Thursday, December 30

Nota Ganas Untuk Adinda

Kalau boleh, esok wa nak nikah, lusa kita buat majlis meriah2. Tulat terus kita tekun dan gigih tanpa jemu buat eksperimen dan assignment supaya wa boleh cepat bergelar ayah. Tapi semua tu tersekat dek impian wa yang tak nak kalah. Ni semua bukanlah satu masalah, cuma masa yang agak lambat sebab segalanya bermula dari bawah.
Wang bukan punca, bukan wa sibuk dok kumpul harta. Cuma wa sedang kejar cita. Wa sedang tekun mencipta nama. Bagi wa cuma setahun dua, sebagai permulaan perjalanan kreatif untuk wa kumpulkan segala benda yang wa rasa berharga, kumpulkan hasil tangan wa yang tak seberapa, untuk wa keluarkan bila tiba masa. Wa nak jenguk empat lima negara, wa nak kenal satu dua benua. Sebelum wa bekeluarga,dan sebelum wa teruskan ke misi seterusnya. Itu semua, dah tersusun cantik dalam wa punya kepala. Awal lagi sebenarnya untuk wa karang ni semua, tapi wa takot wa lupa, wa takot wa takda masa, sebab wa terlampau sibuk dengan kerja. Terima kasih kerana lu sabar menunggu saat dan ketika, terima kasih kerana lu menghormati wa punya masa, terima kasih kerana lu memahami wa punya kerja, terima kasih kerana sanggup berkongsi suka dan duka, terima kasih dan ampun maaf atas semuanya.

Selamat Ulang Tahun ke Lima. Semoga apa yang dirancang menjadi nyata.

Wednesday, December 29

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 15

Harimau Malaya gaduh dengan Garuda senja nanti (waktu malaysia). Nak saja wa serang dengan garang Gelora Bung Karno, habiskan suara, menyokong harimau2 kita patahkan sayap2 garuda. Apa wa heran takat lautan suporter garuda yang menggila. Wa lagi gila, wa lagi kejam, wa lagi ganas.Tapi wa terpaksa akur,salji kat sini lagi ganas, salji lagi menggila, salji lagi garang turun tak henti2, semua sistem pengangkutan lumpuh sama sekali. Aksi harini wa tonton kat kaca tv lagi sekali.

Zaman wa kencing bercabang

Dulu wa ketua pengawas, masa sekolah rendah. Siapa2 datang lambat, wa tulis nama, siapa2 yang tak beratur kat kantin, wa tulis nama, siapa2 yang buang sampah merata2 wa tulis nama, siapa2 yang makan sambil berjalan, wa tulis nama. Penagawas2 yang tak menjalankan tugas pon wa tulis nama. Nama2 tu wa hantar dekat Cikgu Manan; Cikgu gemuk selekeh rambut serabai, serta bengis garang macam singa. Hukumannya wa tak tau, wa cuma jalankan tugas yang diberikan dengan sempurna, dengan penuh amanah.

~

Wa tersengeh sorang2 sambil lengan di dahi. Wa sengeh lagi pada siling tinggi. Indahnya nostalgia, biarpon tindakan bangang macam gampang.

Monday, December 27

Wa merepek saja..

Nama i Temah tapi panggil i Darling. Asal i bukan dari Seri Petaling, tapi dari Ulu Tembeling. Bapak i seorang pengembala kambing. Mak i dah lari, sebab ekonomi bapak i terumbang ambing. I pon bosan hidup poket selalu kering. Satu hari, i nekad lari ke kota berbekal duit syiling. Niat hati, nak tolong ekonomi keluarga yang meruncing. Tapi, kejutan budaya mula melanda bila i sampai kota batu bata dan atap genting. Zack, Roy, Black, Man, dan kawan-kawan slalu bawa i ronda pusing-pusing. I tak kisah biar muka macam cicak kobeng, asalkan mereka ada RXZ eksos bising. Bahagia rasa hidup walaupon hari-hari i kena pukol keliling. Keluarga?tanggungjawap? semua i tolak ketepi, seronok dan sedap yang penting. Tapi, sekarang i dah bunting. Semua lari tinggalkan i tersengeh2 sumbing. Nak balik kampung? Takot i dihalau mcm anjing.

Friday, December 24

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 14

Takda langsung waktu senggang wa untuk bercerita. Takda langsung ruang wa nak taip sepatah dua kata. Penat yang hampir tenat. Hari-hari wa rehat, tidur dan tidur dan tidur,dari timbul sang mentari, hingga bulan menampakkan muka. Wa lena, dlm dingin salji siang hari.

Tuesday, December 21

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 13 ( teka teki )

Wa jln kaki ke LRT, tapi penat sikit sebab redah salji. Kaki tenggelam, kalau kat malaysia, macam jalan dalam selut. Musim sekarang ni. Nasib baik salji tak lumpuhkan perkhidmatan LRT, kalau tak wa sah-sah patah kaki.

~

Tunggu 5 minit LRT sampai

~

Wa duduk. Depan wa ada 2 beradik usia dalam darjah satu atau dua. Sebelah mereka sorang perempuan bertudung cantik jelita. Wa tak tahu kakak atau mama. Kalau mama, wa kecewa, tapi tetap teruja, kerana tak dimamah usia.

"Dalam banyak-banyak barang, barang apa orang paling suka??" si abang bersuara.

Si adik berfikir._____ masih berfikir. "tak tau, menyerah"

"Alah, teka la dulu!" marah si Abang.

"Barang kemas." jawab wa dalam hati. Yakin serta kacak bergaya dengan muka bangga.
"Senang sangat." sambung wa lagi, juga dalam hati.

"Tak tau la" Si adik buntu memikir.

"budak-budak" wa memandang sinis. mengeluh, malas betul fikir. Tak macam wa, pantas!

"Barang percuma." jawab si Abang diikuti derai tawa yang panjang.

Ada air meleleh di pipi wa. Wa insaf. Wa taubat!

Sunday, December 19

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 12

Otak penat tak dapat fikir apa yang nak di tulis. Penat banting tulang. Lenguh segala anggota. Esok anggota2 ni semua nak bekerja lagi.

Saturday, December 18

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 11

Lensa yang rosak wa hantar juga kedai waima krisis ekonomi masih melanda dunia; dunia kehidupan wa, dunia foto wa, dunia kamera wa. Tutup cerita lensa, wa tumpukan usahan memerah keringat menampung bagi menampung segala ongkos membaik pulih. Cecah juga 3 angka. Belum campur 4 angka baik pulih kamera tua. Bekah hati tatap wang yang bakal melayang.

~

Wa gerak jumpa abang wa,di pinggir kota Amerika. Wa pau kamera dia, esok lusa nak banting tulang. Wa pergi dengan teman wa Zawawi, juga dari Malaysia. Cuaca hari ini bagus, wa suka, tak sejuk, tak juga panas, tetap salji turun nipis2, matahari tunjuk muka sekali sekala.

~

Cuaca sejuk tak dapat halang hati wa yang tetiba tiba gelegak, mendidih. Bekal cebis iman sedikit, wa sabar lapangkan dada sampai hati didih tukar suam, pesam; nak sejuk? Makan masa. Memang makan masa. Menyusahkan wa bila masa2 darurat, langsung tak pikir akibat. Memang sengaja cari musibat.

~

2.49 am, Peter Stuyvesant tinggal cuma 2 isinya. Indomi 2 bungkus jadi mangsa. Wa cuba pejam mata. Tenangkan kepala. Kosongkan minda.Dapatkan idea2. Lempar jauh2 masalah. Esok wa harus menyerlah, dengan gambar2 tak nak kalah.

~

Lena

Thursday, December 16

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 10

Biarpon dengan kegawatan ekonomi melanda seluruh dunia,biarpon banyak syarikat2 gulung tikar, ramai pekerja2 dibuang kerja, kadar jenayah makin tinggi. Pau, ragut peras ugut, rompak; kerana semua makin terdesak. Tapi wa tetap selamba pergi tengah2 kota, makan kat Ani Sup Utara.

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 9

Malam tadi, wa luang masa ke stadium. Ramai juga manusia, dengan baju purata warna kuning, warna biru. Nak juga wa beli jersey, cantik2 juga, tapi bila seluk poket, ada la Rm lima belas, tak jadi niat suci wa. Kad kredit platinum sah2 tak diterima kat sini.

~

Wa pilih dekat belakang gol saja, malas nak sesak2 sebelah tepi padang. Biarpon port tak berapa cantik takpa, janji wa nampak sudah la. Nak best tengok kat TV la. Siap ada ulang tayang lagi.

~

Malaysia menang. Berbaloi la wa gesa2 balik Malaysia semata2 nak tengok game ni. Tapi wa malu, segelintir penyokong bangsat baling mercun, baling botol dari atas. Langsung takda otak, tak fikir keselamatan orang2 duduk di bawah. Ada mercun meletop sedepa dari penonton. Sorang budak 5 6 tahun, kepala terkena botol air mineral (yang berisi air) dekat kepala. Sangat berbeza dengan penyokong2 di England. Walhal stadium mereka tanpa balapan, tempat duduk dengan padang satu langkah saja. Bayangkan kalau stadium kita juga macam tu? Habis la pemain, habis pengadil, habis la kameraman, jurugambar, budak2 kutip bola. Semua jadi sasaran pembaling tepat yang bangang takda otak. PUI

~

Wa terkenang kenangan wa di Old Trafford.

~

Esok flight wa ke Amerika jam 5 petang.

Wednesday, December 15

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 8

Hari ni wa buntu, wa tak tau apa nak tulis. mungkin suhu terlampau sejuk buatkan otak wa beku.

~

Wa rindu Malaysia.

Tuesday, December 14

Doa.

Tadi wa siap-siap, cuaca pon ok, salji pon tak turun lagi, wa pegi Medan Mara, jumpa klien kat sana.

Turun dekat stesen bandaraya, wa jalan arah sogo. Kat tepi kaki lima, ada lelaki duduk bersimpuh, sambil kepala dongak atas, tangan diangkat tinggi menadah; berdoa. "Betul-betul berdoa dia ni," bisik wa dalam hati. Ketayap dibiarkan telentang didepan.

Selang 3 langkah lompat kijang, sorang perempuan bersila. Muda, muka ala-ala hisdustan. Lintas depan baru wa perasan, dia tengah menyusu budak. Tapi tak agak-agak, tetek dah terkeluar.2 2 belah. Ada cawan di depan. "Ini minta simpati atau saja buat tayangan free?" Mata wa alih tempat lain. Malu.

Dekat hujung sekali, ada perempuan buta berdiri tegak, sambil tangan memegang kotak. Dalam kotak ada tisu,banyak. Wa ambil satu tisu, wa tinggalkan cek Ringgit Malaysia satu ribu.

~

Selesai jumpa klien, wa panjat Sogo, saja tengok-tengok barang, mana tau ada satu dua barang berkenan. Semua barang-barang harga murah, takda selera wa nak beli. Wa turun bawah sekali, wa beli 2 kotak susu penuh krim Dutch Lady. Melayang duit wa 8 ribu. Selesai, jalan ke stesen.

~

Si buta dah tak ada. Wa jalan depan, perempuan muda masih bersila, anaknya lena atas riba. Wa jalan lagi ke depan. Lelaki tu masih lagi bersimpuh, tangannya masih ditadah kukuh. Panjang betul dia punya doa. Betul-betul doa atau sekadar propaganda? Wa garu kepala.

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 7

Wa banyak gila kerja sebenarnya. Blog gambar tak update, album lagi, macam-macam la. Tapi mood wa hilang ntah kemana. Tekanan juga dalam kepala otak bijak wa ni. Mungkin wa sunyi, sebab wa buat kerja sorang-sorang. Mungkin juga wa perlu bercuti, rehatkan minda, layan sunset d Gold Coast atau picnic dekat taman di Jepun pada musim autumn boleh mengembalikan mood dan idea-idea wa.

~

Man Utd menang semalam dengan Arsenal. Tulah,Dennis Bergkamp tak cukup fit semalam. Banyak percubaannya tersasar.

~

Kejap lagi nak jumpa client. Kat mana tak tahu lagi. Wa tengok cuaca kat luar cantik, tapi kejap-kejap lagi turun la salji.

~

Hari ni sarapan wa up skit dari biasa. Sosej. Maklum la, wa kat Amerika. Mana nak cari nasi lemak, mana nak cari roti canai. Lagipon, kolestrol semua tu.

~

Dah lama gila wa tak tengok wayang.

Banyak makan.

Senyum lebar Sarjan Sabtu. Lapang dadanya, tak macam perutnya yang membukit. Mana taknya, duit kereta Proton Inspira High Line convert Mitsubishi Evo X dah lepas, duit susu anaknya tiga orang pon dah lepas. Hadiah harijadi kekasih gelap minggu depan pon dah lepas."Baru start keja dah dapat 3"bisik Sarjan Sabtu. Senyumnya dah macam syaitan.

"Padan muka, sapa suruh tak pakai tali pinggang keledar. Kan dah kena." kata Sarjan Sabtu tiba. Koperal Kasim yang duduk di sebelah angguk saja, sambil senyum tawar. Sarjan Sabtu terus memecut laju kereta kerajaan putih.

~

"Jen, singgah minum jen. Tadi nak cepat masuk kerja sampai tak sempat sarapan," cadang Koperal Kasim. Perut lepernya dah mula menyanyi. "Ah, ada-ada saja kau ni Kasim." Bentak Sarjan Sabtu, sambil bagi signal ke kanan; masuk parking betul depan Restoran Ajijah Nasi Kandar.

~

"Minum apa Encik," matcha senyum lebar.

"Teh O Panas, makan tak mau," pesan Sarjan Sabtu, sambil labuh bontot.

"Teh tarik satu, roti sardin 1, roti kosong 2, telur separuh masak 4 biji" pesan Koperal Kasim, dan matcha pegi berlalu.

"Kau ni, makan banyak, tapi kurus melidi. Macamana kau buat? Aku ni makan tak banyak,tapi perut ni tak juga susut," kata Sarjan Sabtu sambil mengusap kandungannya yang macam dah sembilan bulan.

"Sarjan byk makan rasuah kot..." balasnya ringkas.

Monday, December 13

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 6

Semalam betul-betul wa penat. Mata awal lagi rasa digam. Tapi wa tunggu bola, wa tunggu dengan pasukan sorak pasukan kompang pasukan gendang. Memang bebaloi wa tunggu, memang bebaloi wa sengkang mata, Chelsea masih merangkak mencari rentak.

~

Wa bangun pagi. Tak sempat gosok gigi wa dah sarapan dengan megi. Lapar sangat. 2 bungkus wa telan. Tapi takda kesan. Perot tetap lapar. Tapi wa tahan. Nafsu!

~

Suhu dah makin meningkat, salji dah mula cair, tapi tetap sejuk, tetap gigil. Wa dah rindu sangat nak berenang. Rindu sangat nak ke kolam. Wa capai tuala, wa turun wa terjun. Sorang-sorang. Rasa-rasa kepak dah lebar seinci, wa naik, gigil. Naik rumah, wa layan FB, layan Photoshop CS3 berselang seli; Sampai senja.

Kena

Bidin cuma memerhati gelagat Kumin depan cermin. Kumin berdiri tegak depan cermin panjang gobok buruk.Rambut tesisir rapi. Kemejanyanya merah buah saga, bunga2 hijau putik nangka. Seluarnya coklat coklat jingga.Tali leher hitam biase.

Dibelek kemeja yang sudah disarung, kedut. Muslimin pecat semula kemeja, sementara bara tempurung kelapa masih menyala, dia gosok lagi. Satu garisan pon dia tak mahu. Sarung semula, masuk dalam seluar, ikat tali pinggang.

"Bidin, ok dok koi pakai gini? Kena dok?" tanya kumin ikhlas.

"Aok nok kemana?" Bidin membalas.

"Jumpe awek koi kat pertama, bawok dia g makan KFC. Weh, kena dok koi pakei gini?"

" Kena, kena kutuk........ kena gelak "

Sunday, December 12

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 5

Penat sangat. Wa dengar bantal panggil nama wa, wa nampak selimut senyum manja dekat pa, wa nampak tilam melambai-lambai pada wa. Wa tak layan, wa ingat pesan orang-orang tua, jangan tidur maghrib, nanti dirasuk hantu puaka; wa tolak tilam ketepi,wa duduk besandar atas sofa empuk. Wa ingat semua pesan orang-orang tua.Biarpon wa jauh diperantauan,jauh dari kampuang halaman, tapi tetap wa ingat. Pesan-pesan tu tetap wa semat. Satu-satu maen dalam kepala wa, sampai lama-lama wa lena.

Kronologi hari ni.

3 pagi - wa bersorak riang. Episod duka Liverpool semakin panjang.

4 pagi - layan blog, buka fb, mengarang sesuka hati.

5 pagi - loading untuk lena

6 pagi - wa rasa wa dah lena.

8 pagi - bangun tidur, mandi2 siap2 kacak2

9 pagi - sarapan dengan kawan-kawan, borak-borak nganjing2.

10 pagi - shot mekap dekat RitzCarlton.

1 petang - shot wedding rakan di taman metropolitan

5 petang - Job selesai, singgah bukit bintang, cuci cuci mata sambil carikan madu untuk cik salma

6.30 petang - Wa sampai rumah

6.55 petang - Wa post entry ni!

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 4

Penat. Penat gila babi. Wa baru balik dari job. Macam ni la cari rezeki. Teringat pula dekat mak ayah yang jauh di kampung. Lagi la penat dorang dulu-dulu, terbongkok-bongkok sembah pokok getah satu satu pohon. Dari lepas subuh sampai la matahari meninggi.

~

Wa rehat ambil nafas kejap. Buka FB, balas komen dua tiga. Turun bawah minum-minum dengan Bard dan Bodhi. Order sate kambing seploh cucuk, dengan teh o panas segelas, duduk sembang-sembang, isi ruang yang terluang. Cerita pasal bola, cerita pasal perang 2 belah korea, cerita pasal wanita, cerita hal rumah tangga, cerita pasal ekonomi semasa, cerita pasal movie-movie yang main kat cinema. Semua topik ada. Artis?? Gosip?? Bullshit!!

~

Bila rasa dua tiga jam dah diluang, panggil matcha kira. Naik atas, rehat, esok ada kerja lagi.

Marah wa pada Khabir Bathia.

Wa tekan punat tv. Amik remote astro, tekan punat on. Ada drama melayu tengah main, tapi wa rasa baru ye mula. 10 minit pertama wa layan, dari segi pelakon, warna, shot, wa dah tau sapa punya cerita; Kabir Bhatia. Memang wa minat dia ni. Cinta, Sepi, Setem, semua wa layan. Biarpon wa ganas dan kejam, tapi wa tetap layan cerita-cerita cinta. Tapi taklah ekstrem sangat ceritanya, kualiti cerita wa tetap ambil kira.

~

Cerita mula-mula, kisah si bisu dan si buta, sama! Sama dengan wa punya cerita, Busu. Tapi tentu-tentu cerita wa ketinggalan, mana boleh nak lawan Kabir Bhatia punya kepala, wa sekadar pemikir muda, pencerita part time yang sekadar mengisi masa. Mana mampu lawan pengarah ternama.

~

Pelakonnya, Reemy Ishak sebagai si bisu, dan Sari Yanti sebagai si buta. Wa suka dua dua watak. Reemy Ishak, memang bejaya menjiwai watak. Sari Yanti, memang sesuai,wajah cantik, ayu, ada seri. Wa layan lagi cerita,wa tau Khabir Bhatia, mesti ada 'dua tiga cerita dalam satu cerita'.
Kemudian keluar pula Eizlan Yusof dan... Tiz Zaqyah?!!!! Wa tutup TV, wa tutup astro. Remote wa balik ke dinding. Wa ketap bibir tahan geram. Muka wa yang tilam legam tukar merah padam. Kenapa harus kau ambil dia? Kenapa perlu kau letak dia dalam kau punya cerita? Wa tak nak tengok kelibat dia!! Wa dah cuba lupa.

Kenangan pahit kisah percintaan wa dengan Tiz Zaqyah menyelinap semula dalam kepala.

Saturday, December 11

Menara

Photobucket

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 3

Wa bangun pon dah tengahari hari ni. Rugi betul rasa (walhal hari-hari macam ni). Wa siap-siap, wa guna waktu senggang untuk ronda-ronda kota batu kaca. Dengan kamera dan lensa,tripod, wa mula langkah. Kotaraya yang dulunya asing, bukan asing dari segi cuaca, bukan asing sebab berlainan benua, tapi asingnya dalam faktor budaya. Cukup asing.

~

Salji turun memutihkan kotaraya. Sejuk dingin sampai ratusan kali wa ke jamban awam. Sang mentari langsung tak nampakkan dirinya. Sejuk, sejuk amat. Sejuk gila babi. Tapi wa tetap steady, dengan t-shirt print peta Penang yang wa dpt masa amik gambar untuk Cycling Asia, jeans Levi's 501 lusuh buruk yang wa beli dekat bundle simpang Jengka 15, kasut Adidas putih yang Adinda beli masa ulang tahun percintaan kami ke-lima. Bukannya apa, bukannya wa taknak pakai jaket tebal-tebal, mafla lilit leher, sarung tangan, snowcap, tapi wa segan, takut terserempak dengan melayu di sini, nanti dikatanya wa poyo. Dengan kepak melebar, dengan muka pura-pura ganas, takut takut kena pow, wa ronda sambil kamera, lensa juga tripod bekerja merakam, mengabdi setiap apa ada depan mata. Sambil kadang-kala, ambil gambar sendiri, guna self timer dan tripod. Maklumlah, wa seorang saja berkelana di sini.

~

Tiba tiba datang seorang wanita, cantik. Bertanya, "Kenapa awak beria ambil gambar? kenapa awak obses dengan kamera? Dengan penuh yakin dan kacak, wa menjawab, "Saya sangat menitik berat tentang kenangan,"

Friday, December 10

Curi Tulang

Photobucket

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 2

Wa bangun dah tengahari, mata mengantuk lagi, tapi perut sakit tak terperi. Alang-alang terus mandi, gosok gigi. Lepas tu bakar rokok, lepak depan tv. Kemudian on PC, buka Adobe photoshop CS3, buka FB, berselang seli..

Cantik? Kekal?

Kekalkah pancaindera yang tuhan bagi? Kekalkah nikmat yang tuhan pinjamkan? Kekalkah kecantikan kamu yg dibanggakan.. Jgn bongkak dan sombong dengan pangkat,darjat, taraf yang kamu ada skrg, tuhan kalau nak tarik, sekelip mata saja. Itu masa kalu, lu takda pa pa.

Tkda kena mengena dengan gmbr2 ni sebenarnya..Ni kawan wa, Zul namanya.Zul ni baik dan menurut kata. tp Zul memang laju. Bukan orang kata, wa yang kata. Masa tau, sbb wa pernah naek dengan dia. Memang dia cekap memandu. Masakan Evo 7 boleh diekori Wira muzium, dan meter mencecah angka 180. Gila. Tapi malang tu tak berbau, tapi dia patot syukur. Wa byk kali ulang kat dia. "Lu mmg bernasib baek beb, 1 lu tak mati,2 lu tak buta. Biar pon biji mata lu dah kena jahit, tapi tuhan still bagi lu nikmat tok melihat." Zul 3 4 kali mengangguk. Harap-harap dia paham nikmat hidup ni
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Mundur, Milenium

Photobucket

BUSU [ short film ]

Lupa nak tunjuk Busu dalam blog. Biar pon Busu tak seberapa, tapi wa tetap puas hati sebab dapat siapkan. Shot dengan seba kekurangan, krew dan peralatan, tapi wa tetap berjaya. Buat pon carca marba, storyboard cuma dalam kepala, sbb betol-betol kesuntukan masa.. Sekarang ni dah ada 2 3 idea untuk filem pendek.,,insyaallah ada masa, akan muncul pula laen2 cerita..

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 1

Hujan nipis turun dari langit gelap kelam. Sliding door tenganga luas biarkan angin dingin masuk mencucuk tulang hitam. Wa yang duduk mengadap pc, bangun ambil selimut Air Asia kaler merah yang Fizi curi masa balik dari Sarawak. Wa ambil tembakau Domingo, wa ambil filter Mascotte, wa ambil mesin gulong Rizzla+, duduk di balkoni sambil gulung sebatang. Layan rokok dekat balkoni sambil pemandangan Kuala Lumpur jadi santapan mata, dalam suasana dingin macam ni, memang feeling. Memang stim. Masa ni idea datang belumba-lumba. Bersaing-saing menarik minat wa nak mula yang mana dulu. Skrip cerita pendek? cerpen? Flash fiction? Design album? Edit gambar? Semua bermain dalam kepala.
Semua datang, mana satu nak mula dulu pon wa tak tau. Cepat-cepat wa habiskan rokok. Padam. Cepat-cepat wa masuk. Sliding door wa biarkan saja ternganga, biar bunyi hujan bermain di telinga, biar bau-bau hujan menusuk di hidung seludang. Wa padam lampu, biar tenang wa nak wat keja. Wa ambil bantal, wa tarik selimut, indahnya dibuai lena.. esok sambung cerita..

Thursday, December 9

Diari Jurugambar Desa di Amerika.

Wa masih berdengkur dekat ruang tamu walau matahari dah lama tinggi. Wa terjaga sekali sekala, bersin lima nam round sampa wa sendiri rasa letih,gatal sunggguh, sampai rasa nak garu hidung pakai berus besi. Sejuk betul dekat sini. Tapi wa cuma berboxer petak-petak merah jambu tanpa baju. Sejuk. Dengan mata sebelah saja buka, wa cari selimut; sambil berbaring saja. Takda. Malas betul bangun ambil dalam bilik. Biarkan saja. Wa capai I punya phone fo di kanan bantal, 2 mesej dari Adinda. Biarkan saja, bls bila dah 'jaga' nnt.Bukan ada apa pon, kau bukan isinya "tgh buat apa?" , mesti "dah bangun tidur belum?". Jadi kalau wa tak balas dia tahu la jawapannya. Wa capai pula, i pack kat sebelah kiri bantal wa, buka fb, 3 mesej baru. Buka satu, "boleh tak kita jumpa waktu lunch, i nak tgk hasil2 kerja u, ni no i, 01265*****-Nurul".. Dengan pantas kilat wa balas "ok". Dengan semangat baru wa bangun, tutup kipas gila laju, pegi mandi dan bersiap sekacak mungkin. Sambil bejalan ke stesen wa taip mesej, "kita jumpa di KLCC ya".SENT!

Friday, December 3

angan-angan, impian, cita-cita..

Angan-angan dan Mat Jenin,memang sama. Tapi persetankan. Aku suka berangan. Sebelum tidur tentunya. Sebelum lelapkan mata, angan-angan kosong datang menyelinap dalam kepala. Angan-angan tentang kerjaya, angan-angan tentang keluarga, angan-angan bila masa tua. Bagi aku,angan-angan tulah impian. Impian tu yang kena usahakan jadi kenyataan. Simpan sebesar mana pon impian, simpan setinggi mana pon cita-cita, biarpon susah nak diterima dek kepala waras manusia, Insyaallah berhasil jika ada usaha, Insyaallah berjaya kalau berada betul di landasannya. Belum terlambat lagi, baru dua puluh lima...

Saturday, October 30

GAMPANG

Jasa-jasa kita dulu langsung tak kenang.
Sampai kita mereka nak ganyang.
Sampai kita diajak berperang.
Katanya mereka tak gentar askar kita yang garang.
Katanya mereka tak goyang dengan askar kita yang lengkap bersenapang.
Katanya meraka ada lasykar-lasykar yang terbilang.
Katanya mereka tetap gagah walaupon hanya dengan parang.
Tapi mereka lupa mereka selalu dirundung malang.
Tapi mereka lupa mereka selalu dilanda bencana yang tak diundang.
Itu semua balasan tuhan pada mereka yang lupa diri bila senang.
Itu semua balasan tuhan pada mereka yang kononnya gagah macam badang.
Itu semua balasan tuhan pada mereka supaya hargai kehidupan yang tenang.

Undang lagi perang, nanti bah malang yang datang..

Friday, October 22

Tetap Gadis

Suka Saad kwn dgn mat dan jali.main tuju tin sama2.maen sorok2 sama2.maen layang2 sama2.apa yg mat&jali buat, saad mesti ikot.satu hari masa mereka pg lastik burung jaoh dlm hutan, jali nak terkencing,mat pon sama.masing2 mengadap pokok.saad pon ikot sama."tok,anak cucu tmpg kncg";seraya melepaskan air dari tubuh. Saad rasa ada air meleleh di peha,panas.Baru dia ingat, nama dlm surat beranaknya Saadah Binti Shuib.

Pemimpi

Cantik betul, seumur hidup xpernah kosai jmp gadis secantik tu yg berdiri betul2 dpn kosai. Bdn kosai sasa dipeluknya. Rapat2, Kuat.Jntung kosai begedup laju. leher hitam kosai dicium. kosai tak keruan. matanya tak lagi boleh dibuka.tangan kosai mula menjalar."kosai kosai!bgn, koi sibuk dok manjat pokok amek petai aok boleh tido sini"keluh Midon kecewa.."knp aok kejut koi!knp aok kejut koi!" berang kosai sambil hambat Midon dengan parang.

Semangat

Semalam temah tak muat naik lrt padat.temah benci.hari ni temah sarung kasut. temah lari keliling lombong. lemah lari laju2. penat temah berenti.minum air seteguk dua, temah sambung lagi lari, lari & lari. Penat lari temah balik rumah, singgah kedai mak leha, "kasi teh o ais kelas besar 1, nasi putih nasi lebih, kerapu 3 rasa 1, kailan ikan masin, telur bungkus 1, tomyan campur"...."jgn lupa cili potong"

Cita - Cita

Cikgu Husin tanya murid-murid kelas 1 Mawar,sorang demi sorang. "Apa cita-cita kamu semua". Riuh rendah kelas. Macam pasar. Masing-masing bertanya sesama sendiri. Tak kurang juga yang tengah pikir, tgh perah otak fikir cita-cita. Ada juga yang tak tahu apa itu cita-cita. Semat bangun,dia duduk tepi sekali. Dia kena mula. Semat nak jadi guru. Sidah nak jadi jururawat. Melah nak jadi anggota tentera. Mat Nor nak jadi pegawai bank.Tiba gilaran Musa, dengan megah dia kata nak jadi ahli astronomi. Kelas kembali bising. Ada yang kagum. Ada yang menggaru kepala. Cikgu Husin tenangkan kelas. Peah sambung, nak jadi jururawat juga. Meon nak jadi anggota polis. Kudut takut takut nak bangun. Kembang kempis hidungnya. Hingus yang hampir terkeluar disedut kedalam. Dengan ketar-ketar Kudut kata " saya nak jadi penjaga gol cikgu,"

Monday, October 18

Kunci Kira Kira

Berpeluh-peluh Seman duduk dalam restoran hawa dingin. Rasa betul-betul tak selesa. Tak macam duduk di gerai buruk bawah pokok dekat pejabatnya. Tak tahu kenapa Kay atau nama kad pengenalan Kudin bin Mat Piah tergesa-gesa mahu dia tunggu di situ. Selama mereka berkawan, dari belum sunat sampai la dah bebulu lebat tak penah sekali pon mereka masuk kedai mcm tu. Kfc pon, Mcdonald pon harapkan kecek2 dari Danish, anak 'DO' yang jadi rakan sebilik masa belajar di universiti dulu. Sekarang pon, biarpon dah 7 kali dapat gaji, ralat betol dia nak masuk kedai mcm tu. Memang tak kena dengan jiwanya, langsung tak sesuai dengan pakaiannya.

Sudah 7 8 bulan seman tak dengar kabar berita dari Kay, apatah lagi nak bersua muka. Masa hari terakhir di universiti kay mengajak seman duduk di rumah kenalannya di kondo di tengah kota. Seman cuma menolak dengan alasan mahu berehat dulu di kampung. Walhal otak seman sudah mcm kalkukator mengira perbelanjaan jika dia duduk disana. Seman dengan kay memang kawan baik, sekolah sama2, masuk universiti sama. Seman ingat lagi, masa mula-mula masuk U, byk kali Seman kena luku sebab Seman sasul panggil kay "kudin". Susah sangat mulutnya nak panggil kay. Sebab dah bertahun-tahun kudin menjadi nama rasmi. Seman cuma mampu menggosok kepalanya yang pedih. Nak dilawan balik takut, kay sasa, seman rangka. Tapi mereka tak pernah bergaduh,mereka akrab. Dari dulu. Susah senang pertama kali jejak kaki ke kota diharungi sama-sama. 

Seman duduk mengadap pintu. Mengadap pintu dengan dinding cermin jernih. Dia saja duduk di situ. Senang nak pantau motornya. Motornya lusuh, tapi dikunci dan dirantai kukuh. Seman sayang motornya. Sayang sangat. Sebab itulah saja peninggalan arwah ayahnya selain rumah atap nipah dan 2 3 kangkang kera tanah. Motor tu dia bawa ke bandar masa dia belajar lagi dulu. Dia dengan
Kay yang tunggang gilir- gilir 15 jam. Motor tu selalu dibasuhnya, biapon dia tau motor tu takkan berkilat sebab dah diselupui karat.

Pernah dulu tauke wong menawarkan untuk membeli motornya. Mentah mentah dia tolak. Minat betol tauke wong dengan motor tu, ada potensi untuk biakkan ikan dalam kolamnya. Marah betul Seman. Muthu, anak tauke bengkel kimpal penah suarakan minat, tapi Seman diam mengelat. Pura-pura tak dengar sampai muthu pergi beredar. Nasib baik wakil Jabatan Muzium tak datang, kalau tak pasti dihambatnya dengan parang.

Seman masih menunggu. Akhbar Malay mail dan the sun bertarikh 2 november sudah habis dibacanya. Air salsaparila yang dibelinya sudah tinggal separuh. Sikit sikit seman minum. Takut airnys hbs, kalau kay sampai nnt nak kena order lagi. Larilah bajetnya nanti.Biarpon dia baru gaji, apa gila Salsaparilla harga Ringgit Malalysia tujuh belas sembilan puluh sen.

Seman keluarkan telefon bimbitnya yang dililit gelang getah. nama Kay dicari. Simbol gagang warna hijau ditekannya. Mengeluh Seman bila seorang wanita menjawap panggilan, " baki akaun anda tidak mencukupi. Sila tambah nilai untuk membuat panggilan." Seman menyimpan kembali telefon barunya ke kocek. Telefon buruk yang baru dibelinya masa gaji pertama. Itupon sebab keperluan kerja, kalau tidak dia lebih rela berutus surat. Rumahnya di kampung pon, bukan ada telefon. Masa dekat universiti dulu Seman menjadi bahan ketawa, kawan kata Seman buta teknologi, kawan2 kata dia kolot, kawan2 kata dia kedekut. Tapi Seman pekakkan telinga saja, sebab Seman tau, biarpon dia asal kampung, tapi dia bkn katak bwh tempurung, dia tau dia tak kolot,  dia tau dia tak kedekut. Cuma dia rasa semua tu tak perlu, dia rasa duit yang dia ada banyak lagi benda penting yang perlu didahulu. 

Memang Seman tidak kedekut, masakan dia kedekut, dulu bukan setakat Kay, Danish anak orang kaya juga kerap meminjam darinya. Kerap juga dia menggaru kepala, memikirkan siapa sebenarnya yang miskin hina? Kemana perginya duit biasiswa? Nak ditanya tak smp hati, seman simpan soalan tu sehingga kini.

Kematu bontot menunggu, bingkas seman bangun menuju pintu. Air dan surat khabar dibiarkan di meja. Seman keluar sambil menggeliat betulkan urat. Kotak rokok yang sudah terpenyek kemek dikeluarkan dari poket. Seman kuarkan sebatang rokok yang sudah dibakar separuh guna 2 biji lighter Aladdin. Satu yang kehabisan gas, satu lagi yang rosak batu apinya. Seman bercangkung di tepi motornya sambil menikmati rokok kelat. Seman merenung motornya, sambil tangan mengumpil cat yang dah dimakan karat. " kau dah banyak berjasa. Bertahan la sampai aku beli kereta. Bila kereta dah ada, kau akan aku letakkan dalam almari kaca untuk hiasan di ruang tamu rumah aku nanti" bisik hati seman.

Bila sebut pasal kereta, seman gusar lagi. Ntah bila dia mampu pakai kereta. Setelah dihitung, ditolak, ditambah, diadarab dan dibahagi, dari guna sempua sampai la ke mesin kira, dari akaun lejar, kunci kira-kira hinggalah ke imbangan duga, seman rasa dia tak mampu pakai kereta. Seman rasa gajinya tidak cukup. Dari jumlah empat angka ditolak duit rumah,duit belnja bonda di kampung, duit yuran adik-adik yang masih sekolah, duit simpan untuk ganti atap nipah dengan atap genting, duit simpan buat kahwin ( manalah tahu satu hari nanti ada gadis terpaut hati dengannya), duit simpan untuk saat kecemasan, duit simpan nak hantar bondanya ke tanah suci, berapa sen sangat yang tinggal? Seman syukur, meskipon rezeki arwah ayahanda dan bondanya tak seberapa, tapi rezekinya murah; masa belajar dia dapat biasiswa, jadi tak perlu dia membayar balik mcm sesiapa yang ambil pinjaman. Habis belajar pula, tak smpai sebulan dia menganggur, teruz dia ditawarkan kerja. Seman syukur sangat.

Sedang asyik seman membelek- belek intan payungnya, seman dikejutkan dengan bunyi hon kereta. Melompat seman dibuatnya. Mahu saja dia maki hamun, tapi jiwanya bukan begitu, darahnya bukan begitu. Dia hanya menurut dadanya. 

Mata seman tertumpu pada kereta putih bercermin gelap tu. Cantik, seman minat. Tapi seman tak tahu apa modelnya. Tak pernah seman lihat sebelum ni. Mungkin keluaran terbaru. Pintu kereta terbuka, keluar seorang lelaki yang seman cukup kenal. Seman pandang atas bawah, lelaki tu hanya senyum melihat seman. Seman ingat lagi, baju mcm inilah yang AC Mizal pakai masa mengacara rancangan tv yang seman tonton masa makan di kedai mamak behampiran ofisnya. Lambang R pada poket seluar jeans tu pon seman kenal, itu pon masa dia teman bosnya keluar membeli belah selepas habis meeting. Cuma kasut saja seman tak pasti, dengan tulisan besambung panjang dua patah kata. 

"lama kita tak jumpa" kata kay hulurkan tangan. Seman sambut tangan kay. Digoyangkan laju2 sambil tangan kiri menepuk2 tapi bahu. " wahhh.. Hebat kau sekarang.. Segak, smart". Memang penampilan kay jauh beza dengan waktu mereka belajar belajar di universiti, apatah lagi masa zaman mereka sekalah di kampung. "dah pakai kereta skrg, boleh la aku tumpang kau balik kampung. Tak payah la aku naik bas 7 jam. Naik keretapi 12 jam." sambung seman lagi, kagum. "boleh je seman. Kita pon da lama kawan." kata kay tersenym bangga."jom la masuk dalam" ajak Kay. "Kejap, habiskan rokok." "man, rokok sebatang man" "puii.. Gaya je smart" kata seman sambil menghulur sebatang rokok. "aku lupa beli la". Kay keluarkan pemetik apinya, nyalakan. "ktinnnnnngggggg" nyaring bunyi besi bila kay menutup pemetik apinya dengan penuh gaya.. " wah canggih lighter kau" kata seman perli.

Sedang kedua-dua asyik menikmati asap, keluar seorang perempuan dari pintu kiri kereta Kay. Bulat mata Seman pandang. Seman tak pandang atas bawah.. Seman pandang separuh saja. Cantik, ditambah dengan pakaian macam pelakon terima anugerah, 2 3 4 kali tambah cantik."Bella" Kay kenalkan teman wanitanya."nama pon macam mat saleh," bisik hati Seman. Bella hulur tangan, Seman ketar-ketar menyambut. Lambat.Batal air sembahyangnya. Tangan tu sejuk, halus. Itulah pertama kali Seman berjabat tangan dengan perempuan selain bonda dan adik-adiknya. "u masuk la dulu, panas kat luar ni.Nanti terbakar kulit u. Habis rokok i masuk," Menyampah Seman dengar kata-kata Kay. Kita duduk dekat Malaysia, mana pernah sejuk. "Tu, meja yang ada gelas dan surat khabar tu." kata Seman sambil tangan menunjuk mejanya tadi. Bella masuk ke dalam. Seman memandang saja, alunan bontot Bella ke kanan ke kiri jadi santapan mata Seman.

"Man,aku ada hal sikit ni Man." belum apa-apa Kay mula bicara. "Hal apa?" tanya Seman. "Camne nak cakap ya. Berat pula mulut aku ni," Kay garu kepala. Seman pon garu kepala. Tak pernah Kay segan dengannya sampai macam ni. " Cakap je la". "Aku nak mintak tolong." "Tolong apa? apa yang aku boleh tolong aku tolong." "Er..er.. er.. aku sebenarnya nak pinjam duit, nak belanja awek aku makan kat sini. Hari ni hari jadi dia. Duit aku dah hbs beli hadiah dia," kata Kay jujur sambil tunjuk beg di sisi Bella yang telekat dua biji huruf besi G.

"PUIII..!!!!" Seman betul2 marah. Kali ni Seman betul tegas. Seman terus berlalu. Membuka rantai kunci dan terus pergi. Pergi tinggal Kudin dan Bella yang hidup di syurga. Pergi tinggalkan kedai hawa dingin cekik darah, pergi tinggalkan suratkhabar percuma, pergi tinggalkan Salsaparilla yang belum dibayar. Pergi bersama jawapan yang sudah lama jadi tanda tanya.

Thursday, October 14

Bakat yang terhad

Aku manusia.
Kau manusia.
Kamu pon manusia.
Siapa yang sedang baca skrg tentunya manusia..
Kita semua manusia.
Manusia biasa.
Manusia naif hina.
Manusia yang takkan sempurna.
Manusia tak pandai semua perkara.
Sedikit sebanyak pasti ada bodohnya.
Manusia tak mampu buat semua benda.
Sedikit sebanyak pasti ada kekurangannya.
Sebab kita bukan malaikat.
Biarpon berjuta benda kita niat.
Tapi tak semua perkara kita mampu buat.
Mungkin bidang ni kita hebat,
tapi kena ingat, bidang lain ada yang lagi berbakat.
Ramai lagi yang berkebolehan.
Ramai lagi yang ada kepakaran.
Tapi dalam bidang yang ditentukan.
Kerna semua tu kurniaan tuhan.
Gunakan sebaik-baik untuk cari makan.
Gunakan sebaik-baik untuk teruskan kehidupan.
BUKAN GUNA UNTUK BERLAWAN-LAWAN..
BUKAN GUNA UNTUK BANGGA-BANGGA..
BUKAN GUNA UNTUK BERMEGAH-MEGAH..
KELAK TERSUNGKUR KAU KE TANAH..

Sunday, October 10

Keluh

Hari tak panas tapi aku berpeluh-peluh..
mungkin terlalu memikir tanggal sepuluh sepuluh sepuluh..
sepatutnya hari ni aku sibuk sungguh..
sepatotnya hari ni aku mandi peluh..
sepatotnya hari ni aku bekerja macam buruh..
tapi hari ni aku duduk bersandar mcm org lumpuh..
tapi hari ni aku gulung rokok sambil hisap menatap kuala lumpur yang jauh..
sambil mengimbau yang aku sudah tolak berpuluh-puluh..
tipu kalau kata duit bukan sebab aku mengeluh..
tapi niat nak tolong teman yang ekonominya rapuh..
sambil memikirkan persahabatan yang kononnya utuh..
untung tak seberapa tak penting asalkan janji dipegang teguh..
sedut rokok dalam-dalam hembus asap kepul2 buat hati ni sikit sembuh..

Sunday, September 5

Ayah Kedekut

Takda sapa berani mintak duit dengan ayah; takot. Apatah lagi nak borak-borak kosong. Bila keluar suara dengan ayah pon, cuma hal-hal penting. Contohnya bila mak ckp "nasi da siap ni, panggil ayah makan". Masa tu jalan sopan santun takot bunyi kriuuuk kriakk lantai papantak rata pergi kat ayah yang tengah meniarap layan buletin utama sambil tangan ayah laju kira biji tasbih. "Ayah, makan". Itu je yang mampu keluar dari mulut. Ayah garang, tapi takda sampai makan orang. Bila masa makan pon, hati-hati dengan tingkah laku, baik dari cara makan, sampai la ke sudukan kuah, cubit lauk. Kalau kunyah makanan keluar bunyi indah "kecak kecak kecak" dari mulut, kejap lagi smp la jari2 ayah jentik mulut. Kalau cubit ikan mula dekat tengah-tengah, siaplah, sampai la jari ayah jentik jari. Pernah juga makan nasi masin sebab air mata titik-titik masuk dalam nasi jadi kuah sebab kena jentik dengan ayah. Kuat, sakit!

Aku ingat lagi masa darjah 3, teringin sangat nak pakai kasut Spark. Ye lah, dalam tv kalau tengok drama semua pakai kasut tu. Kawan2 kat sekolah pon ramai pakai kasut tu. Tak berani minta dengan ayah.

Selalunya mak la jadi perantara. Mak kan pendengar yang setia. Biarpon dia tak setuju ke apa, tapi tetap dia anggukan saja. Aku tahu mak bukannya ada duit, tapi pa aku harapkan cuma mak usulkan saja kat ayah. Bila tiba masa nak shoping kasut sekolah, hati ni dah berbunga. Kasut spark idaman dah ada dalam kepala. Tapi hati terus rasa kecewa bila mak bawa aku dengan abang pergi kedai Pak Din Dogol belakang rumah.Beli kasut sekolah kat situ. Langsung takda pilihan, satu jenis je.Kasut pula macam kasut perempuan. Tak dapat bayngkan malunya bila sarung ke sekolah nanti. Mak kata beli kasut ni 3 pasang sorang lagi murah lagi dari beli sepasang kasut Spark. Lagipon ada percuma payung. Dengan mulut yang muncung sedepa, aku jalan balik sambil menjinjing plastik isi 3 pasang kasut. Abang tenang je, juga jinjing 3 pasang.Abang memang mcm tu. Mak jalan kat belakang bawa 2 payung percuma.

Abang memang macam tu,menurut dan mengikut. Langsung tak pernah bantah, langsung tak pernah bangkang. Memang lain dari aku. Alah, aku tak kisah, aku tau dia nak kipas mak, aku tau dia nak beli jiwa mak.

Pernah sekali mak dan ayah nak ke Singapura, nak tengok Abg Yie tamat latihan tentera. Aku pesan kat mak,"mak belikan raket, nanti nak maen wakil sekolah". "Ala, kat kedai Che Kob kan ada" balas mak. "xnak la, raket dia tali tak tegang, smash sekali dah putus tali" jawab aku. "yelah, tengoklah nanti." kata mak memberi aku sikit harapan.

Hari-hari aku tunggu mak balik, tak sabar nak tengok raket baru. Bila mak balik, hancur hati bila mak kata,"mana ada masa nak pegi beli, lagipon kat sana mahallah". Kali ni muncung dua depa aku jalan hentak-hentak kaki masuk bilik, menangis. menangis tukar jadi meraung bila mak masuk bilik bantai kaki aku. Merajuk punya pasal, tak pergi wakil sekolah alasan raket takda. Tapi aku tak kisah, sebab sukan-sukan lain aku lagi hebat. Ada lagi peluang aku keluar dari kampung tengok dunia.

Pernah sekali aku mintak duit dengan mak, nak beli jam. Kosong rasa tangan ni ke sekolah, kawan semua ada lilit jam kat tangan. Suka sangat aku dengan jam Boy London yang Mat Nor dengan Yoyo pakai kelas. Mira pon pakai. Kagum bila tengok jam tu boleh tukar-tukar warna. Terus berangan kalau aku ada jam yang sama. Bila balik, minta mak belikan jam, Boy London harga rm15 atau rm20. Yang harga rm10 tak cantik. Satu hari ayah balik bawa beg plastik. Ayah masuk rumah hulur beg plastik kat aku. Ayah beli jam nombor digital cap ayam rm5. Itu pon beli kat expo D'mart. Hati yang mula kuntum terus layu. Aku cuma senyum tawar, takot nak tunjuk perasaan, takut nak muncung. Takut nanti ayah tarik bibir, takut nanti aku titik titik mulut aku.

Bila tengok kawan-kawan kayuh basikal ke sekolah, terasa rumah aku jauh benar dari sekolah. Berat je kaki ni nak langkah ke sekolah, cemburu tengok kawan kayuh basikal. Kalau tak kayuh pon, ayah mereka hantar dan ambil. Aku, hari-hari jalan kaki, tak kira hujan tak kira panas. Aku ingat lagi, 6 tahun belajar kat sekolah rendah, 2 hari je ayah hantar aku, jemput aku. Itu pon sebab kaki berjahit kena cermin.Hampir putus urat keting. Ayah selalu cakap " tulah, degil.. padan muka tempang dah kaki kau tu." Sah! Ayah memang tak sayang aku. Ada satu hari, Ramadhan anak Kadir Mamak nak jual basikalnya. Cantik basikal dia. Aku ingat lagi kaler silver dengan sport rim depan belakang kaler hitam. Kalau aku beli basikal ni, saham aku naek 30% kat sekolah ni. Hasrat tu mati bila Ramadhan cakap harga RM60. Mahal gila. Kat rumah baring pandang atap lubang-lubang putar kepala macamana nak cari duit beli basikal Ramadhan. Biarpon puas perah, tak juga jalan aku jumpa. Melainkan cuba nasib hantar permohonan dekat mak. "Mana ada duit" aku dah agak. "Kan baru dapat duit ekor* rm2 ribu lebih". "Banyak lagi benda nak buat dengan duit tu. Jalan kaki je ke sekolah, bukan jauh sgt pon". Hati ni terguris lagi.
(*duit ekor tu bukan no ekor, duit bulanan org felda)

Masa abang dapat masuk UTM Skudai, aku ikot sama pergi hantar abang. Masa tu, kasut dah tak muat, sandle pon da putus. Yang ada cuma selipar ala selipar perempuan yang seinci setengah berlebih dari kaki bila aku sarung. Ayah janji dekat Johor nanti beli sandle baru. Dengan senyuman menguntum, aku masuk ke dalam kereta. Dalam perjalan ke Skudai, dalam kepala cuma nampak sandle baru saja. Bila sampai Johor, bila lepas je siap makan, aku ajak pergi beli sandle. "balik bilik la, rehat. Penat jalan jauh." Ada siapa berani bangkang?? Esoknya masa daftar, aku cuma lepak dekat kereta. Malu betul rasa pakai selipar besar jalan kat tengah orang ramai. Jatuh menjunam saham aku 70%. Habis siap daftar abang, sekali lagi aku ajak pergi beli sandle. "Kita ni jauh lagi perjalanan ni. Ntah pukol berapa la sampai rumah ni." Kecewa. Terngiang-ngiang warning yang ayah selalu sebut "penampar aku bisa." Aku diam bisu. Tak nak rasa bisa tu. Tak nak tau macamana bisa tu.

Masa baru pandai bawa motor, masa baru-baru dapat lesen motor(lesen agung dari ayahanda), macam orang baru dapat bini. Hari-hari nak tunggang, tak kira pagi atau petang, tetap nak lenjan. Semua simpang nak layan corner. Bila ada bunyi besi pijak kaki cecah jalan, bangganya rasa. Macam Tetsuya Harada potong Max Biaggi kat selekoh terakhir Grand Prix 250cc. Dari 250, aku up ke 500cc.aku berangan jadi Wayne Rainey. Masa tu dengan Atom anak Man Tok Penghulu pegi masjid nak semayang jumaat. Oleh sebab tok imam lambat sgt naik mimbar bagi khutbah, aku ajak Atom layan selekoh sepam dua.Atom mengikut saje. Bila smp selekoh turun bukit depan rumah Wahab,aku amik selekoh rapat. Tapi terlajak kelongkang.. Tersungkur aku dengan Atom. Motor habis jahanam. Balik rumah, cepat-cepat masuk bilik. Tapi nak sorok macamana lagi, motor pon terang-terang dah kantoi. Tak banyak soal jawab, penampar hinggap kat muka. Malam tu aku demam. Ayah kata dia nak biar aku demam seminggu. Cukup seminggu, dia bawa segelas air suam, mulut kumat kamit ntah apa yang dibaca. Disuruh aku minum. Lepas tu, ayah ludah kat tapak tangan dia, dia sapu kat pipi aku. Air liur orang tua, pekat, busuk bau rokok daun tembakau jawa. Terus lepas tu demam kebah. Serik, baru aku tahu macamana bisa yang ayah cakap tu.

Masa sekolah menengah, telefon mak, minta kasut bola. Mak suruh beli kasut bola 'puma jawa' atau but kicap yang pakai masa sekolah rendah. Malu la, dah besar nak pakai kasut bola macam tu. Mak tanya berapa harga kasut bola, aku jawab RM seratus lebih je. Mengucap panjang mak. Aku suruh mak pujuk ayah beli. Mak cuma jawab "bertuah la ayah kau nak beli. telefon Abg Lie, kalau-kalau dia baik hati nak belikan". Masa aku balik kampung, abg lie belikan but Adidas kat aku. Tu la but mahal pertama aku ada.

Masa habis sekolah menengah, pertama kali aku bertekad, minta nak buat lesen motor kat ayah. Ayah balas ringkas dan padat "aku bukan takde duit, tapi abang-abang kau dulu, tak pernah aku tanggung. Semua usaha sendiri. Takkan sampai ke kau aku nak tanggung." "kedekut,takkan la takda duit, ntah mana la duit ayah ni" kata aku dalam hati.

Kalau sebut pasal ganjaran, hadiah, tak kira upah puasa penuh atau upah masa periksa, memang tak pernah merasa. Bertuah rasa sengar cerita kawan-kawan mak ayah bagi upah RM10 kalau suatu hari puasa penuh. RM50 kalau dapat 1A. Kaya aku kalau ayah bg hadiah macam tu, biarpon A tak banyak mana, tapi ada jugak 3 4 biji A dalam sijil.

Bila tiba raya, sekali je ayah bagi duit beli baju raya sendiri, tu pon RM50 je. Tapi masa tu Rm50 besar sangat, sebab tak pernah dapat. Biarpon kawan-kawan mak ayah mereka bagi 2 3 ratus untuk beli baju raya.

Skrg da besar, dah kerja, ayah pon da tua, baru la berani borak dengan ayah. Biarpon kadang-kadang gagap juga, tapi sekurang-kurang ada juga beramah mesra dengannya. Tahun lepas, ayah rombak semua rumah, dari depan sampai la ke dapur. Aku kebetulan ada kerja dekat-dekat dengan kampung halaman, singgah la rumah jenguk mak ayah, tengok rumah baru. Peluang yang ada aku borak-borak dengan ayah; pasal rumah.

"memang ada loan felda bg untuk buat rumah, tapi aku malas nak tanggung hutang. Malas nak beban anak-anak" ayah memula bicara

"mula aku nak buat kecik je, bukan ada orang duduk je, aku dan makmu je. tapi pikir anak-anak, cucu-cucu, aku buat besar.Habis semua duit simpanan, licin, kosong dalam bank. Lagipon, ni je la aku boleh tinggal kat ko adik beradik. Aku ngan makmu pon bukan lama pon dah.."

Aku seka air mata setitik dua..

SELAMAT HARI RAYA AYAH, MAK. Orang minta maaf,Ampun dosa dari hujung rambut sampai hujung kaki,halalkan makan dan minum orang selama ni..

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

-am daud

Thursday, August 5

"Saya tak minat bang"

Satu hari wa dpt msg dari rakan wa..

+ meri, ada mana?
sender:rakan
+6012960****

+ rumah..knp?
sender:wa
+60122455***

+ bz ke, jom teman aku jap?
sender:rakan
+6012960****

+ tak la sgt, pegi mana?
sender:wa
+60123455***

+ saja jalan2.
sender:rakan
+6012960****

+ ok
sender:wa
+60123455***

+ kejap lagi aku dtg amek
sender:rakan
+6012960****

Oleh kerana wa pon da lama terperap kat rumah, wa ikot saja. Naek kereta, tempuh jem orang balik kerja, lokasi Sunway.. Dalam kepala otak wa Sunway Piramid, tapi bila smp rakan wa parking kereta dekat depan sebuah kopitiam. Wa da mula curiga.

Masuk kopitiam, ramai gila pengunjung. Dalam hati wa cuma pikir mungkin sedap betul makanan kat kedai ni. Tapi wa musykil sbb semua pegang kertas, semua pegang buku, semua pegang pen. Disatu sudut kedai ada 2 laki perempuan tenganga mendengar sorang lelaki gemuk berkata-kata.. Sambil tangan diangkat kiri kanan atas bawah tak ubah macam Ramli MS sedang konduk sebuah orkestra.. Di luar kedai ada 2 3 org sedang bergelak tawa ditepi sebuah kereta mewah. semua segak, semua bergaya..wa dengan baju kosong lusuh dengan seluar pendek dan selipar jepon. Aku cuma perhati suasana. Meriah.. tp hati wa makin tak senang. Makin tak tenteram. Terjerat jugak wa..

Wa duduk betul2 di tengah kedai, kebetulan situ saja yang kosong. Baru duduk, pelayan kedai cantik manis macam Vanida imran dalam cerita Red Kebaya datang ambil pesanan. "Order je, aku belanja" rakan wa besuara. Tanpa lengah, aku capai menu, mata hanya tetumpu pada harga makanan, yang paling mahal aku pesan, 2 3 jenis sbb aku tau aku lama kat situ..

Sampai saja minuman, kawan wa mulakan mukadimahnya..bla bla bla bla bla

"senang je am, ko letak duit, kompem boleh dapat, sebulan 2 je dapat modal"
"mane aku nak cekau duit byk tu"
"nak seribu daya, aku cuma nak tolong ko.. aku nak tunjuk ko jalan.. nak bg ko peluang"
Mmg wa da muak dengar perkataan TOLONG, JALAN, PELUANG.. sbb mmg tu je yg keluar dari mulut2 golongan ni..
"macam ni la, kalau ko nak tolong aku, ko pinjamkan lah aku RM40k.. sebulan 2 lagi aku byr la"
"mane boleh mcm tu"
"hbs tu ko ckp tadi senang, komfem dpt.. kenapa ko takot plak"

Tetiba ada sorang cina panggil rakan wa.. Rakan wa bangun, bergerak ke arah cina segak mcm nak ke kelab malam.Tinggal aku sorang kat meja.

Datang pula 2 lelaki yg wa tgk lagi muda dari wa segak dengan kemeja garis garis berseluar hitam dengan beg kecik berselimpang dan menjenjeng topi keledar apolo.2 2 pakaian lebih kurang sama.. 2 2 duduk depan wa.. Aduh, satu lagi bala..

"kerja pa bang" kata sorang memulakan bicara"

"jurugambar"

"owh skrg ni trend kan bang, saya pon baru angkat satu minggu lepas RM1000 kat KLCC"
(nampak sgt da tu menipu)

"yang trend tu pakai kamera, kerja jurugambar bukan trend"

"kamera abang berapa ribu??"

"ntah la, taktau la harga market, tapi kalau duit yg da hbs beli brg2 kamera da bebelas ribu da kot"

"ouch..mahalnya kamera..kerja macamana bang? ok?"

"kalau kerja sbb minat, semuanya ok"

"gaji??"

"kira hari2 saya bole makan nasi tu, kira ok lah"

"takkan taknak pendapatan lebih??"

"nak, tp pendatan lebih tu dgn kerja saya, dengan cara saya"

"saya buat kerja ni, idup saya senang bang, dulu harap gaji kerja mana cukup. nak belanja awek kat tempat mahal pon boleh. Awek skrg ni mana nak makan gerai2 ni bang Skrg kecik macm ni Rm4k pon saya leh beli"

sambil tunjuk beg LV , beg Giorgio Armani rakannya. Baju ko sarung tu snail original je kot..Aku da mula meluat, jgn belagak mcm org kaya, jgn belagak mcm anak datuk, kuar ngan awek nak makan tempat mahal2. belanja KFC sudah la, tu pon da kira mahal. Tak makan gerai? tak makan tengah panas, tinggi mana selera awek tu??tunjuk dekat aku. Aku nak kenal sgt-sgt. Beg 4 ribu?? sudah la, baek ko guna 4 ribu tu ko upgrade skit kuda yg lu tunggang hari2 tu.. Lu pon bw helmet apollo je.. Wa bukan nak hina, wa bukan jenis mcm tu, tapi lu sembang tak kena cara..

"takpa, saya tak suka multilevel"

"kitorang ni bukan multilevel bang, kitorang ni buat m..."

"takpe tak pyh tulis tak pyh lukis, buat penat awak je.. saya da tgk byk kali..Saya tahu menda ni boleh wat kaya, tapi sya tak minat..lagipon saya takda 40 ribu"

"rm40k tu skit je bang, nak seribu daya bang..kitorang nak tolong abg.. kitorang dulu tak nmpk jalan ni, tapi abang tu (sambil tunjuk ke sorang brader segak kacak) bg peluang, tunjuk jalan, baru kami nmpk cara hidup senang"

kan wa da ckp, peluang, tolong.. Wa datang sini bukan wa jerit "tolong!! tolong tolong!!"
wa tak mintak tolong pon. Apsal org dekat sini senang sangat nak tolong orang ni.. RM40k tak banyak?? wa jeling je tgk tag tergantung di leher.. Hospital Kuala Lumpur.. Sah, ko keja kerajaan, ko buat loan boleh la cakap..

"saya tak masa nak wat semua ni, lagipon saya ada bisnes sendiri, tu pon da pening kepala nak handle. malas nak tambh serabut kat kepala" wa cuba bg helah supaya dorang paham..

"ni kerja bukan buat hari2 bang" perghh,, memang korang tak reti bahasa,,

"takpa saya tak minat"

" minat tu boleh dipupuk"

"saya tak pandai buat marketing"

"kitorang pon tak pandai mula2 bang, lepas dorang ajar, baru pandai nak cakap2"
(pandai sgt la kalo mcm ni)

"ok la, kalo mcm tu apa kata korang jadi sidekick saya g amik gmbr bila hujung minggu, dapat jugak duit tepi.."

"ish mana ade duit nak beli kamera mahal2 macam abg tu"

"aik, beg LV rm4ribu tu boleh beli. saya bebelas ribu tu sbb lens2 yg laen, awak beli body je, lens pjm saya punya..4 ribu tu da leh dapat semi pro da tu"

"tak pandai la saya bang"

"saya boleh ajar.. org laen nak belajar photography masuk workshop ribu2.. takpa dengan saya free je"

" saya tak minat la bang photographer ni"

"see....... mcm tu jugak saya..skrg awk phm dah??!!"

Bakar sebatang rokok.. bangun, tunggu kawan aku dekat kereta..

"Korang ni hamba duit.." bisik aku dlm hati

Makin Bertambah, Makin Bersusun..

Makin bersusun kat rumah. Bosan-bosan aku belek satu-satu. Sampai aku jemu. Aku tak kisah sebenarnya.Betol..sumpah demi Allah aku tak kisah..Sbb aku phm. sebab aku bertimbang rasa.

Yang diam,yang tanya dengan sopan penuh bahasa, yang boleh besembang semeja pekena kopi segelas dua cool dan releks je. Tak ada apa-apa masalah. Memang ada juga tak ambil,biasalah, tak semua berduit. tambah2 baru hbs puluh ribu, bajet kalau tak byk, sikit mesti lari. tapi aku tak kisah,aku phm. Dan aku phm tak semua ada duit byk. Aku sendiri pon dalam poket ada seringgit dua saje. Ada duit nnt ambil la, mungkin bukan skrg rezeki aku, mungkin nnt.. biasala tu.. adat.. aku boleh tolak ansur.. Boleh konsider cakap mat saleh..

TP..

Yang bising pada mula, bila siap diam membisu. Yang garang pada mula, bila siap keras membatu.
Ada yang ugut, ada yang serang di wall facebook. Berdegup kencang jantong. Cepat removekan takut-takut ada membaca. Rosaklah nama yg tak seberapa. Aku tak kisah mereka bertanya, tapi biarlah kena dengan gaya, kena dengan cara.aku pon tak pernah lari dari mereka.ada yg tanya aku jawap, kalau msg tak reply tu maknanya line ke bar la tu.. yang mcm ni la yg buatkan jadi tersusun cantik...

Bila janji lain, bila tiba masa lain..Belom smp pon masa minimum, tanya bagai nak rak. Maki caci. Sedangkan ada yang mmg aku terlajak lebih sebulan dari tarikh maksimum diam je.(tp bukanlah aku ambil kesempatan) Telajak sebulan dua perkara biasa. tapi bukanlah aku sengaja lajakkan. Kalau ada otak kedua, kalau diberi 4 tangan, senang aku buat kerja. Sedangkan nama besar yang ramai pekerja, yang harga ada sampai lima angka pon setahun pon tak ada berita, nikan pula aku sorang yang buat semua kerja.

Ada yang tuduh aku sengaja lengahkan. Aku tanya balik, kenapa perlu aku lengahkan?? Apa untung aku lengahkan?? slamba dia jawap "i da byr u 500, boleh la u lari"..
geram aku balas "i taknak 500 tu,kos pon lebih dari 500.. i nak RM1700 balance bila da siap tu"

Semua tu duit, duit mereka tu tak sampai separuh aku ambil.. modal je semua tu, kalau aku tak nak buat mmg rugi besar aku.. tapi mereka tak tau.. mereka tak pikir sampai kesitu.

Aku betol2 mrh kalau bukan dengan cara. Sebab aku beria. Aku tak pernah berkira pasal kerja.
Aku bertolak ansur pasal harga. Aku cuba sedaya upaya puaskan hati semua. Kalau aku boleh bertolak ansur, kenapa tidak mereka?

Knp aku marah? 1 Sbb aku tak berkira,tak kisah pasal duit dan masa. Dan bila aku dibyr, aku berusaha puaskan hati semua, tapi aku ni manusia, kadang2 idea tu tak smp, tak dtg, aku nak buat mcmana.. 2 Aku beria bila dorang beria, aku semangat bila dorang semangat. Setakat berpanas berhujan aku da biasa.petah lagi takat bersusah payah demi sekeping kertas utk kenangan. Penah skali atuk aku meninggal. Hati ni menangis, tapi aku ttp tunggu majlis selesai. Diri berkabung, tapi aku ttp senyum galak bg ceria suasana.. Kadang2, kerja aku ni macam badut pon ada..

Bila datang masalah2 mcm ni, serabot kepala. malas nak buat kerja mcm ni.. malas nak mengadap kerenah org.. putus asa..

Tapi kenapa aku teruskan juga??
sbb kepuasan tak terhingga bila dihargai..dipuji..
kembangnya hidong bila ada yg ckp....

"cantik la am"
"kitorang nak idea2 dari am"
"kawan2 aku, family aku semua suka keja ko am"
"best la idea ko am"
"u punya idea best la"
"sy puas hati am, best am, mcm nak buat lagi je"
"gud work am"
"terima kasih am, aku mmg suka yang ni"
"fuh.. tak terpikir aku nak wat mcm ni"
"comeynyaaaaaaaaaa"
"kitorang mmg suka konsep mcm ni"
"style la am"
"wa tabik la am"
"u did a gud job bro"

Aku suka bila org suka.. Aku puas bila org puas.. aku hepi bila orang hepi.. kadang2 samp aku boleh senyum sorang2..

p/s:
Kepada yg bersabar, terima kasih banyak2..terima kasih tak terhingga..
Kepada yg terasa, aku mtk maaf, hanya luahan kata..
kita manusia, kalau boleh sama2 bertolak ansur, bertimbang rasa..
Kepada semua yg pakai khidmat aku, terima byk2. Mtk maaf atas pe yg terkurang. tanpa korang aku tak boleh suap nasi ke mulot..

txs a lot 2:
yati n ikmal
shairul n wani
syakri n diyana
linda n nazrol
mona n faizul
mai n ijam
sholin n imah
adela n zaimi
nurul n megat

Biar..

Biarkan saja..
Biarkan saja dia bergurau senda..
Biarkan saja dia bergelak tawa..
Biarkan saja dia bersuka ria..
Biarkan saja dia dengan dunianya..
Dunia remaja walhal diri makin tua..
Jangan nanti kau bermuram durja..
Bersedih duka..
Bila semua sudah tiada..

Wednesday, June 30

Melayu pada nama.

7.30 malam gegas-gegas siap nak ke Pertama. Client dah tunggu. Tapi bukan aku lambat, tapi client yang cepat. Jalan tak jamm katanya. Tu yang cepat sampai, tapi kesian kena tunggu aku. Sarung jersey korea selatan dengan jeans biru lusuh, capai beg, pakai selipar jepun merah, keluar....

Hujan mula turun rintik-rintik jarang. Biarpon tadi dah berhenti selepas turun lebat pekat memberi peluang si pelangi cantik terpampang indah tujuh warna dekat langit senja yang jingga.Cantik. Nak ambil gambar tapi takda kamera. Kamera besar tinggal kat rumah, kamera handphone dah lama pencen. Jalan terus redah hujan ke stesen.

"Bandaraya" sambil hulur RM1 lusuh dua keping.
"Nak wat apa pergi sana?" sambil hulur tiket dan baki 30sen.

Sibuklah kau nak tahu apa aku buat. Nak aku siku si lembut jaga kaunter tiket. Aku buat-buat tak dengar.

Sampai stesen, macam biasa masuk Sogo, shortcut ke Pertama. Ramai org dalam Sogo; membeli belah. Memang selalu macam ni kat Sogo, lagipon Sogo tiap2 bulan ada Sale. Tak pernah takda sale.

Tengah aku jalan menyelit-nyelit dekat orang ramai menuju pintu keluar, telinga aku terdengar suara wanita berbual.

"Kita bukan kenal dia, memang kita tau dia melayu, tapi kita tak tau melayu dia macamana. Melayu pada nama je kot."

AKu tak kenal siapa "Dia", tak tau apa topik mereka, tapi hati tertarik mencari siapa sang punya suara.

Bila aku toleh, ceh, si promoter minyak wangi berbaju putih ketat sendat dengan dada terbonjol padat dan skirt singkat nampakkan peha putih yg boleh buat iman aku tegugat berbual dengan jantan tinggi lampai bergincu merah pekat yang aku rasa nak bg cermin bg dia tahu hakikat.

Melayu la sangat.

Tuesday, June 8

MANA BOLEH TOLONG!!!! -oleh soldadu sepi

Disember 2008. Gua masih lagi tak punya apa-apa..masih lagi tak kemana-mana..masih lagi dengan percakapan kertas yang tak seberapa. Masalah yang datang makin berjela-jela. Sampaikan bisikan serampang mata tiga bermain-main ditelinga.

Mengapa gua? Mengapa nasib gua begini rupanya? Apakah ini balasan atas dosa-dosa gua yang lalu..atau hukuman kerana terlalu menurut nafsu? Kenapa hidup gua tak seperti rakan-rakan yang lain?..lancar seperti menyisipkan tubuh dengan kain.Kenapa tuhan tak menghulurkan petunjuk mahupun satu? Kenapa tuhan membisu dan membatu?

Persoalan demi persoalan mula melingkar..yang direjam dah ketawa besar..melihatkan akidah perlahan-lahan goyah. Gua tercari-cari akan sahabat yang selalu menyapa..ingat nak mintak sedikit nasihat sebelum bisa tanduk lebih melarat. Tunggu punyer tunggu tak jugak dia tunjuk muka. 2minit 38saat kemudian handset gua mem-vibrate-kan diri tanda mesej diterima. Owh, dari sahabat yang dinanti.


+ ms lu skolah dl, cikgu ada tlg x ms exam?
sender:sahabat
+601254787el

- tak
reply:gua
+60125eeee55

+ nape?
sender:sahabat
+601254787el

- dlm exam mn bleh tlg, xadillh namany
reply:gua
+60125eeee55

+ apa yg lu hadap skang ni ujian..dlm ujian mn bleh tlg, xadillh namany
sender:sahabat
+601254787el



Astaghafirullah...




(Bak kata Beng Rahadian, "tuhan tidak akan memberikan dugaan melebihi kadar kapasiti manusia itu sendiri..insya Allah. Setiap dugaan itu ada hikmah..hikmah itu juga satu anugerah.")

sekalung budi kepada sahabatku soldadu sepi(pendita gila) kerana membenarkan
karya dipaparkan di ruangan kosong aku.

Wednesday, May 26

Sembahyang Petang

Penat terkejar-kejar ke KL takut nanti petang hujan sebab langit pon dah hitam gelap bertompok tompok garang kat atas tak jauh dari hujung-hujung bangunan gayat. Niat nak ambil album yang dah hampir seminggu dihantar. tapi alasannya tak kering lagi. Hanya mampu mengeluh panjang. Tapi nasib baik aku bawa design album baru untuk dihantar, taklah terasa rugi kosong datang habiskan duit tambang RM3.40 pergi balik.

Dalam tren menghala Seri Petaling orang taklah padat, mungkin sebab jarum pendek jam aku dah tepat menghala nombor tujuh. Dapatlah aku melabuhkan bontot. Aku duduk sambil tangan menekan-nekan skrin sentuh telepon bimbit; main game buble breaker. Memang dah ketagih nak pecahkan rekod sebelum ni.

Tumpuan aku teralih kepada dua beradik lingkungan umur 4 5 tahun bergurau-gurau, tak sedar dekat mana dorang naik tadi. Lelaki segak bersandar dekat pintu sambil tangan menjinjing plastik beg sogo sampai tak muat tangan tu ayah mereka. Baru teringat, minggu ni minggu gaji,shopping sakan. Si ibu bersandar di tiang tengah.Rambut hitam pekat lurus ke bawah bahu. Tak nmpak pula cantik ke tidak sebab hanya menghala bontot lebar lentik ke arah aku. Dengan legging ketat mengganggu mata jantan aku.

Di adik memukul-mukul si abang. tak bergaduh. cume bergurau-gurau sambil ketawa. nampak mesra, macam dalam iklan kat tv. Nak dijadikan cerita si adik mengetuk bahu si abang, lalu si abang menegur "jangan ketuk bahu, tak baik, ada malaikat jaga". "ish, mana ada, takkan ada malaikat kat bahu, tipu" balas si adik tak percaya. "betol, ustazah abang cakap kat sekolah tadi". "tipu.tipu.tipu" kata si adik sambil memukul-mukul lagi, perlahan..

"betulkan papa ada malaikat kat bahu.?" tanya si abang kepada ayahnya, meminta disokong.

"tanyalah mama kamu.." balas si ayah. Malas. Malas melayan kerenah anak, letih teman isteri membeli belah mungkin.

"betulkan mama?" si abang mengalih soalan kepada ibunya, adik hanya memerhati.

"betul, belah kanan malaikat jaga perbuatan baik, belah kiri jaga perbuatan jahat." kata ibunya.

"malik kan name dia?" si abang bertanya lagi.

"bukan, malik jaga pintu neraka, ridhuan pintu syurga. Malaikat jaga perbuatan buruk baik Raqib & Atid." terang ibunya.

"malaikat tu buat apa mama" celah si adik yang masih tak paham.

"Malaikat jaga perbuatan baik, menulis perbuatan baik kita dekat bahu kanan, catatkan pahala. malaikat jaga perbuatan jahat kat bahu kiri, catatkan dosa-dosa yang kita buat."

"kita tak semayang petang lagi, mesti malaikat dah tulis dosa kat bahu kiri kita"
kata si abang, sambil tangan memegang bahu kiri.

Si ibu terdiam, si ayah pura-pura tak dengar. Aku kembali teruskan bermain game..

Thursday, April 22

Adaptasi dari status FB- Bini Penat

bini da menangis, penat dan tak larat...sbb hari2 aku belasah tak kire mase tak kire tempat,kadang2 tgh panas atas padang pon aku rembat, hari ni dia bg aku pendapat..suruh aku cari yg baru sbb die nak berehat.. aku tersenyum jahat sbb da lama pasang hajat.. tapi duit tak cukup nak kotakan niat..byk lagi menda aku nak buat..pape pon sbr tahan nafsu tanpa had..


nama saya: amri daud
nama bini: canon 40d
bakal bini baru: canon 5d/ canon 1d

Adaptasi dari status FB- Kolot

idealogi bangang dan mentaliti mcm gampang buatkan aku rase nk terajang!!!

Adaptasi dari status FB- Mata Suram

bila mata bgai digam-gam, tu tanda mata nk pejam,bkn pejam selamanya tp cukup tkt 6 7 jam, sblm aku pitam, baek aku terus ketilam didalam bilik yg aku biarkan gelap kelam, supaya aku dapat tidor dengan aman tenteram. biapon matahari da timbul, bulan yg tenggelam, aku ttp Nk ucap slmt malam....

Adaptasi dari status FB- BUNTU

idea hilang sikit demi sdikit, bila sang mentari mula terbit..

The Ultimate Warrior

Sambil-sambil wa isap rokok Peter Stuyvesant, teringat dulu-dulu wa curi rokok peter abang wa sebatang dua, seludup buat masuk skolah letak dalam pen marker yg wa da cabut ink dlm tu. Mmg takkan kantoi. Mase tu mmg belambak la pen marker.. tapi takleh byk sgt, nnt warden syak..Kepala wa imbas cerita dulu kala..

Seronok mase budak2. Wa teringat masa wa kecik. Wa minat gila tgk gusti.. Biarpon skrg ni wa benci gila gusti. Tapi masa kecik mana tau tu suma realiti tv.. istilah realiti tv pon takda lagi masa tu.Ni la idola wa. Memang wa gila gila fanatik kat dia. Sanggup lepak rumah Pak Teh Dolah layan tape gusti 2 3 jam. Padahal mak ayah memang marah dok tgh tv rumah org lama-lama. Ye la, masa tu rumah wa mana nak ada video tape. Lagi pon wa punya bapak "ustaz", memang susah la nak beli menda-menda ke arah hiburan ni..

Kalau nak baca majalah wa g rumah atom tok penghulu, abg dia memang rajin beli majalah gusti. Bila ada poster Ultimate Warrior kat tgh2 majalah, wah geram rasa nak curi je poster tu, nak mintak memang tak dapat la. Nak beli, perghhhh sikit punya mahal masa tu RM2.20. Memang tak mampu.. Nak mintak duit ngan ma punya mak, mak wa ckp," baek beli ikan, boleh jugak makan"..

Wa memang tak sebulu dengan abg wa, tak kisah dari segi pe pon, kalau gusti dia minat Hulk Hogan ngan Ric Flair.. Bodoh betul.. Dah la tak smart langsung, tak mcm ultimate worrior yg nampak gagah biar pon rambu ramba warna warni.. Memang wa tak boleh accept abg wa punya minat. Takda taste.

Bila time cuti sekolah, masa mak bapak ngan abg2 wa g menoreh, time ni la beraksi. Wa amik bedak nyonya opera mak wa, wa conteng muka wa sebijik macam ultimate warrior. Wa amik tali kasut wa, campur ngan tali kasut abang wa, wa ikat kat lengan ikat kat kepala.. Sarong stokin bola abg wa, konon kasut la, pastu wa amek kaen perca kakak wa, wa selit kat stokin yg wa ikat ngan getah gelah bg ketat kat betis.. SIAP, sudah rambu rambu ala Red Indian.. pastu wa begusti dengan bantal pelok atas katil kakak wa. Bantal pelok tu kononnya lawan la. Semua skill ultimate warrior wa praktikkan. Memang menjadi, mmg wa la ultimate warrior sebenar. Wa rasa macam ada ramai besorak panggil2 nama wa.
Makin semangat wa belasah lawan wa.. Pastu wa baringkan musuh wa tengah2 gelanggang, wa panjat dinding, wa rasa da cukup tinggi, wa terjun.. PRAPPPP, patak katil kakak wa..

Mampos.. nanti bapak wa balik insyaallah wa kena tibai............

Wednesday, April 14

Ganas si hitam

Ada budak datang tumpang rumah, kawan kepada kawan. Datang dari desa nak cari keje katenya. Tapi tgk dari gaya, bukan datang dari desa, tapi mcm datang dari neraka.. muka penuh tindik-tindik, mata becelak hitam pekat, rambut depan paras dagu tutup satu mata, gelang besepah-sepah, seluar hitam ketat mcm rocker zaman 80an, tapi londeh nmpak celah bontot mcm hiphop, baju hitam besar takda lengan macam budak metal.. Akak-akak makcik2 yg nampak dorang dari jaoh, sorok anak mereka dari tgk dorang, takot2 mengigau mlm nanti.. bygkan, macamana tahap ganas..

Nak jadi cerita,tgh aku editing mlm2 buta, sorang2 kerana semua da lena, aku terkejot berok dengar org bersuare.."lo lo lo lo.." Aku cari arah dtg suare, rupenye dari si budak brutal.. Aku biarkan, mengigau rupanya..sakit hati pon ade. Aku teruskan kerja..

"Helo helo, baby baby, babyyyyyyyyy...." si hitam brutal merengek manja.

Aku pandanng muke dia yang terpejam mata, batang hidung bertindik. subang hitang besar..celak pekat kelat lagi kat mata.. Cis, aku rase mcm nak lompat-lompat atas muke konon brutal..

Monday, February 22

Khairul Amri Daud; kronologi diri

1985-Aku ingat lagi masa tu, 21 februari.. Maghrib, matahari baru menghilang, menyorok sembunyikan diri di ufuk barat; hilang dari pandangan mata, yang tinggal hanya cahaya-cahaya yang mewarnai langit indah. Badan aku penuh dengan darah, dari hujung kepala, sampai la ke kaki aku. Belengas. Pekat. Sampai tersumbat lubang hidung aku.

Aku ingat lagi macamana mak bidan cucuk hidung aku. Aku ingat lagi macamana mak bidan terbalikkan badan aku; pagang kaki aku, angkat..kepala aku ke bawah. Berkali kali dia tepuk bontot aku. Pedih, bila tangan kasar mak bidan hinggap di kulit nipis aku. Rumah felda tu bergema dengan suara tangisan aku yang memecah sunyi senja. Tak lama lepas tu, aku dapat nama, Khairul Amri Daud. Mak cakap, ayah yang letak nama aku. Sedap nama tu, aku suka. Tapi aku tak kata apa-apa, aku cuma diam. Sebab orang tua-tua kata, diam tanda setuju.

Selang beberapa tahun, mak sakit. Kak ngah yang jaga aku. Mak selalu masuk wad kat Mentakab. Kak Ngah selalu bawak aku pergi lawat mak kat wad. Masa tu aku tak tahu apa-apa. Yang aku tahu, cuma seronok bila Kak Ngah mandikan aku pagi-pagi, pakaikan baju cantik yang aku jarang dapat pakai, baju yang memang dikhaskan untuk ke bandar atau ke majlis-majlis rasmi. Kemudian ayah hantar ke simpang sebelum dia ke ladang dengan motor Honda Cup lampu bulat. Tunggu Bas Seri Jengka ke Temerloh, kemudian naik bas Pahang Union ke Mentakab. Aku takda perasan lain ketika tu melainkan seronok ke bandar; maklum la hidup terperam di kampung. Tak pula aku tahu apa sakit mak, bahaya ke sakit mak. Berbulan-bulan bertahun-tahun mak kat wad. Keluar wad masuk wad. Wad da jadi rumah nombor dua mak. Aku macam biasa kakngah jaga.

Pagi-pagi kak ngah dah kejot. Basuh muka, kakngah heret aku ke tadika tempat dia mengajar. Dekat sana baru kak ngah jerang air, mandikan aku. Lepas tu terpaksa ikut kelas tadika. Kecik-kecik dah masuk tadika.Nak buat macamna, Kakngah jadi mak no 2 aku. Aku membesar dengan air tangan kakngah, sebab tu sampai ke besar aku rapat ngan kakngah.

1992 aku masuk sekolah, darjah satu. Aku jadi ketua darjah. Balik sekolah berlari cari mak aku bagitau aku jadi ketua darjah.Tapi tak lama pon sebab lepas tu kena lucut jawatan sebab aku taknak baca ABC kat depan kelas. Bukan sebab aku tak tahu; mustahil aku tak tahu sbb 4 5 tahun aku dah masuk tadika, tapi sebab aku malu. tak lama lepas tu, aku dpat adik. Pergh, merudum hati rasa. Ingatkan bongsu sampai ke tua.

1997 UPSR. aku dapat 4A 1C, mak aku cakap, A lagi satu hilang dekat biji guli. Sebab aku dulu selalu main guli, biarpon esok periksa, hari ni tetap main guli. Memang tak pelik aku dapat C tu. Biarpon aku dapat 4A 1C, aku tetap dapat jadi Tokoh Murid Sekolah. Mak ayah bangga, tapi aku kecewa, sebab aku taknak jadi tokoh murid, aku nak jadi Olahragawan Sekolah. Bodoh!

1998 hingga 2002 aku masuk sekolah menengah. Sekolah asrama penuh negeri. Biar pon tak dpt masuk sekolah sains atau MRSM, tapi sekolah nak ni dah cukup bagus. Bangga jugak mak ayah aku aku masuk ke sana. Tapi tak lama kot mak aku bangga, lepas tu keputusan exam aku biasa je. Mak aku cakap, dalam adik beradik, selepas abang atas aku, aku la paling pandai. Tapi aku ni pemalas, kuat sangat main sukan. Betol apa yang mak aku cakap. Aku memang sangat-sangat aktif sampai jadi bahan bualan sekaligus sebagai bahan umpatan cikgu-cikgu perempuan anti sukan di sekolah aku. Ada sorang cikgu penah cakap "amri tu, kalo bola jaring tu laki boleh maen pon dia masuk". Pernah sekali cikgu aku baling buku aku ke lantai bila dia tengok aku takda dalam kelas sebab pergi main sukan. Aku asal dari keluarga susah. Memang tak pernah aku harap mak ayah bawak jalan-jalan apetah lagi melancong sana sini. Jadi, nilah cara aku nak kenal tempat orang. SPM aku pon tak lah seteruk mana, tapi tidak juga sebagus mana. Boleh la nak tunjuk kepada mereka budak macam aku ni tidak sebodoh mana. Sorang budak baik kesayangan mereka, rambut sikat tepi, baju masuk dalam setiap masa, membaca 24jam sehari 7 hari seminggu, tapi result lagi teruk dari aku. Bukan niat mengutuk atau menghina tapi aku tak senang dengan tanggapan "mereka".

2003 aku masuk ke U. Aku minta maaf kat mak ayah sebab buat keputusan drastik. Taknak dengar cakap mak ayah. Mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Mungkin ada hikmah juga pe yang jadi. Mungkin ada hikmah kenapa aku tak jadi doktor, mungkin ade hikmah kenapa aku tak jadi lawyer, mungkin ade hikmah kenapa aku tak jadi jurutera.

2006 aku habis belajar. Dapat juga mak ayah aku tengok aku dapat Diploma. Cuma sekadar diploma, tapi aku tetap bangga. Terima kasih dekat abang-abang aku yang banyak menolong menyara sepanjang aku belajar. Kepada kakngah dan abang ngah, yang terlampau banyak berjasa, memang tak terbalas jasa-jasa mereka. Biarlah aku setakat diploma. Tak sanggup menambah 3 tahun beban lagi untuk segulung ijazah.

Dan hari ni 21 februari tahun 2010, sudah 25 tahun aku kenal dunia. Sekejap sangat masa berlalu. Macam tak puas lagi hidup zaman sekolah. Bila tengok budak-budak U, rasa macam umur ni sebaya mereka, tapi sebenarnya macam adik-adik saja. 25 tahun; suku abad terasa sangat cepat; sangat laju bumi berputar. 25 tahun tapi hidup maih terkontang kanting, masih terumbang ambing. Rasa seolah-olah seperti baru nak mulakan kehidupan, macam bayi; yang baru belajar bertatih, perlu dipimpin agar tidak tesungkur mencium bumi..

Orang selalu berazam bila tahun baru, tak guna bagi aku. Aku berazam ketika hari lahir aku, sebab betul-betul "tahun baru" aku. Dan aku boleh nampak apa beza setiap tahun.. Azam aku sempena 25 tahun?? biar la aku sorang tahu.

Wednesday, February 17

Perasan

Panas terik.. cahaya suria memancar bagai membakar kulit.. bahang haba dirasa seolah sang mentari sejengkal di atas kepala.. Aku terbongkok-bongkok berjalan meredah kehangatan cuaca Kota Kuala Lumpur.. Tapi tidaklah sepanas di Pantai Timur. Habis hitam arang kulit aku terbakar masa 5 hari mengaharungi perjalanan Kota Bharu- Kuala Terengganu- Mersing-Muar-Melaka-PD-KL minggu lepas. Teramat hangat. Cume kata-kata kawan sekolah aku selalu terngiang-ngiang kat telinga; "panas dunia je amri". Membuatkan aku terasa insaf.. tapi hanya seketika, biasalah manusia.

"kak, midvalley satu" sambil aku hulur not seringgit lusuh yang hampir hancur termasuk mesin basuh..

Ramai manusia dekat stesen, ramai yang sudah menunggu dan ramai jugak yang sedang berpusu-pusu; bakal menyusahkan aku masuk ke perut komuter nanti.. Sambil menunggu aku belek-belek lengan kiri aku; hitam pekat. Ada tompok-tompok..buruk! kulit mula menggelupas.. "takpa, sekejap je elok la" aku memujuk diri. Kulit muka dan kulit kepala dah kembali normal..

Tren yang ditunggu tiba. Seperti yang aku jangka, aku terpaksa berhimpit-himpit masuk . Sendat dan padat. Terpaksa berdiri, tempat duduk? Minta maaf, memang tak dapat. Biarpon wanita mengandung atau golongan kurang upaya, takda siapa hirau bila keadaan terlampau sesak macam ni.

Aku berdiri sambil tangan kiri memegang tiang supaya tidak terjatuh dek alunan kanan kiri keratapi..disebelah kiri terpacak 2 perempuan bersaiz treler.. Aku sedikit hampa..
Astagfirullahalazzim.. jahatnya aku; kadang kala sahaja.. Tiba-tiba aku perasan salah seorang dari mereka asik memerhati lengan aku.. Aku cume membatu.. Biarlah, kulit menggelupas je pon.. Tak cukup dengan memerhati, perempuan tadi mmenunjukkan lengan aku kepada kawannya.. Spontan muka kawannya membuat muka jelak bagai mintak terajang. Kemudian ketawa sesama mereka. Mungkin mereka tak perasan mata aku memerhati mereka kerana aku berkaca mata hitam.. Dan juga mungkin mereka perasan mereka cantik sampai boleh buat muka geli, jelak dan ketawa melihat lengan aku, walhal kulit lengan aku yang hitam terbakar lagi cerah dari kulit muka mereka..

Friday, January 22

si GONG!

Aku tahu kau bukan dari kampung..
Mak ayah kau pon, biarpon bukan sultan mahupon agung
tapi mungkin macam dato temenggong..
sebab gaji da menggunung-gunung..

tapi,
Makan minum kau kami yang tanggung..
biarpon kami ni bukan teman yang terulong,
tapi kami ada masa perot kau berkeroncong..
biarpon bukan seperti mak bapak kandong..
tapi sekurang - kurang dah macam abang sulong..
kami tak kisah biarpon selalu tersinggung..
Sebagai teman kami tetap jugak tolong..

Sekarang ni kau da kerja dan gaji pon da
mula melambung..
aku tengok makin lama, makin tinggi kau
punya hidung..
jangan la angkuh dan jangan sesekali sombong..
silap kau yang kena pelangkung,
Bukan minta balasan, bukan mintak disanjung..
Cuma ingat jasa kawan-kawan yang banyak menyokong..
jgn kau terlepas apa dikejar, tercicir apa yang dikendong..
kelak kau berjalan di lorong-lorong
sambil menyepak tin tin kosong..

Kau kena ingat,
dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung..