Wednesday, February 13

Photography, Mike Murano dan aku.

Aku ada kawan. Mike Murano nama Kolumpo dia. Nama Seremban dia Mokhriz Aziz. Aku kawan dengan
dia dah lama. Dari zaman belajar. Dulu kitorang main bola sama-sama. Tapi masa tu aku tak rapat sangat dengan dia, sebab masa tu dia lagi suka kawan dengan public phone. Kalau dia tegur aku pon bila nak minta tukar duit syiling.

Hubungan kami mula intim selepas berkongsi minat dalam photography. Masa tu kami susah, makan pon kongsi. Hisap rokok pon separuh separuh. Upah dapat berapalah sangat. Itupon kalau dapat. Sedih sebenarnya cerita permulaan kami into dalam kancah fotografi, jadi lebih baik jangan cerita takut-takut aku berjejeran air mata.

Dipendekkan cerita, Mike Murano sekarang sudah terkenal dalam bidang fotografi ni - lagi lagi dalam arena lumba basikal. Bukan setakat jurugambar2 yang kenal dia, pelumba-pelumba pon rata-rata kenal dia ni. Andrea Guardini pon selalu RT Mike dekat Tweeter, tak power lagi ke mcm tu.

Ditambah lagi status dia sebagai OP untuk UCI sekarang, bertambah-tambah glamor la dia. Asia ni dia pegang. Tour-tour dalam Asia semua dia pegi. Power betol. Saiful Nang pon tak power macam dia.

Nak dijadikan cerita, Perlumbaan Le Tour De Langkawi 2013 akan berlangsung tak lama lagi. Tempat aku di Cycling Asia tergugat dengan munculnya seorang lagi jurugambar tegap dan berbakat, Zie. Jadi, aku terpaksa beralih pula ke majalah lain untuk aku pergi ke LTDL dan aku apply dekat 1 majalah tempatan ni

Bukan senang nak pegi LTDL, tempat dia terhad. Untuk majalah ni, hanya ada 1 tempat. Jadi aku perlu bersaing dengan jurugambar2 lain yang dah apply lagi awal dari aku. Editor majalah itu juga semestinya akan memilih yang terbaik untuk mewakili majalah mereka. Ada1 hari tu aku berjumpa editor tersebut.

"Sebenarnya ramai jurugambar yang apply ni. Saya tak pilih lagi." Katanya memulakan bicara. Aku hanya angguk angguk tanda paham.

"Saya dengar awak pernah cover LTDL untuk Cycling Asia, awak kawan mike ke?" editor itu bersuara lagi, serius.

"Ya saya. Dia kawan saya. Dulu, saya yang ajar dia aperture." terang aku dengan ikhlas dan jujur.

"Baiklah, awak diterima. Nanti emailkan saya detail awak dan gambar ukuran passport."


Friday, February 1

Ustaz Azhar Idrus; disukai dan dibenci.

Jenaka dan berceramah. Pendapat aku yang naif ini, jenaka xpa, asalkan ceramahnya jitu dan padu. Jenaka itu adalah 'konsep', sebagai medium, sebagai pendekatan dan sebagai penarik golongan muda mudi ke majlis agama. Cuba yang ceramahnya ustaz jenis yang serius tanpa sebarang humor, nak mengadap 5 minit di youtube pon xnak, inikan pula nak bertandang ke majlis agama.

Bila sebut ceramah, teringat aku masa sekolah dulu. Ustaz aku di sekolah dulu, Ustaz Hairul Azam, belajar di Mesir. DIa ni bukan jenis ustaz bersongkok. Dia ketayap sentiasa dikepala. Kadang2 main bola pon pakai ketayap. Ustaz ni tegas dia boleh tahan.  Bila tiba masa serius dia serius, tetapi bila kuliah, bila mengajar di kelas, tak kering gusi budak-budak dibuatnya. Pernah sekali dia nyanyi lagu Hotel California masa ceramah. Dia kata rock rock juga, semayang kena jaga. Masa tu, semua orang tabik ustaz ni.

Sorang lagi ustaz aku lagi hardcore garangnya. Nama dia Ustaz Kudin. Ustaz ni gemok, leher pon xda. Suara dia garau garau. DIa ni lagi power sebab dia GPK 1. Dia ada sebijik van, dua bijik kereta, dan sebijik belalang tempur jenama kriss. Semua kenderaan dia ni diletaknya rotan supaya senang digunakan bila perlu. Skill digemari dia cubit skrotum. Sapa yang tak hafal wirid serta ayat lazim, maka melecetlah skrotum dicubitnya. Skrotum aku juga banyak kali menjadi mangsa.

Kedatangan Ustaz Kudin ke surau asrama bila waktu Maghrib meresahkan semua murid. Yang mana hafal bolehlah senyum dan buat macam biasa. Yang mana yang tak hafal kepada Allah saja mereka berdoa, agar Ustaz Kudin tak banyak tanya. Tapi resah itu bertukar ceria bila selesai Maghrib, Ustaz Kudin memulakan tazkirahnya. Kadang-kadang ada bait bait lucah ringan dikiaskan dalam ceramahnya. AH, bukan lucah sangta sebenarnya, masa masa tu, sebut tetek pon lucah sangat.

Lain pula cerita Ustaz Awie. Zawawi nama sebenarnya. Badannya sasa, kulitnya gelap dibakar matahari. Jalannya tegap tegak, tak ubah mcm orang berkawad. Ustaz Awie ni askar wataniah. Dia punya serius macam A Galak. Kalau dia berceramah, surau jadi sepi sampai la waktu Isyak nanti.

Berbalik pada topik jenaka tadi, bila diselongkar balik cerita-cerita lama, aku rasa lagi sedap dengar ceramah-ceramah kelakar dari ceramah serius tegas.

Sekarang ini, ranking paling power adalah Ustaz Azhar Idrus. Powernya Ustaz ni, sampai peminatnya merangkumi semua lapisan masyarakat, tak kira tua muda miskin kaya. Tapi bila ramai yang minat, ramai juga yang anti. Aku tak nampak sebarang 'buruk' dan 'cacat cela' dalam ceramahnya. Bahasanya tak jadi satu masalah, loghat Ganu, memang macam tu.

Jenaka yang digunakan sebagai pendekatan kepada golongan muda bagi aku berkesan.  Kalau tak masakan beribu-ribu orang datang. Kalau dah beribu-ribu takkan semuanya tua-tua. Tapi bagi pendapat golongan jenis-jenis tak suka (mungkin ada sentimen kenegerian), ada saja benda tak kena. Mulalah perasaan busuk hati timbul sehingga perkara kecil mula diperbesarkan.

SUKA SANGAT MELAWAK MASA BERCERAMAH SAMPAI DIJADIKAN BAHAN LAWAK

Pelawak yang menjadikan ustaz bahan lawak, kenapa ustaz nak disalahkan? Kalau nak dijadikan isu pon kenapa ustaz dikondem dulu? Kenapa tidak pelawak?

AH, Zizan meniru UAI tu nipis-nipis saja kenapa nak bangkitkan? Sudahlah dibangkitkan, ustaz pula disalahkan.

Sepah menganjing Ustaz Ustazah Semanis Kurma kenapa diam?

Johan menganjing Fadhilah Kamsah rilek rilek saja. Kenapa?

Itulah kalau dah benci, kalau dah ada sentimen politik, negeri, manusia jadi buta. Sudahlah pelawak yang menganjing, ustaz pula yang kena.

Thursday, January 24

Projek Serius.

Aku ke town tadi siang. Ke kedai gambar dan kemudian berjumpa klien berbincang
hal hal Ringgit Malaysia. Selesai urusan kerja cepat aku ke Medan Mara, ada dua
pendekar sedang tunggu aku di sana, ada sedikit perbincangan dan perjumpaan enam
mata.

Langit hitam pekat. Dari kecik aku dah tahu apa maknanya tu. Aku percepatkan langkah.
Langkah pantas yang aku susun sama lajunya dengan kepala aku yang sedang ligat berfikir.
Tanggungjawab aku makin besar sekarang. Kerja aku sepatutnya makin bertimbun supaya
Ringgit Malaysia terhimpun.

Perbincangan dan perjumpaan ini juga ada kena mengena dengan Ringgit Malaysia.
-
Rokok Peter yang baru aku beli tinggal separuh, air sudah 2 gelas aku order, kami masih
rancak berbincang - serius dan berwawasan.

"Bulan 3 aku target kita pergi Thailand, cari stok" aku memberi buah fikiran bernas.
"Kau macamana?" tanya Badrul tegas.
"Aku ok, on" jawab Lim dengan yakin.
"Kalau jadi projek kita ni sedap ni. Boleh terbang Nepal cari barang." lagi idea dari otak
aku yang bergeliga.
"Betul!" sahut dua pendekar semangat dengan style ada masa depan.
"Bila projek ini sukses, kita dah kaya kita jual kapal terbang pulak. Nak jual kapal selam
nanti kena letop."

"Kahkahkahkah". Kami ketawa girang - masih dalam keadaan serius dan berwawasan.

Tuesday, January 22

Pakaian

Dekat sini deretan rumah kedai yng sudah tentunya
ada banyak opis dan kedai.

Kedai dobi ada.
Kedai henpon ada.
Kedai komputer ada.
Kedai salon ada.
Kedai pengantin ada.
Kedai printing ada.
Kedai urot made in thailand pon ada.

Biarpon jenis perniagaan dorang ni lain, tapi
pekerjanya dress up sama je semua.

Thursday, January 10

"ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI"




"Ya Allah Yang Maha Kuasa 
Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa
Ya Allah Selamatkan Duli Tuanku Raja Kami".
Ini lagu negeri Pahang. Lagu ni yang aku nyanyi tiap-tiap hari isnin dari tahun 1997 sampai tahun 2002. Biarpon liriknya pendek, lagu ni sedap dan sangat padu jika dinyanyikan beramai-ramai.
Bukan aku sorang nyanyi, kawan aku Ah Heng yang sekolah kat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Maran pon nyanyi lagu sama. Marenn, sekolah dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bentong pon nyanyi lagu sama.
Aku jadi musykil lepas-lepas ni, budak-budak Kat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Temelong nak nyanyi lagu apa?
Budak-budak kat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Chetang nak nyanyi lagu apa?

Tuesday, January 1

2012...2013 (Power power power.)

Semalam gua perati je timeline, tak kire tuiter tak kire fesbuk. belaka nak jadi power.

Ada yang penat bekerja, kalau tidur semalam (2012), mau bangun tahun depan (2013). Kahkahkah. Gua ketawa. Power power power.

Ada yang power main futsal. Start main 2012, 2013 baru habis. Kahkahkah. Gua ketawa sambil puji nipis dalam hati. Power power power.

Ada yang tak tido tido lagi, start 2012 sampai 2013 tak tido tido lagi. Kahkahkahkah. Power power power.

Ada yang lahirkan rasa tak puas hati kat majikan, kerja dr 2012 smp 2013 tanpa henti tapi gaji dikira satu hari. Kahkahkahkah. Power power power.

Ada juga yang power di tikar semayang. Semayang dari tahun 2012 sampai 2013. kahkahkahkah. Power power power. ini macam kalau tak masuk syurga tak tau la.

Ada juga yang power bawak kete. Merentasi perjalanan jauh kelantan ke KL yang mengambil masa setahun. 2012 bertolak, 2013 sampai. Kahkahkah, Power power power.

Banyak lagi benda-benda power yang dorang buat sampaikan gua malas nak ingat.

Gua? lu ingat gua boleh duduk diam bila tengok semua jadi power? Gua pon nak tunjuk power. Terus gua berjimak, 2012 gua stim, 2013 baru pancut. kahkahkahkah. Power power power.

Thursday, December 27

Gua Da Kawen

Gua dah kawen.

Dah genap sebulan gua kawen.

Biarpon sudah sebulan tapi masih boleh diucap "Selamat Pengantin Baru".

Kawen ni seronok. Kadang-kadang gua rasa matang.

Rasa matang sebab pakai kain plekat lepak tengok tv.

Kadang-kadang gua temper sbb bini gua tak tahu yang tombol pintu tempat paling best untuk sangkut baju.

Makan minum boleh order.

Spender boleh pakai 3 helai sehari. Tak perlu bajet-bajet lagi.

Tapi yang malasnya selalu kena mandi.

Wednesday, December 26

Malas Buat Kerja

Jumaat malam aku bertolak ke sungai petani. Sampai awal pagi jam 4. Sabtu pagi aku kerja, ambil gambar sampai ke petang. Malamnya aku lepak-lepak rehatkan minda.

Ahad aku bertolak ke Batu Kurau, Perak. Sampai dalam petang. Aku tak buat apa-apa hari tu melainkan makan buah buahan tempatan sambil menghirup udara segar kampung trasional melayu. Malamnya pula aku bertarung dengan nyamuk, seperti biasa aku menang dan  nyamuk kalah.

Isnin pagi aku ke Kuala Sepetang. Selepas ambil gambar dekat kilang arang aku pekena mee udang yang orang sibuk dok perkatakan tu. Mee dia sedap cuma pelayannya saja yang tak lawa.

Lepas tu aku pergi Zoo Taiping, melihat binatang-binatang liar. Tapi aku agak terperanjat bila remaja-remaja liar rupanya lagi ramai di Zoo Taiping ni.

Petangnya aku balik ke Batu Kurau, ada game futsal pula. Selepas menyumpat 34 gol dah 47 assist aku balik, mandi dan sembahyang maghrib. Selepas makan malam, aku pura-pura penat dan tidur sampai pagi.

Selasa pagi aku bertolak balik ke KL. Kereta banyak menghalang aku dari memecut 330kmj. Disebabkan trafik yang serupa liverpool, petang baru aku sampai rumah. Bila aku sampai rumah baru aku perasan yang aku letih.

Disebabkan aku letih, aku malas buat kerja.

Friday, December 21

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.

Pagi itu, sesudah subuh keadaaan rumah gua jadi tegang.Isteri gua bersandar sambil menarik muka masam pekat. Gua dengan ego dan bersahaja menikmati nikotina murah yang gua beli cuma Ringgit Malaysia satu setengah di kedai Syida anak Gemulah Pak Din Dogol.

Ah, sebut pasal Syida ni, teringat gua kisah-kisah lama, dia ni dulu-dulu lawa, Lawa dia buat ramai tergila-gila. Gua juga tergolong dalam ramai-ramai itu, cuma gua tak tergila sangat sebab ramai makwe tergila dekat gua masa tu.

Lupakan pasal Syida. Nikotina gua sedut dalam-dalam sambil pejam mata. Asap gua hempus pekat-pekat. Isteri gua menjeling. Bila nikotina gua tinggal suku gua padam. Gua pergi dapur lalu goreng cekodok sebelas ketul. Air teh gua bancuh panas-panas lalu gua hidangkan.

Isteri gua senyum dan kami sarapan sama-sama. Ah, apalah sangat krisis kipas angin ni, gua mahu no 5, isteri  nak no 3. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Syukur

Allah turunkan satu dugaan, tapi Dia kurniakan satu nikmat. Nikmat yang tiada tolok banding.