Thursday, March 22

Bila gua rasa gua dah besar?

1- masuk darjah satu. kahkahkah. gua pakai uniform sama macam abang gua. gua dah besar. Kakteh, Buloh dengan Nina dok main pasir lagi kat laman rumah Tok Penghulu. Gua dengan Atom duduk selak buku teks dekat sekolah.

2- Masa mula-mula, Pak Cik Mail letak papan dekat tempat letak tangan. Gua duduk atas papan tu. Baru kepala gua sama berada pada kedudukan selesa untuk dia taram rambut gua. Lama-lama, papan tu dia letak saja atas kusyen kerusi. Lama-lama lagi papan tu tak payah pakai. Gua dah cukup tinggi. Gua dah besar. Kahkahkah

3- Darjah empat gua guna duit raya buat beli dompet dekat pekan sari. Wah wah wah, bangga betul gua jalan letak dompet kat belakang kocek. Pergi sekolah kompem2 gua bawak.Punya la mengada-ngada ada 20 sen pon nak letak dalam dompet. Kad nama kawan-kawan pon bersepah kat dalam. Saja buat tebal. Lagi tebal lagi matang. Kad nama gua pon ada sebenarnya. Gua tempah RM7 satu set dekat budak kelas gua. Kad nama penting, boleh passing kat makwe sekolah luar masa main sukan.

4- Gua tunggu tunggu saja bila bapak gua nak hantar gua sunat. Mana boleh besar kalo tak sunat. Semangat gua berkobar-kobar bila tengok Idan 'punya' lain macam masa mandi paya hari tu. Bila musim sunat tiba, semangat gua dulu2 kental mula luntur. Mana tak luntur, cuti sekolah patut2 cuti holiday kat kl, tapi kena berpantang dekat rumah. Tapi takpa, nak dewasa punya pasal gua terpaksa berkorban. Gua sunat ramai2 dekat sekolah. Bila sampai turn gua, cikgu2 gua dok menyebok tepi katil gua terbaring. Maklum la, populariti gua kat sekolah mmg luas. semasa tok mudim sibuk belek anu gua, Cikgu Azizan bersuara, " habis la awak amri, dah tak ligat la lepas ni, dah kudung." Nak takutkan gua la tu. "takpe cikgu, lepas potong nanti saya lagi ligat macam lipas kudung." balas gua selamba.

5- Dapat saja IC, bukan main dasyat perasaan. Bangganya menjadi dewasa. Tapi mula-mula ayah gua pegang. Dia tak bagi lagi gua pegang. Frust gila gua time tu. Rasa macam tak complete gua punya dompet. Masuk tingkatan satu, IC gua dah ada dalam dompet gua. kahkahkah.

6- Nikmat betul pakai seluar sekolah kaler hijau. Time-time ni gua pandang enteng saja seluar sekolah kaler biru pekat tu. PUI!!!

7- Feeling menulis pakai pen tu tak tergambar dengan kata-kata. Selama ni gua pendam rasa jek tengok abang gua tulis pakai pen. Penah sekali gua kena lempang dengan Cikgu Manan sebab gua ngade2 tulis pakai pen. Tapi sekarang gua dah tingkatan satu, takda sapa marah gua tulis pakai pen. kahkahkahkah.

8- Mendapat kepercayaan naik bas ke bandar tanpa ada sapa-sapa teman merupakan penghormatan besar bagi gua. Sudah semestinya, gua akan duduk di belakang sekali. Baru ada nampak macam taiko Kahkahkah. tapi kalau bas ada aircond gua duduk depan. Biarlah tak taiko pon. Duduk belakang nanti muntah lagi buruk rupa.

9- Gua masuk dalam arena permotoran ni agak lambat. Ini kerana gua takut-takut nak usik motor bapak gua. Member2 gua tengah rancak willie gua hanya mampu tengok. bila pegi ronda2 kampung petang2 pon gua cuma membonceng. Gua bawak motor pon curi2. Takut bapak gua tau. Tapi bila bapak gua mintak suroh pegi kedai, bawak motor dia tu, kembang tak kuncup-kuncup hidung gua.

10- "pak cik mail, potong tepi belakang ngan atas saja, yang depan ni jangan potong." perintah gua pada pak mail. "awatnya??" soal Pak Cik Mail si tukang gunting. "Ada remos baru style Pak Cik Mail" kata gua bangga.

11- Bila dah pro dalam bidang bas-bas henti-henti ni. Gua masuk plak dalam bidang bas-bas ekspress ni. Dewasanya gua rasa pertama kali jejak kaki ke KL tanpa mak bapak atau abang akak di sebelah.

12- Start tingkatan 3 bapak gua bagi duit. suroh pergi sendiri rumah Pak sahak, bayar sendiri zakat fitrah. Wah, lain macam rasanya duduk bersila sambil bersalam dengan pak imam ni.

13- Habis sekolah, gua ditabalkan mendapat lesen rokok sepenuhnya. Biarpon begitu gua masih lagi malu-malu untuk hisap rokok secara mainstream ni. Gua masih lagi sorok-sorok, hisap rokok secara underground. Nak dijadikan cerita stok rokok bapak gua habis. Gua tengah landing cantik depan tv tak perasan rokok gua terkeluar dari poket. "bagi kat aku rokok mu tu sebatang" kata bapak gua.
Gua dengan terkejut, berpeluh-peluh serta sedikit segan mengulurkan rokok ke bapak gua. Sejak itu, depan tv jadi port gua isap rokok.

14- Mak gua telefon gua. Mintak tolong nasihatkan adik gua malas nak belajar. Gua nak nasihat jadi serba salah. Tak nak nasihat, tapi mak mintak tolong. Nak nasihat, gua pon dulu jahanam. Tapi gua dah mula mendapat kepercayaan dari mak gua.

15- Pertama kali hulurkan duit belanja pada mak bapak. Satu perasaan bangga yang susah gua nak kata. Gua tengok mata mak bapak gua berkaca. Mesti dia bangga biarpon pemberian gua tak seberapa. Ya, gualah yang menjahanamkan duit dorang selama ni.

16- dah jadi tunangan orang.. ehemmm.. mak plak asyik tanya bila nak kawen. tak sabar sangat dia nak tengok cucu baka dari gua.


17....18.......19......20 dan seterusya insyaallah gua akan rasa nanti. Masa berdetik tanpa henti. Usia gua pon bertambah dan makin bertambah, gua makin besar dan makin dewasa. Pengalaman menjadi semakin dewasa dan dewasa sangat berharga dalam hidup gua. Tak sabar merasa detik-detik merasa 'dewasa' yang mendatang..