Tuesday, June 5

Abang Cari Apa?

Kuala Lumpur kebelakangan ini sangat panas. Ketiak belengas dan melekit-lekit buatkan gua sedikit rimas. Kaki gua melangkah laju menuju Low Yat Plaza, begitu juga dengan kaki kawan gua yang berdua tu, turut sama melangkah mengikut alunan langkah gua.

Gua ke Low Yat dengan satu misi, Printer Canon Pixma iP1880 mesti diganti cartridgenya. Printer Canon Pixma iP1880 mesti bekerja semula. Sudah dua tahun dia berehat. Sudah 2 tahun dia melepak dengan debu-debu habuk-habuk dan puing-puing. Dah tiba masa dia beraksi.

Gua masuk Low Yat, aircond yang dingin sangat menyamankan biarpon manusia-manusia penuh mengisi setiap ruang dalam plaza ni. Gua menyelit-nyelit.  Kelincahan gua bak Shinji Kagawa terserlah ketika mencelah-celah, pantas, lancar, serta lembut gerakannya.

setelah 2 minit 43 saat mencelah, gua sampai ke kedai yang dapat menjayakan misi gua. Ah, gua lupa, misi ini takkan berjaya kalau tidak ada RM yang melayang terbang. Gua hulur RM100, kemudian gua melangkah.

Ah, baru gua perasan dua sahabat gua tak ada. Ini mesti mereka tak tangkas waktu mencelah-celah dan tercicir di belakang gua. Gua panjangkan leher, mencari-cari kalau kalau ada di tengah kaum manusia yang ramai, tapi da kelibat sahabat gua yang berdua itu.

Gua patah balik, juga mencelah-celah. Mata gua melilau, mencari. Rasa risau mula terbit, mana taknya, ini kota raya Kuala Lumpur, kota batu bata, kota penuh dengan noda dusta, takut juga sahabat gua tadi diculik penjenayah. Tapi rasa risau itu hilang sedikit memandangkan gua fikir sahabat gua ini tak market untuk diculik. Kahkahkah. Gua ketawa di dalam hati.

Tiba-tiba gua disapa oleh dua amoi cun yang memakai baju sama, baju kemeja tertulis perkataan Acer.

"ya abang, mahu cari apa? mahu cari laptop?" sapa amoi tadi.

"tak tak, saya cari kawan saya, sorang lelaki india dan sorang lagi lelaki jepun, tinggi lebih kurang dengan saya, ada nampak tak?" tanya gua dengan selamba.