Thursday, February 10

Pacik Jahat Pacik Jahat Pacik Jahat

Sedap betul mak masak gulai patin tempoyak. Kalau anak-anak balik kampung, mak mesti masak, sebab mak tahu gulai patin masak tempoyak kegemaran anak-anaknya yang ada sembilan, kegemaran menantu-menantunya yang ada tujuh, kegemaran cucu-cucunya yang ada dua puluh lima,. Eh silap, dua puluh enam. Sekejap sekejap, silap lagi. Dua puluh tujuh semuanya.
~
Hilang petak dam pada perut wa lepas bedal dua tiga pinggan makan tengahari tadi. Wa besandar dekat kerusi di beranda sambil usap-usap perut. Rokok Peter Styuvesant wa nyala. Gila punya nikmat. Abang-abang wa pon sama. Semua layan asap. Kakak, kakak ipar,adik wa, bibik-bbik sibuk mengemas dapur. Anak-anak sedara wa yang kecil-kecil tengah layan monopoli, ada juga yang layan congkak. Anak-anak sedara yang dah tumbuh misai, tumbuh kopek, duduk layan tv, layan novel, layan MP3. Ayah dok layan Harakah. Mak jadi mando kat dapur.
~
Baru layan rokok separuh wa rasa lain macam. Bingkas wa bangun. Wa pegi dekat anak-anak sedara wa kusyuk main monopoli.
"Sapa nak ikut pacik?" pelawa wa.
"Nak nak nak" sahut mereka serentak.
"Jom..". Lima enam orang mengikut bontot wa.
"Nak pegi mana?" tanya salah seorang.
"Ikut je lah," jawap wa langsi. Lima enam orang mengekor sahaja.
"Cepat skit," Wa lajukan langkah wa. Muka wa mula berkerut..
"Kenapa pegi ke belakang?" soal lagi sorang. Banyak pula tanya.
"Pacik nak ambil selipar" jawap wa. Langkah wa semakin laju.
Wa buka pintu, wa masuk dan tutup cepat-cepat. Wa duduk bercangkung sambil muka kerut kembali lega.
"pacik jahat pacik jahat pacik jahat" jerit mereka seraya mengetok-ngetuk pintu besi.
Wa berdekah-dekah dalam jamban.