Monday, February 22

Khairul Amri Daud; kronologi diri

1985-Aku ingat lagi masa tu, 21 februari.. Maghrib, matahari baru menghilang, menyorok sembunyikan diri di ufuk barat; hilang dari pandangan mata, yang tinggal hanya cahaya-cahaya yang mewarnai langit indah. Badan aku penuh dengan darah, dari hujung kepala, sampai la ke kaki aku. Belengas. Pekat. Sampai tersumbat lubang hidung aku.

Aku ingat lagi macamana mak bidan cucuk hidung aku. Aku ingat lagi macamana mak bidan terbalikkan badan aku; pagang kaki aku, angkat..kepala aku ke bawah. Berkali kali dia tepuk bontot aku. Pedih, bila tangan kasar mak bidan hinggap di kulit nipis aku. Rumah felda tu bergema dengan suara tangisan aku yang memecah sunyi senja. Tak lama lepas tu, aku dapat nama, Khairul Amri Daud. Mak cakap, ayah yang letak nama aku. Sedap nama tu, aku suka. Tapi aku tak kata apa-apa, aku cuma diam. Sebab orang tua-tua kata, diam tanda setuju.

Selang beberapa tahun, mak sakit. Kak ngah yang jaga aku. Mak selalu masuk wad kat Mentakab. Kak Ngah selalu bawak aku pergi lawat mak kat wad. Masa tu aku tak tahu apa-apa. Yang aku tahu, cuma seronok bila Kak Ngah mandikan aku pagi-pagi, pakaikan baju cantik yang aku jarang dapat pakai, baju yang memang dikhaskan untuk ke bandar atau ke majlis-majlis rasmi. Kemudian ayah hantar ke simpang sebelum dia ke ladang dengan motor Honda Cup lampu bulat. Tunggu Bas Seri Jengka ke Temerloh, kemudian naik bas Pahang Union ke Mentakab. Aku takda perasan lain ketika tu melainkan seronok ke bandar; maklum la hidup terperam di kampung. Tak pula aku tahu apa sakit mak, bahaya ke sakit mak. Berbulan-bulan bertahun-tahun mak kat wad. Keluar wad masuk wad. Wad da jadi rumah nombor dua mak. Aku macam biasa kakngah jaga.

Pagi-pagi kak ngah dah kejot. Basuh muka, kakngah heret aku ke tadika tempat dia mengajar. Dekat sana baru kak ngah jerang air, mandikan aku. Lepas tu terpaksa ikut kelas tadika. Kecik-kecik dah masuk tadika.Nak buat macamna, Kakngah jadi mak no 2 aku. Aku membesar dengan air tangan kakngah, sebab tu sampai ke besar aku rapat ngan kakngah.

1992 aku masuk sekolah, darjah satu. Aku jadi ketua darjah. Balik sekolah berlari cari mak aku bagitau aku jadi ketua darjah.Tapi tak lama pon sebab lepas tu kena lucut jawatan sebab aku taknak baca ABC kat depan kelas. Bukan sebab aku tak tahu; mustahil aku tak tahu sbb 4 5 tahun aku dah masuk tadika, tapi sebab aku malu. tak lama lepas tu, aku dpat adik. Pergh, merudum hati rasa. Ingatkan bongsu sampai ke tua.

1997 UPSR. aku dapat 4A 1C, mak aku cakap, A lagi satu hilang dekat biji guli. Sebab aku dulu selalu main guli, biarpon esok periksa, hari ni tetap main guli. Memang tak pelik aku dapat C tu. Biarpon aku dapat 4A 1C, aku tetap dapat jadi Tokoh Murid Sekolah. Mak ayah bangga, tapi aku kecewa, sebab aku taknak jadi tokoh murid, aku nak jadi Olahragawan Sekolah. Bodoh!

1998 hingga 2002 aku masuk sekolah menengah. Sekolah asrama penuh negeri. Biar pon tak dpt masuk sekolah sains atau MRSM, tapi sekolah nak ni dah cukup bagus. Bangga jugak mak ayah aku aku masuk ke sana. Tapi tak lama kot mak aku bangga, lepas tu keputusan exam aku biasa je. Mak aku cakap, dalam adik beradik, selepas abang atas aku, aku la paling pandai. Tapi aku ni pemalas, kuat sangat main sukan. Betol apa yang mak aku cakap. Aku memang sangat-sangat aktif sampai jadi bahan bualan sekaligus sebagai bahan umpatan cikgu-cikgu perempuan anti sukan di sekolah aku. Ada sorang cikgu penah cakap "amri tu, kalo bola jaring tu laki boleh maen pon dia masuk". Pernah sekali cikgu aku baling buku aku ke lantai bila dia tengok aku takda dalam kelas sebab pergi main sukan. Aku asal dari keluarga susah. Memang tak pernah aku harap mak ayah bawak jalan-jalan apetah lagi melancong sana sini. Jadi, nilah cara aku nak kenal tempat orang. SPM aku pon tak lah seteruk mana, tapi tidak juga sebagus mana. Boleh la nak tunjuk kepada mereka budak macam aku ni tidak sebodoh mana. Sorang budak baik kesayangan mereka, rambut sikat tepi, baju masuk dalam setiap masa, membaca 24jam sehari 7 hari seminggu, tapi result lagi teruk dari aku. Bukan niat mengutuk atau menghina tapi aku tak senang dengan tanggapan "mereka".

2003 aku masuk ke U. Aku minta maaf kat mak ayah sebab buat keputusan drastik. Taknak dengar cakap mak ayah. Mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Mungkin ada hikmah juga pe yang jadi. Mungkin ada hikmah kenapa aku tak jadi doktor, mungkin ade hikmah kenapa aku tak jadi lawyer, mungkin ade hikmah kenapa aku tak jadi jurutera.

2006 aku habis belajar. Dapat juga mak ayah aku tengok aku dapat Diploma. Cuma sekadar diploma, tapi aku tetap bangga. Terima kasih dekat abang-abang aku yang banyak menolong menyara sepanjang aku belajar. Kepada kakngah dan abang ngah, yang terlampau banyak berjasa, memang tak terbalas jasa-jasa mereka. Biarlah aku setakat diploma. Tak sanggup menambah 3 tahun beban lagi untuk segulung ijazah.

Dan hari ni 21 februari tahun 2010, sudah 25 tahun aku kenal dunia. Sekejap sangat masa berlalu. Macam tak puas lagi hidup zaman sekolah. Bila tengok budak-budak U, rasa macam umur ni sebaya mereka, tapi sebenarnya macam adik-adik saja. 25 tahun; suku abad terasa sangat cepat; sangat laju bumi berputar. 25 tahun tapi hidup maih terkontang kanting, masih terumbang ambing. Rasa seolah-olah seperti baru nak mulakan kehidupan, macam bayi; yang baru belajar bertatih, perlu dipimpin agar tidak tesungkur mencium bumi..

Orang selalu berazam bila tahun baru, tak guna bagi aku. Aku berazam ketika hari lahir aku, sebab betul-betul "tahun baru" aku. Dan aku boleh nampak apa beza setiap tahun.. Azam aku sempena 25 tahun?? biar la aku sorang tahu.

Wednesday, February 17

Perasan

Panas terik.. cahaya suria memancar bagai membakar kulit.. bahang haba dirasa seolah sang mentari sejengkal di atas kepala.. Aku terbongkok-bongkok berjalan meredah kehangatan cuaca Kota Kuala Lumpur.. Tapi tidaklah sepanas di Pantai Timur. Habis hitam arang kulit aku terbakar masa 5 hari mengaharungi perjalanan Kota Bharu- Kuala Terengganu- Mersing-Muar-Melaka-PD-KL minggu lepas. Teramat hangat. Cume kata-kata kawan sekolah aku selalu terngiang-ngiang kat telinga; "panas dunia je amri". Membuatkan aku terasa insaf.. tapi hanya seketika, biasalah manusia.

"kak, midvalley satu" sambil aku hulur not seringgit lusuh yang hampir hancur termasuk mesin basuh..

Ramai manusia dekat stesen, ramai yang sudah menunggu dan ramai jugak yang sedang berpusu-pusu; bakal menyusahkan aku masuk ke perut komuter nanti.. Sambil menunggu aku belek-belek lengan kiri aku; hitam pekat. Ada tompok-tompok..buruk! kulit mula menggelupas.. "takpa, sekejap je elok la" aku memujuk diri. Kulit muka dan kulit kepala dah kembali normal..

Tren yang ditunggu tiba. Seperti yang aku jangka, aku terpaksa berhimpit-himpit masuk . Sendat dan padat. Terpaksa berdiri, tempat duduk? Minta maaf, memang tak dapat. Biarpon wanita mengandung atau golongan kurang upaya, takda siapa hirau bila keadaan terlampau sesak macam ni.

Aku berdiri sambil tangan kiri memegang tiang supaya tidak terjatuh dek alunan kanan kiri keratapi..disebelah kiri terpacak 2 perempuan bersaiz treler.. Aku sedikit hampa..
Astagfirullahalazzim.. jahatnya aku; kadang kala sahaja.. Tiba-tiba aku perasan salah seorang dari mereka asik memerhati lengan aku.. Aku cume membatu.. Biarlah, kulit menggelupas je pon.. Tak cukup dengan memerhati, perempuan tadi mmenunjukkan lengan aku kepada kawannya.. Spontan muka kawannya membuat muka jelak bagai mintak terajang. Kemudian ketawa sesama mereka. Mungkin mereka tak perasan mata aku memerhati mereka kerana aku berkaca mata hitam.. Dan juga mungkin mereka perasan mereka cantik sampai boleh buat muka geli, jelak dan ketawa melihat lengan aku, walhal kulit lengan aku yang hitam terbakar lagi cerah dari kulit muka mereka..

Friday, January 22

si GONG!

Aku tahu kau bukan dari kampung..
Mak ayah kau pon, biarpon bukan sultan mahupon agung
tapi mungkin macam dato temenggong..
sebab gaji da menggunung-gunung..

tapi,
Makan minum kau kami yang tanggung..
biarpon kami ni bukan teman yang terulong,
tapi kami ada masa perot kau berkeroncong..
biarpon bukan seperti mak bapak kandong..
tapi sekurang - kurang dah macam abang sulong..
kami tak kisah biarpon selalu tersinggung..
Sebagai teman kami tetap jugak tolong..

Sekarang ni kau da kerja dan gaji pon da
mula melambung..
aku tengok makin lama, makin tinggi kau
punya hidung..
jangan la angkuh dan jangan sesekali sombong..
silap kau yang kena pelangkung,
Bukan minta balasan, bukan mintak disanjung..
Cuma ingat jasa kawan-kawan yang banyak menyokong..
jgn kau terlepas apa dikejar, tercicir apa yang dikendong..
kelak kau berjalan di lorong-lorong
sambil menyepak tin tin kosong..

Kau kena ingat,
dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung..

Thursday, December 10

Kerja

Cuti sekolah menjelang tiba, ramai pasangan berebut-rebut mendirikan rumah tangga. Aku bukan salah seorang dari mereka, tapi aku tetap tiada masa.Tiada masa bergembira, tiada waktu bergelak tawa, tiada ruang menulis sepatah dua, kerja bersusun-susun bagai satu bala, menambah beban berat di kepala. Kadang kala, ingin juga bekerja seperti org biasa. Tapi minat tu yang takda. Minat aku cuma menggendong kamera. Biarpon berapa banyak album yang akan tiba, aku tetap akan teruskan usaha.. Kerana aku bangga, aku seorang wedding photographer..

Tuesday, November 3

Anjing

Manusia sepatutnya membiarkan undang-undang mengawal diri, kerana apabila menusia mengawal undang-undang, jalan yang lurus mudah dibengkokkan, apatah lagi pandangan yang terang cerah lagi senang dikaburkan. Siapa lagi yang takutkan undang-undang?

Manusia-manusia dahaga kuasa berlumba-lumba mencari tempat tertinggi untuk memerintah, memimpin kononnya untuk memajukan negara, memperjuang hak anak bangsa. Walhal untuk mencari segunung harta, memuaskan selera, menunjukkan kuasa. Dan yang paling beruntung ahli keluarga dan saudara mara.

Manusia-manusia cerdik pandai yang mendaki sampai ke puncak menara gadingmengaji sampai ke negeri cina,taksub menyokong dan membodohkan diri mengangguk setiap apa dilihat, setiap apa dibaca. Biarpon terang-terang cerita rekaan yang tak tahu dimana logiknya tapi mereka tetap percaya. Dan manusia ini memejamkan mata menumpulkan pikiran dan Mengikut telunjuk macam hidung dah ditebuk. Untuk apa?

Aku?? persetankan semua.Lagi senang mcm ni. Dengan dunia aku, dengan keluarga aku, dengan kawan-kawan aku. Selekeh dan sederhana daripada segak bergaya dengan sut-sut mahal mencari pengaruh. Aku lebih rela mengendong kamera berkilo-kilo mencari sesuap nasi dari bercampur dan melibatkan diri dalam dunia mereka.

Fikirlah manusia, tiada siapa mahu berjuang jika bukan untuk keuntungan diri sendiri.. Anak bangsa?? Takda maknanyaaaaaaaaa..........Genggam tangan, keluarkan jari tengah dan tunjukkan ke mukanya..

Monday, November 2

Hidup

"Kadang-kadang, Allah sorok matahari. Allah turunkan hujan ribut. Tapi, kemudian Allah kurniakan kita pelangi..."

Friday, October 23

Mat Gong

Penah baca Mat Gong karya Malungun? Cubalah belek sehelai dua pasti tertarik dengan susunan bahasa dan gaya penyampaiannya. Walaupon kadang-kadang mungkin terkeliru karektor yang diceritakan dek kerana permainan bahasanya, tetapi tetap menarik dan kreatif.. Dengan harga hanya RM2, tersangat berbaloi berbanding RM20 hingga RM30 hanya untuk karya cinta melampau.

Masa

Banyak idea-idea datang, tapi tebiar berkubur di kepala kerana tiada masa untuk menaip sepatah dua sehingga idea-idea bersarang dan bersawang. Gambar-gambar bersusun menanti giliran untuk diedit. Berlambak, menggunung sehingga tak tahu mana satu hendak didahulu. Alangkah indahnya dunia jika masa dapat diperlahankan...