Tuesday, September 18

Kelas di Sekolah Kampung Gua dan Pasukan BolaSepak Liberpol

Sekolah dekat kampong gua ada empat kelas. Kelas ini di sortkan mengikut kepandaian dan potensi pelajar-pelajar.

Kelas Teratai ni kelas paling untuk budak-budak paling berpotensi sekali. Senang cakap kelas budak-budak pandai. Kelas ni lebih berdisiplin sikit dari kelas-kelas lain. Kalau bising pon time time perlu sahaja. Kalo ikot dressup pon kelas ni budak2 smart dan lawan skit. Baju putih kebiruan dek nila yg direndam hujung minggu, Kasut putih bersih berkapur. Oleh yang demikian makwe2 yg nak cari pakwe2 gred A semestinya dorang cari dalam kelas ni. Dalam kelas ni jugak letakknya tempat duduk gua. Dalam kelas macam ni tak ramai yg nakal. Ramai yang jinak-jinak macam Najib.

Kelas no dua ialah kelas Cempaka. Tak banyak beza sangat kelas Cempaka dan kelas teratai sebab yang dapat no 1 dalam kelas Cempaka akan promoted masuk kelas Teratai. Begitu juga yang dapat no corot kelas Teratai akan relegated ke Kelas Cempaka. Dalam kelas ni makwe makwe selalunya ramai. 

Kelas mawar kelas no tiga. Kelas ini agak horror. Bisingnya memang kritikal. Nak handle budak-budak ni pon boleh tahan. Selalunya sangat susah nak tengok budak-budak kelas ni yg smart dan putih bajunya. Nak cari makwe cun pon gua rasa susah. Start dengan kelas ni, cikgu cikgu yang diamanahkan untuk handle kelas ni merupakan bukan cikgu-cikgu yang sebarangan. Cikgu-cikgu yang handle kelas-kelas macam ni merupakan cikgu yang garangnya macam Rosmah Mansor .

Kelas paling last kelas Mawar. Kelas ni dasyat. Kelas ni jenis budak-budak yang cukup syarat saja pegi sekolah. Kurang-kurang nanti kawan-kawan tanya tak lah segan sangat nk cakap tak sekolah. Tapi perangai dan akalnya sama saja dengan budak tak sekolah. Kadang-kadang ada yang tak tau membaca. Kalau sebut pasal dressup, memang tak smart langsung kerana dorang ni jenis-jenis buas. Dalam kelas ini juga lahirnya ramai penyokong liverpool dekat kampung gua