Wednesday, February 13

Photography, Mike Murano dan aku.

Aku ada kawan. Mike Murano nama Kolumpo dia. Nama Seremban dia Mokhriz Aziz. Aku kawan dengan
dia dah lama. Dari zaman belajar. Dulu kitorang main bola sama-sama. Tapi masa tu aku tak rapat sangat dengan dia, sebab masa tu dia lagi suka kawan dengan public phone. Kalau dia tegur aku pon bila nak minta tukar duit syiling.

Hubungan kami mula intim selepas berkongsi minat dalam photography. Masa tu kami susah, makan pon kongsi. Hisap rokok pon separuh separuh. Upah dapat berapalah sangat. Itupon kalau dapat. Sedih sebenarnya cerita permulaan kami into dalam kancah fotografi, jadi lebih baik jangan cerita takut-takut aku berjejeran air mata.

Dipendekkan cerita, Mike Murano sekarang sudah terkenal dalam bidang fotografi ni - lagi lagi dalam arena lumba basikal. Bukan setakat jurugambar2 yang kenal dia, pelumba-pelumba pon rata-rata kenal dia ni. Andrea Guardini pon selalu RT Mike dekat Tweeter, tak power lagi ke mcm tu.

Ditambah lagi status dia sebagai OP untuk UCI sekarang, bertambah-tambah glamor la dia. Asia ni dia pegang. Tour-tour dalam Asia semua dia pegi. Power betol. Saiful Nang pon tak power macam dia.

Nak dijadikan cerita, Perlumbaan Le Tour De Langkawi 2013 akan berlangsung tak lama lagi. Tempat aku di Cycling Asia tergugat dengan munculnya seorang lagi jurugambar tegap dan berbakat, Zie. Jadi, aku terpaksa beralih pula ke majalah lain untuk aku pergi ke LTDL dan aku apply dekat 1 majalah tempatan ni

Bukan senang nak pegi LTDL, tempat dia terhad. Untuk majalah ni, hanya ada 1 tempat. Jadi aku perlu bersaing dengan jurugambar2 lain yang dah apply lagi awal dari aku. Editor majalah itu juga semestinya akan memilih yang terbaik untuk mewakili majalah mereka. Ada1 hari tu aku berjumpa editor tersebut.

"Sebenarnya ramai jurugambar yang apply ni. Saya tak pilih lagi." Katanya memulakan bicara. Aku hanya angguk angguk tanda paham.

"Saya dengar awak pernah cover LTDL untuk Cycling Asia, awak kawan mike ke?" editor itu bersuara lagi, serius.

"Ya saya. Dia kawan saya. Dulu, saya yang ajar dia aperture." terang aku dengan ikhlas dan jujur.

"Baiklah, awak diterima. Nanti emailkan saya detail awak dan gambar ukuran passport."


Friday, February 1

Ustaz Azhar Idrus; disukai dan dibenci.

Jenaka dan berceramah. Pendapat aku yang naif ini, jenaka xpa, asalkan ceramahnya jitu dan padu. Jenaka itu adalah 'konsep', sebagai medium, sebagai pendekatan dan sebagai penarik golongan muda mudi ke majlis agama. Cuba yang ceramahnya ustaz jenis yang serius tanpa sebarang humor, nak mengadap 5 minit di youtube pon xnak, inikan pula nak bertandang ke majlis agama.

Bila sebut ceramah, teringat aku masa sekolah dulu. Ustaz aku di sekolah dulu, Ustaz Hairul Azam, belajar di Mesir. DIa ni bukan jenis ustaz bersongkok. Dia ketayap sentiasa dikepala. Kadang2 main bola pon pakai ketayap. Ustaz ni tegas dia boleh tahan.  Bila tiba masa serius dia serius, tetapi bila kuliah, bila mengajar di kelas, tak kering gusi budak-budak dibuatnya. Pernah sekali dia nyanyi lagu Hotel California masa ceramah. Dia kata rock rock juga, semayang kena jaga. Masa tu, semua orang tabik ustaz ni.

Sorang lagi ustaz aku lagi hardcore garangnya. Nama dia Ustaz Kudin. Ustaz ni gemok, leher pon xda. Suara dia garau garau. DIa ni lagi power sebab dia GPK 1. Dia ada sebijik van, dua bijik kereta, dan sebijik belalang tempur jenama kriss. Semua kenderaan dia ni diletaknya rotan supaya senang digunakan bila perlu. Skill digemari dia cubit skrotum. Sapa yang tak hafal wirid serta ayat lazim, maka melecetlah skrotum dicubitnya. Skrotum aku juga banyak kali menjadi mangsa.

Kedatangan Ustaz Kudin ke surau asrama bila waktu Maghrib meresahkan semua murid. Yang mana hafal bolehlah senyum dan buat macam biasa. Yang mana yang tak hafal kepada Allah saja mereka berdoa, agar Ustaz Kudin tak banyak tanya. Tapi resah itu bertukar ceria bila selesai Maghrib, Ustaz Kudin memulakan tazkirahnya. Kadang-kadang ada bait bait lucah ringan dikiaskan dalam ceramahnya. AH, bukan lucah sangta sebenarnya, masa masa tu, sebut tetek pon lucah sangat.

Lain pula cerita Ustaz Awie. Zawawi nama sebenarnya. Badannya sasa, kulitnya gelap dibakar matahari. Jalannya tegap tegak, tak ubah mcm orang berkawad. Ustaz Awie ni askar wataniah. Dia punya serius macam A Galak. Kalau dia berceramah, surau jadi sepi sampai la waktu Isyak nanti.

Berbalik pada topik jenaka tadi, bila diselongkar balik cerita-cerita lama, aku rasa lagi sedap dengar ceramah-ceramah kelakar dari ceramah serius tegas.

Sekarang ini, ranking paling power adalah Ustaz Azhar Idrus. Powernya Ustaz ni, sampai peminatnya merangkumi semua lapisan masyarakat, tak kira tua muda miskin kaya. Tapi bila ramai yang minat, ramai juga yang anti. Aku tak nampak sebarang 'buruk' dan 'cacat cela' dalam ceramahnya. Bahasanya tak jadi satu masalah, loghat Ganu, memang macam tu.

Jenaka yang digunakan sebagai pendekatan kepada golongan muda bagi aku berkesan.  Kalau tak masakan beribu-ribu orang datang. Kalau dah beribu-ribu takkan semuanya tua-tua. Tapi bagi pendapat golongan jenis-jenis tak suka (mungkin ada sentimen kenegerian), ada saja benda tak kena. Mulalah perasaan busuk hati timbul sehingga perkara kecil mula diperbesarkan.

SUKA SANGAT MELAWAK MASA BERCERAMAH SAMPAI DIJADIKAN BAHAN LAWAK

Pelawak yang menjadikan ustaz bahan lawak, kenapa ustaz nak disalahkan? Kalau nak dijadikan isu pon kenapa ustaz dikondem dulu? Kenapa tidak pelawak?

AH, Zizan meniru UAI tu nipis-nipis saja kenapa nak bangkitkan? Sudahlah dibangkitkan, ustaz pula disalahkan.

Sepah menganjing Ustaz Ustazah Semanis Kurma kenapa diam?

Johan menganjing Fadhilah Kamsah rilek rilek saja. Kenapa?

Itulah kalau dah benci, kalau dah ada sentimen politik, negeri, manusia jadi buta. Sudahlah pelawak yang menganjing, ustaz pula yang kena.