Wednesday, February 13

Photography, Mike Murano dan aku.

Aku ada kawan. Mike Murano nama Kolumpo dia. Nama Seremban dia Mokhriz Aziz. Aku kawan dengan
dia dah lama. Dari zaman belajar. Dulu kitorang main bola sama-sama. Tapi masa tu aku tak rapat sangat dengan dia, sebab masa tu dia lagi suka kawan dengan public phone. Kalau dia tegur aku pon bila nak minta tukar duit syiling.

Hubungan kami mula intim selepas berkongsi minat dalam photography. Masa tu kami susah, makan pon kongsi. Hisap rokok pon separuh separuh. Upah dapat berapalah sangat. Itupon kalau dapat. Sedih sebenarnya cerita permulaan kami into dalam kancah fotografi, jadi lebih baik jangan cerita takut-takut aku berjejeran air mata.

Dipendekkan cerita, Mike Murano sekarang sudah terkenal dalam bidang fotografi ni - lagi lagi dalam arena lumba basikal. Bukan setakat jurugambar2 yang kenal dia, pelumba-pelumba pon rata-rata kenal dia ni. Andrea Guardini pon selalu RT Mike dekat Tweeter, tak power lagi ke mcm tu.

Ditambah lagi status dia sebagai OP untuk UCI sekarang, bertambah-tambah glamor la dia. Asia ni dia pegang. Tour-tour dalam Asia semua dia pegi. Power betol. Saiful Nang pon tak power macam dia.

Nak dijadikan cerita, Perlumbaan Le Tour De Langkawi 2013 akan berlangsung tak lama lagi. Tempat aku di Cycling Asia tergugat dengan munculnya seorang lagi jurugambar tegap dan berbakat, Zie. Jadi, aku terpaksa beralih pula ke majalah lain untuk aku pergi ke LTDL dan aku apply dekat 1 majalah tempatan ni

Bukan senang nak pegi LTDL, tempat dia terhad. Untuk majalah ni, hanya ada 1 tempat. Jadi aku perlu bersaing dengan jurugambar2 lain yang dah apply lagi awal dari aku. Editor majalah itu juga semestinya akan memilih yang terbaik untuk mewakili majalah mereka. Ada1 hari tu aku berjumpa editor tersebut.

"Sebenarnya ramai jurugambar yang apply ni. Saya tak pilih lagi." Katanya memulakan bicara. Aku hanya angguk angguk tanda paham.

"Saya dengar awak pernah cover LTDL untuk Cycling Asia, awak kawan mike ke?" editor itu bersuara lagi, serius.

"Ya saya. Dia kawan saya. Dulu, saya yang ajar dia aperture." terang aku dengan ikhlas dan jujur.

"Baiklah, awak diterima. Nanti emailkan saya detail awak dan gambar ukuran passport."