Thursday, March 21

Rosmah - Masyur ; berpisah tiada.

Ramai yang dengki akan Rosmah. Ramai yang benci, ramai yang caci. Ramai juga yang anti mendengar Rosmah.

Ah, persetankan semua yang membenci. Rosmah ini hebat. Buku Biografi Rosmah Mahathir yang lancarkan. Kalau calang-calang orang, kalau bukan orang ada ada, kalau dia sekadar wanita kebanyakan masakan Mahathir mahu lancarkan bukunya.

RM150 - harga buku Rosmah - lagi mahal dari buku biografi Steve Jobs. Bodoh benarlah siapa-siapa yang memilih untuk memiliki buku Steve Jobs berbanding buku Rosmah yang banyak cerita-cerita yang boleh dijadikan 'semangat' untuk mengecapi kejayaan.

Kejayaan Rosmah tidak boleh disangkal lagi. Lihat saja kekayaannya. Lihat saja cincinnya. Barang kemas dia. Lihat juga beg tangan berjenama yang harga tidak masuk akal. Itu semua kejayaan. Orang-orang tak berjaya mana ada duit nak beli semua tu.

Peduli tahikan siapa-siapa yang kata Rosmah curi duit rakyat. Itu semua orang-orang yang dengki dan iri hati. Sudahlah tak mampu, memfitnah Rosmah pula tu. Tunjukkan bukti Rosmah curi duit rakyat. Buktikan kalau dakwaan ini benar.

Aku sama sekali tidak percaya. Aku fikir panjang-panjang, mana logiknya dakwaan tu? Mana ada Rosmah curi. Bertenanglah semua, jangan menggelepar seperti babi kepanasan. Rosmah tak curi, Rosmah cuma pinjam saja duit tu. Nanti dekat akhirat dia bayarlah, CASH!