Friday, January 22

si GONG!

Aku tahu kau bukan dari kampung..
Mak ayah kau pon, biarpon bukan sultan mahupon agung
tapi mungkin macam dato temenggong..
sebab gaji da menggunung-gunung..

tapi,
Makan minum kau kami yang tanggung..
biarpon kami ni bukan teman yang terulong,
tapi kami ada masa perot kau berkeroncong..
biarpon bukan seperti mak bapak kandong..
tapi sekurang - kurang dah macam abang sulong..
kami tak kisah biarpon selalu tersinggung..
Sebagai teman kami tetap jugak tolong..

Sekarang ni kau da kerja dan gaji pon da
mula melambung..
aku tengok makin lama, makin tinggi kau
punya hidung..
jangan la angkuh dan jangan sesekali sombong..
silap kau yang kena pelangkung,
Bukan minta balasan, bukan mintak disanjung..
Cuma ingat jasa kawan-kawan yang banyak menyokong..
jgn kau terlepas apa dikejar, tercicir apa yang dikendong..
kelak kau berjalan di lorong-lorong
sambil menyepak tin tin kosong..

Kau kena ingat,
dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung..

Thursday, December 10

Kerja

Cuti sekolah menjelang tiba, ramai pasangan berebut-rebut mendirikan rumah tangga. Aku bukan salah seorang dari mereka, tapi aku tetap tiada masa.Tiada masa bergembira, tiada waktu bergelak tawa, tiada ruang menulis sepatah dua, kerja bersusun-susun bagai satu bala, menambah beban berat di kepala. Kadang kala, ingin juga bekerja seperti org biasa. Tapi minat tu yang takda. Minat aku cuma menggendong kamera. Biarpon berapa banyak album yang akan tiba, aku tetap akan teruskan usaha.. Kerana aku bangga, aku seorang wedding photographer..

Tuesday, November 3

Anjing

Manusia sepatutnya membiarkan undang-undang mengawal diri, kerana apabila menusia mengawal undang-undang, jalan yang lurus mudah dibengkokkan, apatah lagi pandangan yang terang cerah lagi senang dikaburkan. Siapa lagi yang takutkan undang-undang?

Manusia-manusia dahaga kuasa berlumba-lumba mencari tempat tertinggi untuk memerintah, memimpin kononnya untuk memajukan negara, memperjuang hak anak bangsa. Walhal untuk mencari segunung harta, memuaskan selera, menunjukkan kuasa. Dan yang paling beruntung ahli keluarga dan saudara mara.

Manusia-manusia cerdik pandai yang mendaki sampai ke puncak menara gadingmengaji sampai ke negeri cina,taksub menyokong dan membodohkan diri mengangguk setiap apa dilihat, setiap apa dibaca. Biarpon terang-terang cerita rekaan yang tak tahu dimana logiknya tapi mereka tetap percaya. Dan manusia ini memejamkan mata menumpulkan pikiran dan Mengikut telunjuk macam hidung dah ditebuk. Untuk apa?

Aku?? persetankan semua.Lagi senang mcm ni. Dengan dunia aku, dengan keluarga aku, dengan kawan-kawan aku. Selekeh dan sederhana daripada segak bergaya dengan sut-sut mahal mencari pengaruh. Aku lebih rela mengendong kamera berkilo-kilo mencari sesuap nasi dari bercampur dan melibatkan diri dalam dunia mereka.

Fikirlah manusia, tiada siapa mahu berjuang jika bukan untuk keuntungan diri sendiri.. Anak bangsa?? Takda maknanyaaaaaaaaa..........Genggam tangan, keluarkan jari tengah dan tunjukkan ke mukanya..

Monday, November 2

Hidup

"Kadang-kadang, Allah sorok matahari. Allah turunkan hujan ribut. Tapi, kemudian Allah kurniakan kita pelangi..."

Friday, October 23

Mat Gong

Penah baca Mat Gong karya Malungun? Cubalah belek sehelai dua pasti tertarik dengan susunan bahasa dan gaya penyampaiannya. Walaupon kadang-kadang mungkin terkeliru karektor yang diceritakan dek kerana permainan bahasanya, tetapi tetap menarik dan kreatif.. Dengan harga hanya RM2, tersangat berbaloi berbanding RM20 hingga RM30 hanya untuk karya cinta melampau.

Masa

Banyak idea-idea datang, tapi tebiar berkubur di kepala kerana tiada masa untuk menaip sepatah dua sehingga idea-idea bersarang dan bersawang. Gambar-gambar bersusun menanti giliran untuk diedit. Berlambak, menggunung sehingga tak tahu mana satu hendak didahulu. Alangkah indahnya dunia jika masa dapat diperlahankan...

Thursday, October 1

Mikemurano

Lokasi : Jalan TAR, KL
Jurugambar : Budakamera

Photobucket

Thursday, September 17

Ampun Maaf

Biarlah seakrab DO RE MI, sekepala Sudin,Ajis dan Ramlee, ataupon seindah hidup romeo juliet,seriang micky dan minnie, sekali sekala hati kecil pasti akan terhiris dan terguris. Adat resam hidup dunia, biarpon disulami gelak tawa dan gurau mesra, tp sesekali pasti ada yang terasa, bila gurauan terlebih dari yang biasa.

Kadang kala, bila emosi marah menguasai diri dan syaitan mula mengapi-api, lidah tajam ini mudah menikam hati. Dan yang pasti mesti ada yang membenci.

Aku hamba lemah tak pernah lari dari berlaku silap. Terlalu banyak. Tak teringat. Banyak hati nak di jaga, takkan terjaga kesemua kerana aku bukan sempurna.

Bila ada kesempatan sekali dalam setahun, dibulan mulia ini, aku susun sepuluh jari, memohon ribuan kemaafan di atas salah silap aku sepankang 24 tahun aku berkelana di bumi ini. Ampunkan dosa-dosa menggunung, dan halalkanlah makan minum.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

dari am&salma