kaki lima ada lima nam orang baru melangkah masuk kedai.

Jam 4.18 gua berenti menulis, gua angkat bontot dah menyusun langkah pulang. Apa dorang semua ni tak reti-reti nak balik ke?? KAHKAHKAHKAHKAH!

Wednesday, October 19

Surat Khabar

Selain dari menjadi bahan bacaan gua semasa berak,dan juga menjadi alas masa gua santap megi, gua tak nampak apa-apa kegunaan berita harian, utusan melaysia, kosmo mahupon metro..

Thursday, October 13

Ringgit Malaysia Tiga Ratus Empat Puluh Sahaja

Zaman dulu-dulu, bukan dulu sangat, bukan zaman Zaiton Sameon, bukan zaman Francisca Peter, bukan juga Kenny Reemy Martin , Rahim Maarof, mahupon adik beradik bangang KRU, zaman sudah milenium. Zaman Mawi mula-mula naik, zaman Faizal Tahir tangah up.

Dengan duit elaun MARA Ringgit Malaysia Tiga Ratus Empat Puluh Sahaja tambah duit pau abang dan kakak gua kira-kira Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja, gua boleh makan selama sebulan, bayar duit sewa rumah apartment, buat tambang bas dan LRT untuk ke kelas setiap hari biarpon gua tak masuk kelas setiap hari, top up telefon bimbit biarpon topup rm10 dan rm30 tak ada lagi masa tu, keluar dating tengok wayang, main snuker di Snuker Utara tingkat 3 Pertama Kompleks setiap hari, lepak food court pertama dari jam 2 petang sampai jam 10 malam, beli rokok Winston 10 setiap hari, dan banyak lagi perkara kejam dan ganas yang gua tak boleh sebut kat sini gua buat dengan nilai duit sebanyak yang gua sebut.

Kenapa sekarang dah tak boleh buat macam tu? Oh,baru gua terfikir, mungkin zaman dah berubah. Zaman sekarang zaman Perdana Menteri Dato Seri Rosmah Mansur meneraju negara.

Wednesday, October 12

Cermin Mata

Dari zaman belajar lagi gua bercita-cita buat cermin mata yang tukar jadi gelap bila dekat tengah panas. Tapi memandangkan elaun bulanan cuma RM340, gua pendamkan hasrat gua.

Cemburu gua pada Abu, smart betul spek mata dia. Canggih betul spek mata dia. Duduk tengah panas spek jernih tukar gelap. Tapi Abu tak palah, duit banyak. Belum masuk duit kebas dalam mesin duit masa kerja part time dekat Hagen Daz.

7 tahun berselang, gua cuma 3 kali tukar cermin mata. Itupon masih cermin mata biasa. Bagi gua keperluan itu menjadi kehendak bila buat cermin mahal. Last gua tukar cermin mata tengah tahun hari tu. Gua keluarkan bajet RM70 buat cermin mata gua yang hilang.

Malas gua buat mahal-mahal, gua bukan selalu pakai sangat. Pakai pon time memandu, time mengadap PC, time kerja.

Tetapi hamun punya pasal sebab spek Rm70 tumbuh kulat-kulat, gua bentangkan bajet selari dengan Rosmah bentangkan belanjawan negara. Dengan nekad gua melangkah kedai cermin mata, gua bikin satu cermin mata yang tukar gelap bila kena panas.

Bila dah siap gua sarung kat muka, saja gua jalan tengah panas. Lama skit gua tanggal, gua tengok, WAHHHHHHHHHH, cermin mata gua dah gelapppppp....

Tuesday, October 11

Gua Mahu Isteri Seksi.

Gua sudah mula berangan-angan nak tamatkan zaman bujang. Gua rasa gua dah sampai masa kawen. Seronok betul dengar cerita ghodong-ghodong yang dah kawen.Gua mula mencongak kriteria-kriteria bakal pelengkap rusuk kiri gua.

Secara jujurnya sebagai lelaki normal, gua teringan sekali mahu beristerikan gadis seksi. Berhias cantik berdandan rambut. Bergincu merah dibibir. Dengan baju ketat yang leher bajunya boleh masuk kepala gajah, pasti buah kopek sangat sendat dan bukan setakat alur, 2 2 bijik terus nampakkan muka. Fuhhh. Pakai pulak skirt pendek, betul-betul bawah panggal jubor.

Kalau takda skirt pakai hot pant ketat pon takpa. Janji ketat, janji singkat. Pakai pula kasut tumit tinggi 5 inci, memang lentiklah jubor. Betul-betul seksi. Tambah seksi bila datang bawa segelas air bila gua balik dari kerja. Hilang penat gua, hilang lelah gua. Memang tangkap stim untuk gua lepak dekat rumah. Ditambah dengan masakan yang dah terhidang. Memang tak ada punca dah gua tak keluar rumah melainkan mahu menonton perlawanan Manchester United dengan kawan-kawan.

Nak ikot? boleh. Pergi pakai elok-elok cantik-cantik. Tutup yang mana terdedah. Gua mahukan isteri yang seksi dan mabeles di rumah saja. Untuk hidangan mata gua saja. Bukan sajian mata-mata ke RANJANG jantan-jantan lain masa lepak makan di Malis Corner, bukan untuk sajian mata jantan-jantan masa jalan-jalan di Uptown.

Pendek kata, itu semua 100% hanya untuk gua, bukan untuk dikongsi walaupon takat pandang mata.

Panjang kata, jangan jadi dayus, kalau tak buka orang tak tengok.

~

Naik stim gua bila lepak malis. Dah memang susah dah gua nak jumpa 'perempuan'.

Monday, October 10

Surat Cinta dari Dia

Assalamualaikum.

Kehadapan Danish,

Awak apa kabar? Mestilah awak sihatkan sebab masa rehat tadi saya nampak awak main kejar-kejar dengan sakeri. Awak, saya nak mintak maaf sebab lambat balas surat awak. Bukannya apa, banyak sangat kerja sekolah nak kena siapkan. Cikgu Azizah bagi kerja rumah sampai lima muka surat. Penat saya nak siapkan. Yang pasal Mirol awak jangan la cemburu. Dia je yang nak kat saya. sumpah saya taknak pon kat dia. lagipon dia tak pernah pon wakil sekolah. Saya dari dulu nak kat awak. Sumpah Wallah Alip Lam Lam Ha. Nanti kalau nampak saya masa rehat awak tegur la saya. Kalau awak malu sayapon malu. Awak sukan nanti awak masuk acara apa? Saya masuk acara 100 meter, 200 meter dengan lompat tinggi. Awak sokong saya tau. Nanti saya akan sokong awak juga biarpon awak rumah biru. Awak nanti awak balas awak bagi biodata awak tau. Ni saya bagi biodata saya.

Nama : Puteri Maisarah Zakiah Habibah bte Dolah
Nama panggilan : Puteri
Tarikh Lahir : 22/10/2002
Tempat Lahir : Hospital Kuala Lipis
Hobi : Menolong ibu dan mengumpul stem
Cita-cita : Doktor Haiwan
Sukan diminati : Bola jaring dan olahraga
Pemain diminati : Rooney, Nani, Park Ji Sung
Makanan Kegemaran : Apa-apa saja asalkan halal.
Minuman kegemaran : Apa-apa saja asalkan halal.
Penyanyi pujaan lelaki : hafiz AF
Penyanyi pujaan perempuan : Adira AF
Pelakon pujaan lelaki : Fiz Fairuz
Pelakon pujaan perempuan : Tiz Zaqyah


Awak, saya nak kena buat kerja rumah, nanti mak saya marah. Jangan lupa bagi biodata awak.

Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.

Pen Merah pen biru,
jangan marah i love u.

p/s : maaf tulis buruk

~

Lu pernah dapat benda macam ni? Lu pernah lalui saat-saat indah macam ni? Kalau tak pernah memang lu tak market dulu-dulu. Kalau tak pernah memang rugi besar masa lampau lu.

Friday, October 7

Hari Hari Buat dan dot dot dot

Ekselen. Buka kamus kalau tak tahu apa difinisi ekselen. Macamana nak jadi ekselen?
Cuba tanya Uncle Fergie macamana dia begitu ekselen dengan 19 kejuaraan. 26 tahun bimbing kelab yang sama. Memanglah ekselen. Jangan tanya wenger, jangan tanya King Kenny Roges, jangan tanya budak hingusan villas boas, jangan tanya mancini. Tanya Uncle Fergie dulu.

Cuba pula tanya Ronaldo macamana dia begitu ekselen menjaringkan gol. Berapa lama dia punya training? Macamana pula dia tekun tendang bola. Bila hari-hari buat mesti ekselen. Kalau tak ekselen juga maknanya itu bukanlah bakat, itu cuma perasan tak ingat. Langkah berjaga-jaga baik cuba bidang lain.

Cuba tanya Uncle Fergie macamana dia begitu ekselen dengan 19 kejuaraan. 26 tahun bimbing kelab yang sama. Memanglah ekselen. Jangan tanya wenger, jangan tanya King Kenny Roges, jangan tanya budak hingusan villas boas, jangan tanya mancini. Tanya Uncle Fergie dulu.

Macam itu juga dengan penebar roti canai. Hari pertama dia bekerja takkan ekselen. Tapi bila dah hari hari buat dan bertahun mengadap roti canai, itu yang wujudnya roti terbang tu. Nak buktikan dia betul-betul ekselen buat roti canai.

Mekanik pon sama. Mula-mula kerja terkial-kial cari punca kenapa motor tak hidup. Kadang-kadang siap turun enjin walhal cuma kepala palam pencucuh saja yang tercabot. Tapi bila hari hari buat, lama-lama, dengar suara enjin saja dah tahu apa yang tak kena.

Jurugambar? Hari hari pertama pegang kamera gambar mesti ke tong sampah. Ada 'under', ada 'over'. Lama sikit 'under' 'over' dapat diatasi. Tapi framing pula tak kena, komposisi pula macam haram. Tapi bila hari-hari buat, output yang dikeluarkan gerenti ekselen.

Pengarah filem pon lebih kurang sama. Pernah tengok telimuvi pertama Gemulah Yasmin Ahmad? Rabun kalau gua tak silap judulnya. Apa yang ada pada cerita tu cuma idea saja. Penyampaiannya seriushit macam haram. Tapi bila hari-hari buat, hari-hari fikir, hari-hari post mortem, terhasillah filem-filemnya yang berkualiti tinggi. (biarpon gua tak gemar ideologinya yg 'agak liberal')

Pemandu Teksi masa mula-mula kerja dulu, minta penumpang tunjuk jalan, bawa teksi pon terkial-kial. Tapi bila dah hari hari buat, semua jalan dia hafal. Cakap saja pelusuk mana, insyaallah dia boleh bawa. Ke lubang kubur pon gua rasa dia boleh bawa, sebab bila hari-hari dia bawa teksi, bukan maen ekselen ciluk sana cilok sini. Ke'ekselen'an pemandu teksi ni sampai tak payah bagi signal, pulas saja streng. Belok saja sesuka hati, berenti saja kat mana dia suka. Dia hari-hari atas jalanraya, ini jalan bapak dia yang punya. Cilaka betul!

Thursday, October 6

Sayangkan.. Manjakan

Bahagia rasa bila dikurniakan cahaya mata. Cahaya mata tu tanda kita yang jantan-jantan ni kuat, boleh bagi zuriat. Baru tak segan nak balik kampung. Xdalah semak telinga dengar orang asyik bertanya.

Biarpon gua tak ada anak lagi, tapi otak di kelapa lutut kiri gua boleh bayangkan macamana sayangnya bapak kepada anak. Tambah lagi bila dah lama menanti. Tambah lagi itulah yang tunggal, satu, sa! SAHAJA! Sayangnya berlipat kali ganda, dijaga dan dimanja bagai menatang minyak yang penuh; secara klisenya.

Manjakan anak biarlah berpada-pada. Marahlah kalau dia buat salah. Cubitlah kalau perlu, rotanlah kalau sudah melampau. Jangan diikutkan sangat cakap anak-anak. Nanti bila rasa hormat sudah takda, kepala ni dia pijak. Tunjukkan sikit kreadibiliti sebagai sebagai bapak, sebagai jantan, bukan macam pondan!

~

bukan anak saja ya.. BINI pon sama!!

Tuesday, October 4

IKOT!

Jam 4.30 pagi baru gua dapat luruskan pinggang. Penat yang teramat sangat bila seharian memerah keringat. Dalam alunan lagu Rupa Tanpa Wajah nyanyian Kembara, gua terlena.

~

Pagi tu nyaman betul. Celik sahaja mata, isteri gua dah siapkan semuanya; pakaian dan sarapan. Selesai mandi, gua bersiap-siap - kemeja, kot, seluar slek kain licin, tie. Hari ni gua ada meeting.

"kanda, kanda. Dinda nak ikot" kata isteri gua.
"daddy, daddy. nak ikooooot " anak gua si Melur pula berlari datang peluk peha gua.
"er, er, er... duduk rumah saja, tengok tv, tengok movie.
"nak ikooooooooooooooot" kata mereka serentak.
"OK lah" gua mengalah

~

Kamera gua dah siap packing. Baju-baju pon sama. Cukup untuk stok 3 4 hari outstation. Gua angkat semua barang turun ke kereta. Sampai di kereta isteri gua dan anak gua tercegat sambil tersengeh-sengeh menjinjing beg pakaian..

"nak ikoot"

~

kring - kring - kring.

"helo"
"helo am, ada mana??"
"rumah, apa cerita?"
"takda apa, free malam ni? kawan-kawan ajak main futsal. Alang-alang boleh mengeteh. Dah lama tak berkumpul"
"wah, syok tu. Gua on."
"ok, malam nanti jam 9 sport planet ampang."
"roger"

"daddy, nak ikot"
"kanda, nak ikot"

~

"projek ni betul-betul kena jalan. Artwork kena cari. Photographer tanpa artwork macam penyanyi tanpa lagu, macam soldadu tanpa senapang, macam hang tuah tanpa taming saring; tak berguna. Kita kena cari artwork, artwork takkan cari kita. Jadi sekurang-kurangnya sebulan sekali kita kena keluar cari artwork. Boleh paham tak semua? " ceramah gua pada budak-budak gua masa meeting.

"paham!" jawab mereka bersemangat.

"paham kanda, nak ikoot"
"nak ikot jugak daddy"

~

Ntah apa gua bedal, perut ni rasa memulas betul. gua capai towel..

"daddy nak g mana ni?? nak ikot"
"ntahnye kanda, nak ikooot.."

hilang terus sakit perut gua, tapi ganti dengan sakit hati.

Gua sungkit rusuk kanan isteri gua. gua sekeh anak gua. 2 2 gua kasi penerajang kat bontot. Gua tak puas hati, gua capai AK-47 yg gua simpan kat dapur.................

~

Gua terjaga.. Berpeluh-peluh.. Ngeri betul mimpi gua. Kejam betul gua. Nampaknya gua dah nampak kriteria macam ni memang tak on dengan jiwa gua.

OK! Sambung tidur, baru jam 8.30 pagi.