Thursday, March 24

Revolusi

Gua asal felda; Felda Tanjong Jengka 20. Gua memang dibesarkan di felda, dibesarkan dengan hasil-hasil getah skrap.
~
Kampung gua dah jauh berubah, dari dulu sampai sekarang. Semua perubahan, biarpon tidak ketara dari pembangunan,tapi cara hidup tetap ada kemajuan.

Dulu, masa kecil, belakan elektrik bergantung pada generator Ramli Kambing. Generator Di hidupkan pukol 7 malam,setiap hari, dan ditutup pada jam 12 malam kalau tak silap. Tapi tiap-tiap hari jumaat, lepas solat, atas permintaan ramai, generator dihidupkan bagi membolehkan penduduk-penduduk layan hindustan; dari jam dua sampai lima. Bekalan elektrik betul-betul masuk masa gua umur 6 7 tahun kalau tak silap. Masa tu, jakun gila tengok tv waktu siang hari.

Rumah kawan gua je aku video player. Gila gua punya suka. Kalau boleh hari-hari gua nak layan gusti, hari2 nak layan tarzan versi indonesia, hari-hari nak layan Pendekar Mata Satu.

Masa darjah 4 5, telefon mula dipasang, tapi ayah gua taknak pasang. Gila gua punya kecewa. Tak majulah rumah gua. Tapi takpa, publik phone ada, gua boleh bawa buku 555 yang gua buat buku telefon ke mana2.

Rumah gua siaran TV dapat satu saja, kalau dapat TV1, maknanya TV2 dan TV3 tak dpt, macam tu lah kalau dapat TV2 dan 3. Rumah kawan gua, bapak dia pasang arial tulang ikan bagus punya. Gila canggih, siap ada remote boleh pusing-pusing automatik lagi. Bila siap pasang, gila teruja tengok cerita katun, kapten tsubasa, dragon ball, dll. Semua dekat NTV7

Line telefon memang sah-sah takda, bila balik kampung, handphone memang letak kat tepi dinding saja. Lama-lama, line dah ada, tapi adalah satu dua bar, itupon dekat atas2 bukit. Masa tu gua dengan kawan2 tengah gila chating dalam phone (GPRS), semangat duduk atas bukit, chating ramai2.

Masa rumah member gua pasang MegaTV, gua tak sempat layan sangat, sebab masa tu masa gua habis kat asrama. Tapi lepas zaman kejatuhan MegaTV, dan naiknya Astro, time tu gua ada, gua layan, tapi bukan dekat rumah gua, rumah kawan gua. Memang best layan bola. Tapi yang paling best layan chating dekat TV, bukanlah chating sangat, tapi teruja tengok mesej terpampang kat TV. Line telefon tak berapa nak ada, pegi atas bukit, hantar mesej, pecut balik rumah. Macamtu la gua ngan kawan2 gua buat, punya la semangat.

Motor, lesen. Bila kawan2 yang tua dari gua dapat lesen, merempit datang KL naik COMEL- manja. Motor korea yang macam gampang. Sampai enjin gegar Kat LPT. Nasib baik tak gugur. Nak main snuker sanggup merempit 30 40 km jauh. Biarpon dengan motor tukun. Sebab itu sajalah motor yang ada.

Bila line telefon dah ada sepenuhnya, boleh tengoklah pacik pacik lepak kedai kopi bawa handphone. Bila gua buka hp bapak gua, gua gelak guling2 bila baca mesej kawan2 bapak gua, gila kelakar dorang punya cara, dorang punya bahasa.

Sekarang zaman FB, dah banyak CC buka kat kampung. Orang-orang kampung pon rumah semua ada streamix. Pacik pacik dan makcik2 pon dah ada FB. Berborak pon cerita pasal FB. Kalau takleh g noreh kat ladang, updated terus status kat FB, tak tau nak masak pe, macik2 minta pendapat kawan2 kat FB. Gua senyum sorang2.
~
gua kena ajar mak gua main FB.