Friday, January 14

Diari Jurugambar Desa di Amerika. 18 (hari ni wa terapung)

Wa dah agak, dari panas terik bakar kulit, boleh tukar salji turun tenggelamkan kota. Memang wa dah agak. Naluri wa memang tak pernah tipu wa- dari dulu lagi. Pernah ada tawaran jadi ahli nujum istana, tapi wa tolak mentah-mentah. Alasan wa, wa nak jadi jurugambar popular, wa nak jadi penulis terlaris. Nasib baik alasan wa diterima, kalau tidak bercerai la kepala dari badan.

~

Wa lari pecut ke LRT. Senak perut wa- laju sangat wa lari. Setakat G. Shanti dan Mumtaz Jaafar, senang-senang saja wa pintas. Semua wa potong, semua kat belakang, tgk bontot wa beralun kanan kiri sambil wa terus maju ke depan. Kalau wa lambat, kalau salji turun lebat, semua penerbangan ditunda, jalan ditutup, macamana wa nak ke KLCC?

~

Selesai kerja wa dekat KLCC, wa jenguk kejap Kinokuniya - port kegemaran wa. Wa pegi satu satu bahagian, travel, sastera. Buku yang wa cari takda. Bagus juga, boleh simpan duit. Boleh buat duit muka booking Cik Salma. Bahagian terakhir wa pergi; majalah. Bukan apa, dekat pintu keluar.
Wa kan praktikal punya manusia, semua benda teratur. Ceh! pui. Wa jenguk satu-satu majalah. Ish, cakap dah keluar, takda pula. Wa cari lagi. Kemudian wa perasan ada tiga bersahabat senang layan majalah secara percuma. Yeah. itu yang wa cari. Tapi bukan wa nak beli, sebab nanti wa dapat free. Cuma wa nak tengok isi dalam. Tak sabar nak tengok. Wa ambil satu, dah jadi 4 orang layan majalah secara percuma; sebaris.

Wa buka satu-satu muka. Cermat. Wa tersengih sorang-sorang. " Gila la, gempak la gambar ni.. lawa la " keluar dari mulut salah sorang daripada tiga; disusuli angguk-angguk dan pejian melambung dari rakan-rakannya. Wa jeling. Curi-curi pandang. Dengan tidak semena-mena wa senyum sampai ke telinga, mata wa berkaca-kaca, hidung wa kembang berdiameter seinci dua, wa terapung-apung di udara. Puasnya penat bekerja.




P/S: terima kasih Bos (mr sidi), mike murano, arep, pok mi, faroq, dan yang lain-lain. Terima kasih CYCLING ASIA.