Sunday, December 12

Marah wa pada Khabir Bathia.

Wa tekan punat tv. Amik remote astro, tekan punat on. Ada drama melayu tengah main, tapi wa rasa baru ye mula. 10 minit pertama wa layan, dari segi pelakon, warna, shot, wa dah tau sapa punya cerita; Kabir Bhatia. Memang wa minat dia ni. Cinta, Sepi, Setem, semua wa layan. Biarpon wa ganas dan kejam, tapi wa tetap layan cerita-cerita cinta. Tapi taklah ekstrem sangat ceritanya, kualiti cerita wa tetap ambil kira.

~

Cerita mula-mula, kisah si bisu dan si buta, sama! Sama dengan wa punya cerita, Busu. Tapi tentu-tentu cerita wa ketinggalan, mana boleh nak lawan Kabir Bhatia punya kepala, wa sekadar pemikir muda, pencerita part time yang sekadar mengisi masa. Mana mampu lawan pengarah ternama.

~

Pelakonnya, Reemy Ishak sebagai si bisu, dan Sari Yanti sebagai si buta. Wa suka dua dua watak. Reemy Ishak, memang bejaya menjiwai watak. Sari Yanti, memang sesuai,wajah cantik, ayu, ada seri. Wa layan lagi cerita,wa tau Khabir Bhatia, mesti ada 'dua tiga cerita dalam satu cerita'.
Kemudian keluar pula Eizlan Yusof dan... Tiz Zaqyah?!!!! Wa tutup TV, wa tutup astro. Remote wa balik ke dinding. Wa ketap bibir tahan geram. Muka wa yang tilam legam tukar merah padam. Kenapa harus kau ambil dia? Kenapa perlu kau letak dia dalam kau punya cerita? Wa tak nak tengok kelibat dia!! Wa dah cuba lupa.

Kenangan pahit kisah percintaan wa dengan Tiz Zaqyah menyelinap semula dalam kepala.