Friday, June 26

Penat + Letih + Mengantuk

Jam 2.45 pagi, aku hidopkan enjin kereta yus, pedal minyak ku tekan, kereta bergerak dan bermula la perjalanan aku, yus, dan mike ke Ipoh Perak. Mike duduk di sebelah, menemani aku sepanjang perjalanan. Yus ku kerah untuk tidor, petang nanti Yus pandu pulang. Aku dengan mike berborak kosong, tanpa air tongkat ali, kami tahan mata sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan menuju Ipoh. Kereta meluncur membelah kabus pagi buta. Gelap, aku langsung tak nampak apa-apa di depan. Bas ekspress bermaharajalela, memcut melebihi had laju. "Kau ok am??"tanya Mike. "Ok je.."jawabku ringkas.

Sampai Ipoh lebih kurang jam 6.30 pagi. Oleh kerana sesat, pukul 7.30 pagi baru kami sampai di Heritage Hotel. Enjin aku matikan, aku keluar dari kereta, aku tarik napas dalam-dalam. Mengeliat meluruskan pinggang, menghilangkan lenguh belakang badan. Aku capai kotak rokok, keluarkan sebatang, lalu ku nyalakan. Asap keluar berkepul-kepul. Lagi sejam je lagi. Mata makin berat. Nak lelapkan sekejap takut terlajak pula. Kami ambil keputusan, salin baju dan terus naik ke hotel. Tempat salinan dalam kereta sahaja. Tak sempat nak mandi.(sebelum bertolak td da mandi da).

Jam 8.30 tepat, kami memulakan kerja merakam peristiwa-peristiwa yang diamanahkan Kementerian Pengajian Tinggi. Tersengguk-sengguk aku dan yus. Mike menguruskan sagala dokumen-dokumen yang melecehkan. Tepat waktu lunch, kami terus menuju ke kereta. Biarpon kereta parkir di tengah-tengah panas terik matahari, kami tetap mampu melelapkan mata di dalam kereta. 2 jam waktu rehat bagai 2 minit.(waktu semayang jumaat sebenarnya).Sekejap sangat.

Cabaran getir menahan mata bermula kembali. Aku bersabar menunggu jam 5.30petang. Terasa lambat jarum jam bergerak. Aku beberapa kali tersengguk-sengguk. Yus dah menghilang. Ntah kemana dia pergi. Takpa la, mungkin berehat dekat sofa di luar ballroom. Aku berjalan kehulu kehilir megambil gambar candid untuk enghilang rasa mengantuk.. Kaki rasa bagai nak tercabot.Tapi aku tetap gagahkan. Bertahan.

Tepat jam 5.30 petang, majlis selesai, plan asal kami untuk terus memecut pulang, tapi kami dipelawa untuk makan malam di hotel. Jadi kami memutuskan untuk tunggu dan makan malam disini.

Selepas makan malam, lebih kurang pukul 8.30 mlm, kami bergerak pulang. "Yus, kalau tak larat nanti, berhenti la, biar aku drive pulak.Biar aku tidur dulu" kata aku kat Yus. Yus hanya mengangguk.Penat dicampur pula dengan kekenyangan makan nasi lauk ikan berulam petai ditambah pula budu penambah perisa, dan penghawa dingin menyamankan suasana dalam kereta membuatkan mata aku betul-betul berat.Mike pon da terbaring dibelakang.Aku?? Tak sampai seminit kereta memasuki lebuhraya,aku zzzzzzzzZZZzzzzZZzzzz...

Lampu jalan yang terang menyilaukan mata aku. Dengan mata separoh terbuka, aku tgk jam di telefon.Pukul 11 mlm."nak tukar ke Yus??".tanya aku. "tak payah la Am, da sampai KL da."

Alhamdulillah, kami selamat sampai.