Monday, February 21

Tapak pertama.

Bukan dirancang sebenarnya, semuanya kebetulan sahaja. Perjalanan ni bukan hadiah harijadi wa. Secara kebetulan saja, tarikhnya jatuh sama dengan wa punya hari keputeraan yang ke 26. Dan kebetulan tu buatkan wa bersemangat. Untuk memulakan siri perjalanan kreatif wa ini.

26 tahun berusaha penat lelah, perah keringat, banting tulang, untuk terbang dekat langit biru. 26 tahun hidup baru pertama kali naik kapal terbang. 26 tahun bernapas baru ini kali pertama jejak kali di tanah asing.Wa langsung tak malu, langusng tak segan nak mengaku ni kali pertama wa naik kapal terbang. Wa memang teruja. Wa lompat dari tadi, dari cheras sampai la ke LCCT. wa tak heran lu orang bandar kutuk wa beria terkinja-kinja na naik kapal trbang.wa sikit pon tak peduli.

Memanglah, macau hongkong taklah jauh mana, 4 jam perjalanan saja. Wa pergi padang besar dulu lagi jauh, 12 jam.  Wa tak kisah jauh dekat,dh itu saja yang w nampu. wa tetap puas hati, sebab wa usaha, wa guna hasil titik peluh sendiri. Takda siapa yang nak hantar wa. Wa pergi sekarang pon, salah satu tujuan untuk berusaha membuat orang laen hantar wa keluar negara. 

Dengan kamera tua wa ni, wa usaha cari hasil tangkapan yang menarik, untuk wa persembahkan kelak. Untuk wa pamerkan di pameran solo wa 10 20 30 tahun lagi insyaallah..