Memancing ikan feel dia lain macam. Orgasm memancing ikan lagi superb dari memancing makwe di sungai wang. Bila ikan tarik dasyatnya dia punya feeling pemilik joran tu saja yang tahu. Tapi nak dapat feel yang ekselen itu bukannya senang, perlukan kesabaran yang tinggi. Sapa-sapa yang tak sabar tak boleh memancing.
Lepas tu gua pegi ke tasik. Cuba nasib dekat sana. Gua campak matakail jauh nun di tengah tasik. Gua letak joran, labuhkan bontot lalu nyalakan Peter sebatang. Peter bertarikh 4 julai 2012 ni sedap betol dilayan bila disulam air laici yang gua beli tadi. Gua layan sambil mata ralit tertumpu hujung joran.
Lama gua perati hujung joran gua. Dari start bakar rokok sampai la habis pam yang terakhir, tp masih Tak bergerak tak bergedik-gedik. Gua kemas-kemas barang, gua balik. Layan karoot komedia lagi best!