Friday, September 14

Powernya Kuasa Cinta.

Tadi gua layan satu muvi. Muvi ni power,yang berlakon. Sebut pasal Sazzy Falak ni gua ada simpan hati dengan dia. Dia ni kalau tutup dahi dia dia punya lawa boleh buat gua masturbasi di pagi hari. Tapi bila dia tak cover dahi dia, gua rasa gua boleh main golf. Bila gua dah start main golf dekat dahi dia, gua rasa-rasa dia akan berasa hati dengan gua.

Lupakan pasal Sazzy Falak. Muvi yang gua tengok ni cerita dia pasal orang kapel dengan pontianak. Pontianak ni terkena perempuan yang terkena sumpahan. Siapa yang sumpah dia gua tak pula tahu menahu.

Gua pendekkan cerita, powernya cerita ni sebab sumpahan perempuan ni terhapus dek cinta sejati laki tadi. Pontianak ni berubah menjadi manusia buat selama lamanya kerana cinta sejati mereka.Nampak tak power dia? Dasyat betul kuasa cinta ni. Gua bersandar seketika. Kagum melihat betapa powernya kuasa cinta ni.

Gua percaya ini cerita betol. Cerita ini based on true story. Bukan cerita-cerita based on lie story. Gua betul betul percaya. Cinta itu power betol kuasanya. Siapa yang tak percaya kat cerita ni gua rasa gua nak terajang.

Takkan gua tak percaya, cinta ini betul-betul berkuasa. Kalau kuasa cinta tak power,masakan member gua yang tegap sasa boleh sarung baju 'power of love'.

Kalau kuasa cinta tak power masakan member gua yang sangat obses dan taksub dengan 77 naga merah dan berpangkat abang-abang long boleh liuk lentok dengan makwe.

Kalau kuasa cinta tak power masakan member gua boleh buat satu akaun makwe cun dan berinteraksi macam orang gila tulis status jiwang-jiwang.

Kalau kuasa cinta tak power masakan member gua boleh rembat awek member gua yang lagi sorang lepas tu member gua yang awek kena rembat tu frust menonggeng dan mereka tak bertegur sapa makan tahun.

Kalau kuasa cinta tak power masakan member gua goyang nak lepak minum teh tarik biapon seminggu sekali.

Kalau kuasa cinta tak power masakan budak satu batch dengan gua leh bagi duit loan mara kat awek dia 300 sebulan sedangkan loan mara cuma rm340 sebulan.

Kalau kuasa cinta tak power masakan member gua boleh naik skuter gi kelantan jumpa awek dia.

Kalau kuasa cinta tak power masakan member gua boleh remove kawan-kawan kat facebook sebab makwe dia tak suka kawan-kawan dia.

Kalau kuasa cinta tak power masakan member gua boleh jadi macam lembu kena cucuk hidung, mengikut saja itu dan ini.

Kalau Kuasa cinta tak power masakan member gua boleh tak pergi wedding kawan rumah sendiri sebab ikut pergi wedding kawan awek dia.

Kalau kuasa cinta tak power masakan member gua boleh buang kawan-kawan yang bangunkan bisnes dengan dia.

Kalau kuasa cinta tak power masakan member gua kaki gaduh boleh kena tampar dengan makwe.

Kalau kuasa cinta tak power masakan member gua nak keluar rumah kena mintak izin.

Kalau kuasa cinta tak power masakan member gua leh makan megi nak beli hadiah besday kat makwe dia sedangkan makwe dia ade jantan lain dan dia tahu akan hal ni.

Kalau kuasa cinta tak power masakan member gua umur 27 tahun boleh ikut telunjuk makwe umur 21 tahun.

Kalau kuasa cinta tak power masakan member gua tak isap rokok depan makwe dia sebab dia kata dia hormat kat makwe dia sedangkan bila gua pegi rumah dia berkepol kepol asap dia hembos depan mak bapak dia.

Nampak? Nampak? Nampak tak powernya kuasa cinta. Jadi, macamana gua tak percaya cerita ni? Gua ada banyak bukti. Memang betul.Cerita ni cerita betol. Gua percaya yang kuasa cinta boleh mengubah pontianak menjadi manusia. Kahkahkahkah!