Monday, August 13

Raya gua tak pernah mewah.

Raya gua tak pernah mewah.
Raya gua hanya sederhana, dari kecik sampai sekarang.Ya, masa kecik kecik ayah gua tak mewahkan anak-anak. Ah, lebih tepat lagi ayah gua tak mampu bermewah ketika raya. Nak mewah macamana?Anak bersusun. Duit hasil motong getah cukup makan cukup pakai saja. Sekarang bila dah kerja, gua mampu untuk bermewah-mewah untuk raya. Tapi buat apa? untuk sengkek bulan selepas raya?

Raya gua tak pernah mewah.
Baju berhelai helai? Baju sehelai saja. Itu pon dah cukup bagus ayah nak belikan. Baju melayu pula bergantung kepada tumbesaran. Selagi muat selagi itu tak berganti, pakai saja baju sama. Tapi selalunya 2 tahun sekali kompem berganti.

Raya gua tak pernah mewah.
Sekali saja masa tingkatan empat, 2 hari sebelum raya emak kejutkan aku dari tidur. Emak hulur RM50. Emak kata ayah bagi buat beli baju raya. Itulah kali pertama gua dapat duit untuk beli baju raya sendiri, gua boleh pilih sendiri, ikot citarasa sendiri. RM50 itu jam besar sangat nilai dia. Member gua pegi shoping raya bawak RM400. tak masuk akal!

Raya gua tak pernah mewah.
Bunga api? Tak pernah dibeli, dan juga membeli. Ayah cukup marah main bunga api. Bakar duit dia cakap. Nak lepaskan gian tumpang main bunga api jiran-jiran. Balik rumah, ayah jengkilkan mata. Gua perlahan-lahan mencari emak, meminta perlindungan.

Raya gua tak pernah mewah.
Kuih power-power? takde. Almond london tu menatang apa?

Tapi..


Raya gua selalunya meriah.
Ketupat palas dan rendang emak kegemaran kami adik beradik. Air tangan emak sediakan juadah pada hari raya memang terbukti power.


Rasa gua selalunya meriah.
Tapi yang paling penting, gua sangat beruntung gua masih boleh beraya bersama emak dan ayah, abang gua yang berenam. Kakak Ipar pon enam. Kakak gua sorang. Abang Ipar pon sorang. Adik gua sorang. Anak sedara gua yang 29 orang. tak meriah lagi kalau 47 orang berhimpun kat rumah?