Wednesday, August 15

100 hari nak jadi suami.

Sedar tak sedar gua bakal menamatkan zaman bujang (Insyaallah). Biarpon hidup gua ni agak kutu-kutu skit dan watak antagonis menyelimuti jiwa gua, tapi gua ni tetap manusia biasa, punya hati dan perasaan, punya rasa ingin membelai dan ingin dibelai. Itu fitrah manusia normal.

Secara jujurnya pada mulanya gua tak lagi bersedia untuk bertunang, apatah lagi berkahwin. Bukan gua tidak serius pada hubungan cinta, tapi gua punya impian dan cita-cita. Semua sebab gua termakan dengan janji yang gua buat. gua ni true gua pegang dengan janji gua. Cerita pasal janji, mula-mula gua start berjanji ni bila Cik Puan gua tanya tentang hubungan cinta yang kami jalinkan sekian lama, ke mana arahnya, ke mana hala tujunya. Orang-orang dekat kampung pon dah ada yang bertanya.

Bila dengar orang dekat kampung ada tanya, hati gua sentap, berdebar-debar seperti nak mulakan larian 100meter akhir Kejohanan Olahraga Majlis SUkan Sekolah Pahang di Stadium Darul Makmur. Dia punya lain macam. Dalam hati gua cilaka mana yang nak potong line gua ni. Nak jugak gua tengok orang yang cuba tanya-tanya tu. Kalau boleh makan gua nak terajang sekali dua. Tapi gua tak melatah. Gua dengan tenang explain dekat Cik Puan gua. 

Gua cakap, cita-cita dan impian gua nak travel. Dia pon dah lama tahu sebenarnya. Masakan tak tahu, 7 tahun tempoh percintaan gua, setakat impian dan cita-cita gua awal-awal lagi tulis dalam biodata lepas tu bagi kat dia. Gua cakap lagi gua tak pernah lagi naik kapal terbang. Bagi la can gua travel. Gua nak cari pengalaman. Gua nak tengok tempat orang. Gua nak kumpul artwork. Gua cakap lagi, bagi can gua travel 5 negara, kemudian gua fokus untuk kahwin.

Cik Puan gua mengangguk tanda setuju. Gua bernasib baik kerana Cik Puan gua jenis yang paham minat gua. Paham kerjaya gua. Dan paham gua. Itu bertuahnya gua. Itu untungnya gua. Kadang-kadang untung gua ni macam orang menang loteri. Ya lah, Cik Puan gua sanggup sabar dengan gua yang ligat ni. Tapi bila gua pikir-pikir gua ni hensem jugak, jadi gua tak heran sangat.

+++

Sedar tak sedar Cik Puan tuntut janji. "huh. dah cukup 5 negara."
Gua kira-kira dengan jari. Aduh, cilaka, tak smp setahun dah cukup 5 negara. Patut dulu gua cakap 5 benua. Tapi gua menghormati dia yang menunggu gua, dan gua berpegang pada janji gua, jadi hujung tajun lepas gua bertunang, ikat setahun.

Dan sedar tak sedar jugak tempoh setahun tu dah nak habis. Mula-mula dulu, berat gua nak tinggalkan hidup bujang gua. Hidup bersama kawan-kawan. Dengan konsep freedom of choice gua bebas buat apa saja. (lepas kawen nanti freedom of choice jugak, tapi  sbg lelaki bertanggungjawab gua kena tolak ansur skit). Hidup bujang ni indah. Hidup duduk rumah sewa ni penuh dengan kenangan. Sukar gua nak tinggalkan biarpon alam perkahwinan itu manis sebenarnya. 

Berat sangat hati gua masa tu. Tapi sebab gua dah berjanji dan gua kena pegang pada janji. Lagipon bila gua fikir-fikir balik, sampai bila Cik Puan nak tunggu gua? Dekat mana gua nak cari CIk Puan yang boleh paham kerja gua, boleh paham minat gua? Dekat mana gua nak cari Cik Puan yang tak kisah gua nak g mana-mana (sebab gua tgk kawan2 gua majoriti kena tambat dengan makwe) ? Dekat mana? Gua pandang keliling sekarang, nak cari perempuan susah sekarang ni. Betina ya ramai bersepah-sepah kat luar sana.

Dan lama-kelamaan, spirit gua nak jadi suami tu mula timbul. Sikit demi sedikit gua take part dalam pembikinan hidup baru gua ni. Gua ambil pen dan kertas, gua lakar apa yang berkenaan tentang wedding impian gua, ngam tak ngam dengan bajet gua. Gua ambil kalkulator, buat kira-kira. dan macam-macam lagi. Konsep malam pertama awal-awal lagi gua pikir. Gua ingat nak buat konsep polis tahan pemandu yang melebihi had laju. Begitulah tahap spirit gua sekarang. Semua benda gua dah pikir secara serius dan telus.

Cuma silapnya gua, gua tak tergedik-gedik macam Azwan Ali amboi amboi amboi menceritakan pasal hal hal kawen, menceritakan pasal wedding impian, menceritakan pakai baju gua minat, kaler gua nak pilih dan lain-lain.

Sebagai lelaki sejati, rock dan sedikit gangster gua cool ckit. Lelaki rilek simpan saja benda dalam kepala dan tunggu masa sesuai untuk bertindak. Tak macam perempuan, perempaun punya cakap lagi banyak dari action. Tapi gua paham itu, sebab itulah perempuan.

Dan hari ni, tinggal 100 hari sebelum tarikh besar gua. Gua panjat doa, agar Allah permudahkan perjalanan gua menempuh hidup baru gua nanti dan semua berjalan dengan lancar, selancar Jalan Loke Yew bila time Hari Raya Puasa.

+++

P/s: Gua pikir pasal kawen 40%.. Gua pikir nama bakal anak gua nanti 60% ..Setakat ni stok nama untuk 2 orang ank perempuan gua dah ada. Nama anak lelaki gua belum ada lg. Nanti gua perah otak.

nampak tak gua punya serius?