Baru-baru ni, wa keluar lagi, pergi melawat kota, pergi mencari cerita, pergi mengenal pelbagai budaya; budaya baru, budaya lama, budaya warga-warga kota, budaya remaja-remaja.
~
Wa jalan kaki saja, bukan sebab jimat, gila! Wa bukan suka sangat jimat cermat. Duit wa melimpah ruah, juta-juta. Juta-juta yang macamana? Itu yang wa tak tahu.
~
Tgh wa jalan wa nampak kereta Lancer GT polis, teringat masa wa pergi Dewan Bahasa minggu sudah, depan mata wa tengok kereta polis sebijik macam tu sekat kereta. Fuh, sebijik macam cerita Gerak Khas, kesian juga tenok orang tu kena gari, tapi apa guna wa simpati, ntah2 perompak, ntah2 pembunuh. Siapa tahu.
~
Kepala wa mengimbas lagi pengalaman lama - 2 3 tahun lepas, wa dengan kawan-kawan serumah tengah ralit berlumba, sedang asyik memecut, dekat cyber cafe berhampiran rumah, melayang satu kerusi, gampang! Kacau wa punya race. Cepat-cepat wa keluar, tonton aksi remaja-remaja bodoh bangang yang mabuk bergaduh, habis semua cermin pecah. Seronok juga wa tengok, macam cerita Young and Dangerous.
~
Wa teruskan perjalanan. Sambil jalan, mata wa liar memerhati gelagat manusiA sekeliling. Tiba2 wa tepandang gelagat sepasang remaja. Dari jauh wa nampak mereka di satu sudut. Si lelaki tangan dihayun-hayun macam penceramah, yang perempuan hanya tunduk. Sambil tangan sekali sekala lap pipi. Dar jauh lagi wa dapat dengar suara si lelaki. Kuat. Bodoh, bangang, celaka, balol, sial, perempuan murah, semua wa dengar. Makin lama adegan makin seronok, makin dramatik. Dari maki, sampai la lima jari hinggap di pipi. Terkejut betul wa dibuatnya. Cepat-cepat wa lari, pecut. Wa beli air, wa beli popcrn, wa cari port terbaik,wa duduk bersila
sambil menonton sinetron secara percuma.
~
Sebab tu wa seronok tinggal di kota, banyak drama...