Thursday, June 11

Cerita belakang tabir episod dua

Kumpulan dua memang sempoi, dengan kepenatan ke mengendalikan kerja-kerja kahwin di kulim, ditambahkan shoting hari pertama untuk kumpulan satu, kami gagahkan diri berjuang di hari yang ke dua.. Penat tapi tetap bersemangat kerana hari ini giliran kumpulan aku.

Malam tadi, aku tak sempat siapkan skrip, tersengguk-sengguk di depan laptop. Tapi aku tetap cuba mengakat kelopak mata supaya tidak tertutup, tapi apakan daya, tidur itu indah, aku tewas didalam kedinginan penghawa dingin dan bisikan angin kipas panasonic yang berputar pada tahap satu.

Dan hari ini, tanpa skrip, kami teruskan tugas kami. Kami bergerak ke kedai Speedy Video, Desa Pandan pada jam 9 pagi. Kami mulakan pengambaran disitu. Sebenarnya, separuh dari babak di dalam cerita kami adalah di dalam kedai CD tersebut. Seronok tengok Wiwit dan Nani berlakon. Aku hanya menunggu babak aku tanpa sebarang tekanan. Kerana babak aku pendek sahaja.Bila tiba waktu aku untuk berlakon, tiba-tiba Tuan Pengarah Allod mengcadangkan cadangan yang sangat bernas, watak aku sebagai kawan LUKI dan MIA, yang sebenarnya adalah lelaki normal yang lurus dan tulus ditukarkan kepada lelaki lembut..

Oh tidakkkkkkkkkkkk!!!!!!! Bentak hati aku. Mukhriz Aziz sebagai Pembantu Pengarah menyokong. Aku tak mampu melawan, kuasa minoriti tak mampu melawan kegagahan majoroti. Aku akur. Aku terpaksa melakonkan watak tersebut. Watak yang sangat berat. Watak yag pelakon profesional pon memerlukan masa untuk menghayati, dan mempraktikkan watak tersebut. Dan apa yang mampu aku yang hanya sebagai Direktor The Making, dan hanya berlatih selama seminit untuk melakonkan watak tu?

Aku disabotaj, tapi aku tetap mencuba. Hasilnya memang teruk sampai aku pon tak sanggup nak tengok, tapi sekurang-kurangnya aku berani..

Selesai babak-babak di kedai CD, kami terus ke Taman Melawati. Kali ini pengambaran di hentian bas. Mula-mula aku sangkakan untuk babak ini mudah tetapi, apabila menunggu, lebih 10 bas tidak mahu memberikan kerjasama.. Langit makin gelap, air sekali sekala menitik dari langit. Tapi kami tetap bersabar menunggu..dan akhirnya, sebuah bas berhenti dan kami dapat mengakhiri pengambaran dengan baik..

Banyak pengalaman yang aku dapat. Tak sabar untuk teruskan projek seterusnya..