Thursday, March 22

Bila gua rasa gua dah besar?

1- masuk darjah satu. kahkahkah. gua pakai uniform sama macam abang gua. gua dah besar. Kakteh, Buloh dengan Nina dok main pasir lagi kat laman rumah Tok Penghulu. Gua dengan Atom duduk selak buku teks dekat sekolah.

2- Masa mula-mula, Pak Cik Mail letak papan dekat tempat letak tangan. Gua duduk atas papan tu. Baru kepala gua sama berada pada kedudukan selesa untuk dia taram rambut gua. Lama-lama, papan tu dia letak saja atas kusyen kerusi. Lama-lama lagi papan tu tak payah pakai. Gua dah cukup tinggi. Gua dah besar. Kahkahkah

3- Darjah empat gua guna duit raya buat beli dompet dekat pekan sari. Wah wah wah, bangga betul gua jalan letak dompet kat belakang kocek. Pergi sekolah kompem2 gua bawak.Punya la mengada-ngada ada 20 sen pon nak letak dalam dompet. Kad nama kawan-kawan pon bersepah kat dalam. Saja buat tebal. Lagi tebal lagi matang. Kad nama gua pon ada sebenarnya. Gua tempah RM7 satu set dekat budak kelas gua. Kad nama penting, boleh passing kat makwe sekolah luar masa main sukan.

4- Gua tunggu tunggu saja bila bapak gua nak hantar gua sunat. Mana boleh besar kalo tak sunat. Semangat gua berkobar-kobar bila tengok Idan 'punya' lain macam masa mandi paya hari tu. Bila musim sunat tiba, semangat gua dulu2 kental mula luntur. Mana tak luntur, cuti sekolah patut2 cuti holiday kat kl, tapi kena berpantang dekat rumah. Tapi takpa, nak dewasa punya pasal gua terpaksa berkorban. Gua sunat ramai2 dekat sekolah. Bila sampai turn gua, cikgu2 gua dok menyebok tepi katil gua terbaring. Maklum la, populariti gua kat sekolah mmg luas. semasa tok mudim sibuk belek anu gua, Cikgu Azizan bersuara, " habis la awak amri, dah tak ligat la lepas ni, dah kudung." Nak takutkan gua la tu. "takpe cikgu, lepas potong nanti saya lagi ligat macam lipas kudung." balas gua selamba.

5- Dapat saja IC, bukan main dasyat perasaan. Bangganya menjadi dewasa. Tapi mula-mula ayah gua pegang. Dia tak bagi lagi gua pegang. Frust gila gua time tu. Rasa macam tak complete gua punya dompet. Masuk tingkatan satu, IC gua dah ada dalam dompet gua. kahkahkah.

6- Nikmat betul pakai seluar sekolah kaler hijau. Time-time ni gua pandang enteng saja seluar sekolah kaler biru pekat tu. PUI!!!

7- Feeling menulis pakai pen tu tak tergambar dengan kata-kata. Selama ni gua pendam rasa jek tengok abang gua tulis pakai pen. Penah sekali gua kena lempang dengan Cikgu Manan sebab gua ngade2 tulis pakai pen. Tapi sekarang gua dah tingkatan satu, takda sapa marah gua tulis pakai pen. kahkahkahkah.

8- Mendapat kepercayaan naik bas ke bandar tanpa ada sapa-sapa teman merupakan penghormatan besar bagi gua. Sudah semestinya, gua akan duduk di belakang sekali. Baru ada nampak macam taiko Kahkahkah. tapi kalau bas ada aircond gua duduk depan. Biarlah tak taiko pon. Duduk belakang nanti muntah lagi buruk rupa.

9- Gua masuk dalam arena permotoran ni agak lambat. Ini kerana gua takut-takut nak usik motor bapak gua. Member2 gua tengah rancak willie gua hanya mampu tengok. bila pegi ronda2 kampung petang2 pon gua cuma membonceng. Gua bawak motor pon curi2. Takut bapak gua tau. Tapi bila bapak gua mintak suroh pegi kedai, bawak motor dia tu, kembang tak kuncup-kuncup hidung gua.

10- "pak cik mail, potong tepi belakang ngan atas saja, yang depan ni jangan potong." perintah gua pada pak mail. "awatnya??" soal Pak Cik Mail si tukang gunting. "Ada remos baru style Pak Cik Mail" kata gua bangga.

11- Bila dah pro dalam bidang bas-bas henti-henti ni. Gua masuk plak dalam bidang bas-bas ekspress ni. Dewasanya gua rasa pertama kali jejak kaki ke KL tanpa mak bapak atau abang akak di sebelah.

12- Start tingkatan 3 bapak gua bagi duit. suroh pergi sendiri rumah Pak sahak, bayar sendiri zakat fitrah. Wah, lain macam rasanya duduk bersila sambil bersalam dengan pak imam ni.

13- Habis sekolah, gua ditabalkan mendapat lesen rokok sepenuhnya. Biarpon begitu gua masih lagi malu-malu untuk hisap rokok secara mainstream ni. Gua masih lagi sorok-sorok, hisap rokok secara underground. Nak dijadikan cerita stok rokok bapak gua habis. Gua tengah landing cantik depan tv tak perasan rokok gua terkeluar dari poket. "bagi kat aku rokok mu tu sebatang" kata bapak gua.
Gua dengan terkejut, berpeluh-peluh serta sedikit segan mengulurkan rokok ke bapak gua. Sejak itu, depan tv jadi port gua isap rokok.

14- Mak gua telefon gua. Mintak tolong nasihatkan adik gua malas nak belajar. Gua nak nasihat jadi serba salah. Tak nak nasihat, tapi mak mintak tolong. Nak nasihat, gua pon dulu jahanam. Tapi gua dah mula mendapat kepercayaan dari mak gua.

15- Pertama kali hulurkan duit belanja pada mak bapak. Satu perasaan bangga yang susah gua nak kata. Gua tengok mata mak bapak gua berkaca. Mesti dia bangga biarpon pemberian gua tak seberapa. Ya, gualah yang menjahanamkan duit dorang selama ni.

16- dah jadi tunangan orang.. ehemmm.. mak plak asyik tanya bila nak kawen. tak sabar sangat dia nak tengok cucu baka dari gua.


17....18.......19......20 dan seterusya insyaallah gua akan rasa nanti. Masa berdetik tanpa henti. Usia gua pon bertambah dan makin bertambah, gua makin besar dan makin dewasa. Pengalaman menjadi semakin dewasa dan dewasa sangat berharga dalam hidup gua. Tak sabar merasa detik-detik merasa 'dewasa' yang mendatang..

Tuesday, March 20

Sebelum Serang Kena Selidik

Tengah ralit gua melayari internet, tiba-tiba telefon bimbit gua berbunyi.

Tertera nama samaran sahabat gua ABU (bukan nama sebenar), gambar manusia takda cuping telinga pakai jersey no 7 kaler merah yang dijadikan 'profile picture', serta 'NYWA' sebagai status.

Kahkahkah. tak habis habis dengan tim yang terlampau kuat bersembang pasal kenangan. Kenangan tu plak tak berapa best nak sembang sebab kalau takat baya-baya gua ni mmg tak hidup lagi.

ABU:
kahkahkahkahkah

GUA:
apa pasal?

ABU:
dengan tim bangang no 7 la liga pon boleh bungkus. kahkahkah.

GUA:
kahkahkah.. tau takpe. bangang betul man u kalah dengan tim no 7 la liga. tim-tim no 7 ni bangang nak mampos. tak boleh bagi saingan dalam liga. kahkahkah

ABU:
Kahkahkahkah. tau takpe. bangang abadi.

GUA:
BPL no 7 tim mana yerk??

1 minit, tak reply
3 minit, tak reply
5 minit, tak reply
10 minit, tak reply
15 minit, tak reply

GUA:
kahkahkah. biar tim saja yang bangang, jangan penyokong turut bangang tak tentu hala. kahkahkahkah

sampai sekarang member gua tu tak bbm gua dah.

Thursday, March 15

Style lah nama anak awak.

Gua perati - perati jenis jenis nama budak-budak sekarang. Sejajar dengan pembangunan moden pada zaman milenium ini, nama nama generasi melayu baru pon terus berkembang maju.

Nama-nama satu patah kata sudah susah nak jumpa. Dua patah kata ada la sikit-sikit. Tiga pat patah kata memang banyak. Pendek kata, lagi panjang nama lagi nampak stylo nama anak lu orang semua.

Pernah dulu-dulu jadi trend gabungkan nama klasik dan moden. Itu biasa bagi gua. Asalkan ada bunyi - bunyi Arab jadilah. Kalau takda bau bau arab, bau-bau melayu pon ok juga. Tapi BAGI gua janganlah mat saleh sangat nama nya.

Alexander Zulkarnain?? Apa salah letak Iskandar Zulkarnain?? Kalau macam tu kalau nak letak nama anak Daud, lebih baik letak David, baru orang pandang. Nama gua pon boleh tukar Amri David; David Amri. kah kah kah. Tak style langsung!!! Cilaka. Pierre Andrea lagi gua cannot go. Rasa macam nak siku.

Puncanya gua rasa mak bapak dah takde pride dengan bangsa sendiri. Takde pride dengan budaya bangsa sendiri. Macamana nak kekalkan budaya bangsa sendiri kalau nama orang melayu sendiri tidak berapa nak melayu (islam)? Sesetangahnya langsung tidak melayu (islam).

~

Gua sudah mula berkira-kira nama anak gua nanti. Kalau laki Zinadine Zidane bin Khairul Amri. Karem Benzema bin Khairul Amri pon okeh. Tak pon Samir Nasri Bin Khairul Amri.

Perempuan ni berat skit nak pikir. Susah susah sngat gua letak je Maya Karin bte Khairul Amri. Tak pon Normala Samsudin bin Khairul Amri. Kahkahkahkah.

Gua simpati.. Nak gelak tak sampai hati. Tak gelak nanti rugi.


Sape la punya kerja ni. Sampai ke macam ni dorang perati. Simpati, simpati.

Itu la malangnya kalo team tak power tapi penyokong*** bising tak tentu hala.

Bak kata pepatah portugis dulu kale, 'dah la team tak power, penyokongnya*** bangang pule.'


Kahkahkahkah


*** SESETENGAH PENYOKONGNYA

Wednesday, March 14

jangan makan sangat dengan petikan.

‎~disebalik kejayaan seorang LELAKI, pasti ada WANITA dibelakangnya..tetapi disebalik KEGAGALAN seorang WANITA pasti ada seorang lelaki menjadi puncanya~

bukan diskriminasi, tapi ia reality

kahkahkahkah.. berdekah gua kahkahkahkah..

ini gua nak cakap.. mana2 pon sama. tak payah nak malaikatkan perempuan, dan tak payah nak setankan si jantan-jantan.

Ada je member gua yang mane perempuan tu yang berjaya sebab ada lelaki sapot dari belkang. ramai! tak payah nak tuding sana tuding sini. Ada dalam 12 orang member perempuan gua yang mencapai kejayaan mendapatkan anak berkat suami dia sapot depan belakang. kahkahkahkah

member gua yang laki plak ada juga sorang dua yang jenis loser memanjang menonggeng dipermainkan perasaannya dek seorang perempuan bertudung macam lilit lilit.

Tapi gua tak salahkan sangat si perempuan2 ni. Gua salahkan si lelaki. Lelaki jenis frust gila babi ni jenis yang tak market sgt. Gua sound direct je. Sapa suroh masa sekolah dulu jadi pengawas. Cuba jadi atlet..

Sampai skrg kawan gua tu menyesal tak sudah. kahkahkahkah

Kahkahkahkah>

Tuesday, March 13

Hari gua yang slow.

Jari-jari gua dah ready kat papan kekunci. Ready saja, menaipnya tidak lagi. Kepala gua rancak berfikir. Dapat saja idea, jari-jari ni boleh mula kerja. Tapi idea tak juga mari.

Gua pangkah Chrome. Gua buka pula folder gambar. Terpapar thumnail beribu-ribu. Gua muntah.

Apa gua nak buat? Nak layan porno nampak sangat gua ni runtuh moral. Nak main futal takde geng. Nak main romen takde bini. Nak maen politik takde kroni.

Apa gua nak buat ni? Mandi. YES!! gua lupa dah 2 hari gua tak mandi. Dah mandi baru boleh keluar cari makwe dua tiga.

Definisi politik pada pemahaman gangster!

Kalau lu selak Kamus Dewan Edisi Ke Empat, lu cari definisi politik pada muka surat 1223, maka lu akan jumpa definisi yang panjang lebar seperti ini :

POLITIK
1. = ilmu ~ ilmu (pengetahuan) bkn cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: pentingnya pengetahuan ~ kpd setiap rakyat negara yg mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi;

2. segala sesuatu bkn pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dgn negara lain: dasar luar negeri kita adalah bebas tetapi menentang penjajahan dlm ~ antarabangsa; diayah ~ penyebaran pengetahuan (ajaran) politik; parti ~ pertubuhan yg bergiat dlm bidang politik; tokoh ~ ahli politik yg terkemuka (terkenal);

3. kelicikan, muslihat, tipu muslihat; ~ parti kegiatan politik yg dijalankan utk, melalui atau oleh parti: beliau telah diberi peluang berkecimpung dlm kegiatan ~ parti walaupun pengalamannya masih cetek; ~ wang kegiatan menyogokkan atau memberi­kan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya utk pemilihan sesua­tu jawatan penting dlm parti dsb; berpolitik mengambil bahagian dlm politik, menjalankan (mengamalkan) politik: keadilan ~ adalah subjektif; mempolitikkan memasukkan ke dlm urusan politik, menjadikan sbg urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dgn politik: Menteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa banyak pihak telah ~ isu-isu tersebut tanpa memahami perkara yg sebenar yg akan dijalankan oleh kerajaan; kepolitikan perihal politik; pempolitikan perbuatan mempolitikkan sesuatu perkara (isu).

Lu nampak tak perubahan definisi dia dari satu dua dan tiga? Maknanya definisi ini akan berubah-ubah dan berkembang mengikut pemahaman manusia tentang satu benda.

Jadi, lama-lama nanti, mungkin dalam Kamus Dewan Edisi Ke enam atau tujuh, makna politik akan bertambah lagi satu; jadi empat. Iaitu:

POLITIK

4. = hari ini berkawan. Esok kawan jadi lawan. Lusa musuh jadi kawan.

Itulah makna politik yang busuk pada pemahaman gua yang gua pikirkan pakai kepala lutut. Itu baru gua pikir pakai kepala lutut. Malas lagi nak pakai otak!

Thursday, March 8

Selamat Hari Wanita

Dikesempatan yang ada ni, gua ingin mengucapkan Selamat Hari wanita kepada mak gua, kakak gua, kakak-kakak ipar gua, bakal kakak ipar gua, makcik-makcik gua, serta seluruh wanita-wanita di seluruh dunia.

Tak lupa juga ucapan ini gua tujukan kepada seluruh pengkid-pengkid dan tomboy-tomboy yang mana tak sedar diri lagi nak jadi jantan. Sedarlah, luorang tak mampu untuk kencing berdiri, apatah lagi nak bagi baby kat makwe-makwe lu semua tu.

Di ruang yang singkat ni jugak gua nak jutaan ampun maaf kalau ada bahasa gua kasar, mengejek serta melekehkan. Sesungguhnya tiadalah niat dihati gua nak buat macam tu. kahkahkahkah

Wednesday, March 7

Kong

Balik dari danau toba, gua busy dengan kerja. Tak terkejar, mana satu nak buat dulu? Nak tulis blog? Jauh sekali. Kekadang idea yg datang tu hilang sebab lambat sangat nak update. Tak apalah, idea tu datang dan pergi. Nanti2 gua percaya idea tu datang balik.

Oklah, gua ada kerja kejap lagi ni, gua nak pergi terajang jubo budak2 arsenal.