Saturday, January 22

21 januari 11

21-01-2011

Hari ni pagi- pagi wa dah bangun. Pukol 3 pagi waktu bulgaria, pukol 10 pagi waktu malaysia. Air cond terlampau sejuk buat wa bersin-bersin tak ingat sampai wa terjaga, sampai wa bangkit terus mandi, terus turun sarapan. Menu, sosej, sup cendawan, air oren. Gila amerika.
~
Malas pula pergi team traning, panas dekat langkawi lain macam. Wa belum sedia hitamkan muka. Naik bilik, wa sambung tidur sampai pukul dua.
~
Wa ingat mahu perjimba, wa ingat mahu cuci mata dan mandi manda. Dapat pula memo yang pukul 6 kena siap, bas tunggu bawa ke Tanjung Rhu, ada makan malam bersama mantan perdana menteri, Tun Mahathir.
~
Gila lawa tempat ni. Teringin juga datang sendiri lepas ni, tapi wa usha-usha tanya, harga bilikn 800 ringgit malaysia. Gila! Boleh habis duit wa juta-juta dalam bank; Bank Negara. 

Mat Saleh dok sibuk beratur dekat nasi beriani, ada yang beratur nak ambil roti canai, dekat sate ramai juga kerumun. Wa? Apa gila nak ambil semua tu, murah! Sate baru 60 sen secucuk, roti canai batu 80sen sekeping, Nasi beriani tak sampai rm10 sepinggan. Lagi pon semua tak berkhasiat, semua kolestrol tinggi tak ingat. Wa amik semua yg panggang, bakar. Kambing, lembu, ayam, ikan, udang. Semua wa telan. Kambing wa paling suka. Hampir sekor wa telan.
~
Wa sakit kepala kat bilik.