Thursday, August 1

Diari Ramadhon. Puasa masa periksa.



Pagi tu, hari pertama periksa, kertas Bahasa Melayu satu. Masing-masing bersemangat. Malam tadi kami study  biarpon tak tahu nak study apa sebenarnya untuk kertas bahasa ni. Study itu bukan belajar pada aku. Makna study itu sebenarnya buka buka untuk sedapkan hati kerana esok periksa - itu lagi tepat.

Kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 berlalu dengan tenang pada hari pertama tu. Puasa pon tak terjejas, maklumlah tengah periksa SPM, takut pula dosa tak puasa tu boleh tukarkan huruf A jadi B. Masing-masing nak jadi baik, puasa untuk cemerlang periksa - aku pon sama.

Masuk hari kedua tekanan mula dirasai. Kertas bahasa inggeris ni memang aku tak berapa in dari dulu lagi. Aku ingat lagi, rumusan dia pasal budak kena tangkap dgn buaya, buaya bawak masuk sarang dia, budak tu terjaga nampak lubang lepas tu loloskan diri. Aduh,

Bila kepala tekanan, effect dia terus sampai ke perut. Berbunyi-bunyi. Lapar dia lain macam. Megi memang sentiasa ada, berjaga-jaga  - ibarat sediakan payung sebelum hujan. tapi air panas macamana? Sebagai bukan pelajar ulat buku, idea-idea kretif datang menerpa ke kepala. Jadi berjalanlah aku ke dewan makan membawa baldi.

"Mak Cik Ani, nak air panas. Kawan demam kat atas." minta aku.

"Ah, ye ye ko ni. Ke ko nak masak megi". balas Mak Cik Ani. Susuk gemok ini 5 tahun memasak untuk kami. Kadang-kadang masakan dia sedap, kadang-kadang mcm celaka juga dia punya rasa.

"Kalau nak masak megi takkan la bawak baldi Macik Ani. Baik bawa tupperware, ringan, tak usah angkat berat-berat" aku memperkukuhkan hujah.

"Bak baldi tu, banyak mane ko nak?" .... Aku bergendang menari dalam hati.

Naik saja atas ramai pula yang berminat. Bekas pula terhad. Jadi kendurilah kami megi di dalam baldi 5 6 bungkus sambil dikekah 7 8 kepala. Sudu? mana ada. Kami pakai chopstik, buat dari hanger yang dipatah patahkan.

...

Esok idea ni tak boleh pakai lagi. Jadi sebelum keluar periksa kami rendam dulu megi dalam air sejuk. Setelah dikaji dengan terperinci, dgn suhu air suam2 kuku, megi akan mengambang cantik dan sgt sedap dimakan selepas 2 jam. Elok benar la, lepas periksa 2 jam hidangan pon sudah tersedia.