Tuesday, May 8

Sebuah Perjalanan Kreatif [ Floating Market, Hatyai, Thailand ]

Aku asyik menulis di ruang ini. Setiap entry aku cuma tulisan-tulisan dan contengan contengan. Jarang sekali aku meng'upload' gambar walhal itulah kerja aku. Sebenarnya menulis bukanlah minat aku yang nyata. Itu cuma suka-suka, aku cuma tulis ikut apa yang terlintas di kepala otak aku saja.

Kamera, backpack, travel. Ah, Kombinasi ni lagi power dari menulis. bahkan lagi power dari dadah. Kombinasi ni buatkan aku ketagih. Ini keghairahan aku. Aku ghairah untuk mencari gambar. Aku ghairah untuk melihat dunia luar. Aku ghairah untuk mengenal budaya asing.

Tempohari aku aku ke Thailand bersama 3 orang kawan aku. Kawan jenis-jenis macam aku, gila pada kamera. Udey, adiknya Ubai dan Syazwan. Mengikut plan asal, kitorang  mahu ke Phatalong, dan aku datang dari jauh ini untuk misi ke Pathalung. Melihat pada gambar-gambar di Internet, Pathalong ini sangat cantik. Cantik yang teramat ini la yang mendorong aku untuk ke sana.

Nak dijadikan punca, ada sedikit masalah terjadi di Imigrasi Thailand. Setelah lama bertekak, kami dilepaskan masuk. Tapi disebabkan masalah yang direka oleh pihak imigrasi, kitorang putuskan untuk ke Hatyai sahaja.

Kitorang sampai di Hatyai kira-kira jam 5 petang. Bandar Hatyai tak ada apa-apa bagi aku. Cuma tempat melempiaskan nafsu liar saja. Selain dari gadis-gadis murah, tak ada yang lebih menarik di sini. Aku sedikit kecewa. Aku tak tahu nak ambil gambar apa. Tak ada apa-apa yang menarik minat aku.

Kemudian kitorang ke Floating Market, yang tak jauh dari bandar Hatyai. Di sinilah baru kamera aku beraksi. Pertama kali aku melihat orang berniaga di atas sampan, menarik. Macam-macam jenis makanan ada.

Aku di Hatyai tak lama. Tak dapat aku lihat dengan lebih luas macamana Hatyai. Jam 10 malam kitorang berangkat balik ke sempadan. Misi kali ini gagal. Cuma ini saja yang boleh aku buat sebagai tatapan.

DSC_1650IMG_1674 IMG_1753 IMG_1695 IMG_1760 IMG_1744 IMG_1733 IMG_1729 IMG_1673 IMG_1664 IMG_1711 IMG_1692 DSC_1651 DSC_1634 DSC_1679 DSC_1661 DSC_1659 DSC_1633