Thursday, December 20

Revolusi Suratkhabar Dalam Diri Saya.

Sebagai seorang lelaki sejati yang mengidamkan gelaran olahragawan sekolah, sudah pasti muka surat belakang gua utamakan bila membaca suratkhabar. Seterusnya baru la gua selak cerita/gambar eksiden dan kemudian ke cerita dan gambar-gambar Saddam Hussein. Cerita dan gambar pasal Mahadhir Muhammad lancar kereta Wira gua x amik port.

Suratkhabar NST bagi free dekat sekolah2, jadi stok suratkhabar tak terkira banyaknya. Masa tu gua gemar kerat gambar-gambar bola untuk ditampal dalam buku bola gua. Masa tu, sapa-sapa takda buku koleksi gambar2 bola, dia memang bangang. Cerita-cerita pasal gawat, pasal soros, pasal mahadir pasal anuar gua tak amik peduli. Remaja gila saja ambil tahu hal-hal macam tu.

Stor simpanan suratkhabar pon osem juga. Gua dan kawan-kawan buat port main wresting dalam tu. Mualis senior gua lagi cilake, suratkhabar tu jadi tilam dan bantal dia. Pernah dia buat stor tu bilik dia. Asrama cuma tempat mandi dan tukar baju.

Bila masuk belajar di Universiti, what the hell suratkhabar?  Lebih baik gua main snuker nak menonton bola di skrin besar kedai mamak.

Suratkhabar dan berak bagaikan aur dengan tebing bagi gua. Tak boleh di pisahkan. Bila dah pindah rumah ada jamban duduk, ekselen betol berak sambil baca suratkhabar. Gua beli suratkhabar ni semata-mata untuk dijadikan bahan bacaan ketika berak.

Time tu, metro dan kosmo jadi pilihan utama sbb cerita-cerita dia osem utk jd peneman tatkala berak. Berita Harian dan Utusan? Ah, macam palat suratkabar tu. Harakah? Xde berita sukan pula. Sinar? Mana ada lagi zaman tu.

Hari ni, pada zaman  samsung galaxy note 2  tengah lawan dengan iphone 5 ni, membaca suratkabar ketika berak tak lagi releven. Gua lebih gemar bertuit dan mengarang cerpen pendek ketika berak daripada membaca suratkhabar. Suratkhabar makin lama makin tak berguna.

~

Gua nak telefon bini, suroh dia belikan suratkhabar bila balik kerja nanti, stok suratkhabar utk dijadikan alas makan dah habis.