Sunday, September 5

Ayah Kedekut

Takda sapa berani mintak duit dengan ayah; takot. Apatah lagi nak borak-borak kosong. Bila keluar suara dengan ayah pon, cuma hal-hal penting. Contohnya bila mak ckp "nasi da siap ni, panggil ayah makan". Masa tu jalan sopan santun takot bunyi kriuuuk kriakk lantai papantak rata pergi kat ayah yang tengah meniarap layan buletin utama sambil tangan ayah laju kira biji tasbih. "Ayah, makan". Itu je yang mampu keluar dari mulut. Ayah garang, tapi takda sampai makan orang. Bila masa makan pon, hati-hati dengan tingkah laku, baik dari cara makan, sampai la ke sudukan kuah, cubit lauk. Kalau kunyah makanan keluar bunyi indah "kecak kecak kecak" dari mulut, kejap lagi smp la jari2 ayah jentik mulut. Kalau cubit ikan mula dekat tengah-tengah, siaplah, sampai la jari ayah jentik jari. Pernah juga makan nasi masin sebab air mata titik-titik masuk dalam nasi jadi kuah sebab kena jentik dengan ayah. Kuat, sakit!

Aku ingat lagi masa darjah 3, teringin sangat nak pakai kasut Spark. Ye lah, dalam tv kalau tengok drama semua pakai kasut tu. Kawan2 kat sekolah pon ramai pakai kasut tu. Tak berani minta dengan ayah.

Selalunya mak la jadi perantara. Mak kan pendengar yang setia. Biarpon dia tak setuju ke apa, tapi tetap dia anggukan saja. Aku tahu mak bukannya ada duit, tapi pa aku harapkan cuma mak usulkan saja kat ayah. Bila tiba masa nak shoping kasut sekolah, hati ni dah berbunga. Kasut spark idaman dah ada dalam kepala. Tapi hati terus rasa kecewa bila mak bawa aku dengan abang pergi kedai Pak Din Dogol belakang rumah.Beli kasut sekolah kat situ. Langsung takda pilihan, satu jenis je.Kasut pula macam kasut perempuan. Tak dapat bayngkan malunya bila sarung ke sekolah nanti. Mak kata beli kasut ni 3 pasang sorang lagi murah lagi dari beli sepasang kasut Spark. Lagipon ada percuma payung. Dengan mulut yang muncung sedepa, aku jalan balik sambil menjinjing plastik isi 3 pasang kasut. Abang tenang je, juga jinjing 3 pasang.Abang memang mcm tu. Mak jalan kat belakang bawa 2 payung percuma.

Abang memang macam tu,menurut dan mengikut. Langsung tak pernah bantah, langsung tak pernah bangkang. Memang lain dari aku. Alah, aku tak kisah, aku tau dia nak kipas mak, aku tau dia nak beli jiwa mak.

Pernah sekali mak dan ayah nak ke Singapura, nak tengok Abg Yie tamat latihan tentera. Aku pesan kat mak,"mak belikan raket, nanti nak maen wakil sekolah". "Ala, kat kedai Che Kob kan ada" balas mak. "xnak la, raket dia tali tak tegang, smash sekali dah putus tali" jawab aku. "yelah, tengoklah nanti." kata mak memberi aku sikit harapan.

Hari-hari aku tunggu mak balik, tak sabar nak tengok raket baru. Bila mak balik, hancur hati bila mak kata,"mana ada masa nak pegi beli, lagipon kat sana mahallah". Kali ni muncung dua depa aku jalan hentak-hentak kaki masuk bilik, menangis. menangis tukar jadi meraung bila mak masuk bilik bantai kaki aku. Merajuk punya pasal, tak pergi wakil sekolah alasan raket takda. Tapi aku tak kisah, sebab sukan-sukan lain aku lagi hebat. Ada lagi peluang aku keluar dari kampung tengok dunia.

Pernah sekali aku mintak duit dengan mak, nak beli jam. Kosong rasa tangan ni ke sekolah, kawan semua ada lilit jam kat tangan. Suka sangat aku dengan jam Boy London yang Mat Nor dengan Yoyo pakai kelas. Mira pon pakai. Kagum bila tengok jam tu boleh tukar-tukar warna. Terus berangan kalau aku ada jam yang sama. Bila balik, minta mak belikan jam, Boy London harga rm15 atau rm20. Yang harga rm10 tak cantik. Satu hari ayah balik bawa beg plastik. Ayah masuk rumah hulur beg plastik kat aku. Ayah beli jam nombor digital cap ayam rm5. Itu pon beli kat expo D'mart. Hati yang mula kuntum terus layu. Aku cuma senyum tawar, takot nak tunjuk perasaan, takut nak muncung. Takut nanti ayah tarik bibir, takut nanti aku titik titik mulut aku.

Bila tengok kawan-kawan kayuh basikal ke sekolah, terasa rumah aku jauh benar dari sekolah. Berat je kaki ni nak langkah ke sekolah, cemburu tengok kawan kayuh basikal. Kalau tak kayuh pon, ayah mereka hantar dan ambil. Aku, hari-hari jalan kaki, tak kira hujan tak kira panas. Aku ingat lagi, 6 tahun belajar kat sekolah rendah, 2 hari je ayah hantar aku, jemput aku. Itu pon sebab kaki berjahit kena cermin.Hampir putus urat keting. Ayah selalu cakap " tulah, degil.. padan muka tempang dah kaki kau tu." Sah! Ayah memang tak sayang aku. Ada satu hari, Ramadhan anak Kadir Mamak nak jual basikalnya. Cantik basikal dia. Aku ingat lagi kaler silver dengan sport rim depan belakang kaler hitam. Kalau aku beli basikal ni, saham aku naek 30% kat sekolah ni. Hasrat tu mati bila Ramadhan cakap harga RM60. Mahal gila. Kat rumah baring pandang atap lubang-lubang putar kepala macamana nak cari duit beli basikal Ramadhan. Biarpon puas perah, tak juga jalan aku jumpa. Melainkan cuba nasib hantar permohonan dekat mak. "Mana ada duit" aku dah agak. "Kan baru dapat duit ekor* rm2 ribu lebih". "Banyak lagi benda nak buat dengan duit tu. Jalan kaki je ke sekolah, bukan jauh sgt pon". Hati ni terguris lagi.
(*duit ekor tu bukan no ekor, duit bulanan org felda)

Masa abang dapat masuk UTM Skudai, aku ikot sama pergi hantar abang. Masa tu, kasut dah tak muat, sandle pon da putus. Yang ada cuma selipar ala selipar perempuan yang seinci setengah berlebih dari kaki bila aku sarung. Ayah janji dekat Johor nanti beli sandle baru. Dengan senyuman menguntum, aku masuk ke dalam kereta. Dalam perjalan ke Skudai, dalam kepala cuma nampak sandle baru saja. Bila sampai Johor, bila lepas je siap makan, aku ajak pergi beli sandle. "balik bilik la, rehat. Penat jalan jauh." Ada siapa berani bangkang?? Esoknya masa daftar, aku cuma lepak dekat kereta. Malu betul rasa pakai selipar besar jalan kat tengah orang ramai. Jatuh menjunam saham aku 70%. Habis siap daftar abang, sekali lagi aku ajak pergi beli sandle. "Kita ni jauh lagi perjalanan ni. Ntah pukol berapa la sampai rumah ni." Kecewa. Terngiang-ngiang warning yang ayah selalu sebut "penampar aku bisa." Aku diam bisu. Tak nak rasa bisa tu. Tak nak tau macamana bisa tu.

Masa baru pandai bawa motor, masa baru-baru dapat lesen motor(lesen agung dari ayahanda), macam orang baru dapat bini. Hari-hari nak tunggang, tak kira pagi atau petang, tetap nak lenjan. Semua simpang nak layan corner. Bila ada bunyi besi pijak kaki cecah jalan, bangganya rasa. Macam Tetsuya Harada potong Max Biaggi kat selekoh terakhir Grand Prix 250cc. Dari 250, aku up ke 500cc.aku berangan jadi Wayne Rainey. Masa tu dengan Atom anak Man Tok Penghulu pegi masjid nak semayang jumaat. Oleh sebab tok imam lambat sgt naik mimbar bagi khutbah, aku ajak Atom layan selekoh sepam dua.Atom mengikut saje. Bila smp selekoh turun bukit depan rumah Wahab,aku amik selekoh rapat. Tapi terlajak kelongkang.. Tersungkur aku dengan Atom. Motor habis jahanam. Balik rumah, cepat-cepat masuk bilik. Tapi nak sorok macamana lagi, motor pon terang-terang dah kantoi. Tak banyak soal jawab, penampar hinggap kat muka. Malam tu aku demam. Ayah kata dia nak biar aku demam seminggu. Cukup seminggu, dia bawa segelas air suam, mulut kumat kamit ntah apa yang dibaca. Disuruh aku minum. Lepas tu, ayah ludah kat tapak tangan dia, dia sapu kat pipi aku. Air liur orang tua, pekat, busuk bau rokok daun tembakau jawa. Terus lepas tu demam kebah. Serik, baru aku tahu macamana bisa yang ayah cakap tu.

Masa sekolah menengah, telefon mak, minta kasut bola. Mak suruh beli kasut bola 'puma jawa' atau but kicap yang pakai masa sekolah rendah. Malu la, dah besar nak pakai kasut bola macam tu. Mak tanya berapa harga kasut bola, aku jawab RM seratus lebih je. Mengucap panjang mak. Aku suruh mak pujuk ayah beli. Mak cuma jawab "bertuah la ayah kau nak beli. telefon Abg Lie, kalau-kalau dia baik hati nak belikan". Masa aku balik kampung, abg lie belikan but Adidas kat aku. Tu la but mahal pertama aku ada.

Masa habis sekolah menengah, pertama kali aku bertekad, minta nak buat lesen motor kat ayah. Ayah balas ringkas dan padat "aku bukan takde duit, tapi abang-abang kau dulu, tak pernah aku tanggung. Semua usaha sendiri. Takkan sampai ke kau aku nak tanggung." "kedekut,takkan la takda duit, ntah mana la duit ayah ni" kata aku dalam hati.

Kalau sebut pasal ganjaran, hadiah, tak kira upah puasa penuh atau upah masa periksa, memang tak pernah merasa. Bertuah rasa sengar cerita kawan-kawan mak ayah bagi upah RM10 kalau suatu hari puasa penuh. RM50 kalau dapat 1A. Kaya aku kalau ayah bg hadiah macam tu, biarpon A tak banyak mana, tapi ada jugak 3 4 biji A dalam sijil.

Bila tiba raya, sekali je ayah bagi duit beli baju raya sendiri, tu pon RM50 je. Tapi masa tu Rm50 besar sangat, sebab tak pernah dapat. Biarpon kawan-kawan mak ayah mereka bagi 2 3 ratus untuk beli baju raya.

Skrg da besar, dah kerja, ayah pon da tua, baru la berani borak dengan ayah. Biarpon kadang-kadang gagap juga, tapi sekurang-kurang ada juga beramah mesra dengannya. Tahun lepas, ayah rombak semua rumah, dari depan sampai la ke dapur. Aku kebetulan ada kerja dekat-dekat dengan kampung halaman, singgah la rumah jenguk mak ayah, tengok rumah baru. Peluang yang ada aku borak-borak dengan ayah; pasal rumah.

"memang ada loan felda bg untuk buat rumah, tapi aku malas nak tanggung hutang. Malas nak beban anak-anak" ayah memula bicara

"mula aku nak buat kecik je, bukan ada orang duduk je, aku dan makmu je. tapi pikir anak-anak, cucu-cucu, aku buat besar.Habis semua duit simpanan, licin, kosong dalam bank. Lagipon, ni je la aku boleh tinggal kat ko adik beradik. Aku ngan makmu pon bukan lama pon dah.."

Aku seka air mata setitik dua..

SELAMAT HARI RAYA AYAH, MAK. Orang minta maaf,Ampun dosa dari hujung rambut sampai hujung kaki,halalkan makan dan minum orang selama ni..

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

-am daud