Thursday, November 10

Nafsu serakah!

Sorang perempuan cina terpacak di sebelah gua tak berenti-berenti pujuk gua.
"amik ini la abang, ini cantik ma. Baru sampai. Takda orang pakai lagi. Lu orang first pakai ma. Lagi pon yang ini tahan lama punya."

Gua pandang tak lepas, gua tatap lama-lama. Fuh, yang tu memang mantap. Yang belah sana tu menonjol betul, menyerlah. Yang belah sini ok ok saja, gua tak berapa minat biarpon bahagian depan terbuka luas.

Betullah kata orang tua, dari mata turun ke hati. Setelah gua tatap lama-lama, gua mula jatuh cinta dekat yang satu tu. Cantik, simple, slim buat gua stim.

Tapi bila gua ingat yang dah ada dekat rumah tu terus potong stim. Aduhhhhhh!!!

Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan Tahan!!!
Sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar!!!

Pandang tempat lain. Pandangan mata gua dah lagho dah ni. Gua terlampau ikut nafsu. Wahai kaki bawalah gua pergi dari tempat ni. Tak tahan gua dengan godaan syaitan yang membisik bisik dekat telinga gua.

Gua melangkah keluar dua tiga tapak sebelum kaki gua berenti. Susah betul kaki gua nak bawak gua pergi dari tempat ni. Gua toleh satu sudut, pehhhhhhhhh, yang ni lagi cantik lagi mantap lagi stim. Nafsu gua makin meluap.

"macamana abang? mahu yang ini ke? yang ini saya boleh kasi diskaun skit sama abang la."

Itulah kelemahan gua. Gua selalu kalah dengan godaan syaitan serta pujuk rayu perempuan. Akhirnya gua terjebak, untuk kali keberapa ntah gua sudah lupa.

"amoi, kasi yang ini saiz lapan UK. Kaler kelabu taik anjing"

Melayang lagi gua punya RM.