Thursday, August 16

Diari Ramadhan Gangster. 5

Tiga pat hari lagi dah nak raya. Bila sampai time time tiga pat hari nak raya ni, teringat gua kisah lima tahun lepas. Bila dah teringat macam-macam perasaan datang, marah, sedih, hiba, sakit hati dan spirit nak jumpa bomoh nak menyantau orang pon jadi kuat.

Tapi disebabkan ada secebis iman nipis dalam diri gua, gua boleh berfikir secara kreatif dan kritis.Gua masih lagi boleh membezakan baik dan buruk,  membuang perkara yang keruh dan ambil yang jernih dan juga menilai mana intan dan mana permata. 

Lima tahun lepas, lagi tiga empat hari nak raya, gua menangis teresak teresak. Tangisan ikhlas gua ni bukan kerana cinta ditolak atau pon kekasih dikebas orang, bukan kerana tengok Priety Zinta berkorban demi kebahagian Rani dan Salman, bukan juga kerana kehilangan insan tersayang. Bukan, bukan sebab semua itu.

+++

Masa tu genap sepuluh bulan gua ada kamera. Masa itu gua tak terfikir nak labelkan diri gua seorang jurugambar. Masa tu gua hijau lagi. Hijau muda. Mentah. Hingusan. Gua belajar kamera seorang diri. Apeture shutter gua kenal sendiri, ISO dan apa lancau semua gua kenal sendiri.

Dipendekkan cerita, dengan artwork-artwork yang ada dengan berbekal 10 bulan belajar kamera bergurukan buku dan majalah, gua ditawarkan untuk menjadi jurugambar bagi menerbitkan buku kenangam DBKL sempena 35 tahun penubuhan.

Disebabkan skop kerja ini kena dengan soul gua, gua dengan senang hati menerima saja tawaran ini. Gua diberikan masa 2 bulan untuk menyiapkan task-task yang diberikan. Task-task tersebut merangkumi mengambil gambar-gambar bangunan2 sejarah di KL. Contohnya masjid pertama di KL. Kuil pertama, tokong pertama, stesen keretapi pertama, sekolah pertama, stesen bas pertama, dan segala-gala yang pertama. Dari bangunan-bangunan lama,sampai la ke bangunan-bangunan moden, gua kena ambil. Janji benda tu ada kena mengena dengan pembentukan dan pembangunan Kuala Lumpur

Maka bermulalah episod gua sebagai jurugambar. Gua melawat semua tempat-tempat tu. Sebut saja apa, semua gua dah jejak. Semua gua cari sendiri. Jalan kaki. CUma sekali sekala naik kereta kalau jauh sangat macam KLIA. KLIA gua dah pusing semua tempat. Dia punya luas dasyat. Dia punya panas lagi dasyat. Tapi disebabkan spirit dan passion gua terhadap photography, semua tu tak jadi masalah. 

Bukan itu saja, gua gua kena ambil gambar dalam buku-buku sejarah di perpusatakaan. Kalau tak jumpa dekat perpustakaan gua pergi ke Arkib Negara. UStazah Jamiah cikgu jaga perpustakaan sekolah gua dulu mesti bangga kalau dapat tahu gua selalu ke perpustakaan dan arkib negara. Cikgu Sanusi guru sejarah gua pon akan turut bangga dengan pancapaian gua pergi ke perpustakaan.

Bayaran yang dijanji tak banyak, cuma RM30 hingga rm50 sekeping. Tapi bila ditotalkan dari jumlah gambar, bangsat-bangsat gua boleh dapat RM18000 untuk tiga bulan. Gua mula mencongak-congak barang-barang gua nak tangkap bila dapat duit nanti. Tapi gua malas terlalu berharap dapat full, dapat haft pon jadi

Bos gua ni Cina Mualaf, Roy nama dia. Nama pon dengar macam pukimak, apatah lagi perangainya. Umur dia dalam 50an, tapi lagak dia macam orang muda. Arak tu dia tonggang macm air mineral. 

Disebabkan gua masih hijau lagi, gua tak dapat menghidu apa-apa niat Roy ini. Cuma gua rasa tak sedap hati bila gua tanya pasal hitam putih, dia akan lari tajuk. Cerita pasal benda lain. Dan disebakan fokus gua pada kerja, gua pon takda masa ke opis. Gua hanya ronda-ronda sekitar KL.

Tiap-tiap hari jumaat, orang DBKL akan datang opis, ambil sampul surat berisi RM7000. Gua hanya menelan air liur. Senangnya dapat duit, patutlah dia punya boroi macam perut babi. Gua? Hari hari sengkek. Bila terpaksa gua advance bos gua. Dalam tempoh 3 bulan, gua advance hampir-hampir 3000.

+++

Kerja gua habis tengah-tengah bulan puasa. Sebab tunggu payment, gua tak balik kampung. Gua tunggu payment penuh sabar. Bila datang ofis, bos kata tengah busy siapkan buku. Gua angguk angguk saja. Sampai la satu hari tu gua dah tak boleh tunggu.

Masa tu dalam poket gua tinggal RM14. RM14 tahun 2007 bukan macam RM14 masa zaman 1997. Tambah-tambah lagi dengan hidup di kota KL ni. Nak beraya apa dengan RM14? Nak naik bas balik kampung pon gua tak tau lepas ke tidak.

Paling gua terkejut bila bos kata gua advance terlampau banyak. Gua terpaksa bayar balik. Gua cakap pukimak apa? Gambar-gambar gua berapa banyak ada dalam album. Dia kata takda hitam putih itu gambar gua. Masa itu dada gua macam kena  panah petir. Biarpon gua tak pernah kena sambar petir, tapi gua dapat agak macma tu la rasa kena panah petir. Pedih dia tu lain macam. Kepala berat, telinga berdesing. 

Msa tu Gua bertekak besar dengan Roy. Bangsat pukimak semua keluar. Disebabkan tangan dia bersimen masa tu, dia tak berani nak attact gua dulu. Gua nak attact dia dulu pon tak berani sebab geng dia ada 3 4 orang dalam bilik. Nanti sayur gua kena tibai. Tapi kalau dia attack, apa nak jadi jadilah.

Tengah gua mengamok telefon gua bunyi. Gua tengok mak gua telefon. Gua keluar, turun ke bawah. Mak kata dia rasa tak sedap hati, sebab tu dia telefon. Mak tanya apa masalah gua. Air mata gua terus mengalir laju. Hati orang tua, firasat orang tua, ajaibnya luar biasa.

"Jangan bergaduh, jangan bertumbuk berterajang. Biar orang buat kita jangan kita buat orang. Anggap je bukan rezeki kita. Istigfar banyak-banyak.." pesan mak.

Air mata gua terus mengalir laju. Gua melangkah balik ke rumah.

P/S: Gua rasa Roy ni pikir badan dia kebal. Sebab tu dia tak goyang kena libas dengan Munkar Nankir nanti.