Tuesday, May 31

PINDAH

dengan ini gua memaklumkan, bahawasanya blog gua gua dah alihkan ke;


WWW.BUDAKAMERA.COM

gua pindah bukan sebab gua merajuk dengan blogspot. sumpah bukan. Blogspot ok saja, dia
dah banyak berjasa kat gua. Cuma gua saja nak pembaharuan. Gua dah terangkan dekat blogspot, alhamdulillah dia paham.

lagi satu gua pindah sebab gua saja nak nampak stylo sikit. Maklumlah pakai domain sendiri.
bayar pakai RM tu. dan gua harap ada awek terpikat kat gua sebab gua ada domain sendiri. CAYALAH gua.!!

Friday, May 27

Tension

Gua betul-betul serabut. Banyak betul kerja. Bertimbun-timbun kerja gua. Tapi bertimbun lagi dosa-dosa pemimpin yang tak jalankan tugasnya dengan amanah. Tambah-tambah lagi dosa-dosa menipu orang-orang bawahan, dosa-dosa makan rasuah, gelapkan duit rakyat, tabur fitnah dan sebagainya. Bayangkan lah betapa bertimbunnya dosa-dosa mereka.

Berbalik semula kepada kerja gua yang bertimbun,kalau kerja gua setakat key in data takpa, gua boleh paksa mata paksa otak layan buat satu satu sampai selesai. Tapi kerja-kerja gua perlukan gua memerah otak mencari idea.

Mood betul-betul tak menyerap dalam soul gua. Gua plak kalau serabut, semua benda gua tak boleh buat, tension gua menjadi-jadi. Tengok movie pon tak dapat menghilangkan tension gua. Tapi itu saja hiburan ada dalam rumah gua, jadi gua paksakan diri layan juga drama.

Gua layan satu drama, cuba layan dan layan. Sampai satu adegan, hero tu pon tengah tension dengan kerja. Lepas itu makwe dia yang cun tu ajak dia pergi terapi. pergi spa. Lepas itu dorang keluar dari SPA dengan penuh senyuman. Wah, ini sudah menarik, gua mula dapat satu idea.

Gua pon bersiap-siap. Cergas terus gua mencari tempat gua nak terapi dan treatment. Badan gua pon dah lama tak servis

~

Syok betul oil massage, lega badan gua. Muka gua pon bersih dorang cuci, kepala gua pon dah tenang. Bagus betul buat benda-benda ni untuk hilangkan tension. Gua balik rumah dengan senyum lebar.

Sampai rumah gua lepak sambil hisap rokok. Bila hisap rokok gua minum air nescafe, baru ada kick. Time tu jugak gua belek-belek resit yg gua dpt tadi. Gua tgk RM100++. Cis, macamana gua boleh habiskan ratus-ratus untuk benda tu? 100++ tu kalau gua buat tok makan sebulan pon cukup. Gua dah takde duit ni, gua dah sengkek ni. Aduhhh.. Serabut gua datang balik, tension gua datang balik.. Argggggggggg!!!!

Internet

3 hari internet takda kat rumah. Mati kutu gua. Pecah kepala gua. Rugi bisnes gua yang juta-juta. Lagi bertambah bersepai kepala gua dibuatnya. Gila punya penting internet zaman sekarang ni.

Macamana lah kalau internet takda satu hari nanti. Satu dunia internet takda. Susah la nak bisnes. Dekat mana gua nak publish gambar? Dekat mana gua nak tarik client? Jahanam bisnes gua, jahanam. Mahu tutup bisnes gambar2 gua ni.

Boleh dikatakan 90% client gua datang dari internet. Tak pandai sungguh gua nak tarik client, macam wakil insuran buat tu, macam brader dan akak-akak MLM buat tu, nak sembang lebat-lebat, nak lobi lagi, nak yakinkan lagi, nak up diri lagi, bagi client puas hati dan hire gua. Sumpah gua tak pandai.

Tapi bukan gua saja yang susah kalau internet takda, orang main politik pon susah juga. Macamana dorang nak sebarkan video lucah hasil karya dorang dekat orang ramai yang bangang duduk percaya 100% dengan tipu helah dorang tu. Susah juga dorang nak tarik pengikut-pengikut dan pengundi-pengundi. Silap2 boleh kalah pilihanraya nanti. Gampang punya taktik.

~

Brader beger releks je. Pacak gerai depan 7e, bisnes kompem jalan.

Wednesday, May 25

Blog

Gua nak tanya, blog ini sapa punya?

Huh?? Apa? Kuat sikit, gua tak berapa dengar.

Sapa punya blog yang lu baca ni?

Apa? Gua punya?

Ya, bagus kalau lu tau.

Itu saja yang gua nak lu tau.

~

Drinking Water botol kecil dekat 99Speedmart RM0.50!
Gampang, sepatutnya kerajaan kena naikkan 20sen!

Tuesday, May 24

Sedap


fuh.. sedap betul menikmati pemandangan. lagi sedap bila layan pemandangan sambil hembus asap pekat. Gua nampak stylo bergambar sambil isap rokok. Gua taknak berenti, nanti hilang stylo gua. Nanti tak trendylah gua. Nanti orang tak pandang la gua. Macam perempuan-perempuan yang isap rokok bila lepak mamak, lepak kopitiam, dorang nampak sangat stylo sampai hilang melayunya..

~

Takkan melayu hilang di dunia. Hang Tuah yang kata, tapi dia kemana? Mana kuburnya?

~

Perut gua still nampak buncit. GAMPANG!

Monday, May 23

Buncit.

Berbulu je gua bila tengok gambar gua sarung jersey cycling. Gua nampak ada 'sikit' buncit pada bahagian perut gua. Sumpah gua tak perasan sebelum ni. Sepanjang gua hidup 26 tahun, itu lah pertama kali gua tengok perut gua macam tu. Selalunya perut gua ada petak-petak enam. Sampaikan kalau gua tengah tidur, anak buah gua gunakan perut gua untuk main tic tac toe. Gua biarkan saja, maklumlah, budak2, nak main kat perut bapak dorang takleh, sebab masing-masing dah macam perut Rosmah.

Lagi tambah berbulu gua bila kawan-kawan gua komen. Perghhh, gua punya sakit hati ni sampai rasa nak pergi klinik. Sakit yang teramat sangat. Semua komen nak jatuhkan moral gua. Terasa betul hati gua, rasa macam nak lari bawak diri pergi ke Grand Canyon.

Gua kaji selidik, siasat macamana benda ni boleh jadi. Lama-lama gua dapat jawapan. Sebenarnya ni angkara tiap-tiap minggu gua makan nasi minyak, tambah pulak lauk ayam masak pedas, minyaknya berlendir pekat, kari pon boleh tahan likat. Taknak makan, lapar pulak nnt, dah makan jadi la macam ni. Sepatutnya menu kenduri kawen kena ubah. Takleh sangat makanan yang berminyak ni. Gua bukan suka sangat makanan tu, tapi gua takleh memilih, itu saja yang ada, gua bedal saja.

Itulah alasan gua yang gua rasa sangat kukuh, lagi kukuh dari alasan Najeeb nak naikkan harga minyak.

~

Gua kawen nanti gua nak jamu dengan ikan singgang, putik nangka rebus, dengan budu. Air gua rasa air rebusan akar kayu.

Berat.

Memang la fotografi ni gua punya soul, kamera tu BFF gua (sumpah, ni kali pertama gua guna istilah BFF). Tapi kadang-kadang terasa berat juga kerja gua ni.

Sebelum tu gua nak story, kerja gua bukan setakat hujung minggu. Gua kerja hari-hari, dari malam sampai pagi. Siang gua tidur, malam gua berjaga. Gua ada sebab yang kukuh kenapa gua buat kerja malam. Pertama sekali, siang panas, lagi satu bising. Susah hua nak perahkan otak dan mencari mood untuk buat kerja, berbanding malam yang dingin,tenang dan sunyi.

Bila hujung minggu, gua terpaksa tidur awal, sebab pagi-pagi gua nak bangun nak pergi kerja, tapi agak sukar gua nak kembali kepada waktu tidur yang normal. Selalunya tidur gua hanya 2 3 jam sahaja. Dan kadang-kadang untuk tempoh 48jam, tidur gua hanya 4 5 jam sahaja, dan kadang-kadang juga, gua langsung tak tidur.

Gua kendung kamera gua, kadang-kadang satu dan kadang-kadang gua bawak dua. Kamera gua dan alatan-alatan laen boleh sampai belas-belas kilogram. Bayangkan gua kendong dari pagi sampai la maghrib, kadang sampai isyak, dan kadang-kadang sampai orang bangkit tidur untuk kiamullai. Kerja gua plak bukan setakat mengangkat kamera, gua juga kena berjalan kehulu kehilir. Bayangkan dari pagi sampai malam, berapa jauh gua jalan?

Bahu gua kadang-kadang gua rasa macam dah londeh, urat belikat gua kadang-kadang rasa macam dah tersimpul. Sampai gua rasa nikmat bila tengok kawan-kawan kerja dalam air cond, duduk releks depan PC, kadang-kadang buat kerja, dan selalunya buka FB. Bila dalam situasi macam ni, gua rasa kerja gua ni sangat berat. Lagi berat dari Bob dan Syanie. Tapi taklah seberat dosa-dosa pemimpin yang dah banyak menipu dan menganiaya rakyat.

Tapi, bila gua fikir dalam dalam, bila gua kenangkan semula, mak bapak gua kerja menghadap pokok getah dari satu batang ke satu batang pokok yang gua tak tahu berapa jumlahnya. Yang gua tahu, ladang getah bapak gua ada 10 ekar. Itu baru bab menoreh, belum masuk bab mengutip getah beku. Sekali kutip lebih 100 kilo, kadang sampai juga 200 kilo. Sebulan paling koman 4 5 kali kutip. Dah berapa ratus kilo dekat situ? Mak bapak gua buat kerja ni dah berpuluh-puluh tahun. Dah berapa tan mak bapak kuat angkat getah skrap tu? Tu baru sebut pasal angkat, belum pasal jalan, bayangkan berapa jauh mak bapak gua berjalan pusing-pusing tanah sepuluh ekar? HUH!!

Bila gua dapat fikir dengan cerdik macam tu, baru gua rasa kerja gua ringan. Apalah sgt kerja gua angkat kamera. Apalah sangat kamera yang takat belas belas kilo. Apalah sangat takat menapak satu hari.

~

Gua paling anti nak turun ke G dari tingkat 1 tunggu lif. Gua paling anti malas parking kereta jauh sikit, sebab malas nak berjalan. Gampang!

Saturday, May 21

Ikhlas?

Gua ada story nak 'tong tong' dengan pembaca semua. Story ni taklah good sangat. Tapi gua peduli apa gua nak cerita juga.

Dulu gua pernah berkira-kira nak masuk maktab, takpon sambung KPLI. Gua masa tu semangat nak jadi cikgu. Sebab utama gua nak jadi cikgu sebab gua nak jadi manager bola. Gua nak atur strategi untuk pemain-pemain gua. Gua dah malas mengadap PC main footbal fantasy. Gua nak jadikannya satu realiti dan gua pikir jadi cikgu adalah jalan paling senang nak jadi manager bola.

Tapi bila gua fikir-fikir balik, gua tak ikhlas jadi cikgu. Tambah-tambah lagi gua ni memang tak boleh mengadap budak-budak yang banyak kerenah. Tambah tambah lagi gua ni memang jenis yang tak reti mengajar. Tambah tambah lagi muka gua langsung bukan muka brader2 gomen.

Jadi gua simpan saya niat gua tu. Bagi gua buat kerja tu biarlah ikhlas, bukan sebab ada niat yang tersurat, apa lagi yang tersirat. Ikhlas yang gua maksudkan tu macam U Wei buat cerita Jogho, bukan macam KRU buat cerita Merong Mahawangsa.

Itu saja tazkirah gua pagi ni.

~

Yang mana rebut-rebut tempat nak masuk persatuan tu semua nak kaut duit. Gampang.

Friday, May 20

GAYa gampang

Gua da lambat, berlari-lari gua ke steren LRT. Jam tangan gua yang cun tunjuk pukol 11.35 pm, maknanya kalau ikotkan waktu Malaysia sebenar adalah pukol 11.20pm. Saja gua cepatkan, motivasi diri gua untuk awal, awal dari semua aspek. Tapi berkesankah?

Berbalik kepada story gua, gua beli tiket LRT ke cheras, RM1 saja. Murah, kalau tadi gua start enjin kereta, mau mau dah sedut 3 4 ringgit satu hala. Tu semua Najib punya angkara, Rosmah punya idea, rakyat yang jadi mangsa, gua yang sengsara, lu semua pon sama merana. Gampang betul pasangan laki bini tu.

Berbalik balik kepada story gua yang dah menyimpang tadi, masa tren sampai, gua terus masuk, gua berdiri saja, malas nak duduk. Gerabak tak penuh, tapi tak juga kosong. Boleh tahan juga orang naik tren-tren akhir ni. Balik dari kerja mungkin.

Kat kerusi yang paling dekat dengan gua ada satu geng jantan riuh berborak. Kriteria geng ni jenis macam geng-geng mulut kurang hajar, cakap kuat-kuat bagi satu gerabak dengar. Memang gua berbulu dengan orang macam ni. Gua perhati saja. Tengah diorang sembang-sembang, sorang dari mereka melentokkan kepala ke bahu rakannya, yang juga jantan keparat.

Terkejut gua, tengok pada gaya borak, gaya bahasa, intonasi perbualan, tak nampak pula pondannya. Tiba-tiba yang lentok tadi angkat kepala, nak cium bibir kawan dia. Kawan dia elak, "ish, orang pandang" kata kawan dia. Dia dengan selamba balas, "alah, orang pandang, bukan bg pelempang." Mendidih darah gua. Cis, macam gampang manusia, jangan sampai lu makan gua punya penerajang.

Bila nak sampai Stesen Cheras, dia pon turun skali, sebelum turun dorang salam, cium tangan. Sebijik macam makwe gua salam gua. Sebijik juga macam Najeep salam cium tangan Rosemah. GAYa gampang dorang ni.

~

Harga minyak naik 20sen je, apa ada hal. Gula-gula 4 bijik je.

Thursday, May 19

Jogging.

Bila tengok perut mula buncit gua gelabah. Terus gua tak tentu arah. Kehulu Kehilir gua mundar mandir. Bagi gua ini adalah satu masalah yang besar. Lagi besar dari masalah Khairy Jamaludin yang hampir-hampir kalah dekat Rembau dulu.

Gua nekad petang ni gua nak jogging sampai Tasik Permaisuri. Round tasik dalam lima enam lap baru gua lari balik. Gua sarung seluar pendek dan singlet ala-ala Nur Herman Majid, stokin dan kasut gua yang masih lagi wangi menambahkan semangat gua. Bermula dari bawah rumah gua, gua mulakan rentak larian gua yang macam M Ramacandran.

Joging punya joging taman tasik pon gua tak nampak lagi, yang gua nampak cuma satu gerai tepi jalan, jual nasi kukus ayam dara. Jiwa gua ketar ketar. Gua tahan sabar.

~

Sedap betul nasi kukus tu, ayam dara dia pon dasyat. RM5 je. Dasyat punya nikmat. Gua senyum lebar sambil tahan teksi nak balik.